Pas tidak bermusuh dengan Umno
Sinar Harian (20/12/09)
Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.
"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.
"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.
Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.
"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.
"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.
Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.
"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.
"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.
"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.
Ulasan GB
MAAL HIJRAH - Nampaknya Presiden dan Timbalannya telah pun mengorak langkah awal untuk "berhijrah" - setidak-tidaknya dari sudut pegangan dan prinsip, bahawa UMNO bukan lagi musuh PAS.
GB perlu mengulas betul-betul hal ini supaya tidk dianggap "memfitnah", maka dengan itu terpaksa mengambil snapshot akhbar yng dilakukan oleh Bakaq (Penarik-Beca).
Jadi perjuangan menentang UMNO kira olok-olokan saja?
GB tak mahu ulas panjang-panjang. Tetapi GB merasakan perlu diperbetulkan sebelum ia mengundang kekeliruan di kalangan ahli.
GB berniat jahat? Hey pengampu, soal niat bukan manusia yang menghukum!
Merosakkan atau kesan negatif kepada jemaah? Bukan disebabkan blogger tetapi disebabkan pemimpin yang mengelirukan ummah kerana hadith menyatakan "rakyat mengikut agama orang yang memimpin mereka".
Cuma yang GB tahu GB sentiasa tidak pernah memusuhi ahli UMNO, tetapi GB amat memusuhi UMNO. Siapa ajar? Tuan Presiden sendiri. Mana bukti? Itu Amanat Hadi.
GB yakin bahawa UMNO itu pengkhianat.
Sinar Harian (20/12/09)
Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.
"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.
"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.
Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.
"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.
"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.
Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.
"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.
"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.
"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.
Ulasan GB
MAAL HIJRAH - Nampaknya Presiden dan Timbalannya telah pun mengorak langkah awal untuk "berhijrah" - setidak-tidaknya dari sudut pegangan dan prinsip, bahawa UMNO bukan lagi musuh PAS.
GB perlu mengulas betul-betul hal ini supaya tidk dianggap "memfitnah", maka dengan itu terpaksa mengambil snapshot akhbar yng dilakukan oleh Bakaq (Penarik-Beca).
Jadi perjuangan menentang UMNO kira olok-olokan saja?
GB tak mahu ulas panjang-panjang. Tetapi GB merasakan perlu diperbetulkan sebelum ia mengundang kekeliruan di kalangan ahli.
GB berniat jahat? Hey pengampu, soal niat bukan manusia yang menghukum!
Merosakkan atau kesan negatif kepada jemaah? Bukan disebabkan blogger tetapi disebabkan pemimpin yang mengelirukan ummah kerana hadith menyatakan "rakyat mengikut agama orang yang memimpin mereka".
Cuma yang GB tahu GB sentiasa tidak pernah memusuhi ahli UMNO, tetapi GB amat memusuhi UMNO. Siapa ajar? Tuan Presiden sendiri. Mana bukti? Itu Amanat Hadi.
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
GB yakin bahawa UMNO itu pengkhianat.
48 ulasan:
Apa nak jadi PAS di bawah Hadi ni. Belit betul. Kejao musuh kejap tidak.
Diputar2kan kepala ahli-ahli.
Kalau dah samapai begitu katanya, turun jer lah dari jawatan Presiden. Serahkan kepada orang lain yang lebih layak. Hadi dan Nasya leh masuk UMNO dan jadi menteri kat sana. Lagipun UMNO bukan musuh anda berdua.
Nak tgk dulu apa kata TGHH dlm harakah. Kalau dlm suratkhabar ni, mcm2 diputarbelitkannya. GB pun jgn lah memberikan reaksi terkehadapan sebelum dipastikan kebenaran kenyataan tersebut. Kalaulah benar TGHH berkata demikian, kita bimbang pentafsiran ahli-ahli akan keliru. Memang berbincang/muzakarah itu tidak ada masalah, tetapi mesti berlandaskan kepada prinsip dan pegangan hukum serta perlu melihat kepada keikhlasan UMNO/BN dlm perkara ini. Kalau soal royalti minyak pun dah tak ikhlas dan sanggup memungkiri perjanjian yg dibuat, apalah nak diharapkan perbincangan dgn UMNO/BN dlm hal-hal lain. Lebih baiklah berbincang sesama Pakatan Rakyat kearah menjatuhkan UMNO/BN dlm pilihanraya ini...kan lebih bagus.
Ia dah dua hari dikeluarkan di akhbar berkenaan. Tak payah tunggu Harakah, sebab Harakah tak mungkin siarkan kerana kita sedia faham Harakah dah bekerja untuk hentam blogger yang kritik pimpinan atau blogger yang kritik kerajaan perpaduang.
Blogger memfitnah tak boleh, harakahdaily dan portal2 forum tak mengapa sebab mereka akan kata hadi cuma sebut "blogger".
Jika ditanya GB, salahkah hadir majlis Maal Hijrah itu? GB kata tak salah, yang salah ialah kenyataan yang dibuat kepada wartawan selepas majlis berkenaan. Pantang dapat mikrofon, maka keluarlah kenyataan-kenyataan yang mengelirukan para ahli.
Bhai GB,
Nampaknya ... sindrom gila mikrofon nie dah makin teruk dalam PAS nih.. kena cepat dibersihkan....
Yang peliknyer.... geng-geng UG dan Kerajaang Perpaduang jer yang kena penyakit sindrom nih...
Jahanam kalu cam nih
RASANYA YG KELIRU GB ,INSYALLAH AHLI X
Bagi saya perselisihan pendapat atau pandangan dan kemudiannya berhujah tentang sesuatu perkara adalah bertujuan untuk mencari kebenaran yang diredhai Allah...bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah .Ini prinsip yang diajar kepada saya.
Berhubung dengan perselisihan dengan UMNO ni...sebenarnya membuang masa saja nak berbaik dengan puak-puak ni....dah 50 tahun lebih diberi nasihat serta pandangan oleh PAS sejak Presiden pertama hingga kini...tak faham-faham danlah begitu..difitnsh PAS macam-macam....PUAK-PUAK JANGAN DIBUAT KAWAN LAGI...PERGI JAHANAM DENGAN UMNO (pinjam kata-kata TGNA).
PAS tak perlu lagi bermadah-madah dengan UMNO ni....kita memang JAUH berbeza dengan PUAK tu...
GB jer keliru, ahli2 lain tidak? abis yang komentar kat ata sebelum ni bukan itu mengelirukan ahli?
Ada penulis blog kata GB prejudis.
Tak abis-habis kerja mengampu. Sokong yang mmembawa rebah.
Kite pun tak tahu apa yang sebenar TGAH cakap....GB pun buat kesimpulan sendiri hasil dari bacaan akhbar SINAR....errmmm..Lain kalu GB ada kat situ masa wartawan tanya.wartawan pun ada macam-macam GB....jangan lah ambil berita tersebut lalu jadikan kesimpulan yang TGAH begini dan Timb nya begitu...pehtu publish kat dalam blog...kena berita tu tak betul....naya jer GB....wat dosa jer...orang awam dah pandang serong pd TGAH
"orang awam dah pandang serong pd TGAH"
Ia telah tersiar di akhbar, malah TV pun dan GB telah menunggu sehingga petang ini (Ahad) baru ulas.
Ust Hadi belum menafikan berita itu. Maklumatnya telah tersebar luas.
So salah siapa?
Biar bagaimana baik sekalipun umno dgn pas, jgn harap penyokong pas nak sokong perpaduan dgn umno. mana nak sama umno dengan pas, kita nak hukum hudud, tapi bila pilihan raya org umno kempen kalau pangkah pas kudong tangan.... memang la depa ni takut dengan hukum hudud sebab yang jadi penyangak kebanyakan puak2 umno dari paling atas sampailah kepada mangkuk hayun umno tu... sama aje. TGHH kena ingat, walau macam mana sekalipun kita tak nak NEGARA PERPADUAN. Jgn nanti PRU ke 13 sokongan kpd mereka berdua ni merosot.
bagaimana pula dgn anwar yg duduk semeja dgn najib dan nazri?
bagaimana dgn gabungan muslimat PAS dan wanita UMNO membentuk SENADA dlm isu2 wanita?
bagaimana dgn TG nik aziz dan tengku razaleigh dlm isu myk?
knp mereka x dihentam?
artikel GB ni hanya mengundang presepsi pd TGHH..
amanat hj hadi pun disalah ertikan..
Sekiranya kita menggunakan hanya mengikut kefahaman kita sendiri saja sebagai rujukan, bererti kita adalah silap kerana kefahaman kita sendiri itu tidak semestinya sebagai apa yang dimaksudkan oleh orang yang menggunakan istilah tersebut.
Adalah paling bodoh, misalnya jika kita pula menyebarkan kepada orang lain apa yang kita fahami itu adalah salah dan tidak sebagaimana apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh orang yang menyebutnya, tanpa terlebih dahulu kita meminta penjelasan daripada orang yang berkata itu, iaitu apakah maksudnya yang sebenar ia menggunakan "istilah" tersebut, sekiranya bagi kita, maksud "istilah" tertentu itu adalah tidak wajar disebut! Itulah sebabnya kita mestilah merujuk kepada sumber asal, supaya kita tidak membuat pelbagai andaian yang salah disebabkan kefahaman kita sendiri yang salah.
sy bukanlah pengampu kerana sy x terlibat pun dalam apa2 jawatan dlm PAS.. tp sy rasa ada org2 bawahan PAS yg sedang merebut jawatan dlm PAS sehingga sanggup membuat pelbagai spekulasi terhadap pimpinan PAS..
siapa GB utk kita mempercayainya dgn mudah? pdhal TGHH sudah lama berjuang dlm PAS..
Jelas sekali yg PAS konsisten dalam hal ni. PAS menentang dasar umno, tp bukan bermusuh dengan umno. Ini yg selalu disalahtafsir ahli/penyokong biasa yg melihat umno tu musuh abadi. TGNA pastinya setuju dengan TGHA.
Menetang umno bukan olok2. Tapi menentang atas sesuatu dasar. Barulah perjuangan yg objektif. Pendapat saya, silap besar bila ada yg menafsir menentang umno adalah memusuhi umno. Itu sebabnya ada segelintir penyokong PAS yang memusuhi umno dan ahli umno secara total. Jangan salah tafsir amanat TGHA. Yang dikatakan amanat TGHA itu menerangkan sebab menentang umno dan itu diperjelaskan lagi dengan kenyataan TGHA dalam Sinar Harian di atas. Harap GB tidak terkeliru. May Allah bless you.
-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt
Kedua-dua pemimpin ini Hadi dan Nasya tidak boleh dipercayai.
Hari semalam di pentas BN, hari ini di pentas PR.
Hari ini mengatakan kepada UMNO, oh kita hanya berolok-olok dengan PKR dan DAP.
Hal ini pernah diungkap dengan cantik di dalam Al-Quran sewaktu Allah menjelaskan mengenai sikap orang munafik.
din
Ye lah macamana dengan Kehadiran Dr. Yussof Qardawi menerima anugerah maal Hijrah, kenapa Anwar IBrahim tak nasihat dia hadir..
Moga Allah melindungi perjuangan PAS daripada anasir-anasir yang cuba membawa PAS ke arah yang tidak benar. Saya telah memantau pendirian GB sejak sekian lama. Alhamdulillah, GB konsisten menentang UG. Terima kasih kerana menyelitkan sekali lagi Amanat Haji Hadi untuk tatapan semua. Saya yakin pejuang-pejuang lama PAS tau betapa pentingnya amanat ini pada kita 20 tahun yang lalu. Tiada apa yang lebih menyedihkan melainkan melihat parti yang didukung selama ni akhirnya menjadi kucar kacir sewaktu kemenangan telah hampir. Saya amat menghargai usaha GB yang tegar mengharungi makin hamun dan pandangan skeptik untuk mengekalkan PAS pada landasannya. GB, teruskan perjuangan, ikhlaskan diri kerana Allah. Wamakaru wamalarallah Wallahu khairul makirin.
best wishes GB
Kaum bukan-Melayu dah tak letak harapan lagi kepada PAS spt PRU 2008 yang lalu.
