Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.
Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.
Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.
Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. -sk

5 ulasan:
anak ghaffar baba...mesti ada salah besar dalam umno ni.. ehehe
memang nampak sangat la kesalahan dalam UMNO kalau anak mantan PM yang dedahkan nanti
semoga lain2 tu pun sama ikut jejak anak ghaffar tu.
PKR, jgn tersilap memilih lagi. Ada yg cuba dekati PKR bila dah tak laku lagi dlm UMNO. Disamping itu hutang perniagaan keliling pinggang, mungkin dah bertaraf bangkrap. Justeru, mereka mula membuat asas berbaik2 dgn PKR untuk kepentingan diri andai Pakatan Rakyat menang dalam PRU13. Sebaliknya, jika tak dapat apa yg dicita mereka akan bertindak keluar. Alasan yg dpt menyelamatkan maruah ketika itu ialah `tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap pucuk pimpinan'. Berhati2 lah PKR, jgn cepat menerima.
bila puak puak UMNo dipingirkan oleh pemimpin UMNO sendiri, maka lompatlah mereka masuk PR, apabila sudah jadi MP lompatlah masuk balik dalam lubuk duit dalam UMNO... oleh itu perlukah menilai semula keyakinan rakyat terhadap PKR yang akan menjadi (Parti Orang UMNO Kecewa)...
Catat Ulasan