Georgetown - Dua anggota keselamatan antara yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) apabila dipercayai berkelakuan sumbang di tempat awam dalam operasi cegah maksiat awal pagi semalam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya menahan tiga pasangan kekasih termasuk dua anggota keselamatan itu dalam operasi di beberapa lokasi sekitar bandar itu.
“Dalam operasi semalam, kita menahan tiga pasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di tempat awam yang mana kedua-dua anggota keselamatan itu kita tahan semasa berada dalam kereta di tempat gelap dalam keadaan mencurigakan pada jam kira-kira 1 pagi.
“Mereka di tahan ketika berada di tempat duduk penumpang dan pemandu di kawasan tempat letak kereta di Jalan persiaran Bayan Indah, Pantai Jerjak dengan pakaian terbuka dipercayai sedang melakukan perbuatan kurang sopan dan enggan bekerjasama. Kita percaya mereka ini sepasang kekasih yang mana lelaki itu berusia 40-an manakala teman wanitanya berusia 20-an,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi JHEAIPP yang diadakan awal pagi semalam, sebanyak 20 pasangan kekasih diperiksa sempena Hari Kekasih yang mana operasi bermula dari jam 11 malam sehingga 3 pagi melibatkan sepasukan lima pegawai penguat kuasa JHEAIPP.
“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 40-an dan operasi dibuat di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan panas yang kerap kali dikunjungi untuk mereka bermadu kasih antaranya Padang Kota Lama, Lebuh Sungai Pinang, Pantai Seagate, Persisiran Pantai Queensbay, Pantai Jerejak dan Batu Maung.
“Dari pemeriksaan yang dijalankan, tiga pasangan kekasih dikenakan tindakan saman kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan di tempat awam, lapan diberi amaran dan nasihat manakala baki yang lain didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan dan dilepaskan,” katanya.
Khairul berkata, setiap pasangan yang ditahan dikehendaki hadir di pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan diri dan siasatan lanjut yang mana ia disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan