5 Mac 2011

Pantang Jumpa Pokok Pelik, Terus Dipuja Dan Diminum Airnya

Denda, penjara puja pokok petai

Gambar: ORANG ramai berkumpul bagi melihat titisan air dari pokok petai di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas baru-baru ini.

KEPALA BATAS - Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan perkara bercanggah dengan ajaran Islam termasuk memuja sebatang pokok petai yang dikatakan 'menangis' di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal di sini.

Ini kerana amalan tersebut bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Peringatan itu diberikan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi notis yang ditampal pada batang pokok petai yang menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan air sejak seminggu lalu.

Mengikut seksyen itu, mereka yang melanggar larangan itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. -kosmo




Pakar sah air kencing reriang, bukan pokok petai menangis

KEPALA BATAS: Misteri pokok petai menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, di sini yang mendapat perhatian orang ramai sejak beberapa hari lalu, terbongkar apabila ada pihak mendakwa air yang keluar menerusi dahan pokok itu adalah air kencing reriang.

Reriang atau riang-riang adalah sejenis serangga yang banyak hinggap di atas pokok berkenaan sejak seminggu lalu.

Pengamatan beberapa pihak dengan menggunakan kamera, mendapati serangga itu mengeluarkan cecair dipercayai air kencing pada setiap lima hingga enam saat.

Seorang pakar kajian serangga, Prof Dr Zaidi Md Isa, berkata air itu dikeluarkan serangga berkenaan ketika proses mengawan dan lazimnya dikeluarkan oleh riang-riang betina.

“Ini adalah fenomena semula jadi, cuma mungkin kali ini berlaku di pokok yang terletak berhampiran rumah yang menyebabkan orang ramai menganggapnya sebagai pelik," katanya ketika dihubungi, semalam. -BH



Ulasan GB

Telah menjadi satu sikap sesetangah anggota masyarakat, pantang jumpa benda-benda pelik terus percaya dan terus nak dipuja.

Begitu tipisnya iman kepada Allah s.w.t. Yang maha Menjadikan, malah boleh disifatkan lansung "tidak beriman" jika sudah sampai tahap pemujaan.

Sehingga "pokok petai menagis", berduyun-duyun meminum airnya, yang rupa-rupanya air kencing serangga bernama reriang.

Amacam sedap tak?

Tiada ulasan: