31 Okt 2010

[Bergambar] Detik-detik Ansari Jatuh Ke Laut Sulu

Batu Sapi: Detik-Detik Ansari Terjatuh Ke Dalam Laut Sulu!!

Inilah detik-detik yang mencemaskan seketika kem Pakatan Rakyat apabila titi yang menghubungkan jalan utama dengan rumah salah seorang penduduk di Batu Sapi tiba-tiba runtuh sekelip mata!

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang berada di hadapan Ansari bernasib baik tidak terjatuh sama kerana beliau telah sampai di rumah penduduk tersebut.

Saksikan setik-detik mencemaskan ini hingga memaksa Ansari dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sandakan, semalam.



Titi tiba-tiba mula roboh. Ansari (berkopiah, berbaju Melayu ungu) dan empat yang lain menggelongsor ke dalam laut.


Penyokong Pakatan Rakyat mula memegant tangan Ansari bagi menariknya ke atas sambil dibantu rakannya yang terjatuh di bawah


Beberapa penduduk yang kelihatan terserempak dengan kejadian itu segera memberi bantuan dari titi utama untuk membawa Ansari ke rumah penduduk


Ansari akhirnya diselamatkan menggunakan tangga yang segera dibawa oleh petugas parti yang berada berhampiran dengan tempat titi roboh. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (berbaju Melayu biru), memerhatikan dari rumah penduduk


Ansari akhirnya berjaya dibawa ke atas dan ditenangkan penduduk dan penyokong Pakatan Rakyat. Tidak lama selepas itu, dia bersama empat yang lain dibawa ke Hospital Sandakan untuk menerima rawatan pesakit luar. Beginilah nasib rakyat Sabah menggadai nyawa demi mencari sesuap nasi. Rakyat Sabah tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari rejim Barisan Najis selama Sabah menyertai Persekutuan Malaysia, 47 tahun lalu!! -jalanpulang



Sakit bahu tidak halang Ansari berkempen

CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah, 56, dipilih untuk merampas kerusi Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini. Ansari bersemangat meneruskan perjuangan walaupun terpaksa menggunakan anduh akibat terjatuh ke laut buat kali kedua, petang kelmarin.

Apakah janji yang anda tawarkan kepada pengundi?

Saya berjanji akan menyampaikan keluhan rakyat di sini ke Dewan Rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan. Saya juga akan membela rakyat daripada berterusan jadi mangsa penindasan pelbagai pihak dan pemimpin tidak bertanggungjawab selain akan berusaha menuntut pembangunan di kawasan ini mengikut keperluan dan kemampuan semua.

Bagaimana dengan aspek sosioekonomi?

Saya merancang pelbagai program meningkatkan ekonomi rakyat selain memastikan pelajar luar bandar menikmati kemudahan terbaik bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. Saya cuba mengurangkan kemiskinan dan gejala sosial serta berkhidmat penuh dedikasi tanpa pilih kasih.

Anda dikatakan terkena sumpahan pihak tertentu apabila dua kali terjatuh ke dalam laut, Rabu dan Jumaat lalu?

Siapa kata saya kena sumpah? Kalau orang BN atau SAPP kata saya kena sumpah, siapa yang sumpah? Jangan bohong rakyat, semua berlaku bukan kehendak kita, Allah SWT yang tentukan. Bukan kehendak saya jatuh ke dalam laut dua kali. Jangan sebut saya jatuh, yang jatuh ialah jeti dan pelantar pejalan kaki itu.

Bagaimana dengan kecederaan anda?

Alhamdulillah, sebaik saja ditarik naik ke pelantar, jentera pilihan raya parti terus membawa saya ke hospital di bandar. Saya buat x-ray, Alhamdulillah doktor mengesahkan tiada retak tulang. Cuma bahu sakit sebab masa pelantar jatuh, saya berpaut pada pelantar itu. Kemudian saya dapat rawatan tabib, tiga kali dia cuba masukkan semula urat bahu kanan yang terseliuh.

Dengan rasa sakit itu, adakah anda akan meneruskan kempen?

Ya, sudah tentu. Berjuang tetap berjuang. Jangan fikir bahu saya sakit, saya mesti menyerah kalah di Parlimen Batu Sapi. -BH


Ulasan GB

Semalam GB sudah ulas kes Ansari jatuh je laut ini. Petikan:


Ramai yang mentertawakan calon PR yag jatuh ke laut. Dan banyak pula andaian-andaian nakal ekoran dari peristiwa itu. Ada yang menyatakan suwehnya nasib Ansari.

Apakah rahsia di sebalik kejadian tersebut lansung tidak diteroka dan dibaca.

Ansari bakal kalah kali ini. GB juga turut menerimanya. Tetapi jangan tersekat di situ cuma.

Namun daripada peristiwa dua kali jatuh ke laut, ia adalah petunjuk besar dari Ilahi bahawa orang yang bernama Ansari ini perlu "dibenamkan" di dalam laut Sabah - bermaksud Ansari perlu bergelumang dengan rakyat Sabah. Benar-benar bergelumang sehingga dua kali berada di lautan rakyat.

Kemudian Ansari bangkit dari lautan rakyat itu - dengan penuh sedar dan keinsafan bahawa rakyat Sabah memang perlukan pembelaannya. Hanya Ansari yang mampu membawa perubahan. Dan hanya Ansari dipilih Tuhan untuk dijatuhkan ke dalam laut Sabah itu.

Kedua, orang yang bersama dengan Ansari ketika itu ialah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah petunjuk dari peristiwa itu? Nasib Ansari akan mengikuti apa yang telah dilalui Khalid. Khalid kalah di Ijok di dalam pilihanraya kecil. Dihina, dicaci, ditohmah dan pelbagai lagi. Tetapi kemudiannya beliau menang besar di Ijok dan menang juga di Parlimen. Diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Ya, Ansari akan menerima nasib yang serupa dengannya.

Pemerhatian GB: Ansari bakal Ketua Menteri Sabah satu hari nanti.


Orang yang menganggap "suwey"nya nasib Ansari itulah sebenarnya orang yang akan ditimpa suwey nanti.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tujuan Projek-Mee-Segera UMNO setiap kali diadakan PRK hanyalah untuk memastikan pemimpin atasan mereka dapat berjalan di atas jalan yang berturap agar tidak tergelincir atau pakaian tercalit lumpur semasa melawat. Parit, sungai, titi, lampu jalan akan di selenggara rapi bagi memastikan kulit pemimpin tidak di jamah nyamuk. Untuk berapa lama wahai sahabat?.

Mungkin telah ramai penduduk tempatan yang terjatuh di laluan itu, tetapi siapalah mereka untuk dijadikan berita. Cerita Ansari terjatuh dibesarkan dengan tujuan mahu mengejek dan mentertawakan diri. Tidakkah pencacai ini merasa malu kerana masih ada laluan yang tidak kukuh untuk dilalui walaupun negara telah merdeka berpuluh tahun lamanya. Balak yang ditebang pun sudah tumbuh semula setinggi asal sedia untuk dipotong lagi. Sabah-oh-Sabah.

Penduduk kampung air ini sewajarnya mendapat pembelaan yang lebih baik. Lihat saja jambatan bertingkat di Putra Jaya. Di bukit bukau pun di bina jambatan.

Sejauh manakah Projek-Mee-Segera UMNO boleh menaikkan taraf hidup rakyat setempat?.