George Town: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Ahad menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu mehamami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.
Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.
"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun...hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.
Karpal berkata, pada 1997 memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan.
"Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik," katanya.
Beliau berkata, hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu.
Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskandari tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima.
"Jadi tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam," katanya.
Karpal juga menyelar desakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahukan Peguam Negara mengeluarkan sapina terhadap beliau sebagai saksi kes liwat kedua Anwar yang melibatkan pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, kes kedua Anwar yang melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997 kerana kes melibatkan Azizan itu telah selesai.
Beliau menyifatkan pihak yang membuat desakan itu sebagai tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang. - BERNAMA

2 ulasan:
Dah tak ada peguam yg cerdik yg setuju untuk mewakili anak pak Ali yg telah digugurkan hak sebagai anak di Negara Malaysia Boleh ini.
Yg ada hanyalah peguam yg tak berapa cerdik dan amat sesuailah begitu... yang tak berapa cerdik mewakili sigadis sunti yg tak berapa cerdik juga.
Kita lihatlah nanti apa kata Peguam Negara dan hakim mahkamah yang seangkatan dengan mereka hendak kata.
Dengan SeGeRAnya hakim2 malaya dan seangkatannya membuat mesyuarat tERgEmPaR,mengubal rang undang2...membOLeYkan dakwaan Anak GAdis SuntiK ini diluluskan....walaupun kes sudah melampaui masa...ItuLAh HaKikat SeBonAR2Nya..TunggU Dan LiHAT..
Catat Ulasan