Saya tahu siapa anak saya. Saya yang lahirkan dia." Itu keluhan seorang ibu yang meratapi kepergian anaknya berusia 15 tahun yang mati ditembak dari belakang oleh anggota polis.
Kejadian semalam adalah insiden terbaru yang menimbulkan kecurigaan terhadap kewibawaan polis.
Lebih meragukan ialah penjelasan kilas oleh ketua polis negeri yang mendakwa mangsa, Aminulrashid Amzah mungkin penjenayah dan sebilah parang di jumpai dalam kereta mangsa.
Kenyataan itu diberi walaupun belum pun ada siasatan menyeluruh dilakukan dan mengundang satu lagi pusingan kritikan dan tuduhan bahawa pihak polis cuba menutup kesalahan diri.
Genangan air mata ahli keluarga dan sahabat mengiringi jenazah Allahyarham Aminulrashid Amzah untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam petang semalam.
Jenazah Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Madrasah Hidayah Seksyen 11 di sini.
Remaja berusia 15 tahun ini mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi semalam.
Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.
Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian.
Dalam laporan polis ini, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan.
Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran.
Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya.
Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam. - TVS
Ulasan GB
GB dah ulas di gb.fm sebentar tadi. Tak mahu dituduh "menghasut", lebih buruk lagi polis boleh menembak GB bila-bila masa, kemudian diletakkan parang di studio GB dan mereka mendakwa sebilah parang ditemui di studio GB. Dan GB mungkin penjenayah, dakwa mereka.

Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya pemimpin kerajaan Selangor bertekad untuk memastikan remaja 15 tahun, Aminulrashid yang mati ditembak polis, mendapat pembelaan dan siasatan berwibawa demi menegakkan keadilan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad antara yang menegur polis kerana membuat dakwaan bahawa mangsa mungkin penjenayah tanpa siasatan menyeluruh atau mengambil kira kesan akibat dakwaan seperti itu.
“Impaknya sangat menyeluruh dan menghasilkan satu persepsi begitu buruk terhadap rakan-rakan sekolah. Aminulrashid seorang pelajar yang baik dan dikenali oleh warga Seksyen 11 dan pelajar Seksyen 7.
"Aminulrashid juga seorang ahli sukan dan dikenali oleh jawatankuasa surau di situ,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Khalid mengingatkan polis betapa kredibiliti Polis Diraja Malaysia Diraja (PDRM) semakin terhakis jika ia tidak memastikan siasatan yang telus dan mengambil tindakan susulan yang tegas.
"Imej polis semakin terjejas dan terhakis hanya kerana ada usaha-usaha hendak selamatkan anggota polis. Jadi saya mendesak satu siasatan bertanggungjawap dan telus dan tiada ada usaha cover up.”
Exco Kerajaan Selangor, Yaakob Sapari pula menyatakan kejadian sedemikian bukan kesilapan pertama yang dilakukan polis dan mereka wajar mengaku membuat kesilapan.
"Polis jangan sesekali menafikan salah laku kesilapan polis," katanya.
Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat penubuhan suruhanjaya diraja perlu bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang kepada anak-anak tidak berdosa pada masa depan.
"Kena ada suruhanjaya diraja. Kerajaan pula perlu akur dengan keputusan suruhanjaya diraja. Kita dapati ia tidak akan berlaku sebelum ini hingga mengakibatkan anak-anak yang tak berdosa menjadi mangsa," katanya.
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam pula mempersoal kekerapan polis yang tiba-tiba memiliki 'bukti' mencurigakan setiap kali kredibiliti pasukan keselamatan itu dipertikai
"Perlu ada badan siasatan bebas dalam kes sebegini," katanya. -TVS
Ulasan GB
GB dah ulas di gb.fm sebentar tadi. Tak mahu dituduh "menghasut", lebih buruk lagi polis boleh menembak GB bila-bila masa, kemudian diletakkan parang di studio GB dan mereka mendakwa sebilah parang ditemui di studio GB. Dan GB mungkin penjenayah, dakwa mereka.
4 ulasan:
Mahasiswa Johor di Mesir berdepan dengan fitnah oleh Nadi Umno dan Pegawai JPMK!!
Salam buat semua pembaca
Kehadiran DYMM Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang
Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor Darul Takzim, dan YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan
Idris Shah beserta delegasi bagi
merasmikan Asrama Pelajar Johor Rabaah merupakan saat-saat yang ditunggu
oleh anak-anak JOhor dibumi Mesir.
Pihak persatuan yang terdiri daripada anak-anak JOhor bertungkus lumus
untuk memastikan supaya program ini dapat berjalan dengan sebaiknya dan
memberi gambaran yang baik kepada pihak kerajaan khususnya terhadap majlis
ini.
Namun timbul satu isu yang amat menyakitkan hati.Sehari sebelum perasmian
Asrama tersebut Nadi UMNO Mesir telah mengadakan
ramah mesra dengan YAB Menteri Besar JOhor yang turut disertai beberapa
pengawai dari JPMK. Antaranya ialah Prof Jamil dan Encik Khari Jalaludin
(sering menyamakan dirinya dengan YB Khairi Jamaludin-
http://www.facebook.com/profile.php?
id=1824075400&ref=search&sid=100000352658144.4188050174..1)
Dalam pertemuan tersebut turut dinyatakan bahawa 90% anak-anak Johor di
Mesir terlibat dengan pembangkang!!
Pihak yang mengeluarkan kenyataan ini harus bertanggungjawab atas laporan
ini yang entah dari mana sumbernya.Laporan ini
juga menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga kebajikan anak-anak
JOhor di Mesir ditekan dan diminta memberikan
laporan tentang mereka yang pro pembangkang.Ada yang mengatakan juga zakat
johor akan diturunkan disebabkan laporan ini.
Apa untungnya laporan ini!!.Hanya menyusahkan anak-anak johor di Mesir
serta mereka yang sepatutnya dihantar untuk menjaga
kebajikan anak-anak johor dipaksa memberikan laporan politik pula.
Dalam pertemuan tersebut juga,kelihatan beberapa anak johor dalam pertemuan
tersebut.Apa kapasiti mereka dalam
perjumpaan tersebut?Adakah mereka hanya mendiamkan diri dalam isu ini?
Diseru kepada anak-anak Johor di Mesir melakukan solat hajat agar mereka
yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah
ini mendapat pembalasan daripada Allah taala.Anak-anak johor di bumi Mesir
seharusnya bangkit menidakkan laporan yang
diberikan hanya akan menyusahkan anak-anak Johor yang berada di Mesir serta
menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga
kebajikan akan tersasar dari tugas yang sepatutnya.Adakah anda semua
sanggup melihat perkara ini dibiarkan begitu sahaja?
dulu2 org cukup hormat polis sebb tuh org panggil mereka 'datuk'... tapi sejak kebelakangan ini 'kebanyakkan' orang tengok polis mcm 'mafia', org jadi takut... bukan hormat.
kes jenayah semakin menjadi2 dimana2 dan SEKARANG polis pulak yg menembak 'rakyat' mcm kes norizan dan skg kes arwah adik amirul.
kata org dulu2 kalo pokok 'akar'nya busuk tentu batang, dahan, daun, bunga dan buah2nya semuanya akan menjadi busuk jugak. Dan aku percaya ianya mmg betul!
polis mesti mendekati Allah bagi memulihkan imej mereka. Itu saja jalan yang mereka ADA.
Wak tak dapat updated semua blog dan gmail wak sepanjang tempoh dari hari penamaan calun hingga selesai pilihanraya...di Hulu Sel..Wak binggung seseorang dah hack email wak dan tukar password wak..Setiap hari sepanjang waktu kempen wak cuba recover balik email password...hampeh...memang hampeh betui..wak ketinggalan dalam updated sepanjang tempoh kempen..
Baru hari ni Wak dapat recover pasal ada register email lain yang dapat reset password tu...Celakak betui la sapa yang dah hack email Wak..Ni pasti kerja2 gerombolan UBN yang x der kerja lain..menyusahkan orang aje keja nye..Dah lebih 6 tahun guna Gmail sejak dari 2gb lagi..Cuma kesalahan Wak tak pernah tukar2 password dan mungkin terlupa ada buka email di mana2 PC orang dan tertekan remember password semasa buka email..
Kali ni Wak hati2 dengan registerkan email sehingga 3 email untuk recover..Jadi buat teman2 yang guna akaun Gmail...buat langkah berikut supaya akaun anda tak senang di hack oleh orang2 yang tak senang dgn Blogger Rakyat...
1)Buka email dan klik setting dan buka account and import.
2)Bawah sekali klik change account setting
3)Di Security change password anda..guna password yang strong..perkataan dan nombor..jangan guna tarikh lahir sendiri..sapa2 yang tahu birthday anda berpotensi hack akaun anda....
4)Recovering email..tambah akaun email yang lain..verify dan submit ke gmail anda.
5)Isikan no HP anda..boleh recover guna SMS.
6)Buat security question yang tak de orang tahu...hanya anda tahu..
Itu aje buat sapa2 yang rasa dunia Maya ni dah tak selamat..Sapa2 yang tak aware akan terdedah sentiasa...Kini anad hanya di hujung jari..sama di dunia luar..anytime anda berada dalam bahaya..terutama jika keluar larut malam dan bawa keta laju2..Sah anda akan dicap sebagai penjenayah..Jadi jika ada kecemasan waktu pagi..on kan hazard ligth..bunyi hon kuat2..dan bawak laju..Ada polis kejar ..hon 3 ke 4 kali isyarat ada kecemasan dan berhenti sebentar jika diminta..Kalu tak anda akan ditembak..Blow 1ST..ASK LATER...
http://waksab.blogspot.com/
rakyat yang teraniaya ini bangsa apa agaknya PERKASA?
Catat Ulasan