Sruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock.
SPRM mendakwa Porthip membocorkan hasil laporannya yang mendakwa mendiang mati di bunuh.
Bagaiman pun bekas majikan Beng Hock yang juga ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah berpendapat laporan polis itu mungkin taktik untuk menutup hasil siasatan Dr Porthip.
“Saya rasa SPRM mungkin hendak menutup mulut Suara Keadilan dan juga cuba untuk menolak report Dr Pornthip untuk dijadikan satu bukti di dalam inkues, “Ean memberitahu TV Selangor,"katanya.
Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memetik sumber-sumber sebagai berkata pakar Thailand itu menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menguatkan rumusan awalnya bahawa Beng Hock adalah mangsa jenayah.
Laporan di Balai Polis Shah Alam dibuat oleh pegawai SPRM Raub Ghani pagi tadi.
Raub mendakwa Dr Pornthip membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.
Raub enggan diwawancara oleh media namun berkata beliau membuat laporan polis itu atas arahan pegawai atasan SPRM.
Sebelum ini Pornthip hadir memberi keterangan pada inkues Beng Hock. Beliau menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.
Koroner Inkues kemudian mengarahkan mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.
Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan.
Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh.
Inkues kematian Beng Hock akan bersambung pada Khaimis depan selepas dua kali ditangguh.
Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh. -FMST & TVS

3 ulasan:
atas arahan BN dan UMNO?
SPRM bertindak membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock adalah kerana peguam Negera memberi lampu hijau untuk berbuat demikian demi mengelirukan keadaan.
Kita semua sedia maklum bahawa peguam negara sentiasa bersubahat melindungi kerajaan Barisan Nasional dalam perbuatan jenayah mereka. Ada banyak contoh yang jelas bahawa peguam negara memang bersubahat dalam jenayah kolar putih.
Kita tidak sepatutnya memandang hanya pada SPR, SPRM atau polis yang membuat tindakan melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada.
Tetapi sebaliknya kita kena melihat peguam negara sebagai orang bertanggongjawab yang dikatakan bijak memutar belitkan fakta dan bukti.
Oleh kerana itu Paktan Rakyat khususnya pentadbir kerajaan negeri selangor tidak terus mengalah dengan tipu muslihat pegum negara yang berniat untuk menukarkan kedudukan yang tidak bersalah jadi bersalah dan yang bersalah dibebaskan.
"Lawan tetap lawan...."
SPRM bimbang kebenaran akan terserlah, sebenarnya BN lagi bimbang
Catat Ulasan