Senarai Terakhir Pencalonan 30 Cabang PKR Bakal Tentukan Nasib Nurul Izzah
Jika baki 30 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak mencalonkan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, maka sah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak layak merebut jawatan nombor dua itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Molly Cheah memberitahu mStar Online, data lengkap berkaitan pencalonan Nurul Izzah masih tidak diperoleh oleh pihaknya.
Sebaliknya, ia hanya akan diketahui sebaik sahaja kesemua baki 30 cabang parti terbabit menyerahkan senarai pencalonan mereka kepada Ibu Pejabat PKR.
"Saya sendiri tak begitu pasti mengenai kedudukan terkini senarai pencalonan bagi mereka yang layak.
"Setahu saya ada kira-kira 30 cabang lagi yang belum menyerahkan senarai pencalonan," katanya di sini, Selasa.
Molly berkata demikian ketika ditanya mengenai status pencalonan Nurul Izzah bagi bertanding jawatan berkenaan.
Sehingga kini, difahamkan Nurul Izzah hanya menerima satu pencalonan iaitu dari Keningau, Sabah.
Mengulas lanjut, Molly berkata perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara rasmi.
"Saya tak pasti mengenainya kerana kita masih belum terima senarai pencalonan daripada cabang-cabang berkenaan.
"Dalam 30 cabang itu, mungkin ada yang calonkan Nurul Izzah (jawatan Timbalan Presiden) atau mungkin juga tidak... anda kena tunggu senarai rasmi nanti," jelasnya. -mstar

Timbalan presiden: Nurul tunggu notis rasmi pencalonan
KUALA LUMPUR, 12 Okt — Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini.
Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menunggu notis rasmi tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan tertinggi parti sebelum membuat sebarang keputusan.
“Saya sedang menunggu kenyataan rasmi dari pejabat pusat tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan-jawatan tertinggi parti.
“Bila keluar kenyataan rasmi barulah keputusan boleh dibuat,” katanya.
Tiga pemimpin sudah mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang masing-masing merupakan naib presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kelmarin Khalid telah mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor dua PKR.
Sebelum ini Nurul Izzah berkata akan mengumumkan pendiriannya kelmarin.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.
Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR disebut-sebut akan bertanding kerusi ini, minggu lalu menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika bersedia bersaing jawatan timbalan presiden. -TMI
2 ulasan:
Usahlah cucu Iza terburu-buru sangat, sabarlah dan belajarlah ilmu politik dari ayah dan emak cucu, juga dari pakcik-pakcik yang anak boleh percayai. Yang suruh dan yang tidak menyokong cucu masuk bertanding TP tu ada motif dan tujuannya tersendiri. Politik ini bukan macam belajar kat sekolah atau di universiti ada kelas express. Tak tahu atuk ni kalau cucu dah dapat satu. Jangan gelojoh macam budak askar-3-minggu tu dulu yang nak jadi PiEm termuda di dunia. Cucu mesti jadi PiEm yang paling dihormati insaAllah.
Tunjukkan kredibiliti anda terlebih dahulu. Jangan menyusup ke barisan kepimpinan tertinggi atas imej kredibiliti kepimpinan ibu dan ayah anda. PKR bukan UMNO yang mewariskan kepimpinan kepada anak masing-masing.
Antara kebodohan dan kebengapan orang melayu yang beranggapan apabila si bapak pemimpin maka si anak juga dianggap berkepemimpinan juga: lalu semudahnya diangkat sebagai pemimpin: walaupun ketara lembab, lembik, kurang cerdik dan dikaitkan dengan berbagai skandal yang melemahkan kepimpinan mereka..
Catat Ulasan