Ramai yang terkejut dengan kenyataan Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang yang menyalahkan penasihat-penasihat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik" yang betul sehingga menjerumuskan menteri besar itu dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme.
Saya tidak tahu daripada mana sumber yang Presiden PAS perolehi, tetapi kritikan sedemikian yang merupakan sesuatu yang sebelum ini tidak digalakkan mana-mana pemimpin untuk membuat kenyataan kepada media berhubung dengan soal dalaman parti nampaknya sudah tidak bermakna lagi.
Haji Abdul Hadi dilaporkan di dalam kenyataannya menyebut:
Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.
Sekalipun ia hanya mengambil sekitar dua baris di dalam sesebuah halaman, namun kesannya besar shingga akhbar-akhbar termasuk akhbar online memfokuskan ayat tersebut untuk menimbulkan suasana hurang harmoni di kalangan para ahli.
Ahli PAS kini tertanya-tanya siapa yang Tuan Presiden maksudkan dengan "mereka yang bertugas di sekeliling" atau apakah Tuan Presiden sendiri yang tidak mendapat maklumat yang betul dari penasihat-penasihat yang mengitari mengenai hal yang berlaku?
Nik Abdul Aziz sendiri pernah menyatakan bahawa beliau sudah tua untuk didalangi yang bermaksud beliau tidak ada penasihat yang mendalangi apa-apa keputusan Nik Aziz dan tidak juga timbul soal "mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul" kepadanya.
Lain-lain di dalam kenyataan itu amat terpuji isi kandungannya dan adalah amat bagus sekiranya perenggan yang menyentuh mengenai "nasihat orang keliling" itu tidak disebutkan kerana ia memerlukan pembuktian, tanpa bukti ia adalah fitnah. Jika nak dikatakan satu persepsi, ia hanya persepsi dari mereka yang dikenali kumpulan UG yang berdiri bersama Tuan Presiden sendiri. Tetapi bilangannya minoriti dalam parti.
Kalau nak dibedah dan dedah penasihat-penasihat Tuan Presiden lebih banyak yang tak beri nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Presiden sehingga timbul pelbagai isu perpecahan dalam parti, malah sehingga kini ramai yang tak berpuashati dengan kepimpinan Tuan Presiden. Lebih baik tak usah sebab nanti ada yang memaki-maki GB dan GB memungut pahala-pahala percuma manakala dosa-dosa kering terlempar kepada pemaki-pemaki itu lantarannya.

Kenyataan Penuh Presiden PAS
Keputusan yang diambil oleh Tok Guru Mursyidul Am PAS dengan meminta menantu beliau Ir. Abdul Ariffahmi Abd Rahman untuk meletakkan jawatan dari kedudukan sebagai CEO PMBK adalah jelas merupakan satu tanda keikhlasan dan jiwa besar yang ditunjukkan oleh Tok Guru yang bersedia menerima keputusan parti.
Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian yang dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan.
Kita juga berhadapan dengan undang-undang manusia yang seringkali menjatuhkan hukuman dengan tidak adil – iaitu hukuman telah dijatuhkan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi dari sumber yang amanah dan benar.
Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw “Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.
Kita dapati Tok Guru selaku Pengerusi PMBK telah menjalankan pelantikan yang ikhlas.
Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.
Kita dapati bahawa selama 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru selaku Menteri Besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan ini.
Seluruh ahli PAS menjunjung tinggi keikhlasan Tok Guru dalam menjalankan amanah yang sangat besar dan berat ini.
Kita juga sangat hairan dengan sikap orang yang menyerang Tok Guru ini kerana mereka berdiam diri pula dengan membiarkan kesalahan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang dilakukan oleh para pimpinan UMNO dan BN sewenang-wenangnya.
Kita berharap agar Tok Guru dan keluarga bersabar dengan ujian masyarakat yang tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku.
Kita mengharapkan agar mereka yang suka menyebarkan api kebencian agar segera bertaubat kerana sabda Rasulullah saw “Barangsiapa yang bermusuh dengan orang-orang yang mentaati perintahku maka aku mengisytiharkan kemurkaan yang sekeras-kerasnya”.
Saya juga menyeru seluruh ahli PAS agar berbangga dengan keputusan Tok Guru beserta ahli keluarganya yang bersedia menerima keputusan parti, dan marilah kita bersama-sama dengan Tok Guru dalam menghadapi ujian fitnah media yang tidak putus-putus dan cubaan musuh untuk meletakkan kerajaan PAS di Kelantan dalam keadaan tidak tenteram.
Marilah kita sama-sama mempertahankan kerajaan yang telah dibina di atas dasar amanah Allah ini dengan seluruh tenaga yang kita ada.
Presiden PAS
Abdul Hadi Awang
6 ulasan:
seketul dan sebijik mcm nik abduh punya komen dahhhh....ni apa hal hj hadi buat kenyataan kat media,kan dia sendiri pesan supaya jgn bukak rahsia parti,betul ke ni,nik abduh dgn hj hadi mcm sama aje
alah... kalau orang dedah segala kerja-kerja kekronian dia masa dulu... memang takde tempat la nak letak muka nih...
PAS rasanya tak akan mampu pergi jauh selagi berpresidenkan Ketua UG ni (TGHA)...
Penasihat sekeliling TGNA adalah golongan yang Anti-UG, sebab tu Ketua UG ni ambik kesempatan isu pergolakan di Kelantan untuk belasah geng anti-UG...
Nak tanya juga Ketua UG ni apa tindakan yang telah diambil terhadap Hasan Ali sehingga kini?
Aku rasa hampa yang komen ni baru 2 atau 3 tahun baru jadi ahli PAS ni.. atau pun puak-puak UMNO. Pura-pura konon nak tunjuk hebat jadi pejuang PAS..
penasihat presiden bagaimana pula? tentu lebih baik kerana mampu "menasihati" presiden "membeli" idea orang luar. jangan "dibeli" oleh orang luar udah laa
pernah tak mereka2 ni.. terutama nik abduh memikirkan bahawa hanya penasihat ayahanda beliau sahaja yang ber"masalah"..
apakah nik abduh tidak mampu memikirkan atau mengandaikan bahawa, penasihat TG presiden pun kemungkinan bermasalah,.. dan penasihat beliau (abduh) sendiri pun bermasalah..
Catat Ulasan