Mungkin satu kebetulan bahawa pencanang gagasan UG adalah kumpulan yang sama yang mencadangkan Kerajaan Campuran KC) pada tahun lepas yang mendapat tentangan hebat di Muktamar PAS kali ke 54 di Ipoh Perak. Justeru itu tidak dapat hendak dipersalahkan ahli jika ada yang beranggapan KP itu ialah satu penjenamaan semula terhadap KC yang begitu mencurigakan itu.
Isu kerajaan perpaduan ini bermula apabila Datuk Seri Abdul Hadi dalam wawancara dengan Siasah dan The Malaysian Insider mencadangkan agar semua pihak bersatu untuk menghadapi krisis ekonomi dunia yang bakal dihadapi Malaysia dan krisis politik yang ada.
Beliau mencadangkan kerajaan perpaduan yang tidak ada pembangkang dibentuk bagi membolehkan semua pihak memberikan tumpuan perkhidmatan untuk rakyat di negeri yang dikuasai dan menghentikan sementara kegiatan politik yang melampau.
Namun selepas cadangan itu dilontarkan, Abdul Hadi meninggalkan negara untuk membiarkan para ahli "bercempera" dengan isu gagasan tersebut tanpa sebarang jawapan apabila diminta diperincikan gagasan tersebut supaya ianya lebih difahami oleh sekalian ahli.
Contoh kerajaan perpaduan ala indonesia yang dipelopori BJ Habibie pasca kejatuhan regim Suharto pada 1998 menjadi asas kepada lontaran idea itu sekalipun situasi Habibie masa itu amat berbeza dengan situasi PAS masakini. Habibie melaksanakan KP dalam keadaan beliau yang memegang tampuk kuasa dan dia punya majoriti di dalam Dewan Perundangan. Namun Abdul Hadi mengemukakan KP dalam keadaan Pakatan Rakyat masih berhempas pulas sebagai kelompok gabungan parti pembangkang yang menghadapi pelbagai tekanan dan rintangan di dalam dan luar Dewan Rakyat.
Selepa Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan sebelum PAS ingin mengadakan muktamar, Abdul Hadi kemudian menarik balik cadangannya kerana menurutnya situasi telah berbeza dan cadangan gagasan itu "ditangguhkan" - yang bererti gagasan itu hanya distrategikan sewaktu kekuasan masih di tangan Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri tanpa ada opsyen atau alternatif jika negara dibawah kekuasaan orang lain.
Pada hemat saya, gagasan KP itu murni, namun kemurniaan gagasan semata-mata tanpa mempunyai strategi (teknik dan taktik) yang sama murni akan hanya merupakan sebagai satu perbuatan menabur benih di angkasa - satu perbuatan yang sia-sia.
Abd Hadi menyalahkan ahli-ahli kerana "kurang membaca" yang menyebabkan gagasan itu ditolak dan rasanya tuduhan itu agak keterlaluan dimana kita tidak dapat untuk mengukur berapa banyak bacaan yang perlu dilakukan semata-mata untuk memahami gagasan KP berkenaan. Apa tah lagi setiap orang mempunyai bidang dan skop pembacaan yang berbeza, seperti Abdul Hadi sendiri yang mungkin telah banyak membaca mengenai konsep Unity Government BJ Habibie tetapi sebagai seorang ahli parlimen, sya berpendapat beliau tidak banyak mengulangkaji buku-buku mengenai pembentukan Perlembagaan Malaysia serta undang-undang negara yang sepatutnya menjadi bacaan wajib untuk setiap ahli parlimen. Jika tidak masakan beliau mengutarakan gagasan KP di saat dan ketika kekuatan Pakatan Rakyat masih lemah di Parlimen.
Dengan mengharapkan sokongan dari ahli parlimen UMNO untuk menyokong gagasannya itu dan kemudian mengharap pula "ehsan" untuk memperolehi jawatan-jawatan menteri penting di dalam KP tersebut supaya gagasan itu berjaya di dalam misi dan visinya. maka ia seumpama Puteri Gunung Ledang menetapkan syarat kepada Sultan Mahmud supaya dibawa hati nyamuk 7 dulang jika berhasrat meminangnya.
Persoalan utama yang perlu diberikan perhatian ialah tidak dapat terima akal untuk sebuah gagasan yang besar seperti KP hendak dilaksanakan di dalam keadaan Pakatan Rakyat sendiri masih memburu kekuatan di dalam dewan rakyat. Apa tah lagi gagasan itu belum pernah disimposiumkan atau diseminarkan supaya ianya dapat diperincikan segala aspek objektif dan perlaksanaannya disamping membaca riaksi sebenar sekalian kumpulan masyarakat di dalam negara ini jika ianya hendak berjaya.
