Orang Asli cadang bawa isu status ke Galas
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor bercadang membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas nanti.
Timbalan Pengerusinya, Simpan Suda pada sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata, tindakan tersebut ekoran layanan Dewan Rakyat mengetepikan usul mereka; iaitu menuntut perkataan Orang Asli diletakkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
"Sudah semestinya, kalau Orang Asli bertanding, makin ramai," ujarnya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Menurut beliau, isu membabitkan kepentingan Orang Asli sepatutnya telah selesai kerana Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun yang lalu.
Sekiranya isu berkaitan Pribumi di Sabah dan Sarawak boleh diselesaikan di dalam perlembagaan, beliau bertanya mengapa kerajaan tidak bersedia menyelesaikan tuntutan status Orang Asli di Semenanjung.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengetepikan usul tergemparnya atas alasan isu tersebut telahpun dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.
"Tuan Speaker (Pandikan Amin) telah tolak dalam kamar kerana perkara tersebut telah diperkatakan dalam Dewan," ujarnya mewakili Sekretariat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Baginya, sepatutnya usul tersebut wajar diterima kerana permohonan secara bertulis telah pun dibuat lebih 24 jam yang lalu.
Bagaimanapun, katanya usaha memperjuangkan kepentingan Orang Asli akan diteruskan Pakatan Rakyat kelak.
"Semestinya ada tindakaan selanjutnya, kita akan berunding dulu.
"Perkara ini takkan berhenti di sini, apa yang dipohon adalah wajar," beliau menambah.
Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, Dewan Rakyat sepatutnya memberi ruang untuk membahaskan usul tergempar itu.
"Ini menunjukkan reaksi pemerintah walaupun mereka (Orang Asli) datang dari jauh.
"Setelah malaysia merdeka lebih 51 tahun, tapi isu ini tertangguh," ujarnya.
Katanya, tuntutan itu wajar memandangkan Orang Asli adalah penduduk asal di tanah air.
"Menerima kaum asal sebagai Bumiputera adalah sesuatu yang semulajadi," ujarnya.
Manakala Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat merangkap AJK PAS Pusat pula merakamkan penghargaan kepada Kamarul Baharin kerana komited mewakili Pakatan Rakyat memperjuangkan isu-isu hak Orang Asli di Semenanjung.
"Kalau nak memperkatakan soal 1Malaysia, inilah isunya tetapi kerajaan tidak peduli hal mereka ini," ujarnya.
Lebih 18 pemimpin suku kaum Orang Asli turut menyertai sidang media tersebut. -harakahdaily

Usul bahas Perkara 153 untuk Orang Asli ditolak lagi
Usul Pakatan Rakyat bagi membahaskan pengiktirafan Orang asli sebagai bumiputera mengikut Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan ditolak oleh pejabat speaker hari ini.
Dalam pada itu, kawalan sekitar Parlimen juga diperketatkan dengan kehadiran kira-kira 50 anggota polis bagi menghalang sekumpalan Orang Asli yang dipercayai cuba menyerahkan memorandum berkenaan.
Sekatan polis di adakan di Jalan Duta menuju ke bangunan Parlimen dan beberapa Orang Asli yang datang sewal jam 9 pagi juga tidak dibenarkan masuk, walaupun mereka mendakwa masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi.
Menurut pegawai khas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas, - Muhammad Faizal Zakaria, rombongan Orang Asli itu sepatutnya dibenarkan masuk kerana ahli parlimen Telok Kemang itu sendiri yang membuat permohonan berkenaan minggu lalu.
Bagaimanapun cubaan kedua mereka pada jam 10.15 pagi berjaya setelah dijelaskan bahawa tujuan mereka ke Parlimen bukan untuk membantah ataupun menyerahkan sebarang memorandum.
Menurut naib presiden Persatuan orang Asli Semenanjung Malaysia, Simpan Suda, polios memaklumkan bahawa mereka menerima maklumat kira-kira 300 Orang Asli akan berdemonstrasi sebelum menyerahkan memorandum.
“Apabila kami datang pada kali kedua, hanya tinggal 18 sahaja kerana yang lain takut. Kami bukan datang menyerahkan memorandum, kami cuma pelawat biasa. Kami ke mari bukan menimbulkan kekacauan,” katanya
Pada sidang akhbar kemudiannya, Kamarul berkata usul tergempar berhubung status itu ditolak dengan alasan ia pernah ditimbulkan dan dibincangkan di Dewan Rakyat.
Dalam usulnya, Kamarul menggesa pengiktirafan bumiputera diberikan kepada Orang Asli kerana Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan mereka status berkenaan.
“Orang Asli telah lama tunggu untuk diiktiraf sebagai bumiputera... isu ini telah dipendam begitu lama,” katanya.
Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) pula berkata status Orang Asli sepatutnya dibahaskan kerana kesamaran kedudukan dan hak mereka menyebabkan kumpulan itu dipinggirkan dari arus pembangunan.
“Kami hormati pandangan speaker tetapi isu ini tidak harus dibiarkan berlarutan setelah 53 tahun merdeka. Kerajaan seharusnya menerima Orang Asli sebagai bumiputera, ini perkara yang sepatutnya dan tidak seharuis mempunyai masalah,” katanya. -mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan