Timbalan Perdana Menteri berkata Kabinet akan membuat keputusan itu selepas beliau membentangkan hasil pelbagai kajian terperinci dan menyeluruh mengenai kedudukan PPSMI kepada Jemaah Menteri.
"Saya telah pun mengemukakan memorandum kepada Kabinet berkenaan kedudukan PPSMI, apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris dan kedudukan mata pelajaran Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan sistem PPSMI ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) Amanah Raya Berhad di Dewan Seri Pekembar di sini, Selasa.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau akan turut membentangkan beberapa cadangan dan perakuan bagaimana kerajaan hendak terus memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa penggunaan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.
"Saya sebutkan ini (bentang) selepas kita menemui pelbagai kumpulan yang berkepentingan dalam soal pendidikan. Banyak badan pertubuhan yang kita hubungi, mengadakan perbincangan, mengadakan meja bulat, pertemuan dan sebagainya," katanya.
Walaupun Muhyiddin menyatakan bahawa "keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak berdasarkan kepada desakan dan tekanan daripada mana-mana pihak", namun ramai pemerhati berpendapat Muhyiddin akan mengambil kesempatan pilihanraya kecil Manek Urai sebagai medan untuk membuat keputusan tersebut sebagai "hadiah" kepada pengundi-pengundi.
Bahasa Malaysia akan dinobatkan semula sebagai bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik di negara ini. Jika ia menjadi realiti (sains dan matematik diajar dalam BM), ia pasti menggembirakan semua ibu bapa, terutama Melayu di luar bandar, termasuk pengundi Manek Urai, yang hampir kesemuanya Melayu itu.
Dengan cara sedemikian juga akan mampu menarik perhatian para pejuang bahasa Melayu yang telah turun berkempen menggunakan platform pembangkang di dalam setiap kali pilihanraya kecil yang berlaku sehingga menyebabkan UMNO BN terkangkang untuk menjawabnya dan akhirnya kecundang di dalam setiap PRK.
Justeru itu, PPSMI inilah juga yang akan menjadi senjata UMNO BN untuk mencapai kemenangan di Manek Urai demi untuk menarik balik sokongan pengundi terutama dari kalangan orang Melayu yang tidk banyak berpihak kepada kerajaan di dalam isu PPSMI.
Walaupun demikian, ada pihak menyatakan bahawa jika benar BM dinobatkan sebagai bahasa pengantar di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik, ia SEBENARNYA adalah perjuangan golongan pejuang bahasa bersama-sama dengan pembangkang (terutama PAS) selama ini dan jika benar Muhyiddin mengumumkannya, beliau sebenanrnya mengumumkan kememangan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.
2 ulasan:
Saya terbaca tentang amaran PAS kepada ahlinya jika berani menyebut atau mengungkit tentang kerajaan perpaduan, mereka akan diambil tindakan.
Inikah parti yang kononnya membawa Islam? Hakikatnya perbuatan mereka ini seolah-olah menghina Allah dan Rasul kerana Allah dan rasul sentiasa menyuruh kita bersatu padu dan menjaga saudara seislam. Tetapi PAS telah melanggar suruhan Allah dengan mengeluarkan larangan sampai sebut pasal kerajaan perpaduan pun tak boleh!
Pas perlu kembali kepada dasar Islam yang sebenar iaitu jalan menyatupadukan ummah. Ummah perlu di dahulukan di dalam apa jua keadaan! Pas sudah tersimpang jauh dengan kebongkakan dan keujuban mereka . Sifat ini sebenarnya telah menjatuhkan perjuangan PAS ke lumpur ditambah lagi dengan tangan tangan kotor manusia yang berpakain Islam Liberal. Ke mana Hudud kalian PAS? ke mana Negara Islam kalian PAS?Semuanya sudah dilupakan setelah kalian semua berpelukan dan bercumbuan dengan kafir yang ingin terus menerus meliberalkan fikiran orang Islam supaya jadi seperti mereka bukan? kalian asyik menunding jari ke arah UMNO tetapi kalian sendiri lupa bahawa kalian juga sudah tersasar jauh dari jalan Allah dan rasul dengan kebongkakan dan kejahilan yang terselindung!
Kata Habib Munzer( murid habib Umar HA):
mengenai hudud dan hukum syariah islam wajib diberlakukan bukan hanya diseluruh negara islam, namun diseluruh dunia, karena dunia ini milik Allah swt, dan hudud adalah syariah Allah, maka hukum ALlah lebih berhak ditegakkan dari semua hukum manusia,
namun kita perlu melihat kemampuan ummat yg dalam kerusakan dan kebobrokan iman ini tak akan mampu menerimanya, dan pemberlakuan itu justru akan memperkeruh keadaan karena mereka tak siap menerima hukum Allah,
maka hal yg perlu dibenahi bagi mereka yg ingin menegakkan hukum Allah, adalah bimbingan akhlak ummat, pengalihan idola mereka kepada Nabi saw, tarbiyah budi pekerti dan pengenalan sunnah pada mereka, yg kemudian akan muncullah generasi pencinta sunnah, yg kemudian akan semakin meluas dan banyak. mulailah muncul rumah rumah nabawiy, rumah rumah orang yg mencintai Rasul saw, lalu mulailah bertetangga, lalu muncullah dan terpilihlah rt yg mencintai sunnah, lalu makin meluas hingga rw, lurah dan akhirnya pemimpin pemimpin kita adalah pemimpin yg mencintai sunnah, dan mulai dari pemimpin hingga rakyatnya adalah mayoritas yg mencintai sunnah, barulah hudud diberlakukan tanpa paksaan.
demikian saudaraku secara ringkasnya saja, namun penjabarannya butuh waktu belasan tahun untuk membangun generasi nabawiy ini.''''
Nah ini sebenarnya yang perlu di perjuangkan oleh ulama.Kembalikan sinar Islam di dalam sanubari anak anak Islam dengan gigih dan berhikmah. Bukan dengan jalan yang PAs perasan sekarang ni..Bantu kerajaan dalam mendidik anak anak Islam. Bukan kucar kacirkan ummah, wahai golongan PAS!
Bersatulah wahai umat Islam ...Tinggalkan golongan yang sombong dan terus menerus berfikiran seolah-olah mereka itu sudah bagus Islamnya. Walhal hanya Allah sahaja yang tahu siapa lebih bagus dan siapa yang lebih teruk imannya!
nak mansuh 2010, masa laksana serta merta, masa nak hentikan tangguh-tangguh, tolak BN insyaallah terhapus PPSMI....
Catat Ulasan