Saya yakin PAS akan kalah banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang. Sokongan pengundi bukan-Melayu kepada PAS hanya tinggal sokongan yang ada kepada TuanGuru Nik Aziz.
x fhm aku,ape yg gb kelirukn?aku rasa apa yg dia ckp btl la,xkan isu ust hadi pegi progrm tue pn nk dijadikn isu,nie bkn masalah pro ug ke ape ker?sblm nie aku ckup2 anti ade yg kata ade ug la ape la dlm pas,tp bila aku kaji2 blk xde pn,ishh ape kejadahnye la blogger2 nie eh,x abis2 nk hentam pemimpin,mmg btl jgk ape KERAjaan kata kdg2 blog2 nie bg org keliru jer...hampeh..rasa cam dia jer yg btl..pastue mengelirukn org,menimbul syak wasangka pd org lain..pastue bila org nk mempertahankn kata la pemimpin xleh dikritik,klu la pemimpin2 nie xleh dikritik xkan la smpai boleh pggl org luar kritik scara terbuka hari tue..nmpk sgt la gb nie kdg2 mcm x fhm or buat2 x fhm,dulu aku minat jgkla blog nie..tp lama2 mcm hampeh jer..smuenye salah dia jerla yg btl,al maklumla dia nie lbh hebat dari sgala org2 lain..kehkeh.
Dasar pemimpin PAS mudah lupa daratan.
Dahulu sebelum menang, kebyknnya hanya taraf guru pondok. Menentang habis2an perjuangan UMNO keparat.
Kini apabila dikurniakan sedikit kelebihan oleh Allah dengan gaji dan pangkat, Amanat yang dikeluarkan dulu pun dah tak berguna lagi.
Ramai akan bertindak keluar dari PAS jika itulah yang Hadi pegang - iaitu tidak lagi memandang musuh sebagai musuh sedangkan Al-Quran dengan jelas sifatkan "aduw-wummubiin" - musuhmu yang teramat nyata.
- Orang Lama PAS (era 4 Presiden)
UMNO akan sedaya upaya memerangkap Hadi dan Nasaruddin.
Mungkin lepas ni Hadi akan mendapat Anugerah Maal Hijrah atau tokoh Maulir-rasul pula.
Kadang kala kalau diteliti dari berbagai sudut, memang sedih memikirkan penyokong PAS ni sekarang, kalau dulu perjuangan memang demi untuk menegakkan keadilan, tapi dek kerana terlalu ramai orang yang jadi katak lompat dalam pakatan rakyat ni beginilah jadinya. Sabenarnya sesiapapun jika mendalami ilmu islam, memahami kandungan Al-Quran itu sendiri, apa yang halal, apa yang haram, setiap yg terkandung dlm hati diketahui ALLAH, takutkan azab neraka kerana janji ALLAH TETAP BENAR, kita akan buat kerja dgn ikhlas demi menegakkan hukum ALLAH.
Apa yg saya lihat sekarang kebanyakkannya hanya nak jawatan saja....
bagaimana pula dgn anwar yg duduk semeja dgn najib dan nazri?
bagaimana dgn gabungan muslimat PAS dan wanita UMNO membentuk SENADA dlm isu2 wanita?
bagaimana dgn TG nik aziz dan tengku razaleigh dlm isu myk?
knp mereka x dihentam?
artikel GB ni hanya mengundang presepsi pd TGHH..
amanat hj hadi pun disalah ertikan..
Sekiranya kita menggunakan hanya mengikut kefahaman kita sendiri saja sebagai rujukan, bererti kita adalah silap kerana kefahaman kita sendiri itu tidak semestinya sebagai apa yang dimaksudkan oleh orang yang menggunakan istilah tersebut.
Adalah paling bodoh, misalnya jika kita pula menyebarkan kepada orang lain apa yang kita fahami itu adalah salah dan tidak sebagaimana apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh orang yang menyebutnya, tanpa terlebih dahulu kita meminta penjelasan daripada orang yang berkata itu, iaitu apakah maksudnya yang sebenar ia menggunakan "istilah" tersebut, sekiranya bagi kita, maksud "istilah" tertentu itu adalah tidak wajar disebut! Itulah sebabnya kita mestilah merujuk kepada sumber asal, supaya kita tidak membuat pelbagai andaian yang salah disebabkan kefahaman kita sendiri yang salah.
sy bukanlah pengampu kerana sy x terlibat pun dalam apa2 jawatan dlm PAS.. tp sy rasa ada org2 bawahan PAS yg sedang merebut jawatan dlm PAS sehingga sanggup membuat pelbagai spekulasi terhadap pimpinan PAS..
siapa GB utk kita mempercayainya dgn mudah? pdhal TGHH sudah lama berjuang dlm PAS..
December 20, 2009 8:07 PM
---------------------------------
Akhi Zam nk suruh hentam nik aziz ke? apa salah dia? betul ke dia bersama ku li untuk royalti minyak? kalau nak berhujah biar betul fakta. yang bersama ku li adalah husam, bukan Nik aziz. Kalau pun nik aziz bersama ku li dalam isu royalti minyak, apa salahnya? bolehkan imbul tuduhan yg n aziz bersekongkol dengan umno seperti puak UG? kan isu royalti itu hak kelantan, pertolongan ku li dilihat akan menpercepatkan lagi tuntutan kelantan. Sapa akhi zam nak kutuk Nik Aziz?
Benarkah org bwahan pas nak rebut jawatan? siapa yang akhi zam maksudkan? blogger? lawak betullah aak ni. blogger tugas mereka hanya menyampaikan maklumat serta mengupas isu untuk melihat pas terus diterima masyarakat bukan Islam. tanpa mereka susah untuk menawan malaysia. Jadi tidak perlulah menuduh perkara mustahil kepada blogger dan ahli biasa. adalah lebih baik akhi zam siasat kelakuan beberapa kerat pemimpin yang pernah disebut TGNA.
Diharapkan pemimpin2 PAS lupakanlah
hasratnya utk bersama2 UMNO dalam
k'jaan perpaduan. Janganlah mem
buat kenyataan2 yg boleh merosakkan
PAS sendiri. Jika pemimpin2 terus
berdegil dan membuat kenyataan ter
buka kpd mana2 ahkbar pasal per
paduan dgn UMNO, maka PAS sendiri
akan hilang sokongan dari bangsa
lain dan jugak dari ahli2 PAS
sendiri. UMNO memang parti munafik
dan buat apa nak heboh2 pasal
perpaduan. Banyak perkara2 lain yg
pemimpin2 PAS boleh lakukan.
Memang Islam menuntut kita
membuat perpaduan antara sesama kita, tapi bukan dgn UMNO sebuah
parti yg terang2 munafik dan menolak dasar2 islam. Kalau pemimpin2 PAS teruskan jugak dalam
k'jaan perpaduan, PAS akan menyesal
dikemudian hari. Pemimpin2 UMNO
inginkan sangat bekerjasama dgn PAS
bukan atas dasar utk kepentingan
raayat tapi kerana UMNO telah hilang sokongan drp orng2 melayu.
Sejarah2 PAS bersama2 dgn UMNO dulu
seharusnya jadi tauladan. Jika PAS
teruskan jugak utk berbaik2 dgn
UMNO, aku yakin PAS akan kehilangan
banyak kerusi2 dlm pilhanraya yang
akan datang.
Sepatutnya pemimpin2 PAS memberi tumpuan kpd PR, kuatkan
perpaduan dlm PR. Buatlah agenda2
yg memberi kekuatan utk menghadapi
pilihanraya umun akan datang ini
sesama kita, bukan dgn UMNO. Itu yg
patut dilakukan.
dah agak dah, gerenti meletop post gb kali ni..22 comments..so, wa pun nk join komen gak..
firstly, bg wa hadir dlm program maal-hijrah adalah suatu yg baik tp TIDAK jika ianya bertujuan lain..
lastly, wa just confuse nape TG presideng ngan timbalang selalu menimbulkan tanda tanya adakah usaha2 UnacceptableGovernment (UG) masih BERJALAN SECARA SENYAP?