Serendah-rendah gagasan perlu ada ad-hoc committee untuk penajaman konsep dan mengatur staregi ke arah perlaksanaannya. Berperang tanpa strategi adalah umpama langkah si kurang siuman yang masuk ke gelanggang yang akhirnya akan tertikam dengan senjata sendiri tanpa perlu musuh memulakan pencaknya!
Sepatutnya gagasan KP hendaklah dimulakan dengan gagasan-gagasan kecil seperti mengutuhkan perpaduan di dalam parti sendiri, memperkukuhkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat sendiri sehingga kemudian kejayaan dikecapi untuk mengubah Perlembagaan ke arah KP itu.
Mengharapkan perut penuh berisi untuk menunggu sendawa kekenyangan tanpa berusaha dan mengatur strategi yang ampuh tidak seharusnya menjadi tabiat berfikir mana-mana pemimpin dan gagasan itu kini dilihat laksana mengimport barah orang lain meresap ke dalam tubuh PAS dan PR sehingga PAS dan PR boleh binasa lantarannya.
Oleh sebab tidak mementingkan strategi, maka peranan blogger (sepertimana diluahkan oleh sahabat blogger Perak) dan peranan radio internet seperti TKO.fm :) tidak pernah mendapat pengiktirafan dari PAS di bawah pimpinan Abdul Hadi. Sedangkan kemenangan parti mesti diakui juga diantaranya adalah jerih payah blogger yang menghadapi risiko serta bersengkang mata dari malam sehingga ke pagi berjuang di alam siber ini menangkis segala serangan musuh sedangkan pemimpin sedang tidur lena dibuai mimpi bersama sang isteri. Itu pun tak reti-reti, inikan pula nak memerintah negeri, jauh sekali nak rebut kerusi Perdana Menteri. Berangan-anganlah lagi dan banyakkan mebaca tentang Habibie, tak payah baca buku tentang "strategi"!
Namun, mujurlah para blogger dan TKO.fm melakukan kerja bukan kerana faktor duniawi walaupun terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan perjuangan selama ini. Kalau rasa nak maki kami pun makilah sesuka hati. Kerana Allah Maha Kaya melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah juga tetap melihat dan mengetahui serta akan maha mengadili seperti telah diadiliNya kealpaan mereka sebelum ini. Yang tak ikhlas, akan pergi dengan sendiri. So, siapalah kami :(
Teruskan berjuang sehingga PR menang nanti, kerana ikut firasat GB, dengan izinNya, ketibaannya itu pasti.
8 ulasan:
Pedas macam cilipadi, tapi cukup berguna untuk kemantapan parti.
Setuju 100%, GB!
Tiadakah di antara pimpinan yang layak untuk dicalonkan sebagai Presiden, selain dari yang sedia ada?
Mgkn TuanGuru presiden x terfikir akan sejarah kepahitan yg dialami stlh PAS diperkotak-katikkan oleh BAPAK NAJIB MONGOL dulu..ataupun ade terselit hasrat mendapat bilik rasmi di Putrajaya??(harapnye tidak)..Sememangnya sukar utk kami AHLI2 PAS (wlupun hanya ahli biasa) utk menerima umno/bn lg kerana perlakuan MUNAFIK UMNO/BN telah menghakis segala kepercayaan seluruh ahli2 PAS terhadap umno/bn(terutama di kelantan)..SAY NO TO UG!!!Klu keadaan mendesak agar PAS dikepalai presiden baru, harapnye tidak ade persengketaan slps itu..semoga MUKTAMAR PAS X SAMA DGN PERHIMPUNAN AGUNG PARTI BACUL NAJIK MONGOL!!
Kita faham bahawa memang bukan semua perkara perlu diketahui oleh semua ahli; bahawa dalam perkara tertentu, kita serahkan sahaja kepada pimpinan yang diamanahkan.
Tetapi kita tidak dapat menolak bahawa dalam jemaah ada frakas-frakas dengan agenda yang tidak kita restui dan tidak berasaskan Islam. Masalahnya ahli tidak mengetahui siapakah yang menganggotai frakas-frakas ini. Sebagai contoh, dalam surat terbuka Mahfuz kepada semua ahli (yang tekandung dalam buku TGNA 'Kemuncup dalam perjuangan') ada menyebut tentang individu yang bertindak sendiri dalam isu muqabalah/muzakarah bersama UMNO itu. Tetapi kita tidak tahu siapakah individu yang dimaksudkan itu.
Dikhuatiri ahli akan tesilap pilih apabila kita tidak mengetahui siapakah sebenarnya yang merosakkan parti dari dalam.
Satu tulisan yang mantap dari seorang berilmu untuk menjawab persoalan UG.
Apa lagi frakas, mana hujjah kamu pula selain menuduh dan mentohmah Tn Guru Nik Aziz dikelilingi pnasihat yang sesat? Adakah sekadar itu hujjah yang mampu dikemukakan?
ulamak sesat mencelakakan ummah! say no to kerajaan perpaduan.
Catat Ulasan