15 Sep 2010

KDN Dan Polis Cuba Tutup Kes Bunuh Sosilawati?

Jangan sebar khabar tidak benar mengenai kes Sosilawati: Hishammuddin

Semua pihak diminta supaya tidak menyebar sebarang khabar yang tidak benar atau berita tohmahan yang berkaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya and tiga individu lain, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang membuat gesaan itu berkata beliau melihat kes berkenaan sebagai satu kejadian jenayah kejam dan berat yang merentasi batas kaum dan agama.

“Semua kaum dan agama dalam negara dengan nada yang sama mengutuk apa yang terjadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya beliau berharap tindakan lanjut polis dan tindakan undang-undang nanti akan meredakan kemarahan orang ramai dan mampu menangani apa jua kemungkinan, termasuk menangani sebarang persepsi negatif antara mana-mana kaum.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Dua hari lepas polis mengesahkan suspek dalam kes kehilangan jutawan itu mengaku membawa semua mangsa ke sebuah ladang, sebelum mereka dipukul mati dan mayatnya dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Kuala Langat.

Hishammuddin seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis dalam kes pembunuhan itu supaya membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula dalam satu kenyataan di sini menegaskan kes pembunuhan itu “tidak sama sekali berunsurkan perkauman”.

“Ia adalah kes pembunuhan atau satu kes jenayah yang ‘gruesome and cowardice’,” katanya
.

Ismail turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau tafsiran sendiri dengan hanya mendengar khabar angin sehingga boleh memudaratkan keadaan.

Beliau berkata dengan tertangkapnya beberapa suspek, kes ini boleh dianggap selesai dan ia merupakan satu kejayaan bagi Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.

“Siasatan akan disiapkan segera dan cadangan pertuduhan akan dikemukakan kepada pihak Peguam Negara agar mereka yang terlibat boleh diadili dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya. – Bernama


Suspek bunuh: Polis perlu jelas kepada rakyat

Polis bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sejauh manakah siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat apabila suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan mungkin terlibat dalam pembunuhan sehingga sembilan mangsa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Walaupun diumumkan Isnin lalu bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tercapai kerana kadar jenayah turun, rakyat yang semakin gelisah dengan pelbagai jenayah berat yang terus berlaku berhak mendapat tahu sejauh manakah tindakan polis menyiasat kehilangan beberapa orang yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan pembantu-pembantunya itu.

"Apakah tindakan pencegahan yang dilakukan dan berapa laporan polis yang diterima yang ada kaitan dengan suspek itu?" kata beliau.

Menurut beliau, polis dilaporkan telah mengakui bahawa mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

"Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini? Apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu?" kata Mahfuz.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan bahawa perkara tersebut penting dijelaskan kerana akhbar The Star melaporkan mungkin sembilan orang dibunuh dan dihapuskan dengan cara yang sama, Utusan Malaysia pula melaporkan sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini dipercayai dapat diselesaikan dengan berikutan pengakuan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Sosilawati bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu manakala Kosmo! pula melaporkan bahawa "ahli perniagaan terbabit mahir 'menghilangkan' pelanggannya".

"Yang lebih membimbangkan ialah apabila Kosmo! juga melaporkan bahawa 'maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan'.

"Laporan-laporan tersebut dibuat oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah pihaik polis bertanggungjawab mententeramkan kebimbangan orang ramai dengan menjelaskan sejauh mana siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat terhadap apa yang dilaporkan sebagai 'sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini'.

"Kita tidak mahu lagi membaca laporan ada penjenayah yang 'terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan' selepas ini," tegas beliau.

Mahfuz percaya, jika polis telah menyelesaikan empat aduan sebelum ini, mungkin tidak berlaku pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Beliau mempersoalkan, adakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru tersebut tidak berlaku.

“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,” kata beliau lagi.-harakahdaily


Ulasan GB

Ini bukan soal rakyat sebarkan khabar angin. Sedang yang dikatakan "khabar angin" sewaktu Sosilawati dibunuh itu akhirnya terbukti benar!

Mengapa kerajaan dan polis takut rakyat membincangkan hal ini sedangkan Menteri KDN dan KPN sendiri sebelum ini membisu? Baru sekarang sibuk keluar kenyataan tunjuk lagak dan tunjuk kuasa untuk tutup apa yang didakwanya khabar angin atau spekulasi?

Apa kisah tentang orang kenamaan yang dikatakan menjadi kenalan rapat suspek?

Tan Sri Ismail Omar, KPN baru menyatakan bahawa pembunuhan itu ‘gruesome and cowardice’ sedangkan rakyat melihat ia satu 'negligence and foolish' di pihak polis sehingga mangsa mati dibunuh begitu kejam.

Apa kata jika yang mati itu isteri Datuk Hishamuddin dan isteri Tan Sri Ismail sendiri? Tentu sekali bukan begitu suara-suara kamu berdua!

Berperikemanusianlah dan prihatinlah sebelum rakyat bertindak mendesak anda berdua dipecat dari jawatan.

Tiada siapa melihat kes ini dari kacamata perkauman kecuali golongan UMNO yang pekat Melayunya, sebar SMS yang bukan-bukan. Rakyat secara keseluruhannya melihat isu ini dari perspektif jenayah, dari perspektif setakat mana kecekapan dan keberkesanan KDN dan PDRM bertindak. Ternyata kedua-dua pihak gagal, pembunuhan itu berlaku juga walaupun dah ada maklumat mengenai kejadian terlebih awal.

7 ulasan:

Yong berkata...

Yong bersetuju kes ni bukan bersifat perkauman. Suspek tu dikatakan terlibat dengan kes seorang warga India. Maknanya suspek macam buaya ganas yang duduk dalam air tenang. Tak kira ape saje bangsa mangsanya, dia akan sambar. Tapi kes ini tetap akan menambah prejudis masyarakat Melayu terhadap kaum India. Ini amat malang sekali dan semakin manjauhkan pencapaian matlamat 1Malaysia.

Polis wajar selesaikan kes ini dengan segera. Jangan sampai ade penjahat yang terlepas sebab masalah ternikal. Itu saja caranya untuk mengurangkan kegelisahan rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan yg tersgt baik. tambahan: apa kisah ya tentang pendedahan bekas KPN, Musa Hassan tentang campurtangan KDN terhadap urusan polis?

KDN menafikan tetapi penafian itu krg meyakinkan rakyat.

Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk siasat dakwaan itu. Kalau tak mengapa KDN tak amik tindakan ke atas Musa Hassan?

atat berkata...

apapun sandiwara BN dan sekutu sekutunya sudah dpt dihidu oleh rakyat,habaq kat hish thamud din,hang la yg kata perkauman rakyat tak kata pon,pandaila nak ubah tajuk,rakyat tak bodo la woi.

Tanpa Nama berkata...

Yg membunuh memang tamak dan berhati binatang...confirmed... Tapi yg di bunuh mcm mana pulak...Kenapa tak suruh org org yg berwibawa utk kutip hutang atau duit dia kat lawyer jahat tu...nampak sangat dia tak mau luak 10 persen atau 20 persen ke sebagai upah.. Jadi berbaloi la buku bertemu ruas....

Tanpa Nama berkata...

aku cuma nk tau sape dia VVIP tu..kelmarin Murugiah dh kuar TV...2 hr sbm suspek celaka ni kena tangkap..duk sekali dlm satu majlis...maknanya..suspek dgn Murugiah ada contact n conention...lg satu aku nk tau sape peguambela yg akan membela mangkuk2 hayun ni semua nanti...Karpal singh...anak2nya...atau sesiapa shj...barang siapa membela mangkuk hayun ni semua..aku cadangkan..kita sbg rakyat m'sia...buat satu memo dan demo...jgn ada mana2 peguam yg akan membela pembunuh kejam ini walaupun mrk akan dibyr berjuta2 ringgit..krn datuk celaka nimemang byk duit...setuju???pihak berkuasa...sila cari sama VVIP yg selama ini melindungi pembunuh kejam ini...

Tanpa Nama berkata...

rakyat tertanya jawapan kenapa laporan polis oleh mangsa sebelum ni tiada respon? macam buang batu kelaut...

puspawangi berkata...

Tentu seronok melihat 'sandiwara' di mahkamah bila kes ini di bicarakan...bahan bukti hilang..pengumpulan bahan bukti yg tidak mengikut peraturan,mendapatkan pengakuan dengan deraan dan paksaan..ingat senang mcam tu ke orang nak mengaku??? dah banyak kali jadi bahan bukti tidak di simpan dengan baik, lapuran kimia yg tidak boleh di terima, ...

satu la..respek bab tangkap mnangkap ni polis malaysia pandai..tapi bila sampai ke mahkamah...cara menangkap pun boleh lepaskan org salah...

o ya..semua orang yg di bawa ke mahkamah dan dituduh PERLU di buktikan oleh pihak Pendakwa bahawa mereka bersalah..apatah lagi ini kes tiada saksi mata..dan 'bahan' yg di jumpai yg di katakn bukti itu perlu di bukti kan di mahkamah memang milik 4 mangsa..pengakuan membunuh??? ramai orang menukar pengakuan mereka bila kes di bawa ke mahkamah..
Peguam? walau sekejam mana pun mereka melakukan jnayah, mereka berhak mendapatkan pmbelaan yang sewajarny a..ini memang termaktub dlm undang2..yg perlu membuktikan ialah pihak Pendakwa bukan orang yg di tuduh kena membuktikan dia tidak bersalah..jadi dalam kes ini pihak Pendakwaraya MESTI mengendalikn kes ini dgan teliti dan bijaksana...adakah pasukan forensik PDRM mempunyai kebolehan dan kewibawaan utnuk menyimpulkan semua bukti hingga bila kes ini di bawa ke mahkamah kes ini 'watertight' tiada sebarang keraguan yg boleh di timbulkan yg hanya akan menjuruskan kepada satu perkara saja..iaitu sabitan semua yang di tuduh??