8 Sep 2010

Najib Sudah Lama Langgar Kontrak Sosial

Jangan persoal kontrak sosial: PM

Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa semua perkara yang sudah disepakati oleh pengasas negara terutama perlembagaan yang berdasarkan kontrak sosial antara kaum, tidak seharusnya dipersoalkan, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Kita hendaklah beringat dan berpegang teguh kepada perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan oleh bapa-bapa kita, generasi yang lalu, sejak sekian lama sehingga kita berada dalam suasana seperti hari ini," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata bahawa dalam menjaga hubungan antara kaum pula, setiap rakyat hendaklah peka kepada sensitiviti serta mengelak daripada perbuatan, tindakan atau tutur kata yang boleh melukakan saudara daripada kaum-kaum lain.

"Kalau dua aspek itu dapat dielakkan banyaklah suhu panas akan reda dalam negara kita dan saya percaya ia juga boleh membawa kepada pengukuhan perpaduan nasional dan kestabilan politik negara kita," katanya

Najib berkata kedua-dua aspek itu juga penting dalam pengurusan politik negara turut melibatkan hubungan antara kaum.

"Kita selalu sebut bahawa tonggak kepada negara kita ialah perpaduan nasional dan kestabilan negara (tetapi) kestabilan itu akan terancam kalau kita tidak dapat menguruskan perhubungan kaum dengan begitu baik," katanya.

Najib berkata gagasan 1Malaysia amat perlu dihayati, difahami serta diamalkan khususnya kepada penjawat awam dalam apa jua yang dilakukan supaya dapat menjadi contoh dan teladan kepada penjiwaan serta amalan 1Malaysia.

"Ingatlah menjadi tanggungjawab kita memelihara negara kita untuk anak-anak dan cucu kita, janganlah yang elok itu menjadi retak dan janganlah yang sudah bersambung itu menjadi putus," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Bukan Perkara 153 saja kontrak sosial, malah keseluruhan kandungan Perlembagaan "Perseukutan" itu adalah satu kontrak sosial. Dan terkandung di dalamnya konsep Federalisma (Persekutuan).

Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara di dalam bukunya "An Introduction to the Consitution of Malaysia" membandingkan Persekutuan seperti berikut:-

" .... Sesebuah Persekutuan itu serupa dengan sesebuah perkongsian, dan seperti perkongsian yang lain-lainnya, kejayaan dan kelancaran urusannya terpulanglah kepada kesudian dan kesedian kesemua rakan kongsi untuk menjayakannya".

Kamus undang-undang Black pula memberi makna kepada Persekutuan seperti berikut:-

Suatu bentuk kerajaan, di mana kuasanya dibahagikan di antara Pusat (Persekutuan) dan ahli-ahlinya (negeri-negeri). Mengenai Kerajaan Persekutuan pula: Negeri-Negeri ahli menubuhkan suatu kesatuan, tetapi tidak sampai kepada tahap menghilangkan organisasi masing-masing atau tidak sampai melenyapkan separuh kedaulatannya (quasi-sovereignty).


Ini bererti ada pengasingan kuasa di antara Persekutuan dengan negeri. Dan kerajaan Persekutuan perlu akur dengan pemerintahan yang ada pada kerajaan negeri sekalipun ia adalah dikuasai pembangkang.

Kerajaan pusat (Persekutuan) tidak boleh samasekali menganak-tirikan atau menyekat atau menghalang apa jua bentuk peruntukan dan pembangunan terhadap kerajaan negeri.

Segala perjanjian hendaklah dilaksanakan dengan sepurna.

Tetapi apa yang berlaku dan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat adalah di sebaliknya. Sekatan, halangan, dendam-kesumat, tekanan, kezaliman dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang.


Malah sampai ke satu peringkat membatalkan perjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri seperti Perjanjian Petronas yang memperuntuk royalti kepada kerajaan negeri untuk digantikan dengan wang ehsan.

Jelas UMNO BN telah melanggar kontrak sosial dengan dasyat dan terus-terusan dilakukan sehingga kini.

Jika Najib berkata jangan persoal Kontrak Sosial, maka Kerajaan Kelantan berhak untuk mendapat royalti.

Kemudian di Perak, rakyat telah memilih Pakatan Rakyat. Najib merampas Perak melalui pintu belakang untuk buktikan kepada PM semasa itu bahawa beliau sudah bersedia menggantikan PM kerana telah berjaya merampas negeri Perak dari PR. Apa yang dilakukan ialah membeli beberapa ADUN PR, tetapi pengecut untuk bubarkan DUN supaya pilihanraya semula diadakan.

Najib perlu diheret ke mahkamah dan boleh sangat dipenjarakan kerana perlanggaran kontrak sosial tersebut.

Dan Allah tidak pernah tidur!


1 ulasan:

ciliapi berkata...

setakat pengetahuan saya .... yg duk mempersoalkan sangat ini adalah BN.. UMBO, MCA, MIC dan sekutu-sekutunya.... siapakah yg selalu mempersoalkan kontrak sosial?... BN.... siapakan yg melanggar kontrak sosial?...BN juga... rakyat tak bangang dan bodoh mcm pemimpin2 BN...