31 Okt 2010

Galas: 4 Pelajar Dibebaskan, SUHAKAM Selar Penahanan Mereka

Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas

Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.

Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan.

Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam.

Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah.

Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.

"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman.

"(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.

Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi.

"Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak.

"Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik,"
katanya.

Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula ke balai berkenaan pada 14 November depan. -mk

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau jujur dan bebas daripada pengaruh Politik, mengapa tidak disalurkan maklumat yang ada kepada saluran yang betul.
Masuk U untuk menuntut ilmu demi masa depan,bukannya untuk melakukan sesuatu yang tidak relevan.
Sabarlah sehingga mendapat segulung ijazah.......
Anak melayu lagi yg bodo.....
NAMWEE juga yang bijak, sudah jadi "star"


"blogenstarz"

Tanpa Nama berkata...

orang yg berjuang tak tunggu dpt ijazah baru nak "berperang".

Rasulullah dan para sahabatnya khalifah yang empat di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan ada tunggu mana-mana degree atau master dari mana-mana universiti?

di dalam perang badar, semua umat Islam tak kira tua muda bersama-sama di dalam saf perjuang. Al-quran mengisahkan hanya yang "munafiq" duduk rumah.

bodoh betul blogenstarz

Tanpa Nama berkata...

Baguslah para siswa kita turun padang selain kelas/kuliah rutin. Barulah jiwa dan fikiran mereka hidup dan tidak hanya pandai berteori semata-mata tetapi tidak dapat dipraktikkan.

Idea ingin melihat pelajar U hanya bergelumang dalam persekitaran kampus dan sekali sekala dibawa keluar, itu samalah menjadikan mereka seperti haiwan ternakan.

Mereka bakal pemimpin dan pengurus-tadbir negara pada masa depan, jangan dibiarkab jumud.

Kesan kejumudan itulah sebahagian pengikut grombolan yang berbagai status yang berkeadaan macam orang buta dan bisu. Tahu 'kebobrokan' tetapi 'megelek' dan 'menghidu'-nya jugak.

Turunlah beramai-ramai wahai para mahasiswa sekelian. Subur dan matangkan keintelektualan anda dengan cara turun padang. Jika mahasiswa turun padang menyokong grembolan ok-lah pulak..!!?
Dasar otak beku dan manja.

Tanpa Nama berkata...

Blogenstarz,

Cuba ko cakap kat atlit2 sukan kita atau penyanyi2 yang masih bertaraf pelajar universiti dgn nada kau tadi iaitu:
"Kalau ye pun nak bersukan dan nak rakam album, sabarlah tunggu dapat ijazah dulu."
Agak2 ada org sokong statement ko tak? Takdak kan? Sama gak la depa kat Galas nih. Hang akai ada ka...?!

lah berkata...

Salam semua,

Selagi dah boleh fikir iaitu mumayyiz dan baligh seorng itu dah dikira dewasa dan kena bertanggungjawab atas amalan dan tindakan sendiri.
Maka segala ilmu dan pengalaman perlu dipelajari dan diceburi.
Contoh : Sultan Muhammad Al Fatih yang menjadi Sultan umur 18 tahun dan menakluki Kota Konstantinople (istambul)seumur 21tahun sebagai sultan dan panglima perang dan mujahiidin. Memerintah sehingga diiktiraf sebagai Raja yang baik dikalangan tentera dan rakyat yang baik..yang penting.. dijamin syurga oleh Allah SWT...