Puad: Tak adil label Umno, Perkasa rasis
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata adalah tidak adil untuk melabelkan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai sebuah pertubuhan yang rasis hanya kerana ia mempertahankan kedaulatan Perlembagaan.
Katanya apa yang diperjuangkan pertubuhan itu bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan atau ‘‘mencuri’’ hak mana-mana pihak sebaliknya memperjuangkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
“Perkasa bukan rasis... tidak ada rasis dalam kamus budaya orang Melayu, rasis hanya berlaku di barat kerana kita tidak pernah melakukan penghapusan etnik.
“Bila Perkasa mempertahankan ketuanan Melayu, ia sebenarnya soal megah bangsa, soal maju bangsa dan bangga bangsa,” katanya semasa berucap melancarkan Tabung Pendidikan dan Kebajikan Jaguh Care di sini, malam tadi.
Penubuhan tabung tersebut oleh Kelab Jaguh bertujuan membantu penduduk Pasir Mas, Kelantan yang bermastautin di luar negeri itu, terutama dalam soal pendidikan dan kebajikan.
Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata terdapat juga pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempertahankan dan memperjuangkan apa yang mereka kehendaki, namun tiada pihak yang melabelkan pertubuhan tersebut sebagai rasis.
Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis pelancaran itu, Puad berkata tuduhan yang dilemparkan sesetengah pihak mengatakan Umno sebuah parti rasis sehingga menyebabkan peratusan pengundi Cina menurun pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April lalu, adalah tidak tepat.
Katanya keadaan itu berlaku kerana mereka lebih banyak terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang banyak dibangkitkan oleh parti DAP.
“Barangkali kerana kekeliruan tersebut banyak pengundi Cina beralih kepada (calon) Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu (Datuk) Zaid Ibrahim,” katanya. — Bernama
Ulasan GB
Macamana dinafikan sekalipun perjuangan UMNO dan PERKASA tetap rasis, cauvinis "Melayu", dulu kini dan selamanya.
United Malay Nation Organization - apa ertinya? Ya, Pertubuhan "Kebangsaan Melayu" Bersatu - namanya pun telah menunjukkan UMNO itu rasis, apa tah lagi perjuangannya.
Begitulah PERKASA - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia! Lihat sahaja selepas pilihanraya Hulu Selangor sehinggakan Presiden Perkasa mahu kerajaan tangguhkan dahulu pembangaunan untuk kaum Cina lantaran pengundi Cin tidak memebrikan sokongan kepada calon BN. Itulah sikap yang menggambarkan rasis sebenar.
Dunia kini sudah berubah. Era globalisasi, parti-parti rasis masing-masing sedang dalam era keruntuhan!

4 ulasan:
kenapa PERKASA tak bela aminulrasyid? sebab hanya jadi barua UMNO?
UMNO dan PERKASA adalah 1, tiada duanya hanya orang dengan bayangnya..
Perkasa = UMNO sama je. Cuma Perkasa platfom baru Melayu yang bersedia untuk gantikan UMNO sekarang UMNO bungkus.. Ini adalah persediaan Perkasa untuk terlibat dalam politik..Siapa tak kenal Ibrahim Katak.
Saya pernah mendenger ceramahnya kalau PR dapat kuasai Malaysia..Dia nak minta jadi Duta ke Amerika... Mungkin saudara pun ingat...
Mereka semua ada kepentingan dengan menggunakan masyarakat / rakyat dengan mangsa ketanakkan mereka demi cita-cita mereka.
Pekasam adalah umno.Pekasam tali barut umno.brahim dibuang daripada umno jadi inilah cara untuk dia mendekati umno..untuk mencari makan..
Catat Ulasan