Lapangan Terbang Alor Setar Ditutup Kepada Semua Penerbangan Kecuali Perkhidmatan Helikopter
Gambar: Beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awan Malaysia(JPAM) bersama kakitangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim(LTSAH) membuat tinjauan di landasan kapal terbang di Kepala Batas dekat sini hari ini. Tinjauan mendapati landasan kapal terbang turut ditenggelami air. Foto Bernama.
PETALING JAYA - Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah akan ditutup sehingga esok kepada semua penerbangan, kecuali perkhidmatan helikopter, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chong Ha.
Beliau berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas terutamanya di wilayah utara Semenanjung Malaysia mengakibatkan banjir melanda kawasan berkenaan dan memaksa penutupan lapangan terbang itu sejak Selasa.
"Kami ingin memohon maaf disebabkan keadaan yang tidak dijangka ini berikutan keadaan cuaca," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, di sini Rabu.
Lapangan terbang itu mengendalikan penerbangan MAS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur tiga kali sehari; penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali); dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali).
Lapangan terbang itu terletak 12 kilometer dari Alor Setar dan dapat mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.
Kong berkata lapangan lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu masih beroperasi seperti biasa.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata pelanggan syarikat penerbangan negara yang telah menempah tiket penerbangan ke Alor Setar dan tidak dapat menaiki penerbangan disebabkan penutupan lapangan terbang dibenarkan menjadualkan semula penerbangan atau memilih destinasi paling hampir. -- BERNAMA

Mas batal penerbangan ke Alor Setar
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan penerbangan ke dan dari Alor Setar berikutan penutupan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim setelah air membanjiri landasan.
Pengarah Operasi MAS Kapten Mohamed Azharuddin Osman berkata, lapangan terbang itu akan ditutup sehingga Khamis.
Beliau berkata, penumpang penerbangan ke Alor Setar yang terjejas itu boleh menukar tiket mereka secara percuma untuk ke destinasi lain seperti Pulau Pinang atau Langkawi.
Azharuddin berkata, mereka juga boleh menukar tarikh perjalanan mereka tanpa bayaran dalam tempoh tertentu atau tiket mereka dibayar balik mengikut prosedur biasa bergantung kepada jenis tambang tiket.
Dalam satu kenyataan di sini, MAS berkata syarikat penerbangan akan memantau keadaan dan menyaran penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan itu di talian bebas tol 24 jam Pusat Panggilan di 1 300 88 300 atau pejabat tiket untuk maklumat terkini mengenai jadual penerbangan.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan