2 Okt 2010

Mahathir Dimasukkan Ke Hospital Di Melbourne

Dr Mahathir Dimasukkan Ke Hospital Di Melbourne

MELBOURNE -- Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam Jumaat bagi rawatan "batuk dan selesema".

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui SMS, pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne pada Sabtu.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).

(1Malaysia ialah prinsip yang digariskan untuk membina sebuah negara yang bersatu dan progresif pada Abad ke-21 melalui pemupukan semangat dan nilai kekitaan tanpa mengira bangsa dan agama.)

Sejurus sebelum seminar itu bermula, juruacara majlis mengumumkan Dr Mahathir tidak dapat hadir pada majlis itu yang beliau (Dr Mahathir) nanti-nantikan dan sedih kerana tidak dapat berbuat demikian.

Beliau telah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed untuk berucap pada seminar itu bagi mewakilinya.


Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Walaupun sudah berusia, Dr Mahathir, yang merupakan penasihat syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton dan perbadanan minyak negara Petronas, sering ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa berikutan beliau terus menjadi pilihan pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan pada majlis tempatan dan antarabangsa. -- BERNAMA

Ulasan GB

Benarlah catatan GB sebelum ini bahawa Tun Dr Mahathir sedang sakit. Sebelum ini Mahathir dilaporkan terlantar di rumahnya kerana sakit.

Dan kini GB difahamkan TDM terlantar di katil kerana dilaporkan tidak sihat. Kita sudah menyatakan sebelum ini bahawa Mahathir sepatutnya sudah wajar benar-benar bersara. Membersihkan diri demi menghadapi Rabbul-Jalil pada bila-bila masa dan supaya rohnya bisa tenteram di alam barzakh nanti.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila disebut mahathir punca kemusnahan melayu terus demam?

Tanpa Nama berkata...

Sekadar "demam dan batu-batuk" masuk hospital diAustralia.Sengkek sangatkah hospital-hospital dan pusat-pusat rawatan diMalaysia ni?

Tanpa Nama berkata...

Harap orang tua ni panjang umur sehingga dia dapat melihat kemusnahan umno. Lepastu nak mati pun matilah. Dia bkn bapak aku. Apa ada hal... kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Anon 8.19 tak baik ckp mcm tu...sebagai org Islam kita kena doakan agar Dr M ni cepat sembuh dan panjang umur...Kalau nak marah sekali pun jgn guna bapak engkau bapak aku.. Tak baik kita kena hormat org tua.

Kita doakan Dr M ini sehat sejahtera supaya dia boleh lihat segala kezaliman dia kapada rakyat dan insaf dan bertaubat kepada Allah.

Sorilah tunjuk baik pulak..