DNA kunci pertuduhan
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kini ‘kunci’ utama untuk mengukuhkan pendakwaan terhadap suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang juga peguam terkenal.
“Kunci utama kini adalah keputusan DNA terhadap serpihan tulang dan abu yang ditemui di tempat kejadian. Jika apa didakwa suspek benar, pertuduhan boleh dilakukan terhadap suspek.
“Jika ujian DNA tidak dilakukan, bagaimana pihak pendakwa boleh membuktikan tulang dan debu ditemui adalah milik mangsa yang dilaporkan hilang?” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Beliau mengulas kes pembunuhan Sosilawati bersama tiga individu lain iaitu pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Mohd Radzlan berkata, sebarang kes jenayah, terutama membabitkan kes bunuh, perlu dibuktikan terlebih dulu kaitannya antara kejadian dengan suspek sebelum pendakwaan dilakukan.
Namun, katanya, ada juga sesetengah kes bergantung kepada budi bicara pihak pendakwa raya untuk melakukan pendakwaan terhadap suspek kes berkenaan.
Menurutnya, polis sudah merakam pengakuan suspek dan senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa ditemui dan ia cukup untuk mendakwa suspek, namun hasil ujian DNA itu akan mengukuhkan lagi pihak Peguam Negara untuk melakukan pertuduhan.
Secara peribadi, beliau berpendapat sebarang pertuduhan yang dilakukan perlu disertai dengan laporan siasatan polis yang lengkap.
Katanya, suspek yang ditahan berkaitan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu adalah peguam dan dia juga mahir mengenai selok-belok perundangan.
“Jika kertas pertuduhan tidak lengkap, suspek boleh mempersoalkannya dan tidak mustahil dia boleh melepaskan diri hanya kerana kesilapan teknikal itu.
“Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada budi bicara pihak pendakwa raya untuk melakukan pertuduhan terhadap suspek,” katanya.
Mohd Radzlan berkata, jenayah peguam itu dilakukan secara profesional kerana suspek mahir untuk menghilangkan bukti.
Katanya, tindakan membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu cukup membuktikan suspek sememangnya berpengetahuan tinggi untuk menghapuskan bukti yang boleh mengaitkannya dengan kes berkenaan.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, keempat-empat mangsa dipukul, ditikam dengan senjata tajam sebelum mayat mereka dibakar berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat, dan abu mereka dibuang di Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dibunuh. -HM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan