1 Mac 2010

Ahli Parlimen Nibong Tebal Keluar PKR (updated)

Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.

Dengan perkembangan ini beliau menjadi wakil rakyat kedua keluar parti itu.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian dua minggu lalu.

Tan mengumumkan pada sidang media di sini.

Perkembangan ini tidak mengejutkan kerana Tan Tee Beng dilihat telah berada bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sewaktu sambutan Tahun Baru Cina pada 15 Februari lalu.


Antara yang hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda MCA, Eng Hiap Boon dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan juga hadir.

Wakil-wakil pakatan pembangkang yang kelihatan ialah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng. - Utusan Malaysia 16.02.2010


Sebelumnya, bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.

Salehuddin ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.

“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR belum berakhir. Dan, selepas itu saya sudah memaklumkan (kepada parti) bahawa saya sudah keluar parti,” kata beliau yang memegang jawatan setiausaha pengelola sejak 2004 dan kemudian sebagai setiausaha agung selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan itu walaupun tidak mendapat publisiti sebelum ini tetapi dilihat sebagai satu kejutan atas kapasitinya sebagai bekas setiausaha agung parti dan pemimpin kanan.

Apabila ditanya sama ada beliau akan turut menyertai mana-mana parti termasuk Umno, Salehuddin hanya berkata, “saya seorang ahli politik yang sudah bersara.”

Nama beliau antara yang turut disebut-sebut akan menyertai Umno malam tadi.

Malam tadi, bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin, yang juga bekas ADUN Penanti mengumumkan menyertai Umno.

Salehuddin berkata beliau tidak pernah berhubung dengan Fairus sejak beliau meletakkan jawatannya tahun lalu.

Keputusan Fairus itu diumumkan pada majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.

Salehuddin pernah hadir pada sidang media yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim untuk mengumumkan keputusan keluar PKR bulan lalu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Januari lalu, Salehuddin menafikan akan keluar PKR pada ketika itu tetapi kemudian hari tidak pasti.

Dalam temu bual itu beliau juga ada memberitahu: “Mereka (kepimpinan PKR) telah melayan saya dengan baik tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggunakan saya.”

“Saya bukan kakitangan... saya adalah urat dan saraf (sekretariat parti),” tambah beliau.

7 ulasan:

Ampatuan Jr berkata...

La ni cuaca tengah panas,tapi yg duk dlm PKR tu lagi terasa panas kot...tu pasal depa asyik lompat keluar pi cari tempat teduh.Aku rasa ni la masa PAS bukak payung dia lebar2 kasi teduh semua orang,ni tak, asyik ceramah tak abis2,hasilnya abok pun tarak!

Dulu PAS

Tanpa Nama berkata...

ini angin pilihanraya tak de ribut tak der presiden buat road show untuk rangka kerja melawat jentera pilihanraya...

tang tak betul jer kepalanya.

yg menyertainya, mustapha ali, tuan ibrahim tuan man, hassan ali.

rupa2nya kumpulan UG... nak tarik balik sokongan ahli pas terhadap mereka....

Tanpa Nama berkata...

Semua ini adalah mengalih pandagan semua pihak mengenai isu 'Inkues of Teoh Beng Hock'....

manyak pandai.....

Tanpa Nama berkata...

pemimpin PR ni kena pergi kursus seperti tatanegara untuk menguatkan semangat dan pendirian pada parti...ni tidak..tak kena sikit, lompat..tak kena sikit...lompat...macam ni..sampai bebila PR takan kedepan...

best1of4 berkata...

Biarlah hanya pemimpin yang berkualiti saja yang tinggal.

Depa nak melompat biarkan...dari menyimpan katak yang menjadi beban buat apa.

Harap PAS jangan nak gatai 'offer' pengkhianat undi rakyat macam depa ni.

Tanpa Nama berkata...

UMNO JUARA RAKYAT..

PKR JUARA LOMPAT..

dah ramai sangat dah penyamun kehendak rakyat dan pengkhianat kepada rakyat ni keluar parti dan melompat ke UMNO(yg melayunye la)..

tak pe..ada hikmah.. hehe

Tanpa Nama berkata...

didalangi najib