Peralat anak buat maksiat
TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, perbuatan maksiat wanita berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan teman lelakinya warga Bangladesh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika menjalankan operasi cegah maksiat sempena sambutan tahun baru.
Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat dan mengaku berkahwin beberapa tahun lalu.
Katanya, wanita itu mendakwa mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kepenatan selepas bersiar- siar di Dataran Merdeka.
“Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengikut Seksyen 27 Akta 559 (a) (b) Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki berkhalwat.
Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik ‘asmara’ mereka diserbu penguat kuasa.
Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.
Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit.
“Remaja itu mendakwa akan bertunang beberapa hari lagi, namun kita akan panggil ibu bapa mereka untuk soal siasat lanjut bagaimana mereka boleh sampai ke ibu kota,” katanya.
Mereka antara 20 orang membabitkan 11 pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru, membabitkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa Jawi.
Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu antara usaha berterusan Jawi bagi ‘membersihkan’ ibu kota daripada dicemari gejala maksiat, malah membendung budaya pembuangan bayi. -hm

4 ulasan:
OH MELAYU !
buat apa cari orang luar kan abang abang kat tempatan ni pun ramai pi kenyet mata kat abang2 tu.
Pihak berkuasa buat la operasi setiap masa pagi petang siang malam, jangan dok kira sempena hari itu sempena hari ini. Buat kerana sempena ada maksiat berleluasa ! Ambil gambar keluarkan kat berita TV tak pun minta TV buat rancangan khas tiap hari PELAKU MAKSIAT HARI INI. Silap silap gambar aku masuk sama.... eeeiii takut !
Oh Malaysia tanah airku!
Negara ini tempat Abang Bangra,Mat Gagak dan Bang Indon memuaskan nafsu.Perempuan Melayu begitu murah,senang dapat dan gatal bila bertemu dengan abang-abang ni.Inilah yang disebut Ketuanan Melayu.
Catat Ulasan