Aku nak maki jer dua pemimpin ni, tapi dah terbaca dulu kat amaran kotak komen GB ni untuk tidak "mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa ynag tidak murni".
But, I think these two men are just idiots.
Tak pe.. kita tengoklah nanti PRU ke 13 bakal menentukan jatuh bangunnya insan yg 2 org ni. ALLAH MAHA MENGETAHUI APA TUJUAN MEREKA SEBENARNYA. MARILAH KITA SAMA2 BERDOA AGAR ALLAH SENTIASA AKAN KEMENANGAN ATAS USAHA KITA DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN. KALAU KITA MAKI HAMUN, SUMPAH SERANAH PUN, THESE TWO MEN WILL NEVER CHANGE, SO LET THEM... HANYA MOHON DOA AGAR ALLAH MEMBERIKAN PETUNJUK UNTUK MEREKA MELALUI JLN YG LURUS....
Kpd GB..ko kutuk la byk2 pada presden tu.biasala org yg kutuk byk2 tu la yg akn masuk UMNO.kalau dlu Nakaie byk kutuk UMNO,tiba2 dia la yg masuk umno.
Kutuk apa ke bendanya?
Yang ku lihat GB persoalkan ialah "kenyataan"nya yang dikeluarkan kepada wartawan selepas majilis berkenaan.
Ustadz Nakhaei masuk UMNO?
Habis nanti GB pun macamtu?
Tu yang duduk bertenggek atas pentas anjuran UMNO tu siapa? GB ker?
Presiden & Timb duk kat pentas maal hijrah tu ade sebab.. pesal la suke2 tuduh mcm2 kt 2 org tokoh nih.. mmg busuk la hati golongan ini...
bukanke Presiden & Timb ke majlis maal hijrah (majlis umno) tu atas kapasiti mengiringi Sheikh Dr Yusuf Qardhawi yg dlm waktu same mengunjungi pejabat Harakah & dianugerahkn tokoh maal hijrah?
ni lah bahanenya bile terlampau prejudis dan busuk hati..
Ada sebab? tu yang telah dieksploitasi dan dimanipulasi akhbar2 tempatan ngokkkk
artikel tu dari Sinar Harian dan UMNO pun dah tunjukkan kasih sayangnya kepada Hadi dan Nasha. Tengok kenyataan Ahmad Maslan
""Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja"
Apa lagi belah ler gi ke UMNO. Bawa sekali gol pengampu2.
Ya saya setuju, GB hanya paparkan apa yang benar telah berlaku iaitu berita yang keluar di akhbar tempatan.
Kita berjuang kerana Allah, kita berjuang kerana Islam, kita berjuang kerana kebenaran, kita berjuang kerana keadilan.
Bukan berjuang kerana Hadi, bukan berjuang kerana Nasharuddin.
Itu yang membeza pengikut yang benar dengan pengikut yang taksub.
oh artikel ni yang TKO maksudkan sampai mengutuk GB.
wak tengok takder hal pon. wak tak jumpa pun ayat GB kutuk TGHH, dia cuma paparkan perbezaan kenyataan TGHH dulu dan skrg mengenai UMNO.
ada plak yang terasa artikel mcm ni pon kutuk ker...
tu dah kita ampu lebih sangat ...
Aku pun hairan, kenapa pada hari TGNA berkata bahawa Najib sebagai Pemimpin Islam yg Berani tidak GB komen? Sekiranya selalu menerima pendapat TGNA apa salahnya TGAH dan Nasa berada dlm satu majlis dengan Pemimpin Islam yg Berani?
Kenapa tidak bersangka baik kenapa TGAH dan Nasa hadir pada majlis itu, yg sebelum ini mereka tidak pernah hadir? Adakah GB tidak mahu berfikir sapa yg dirai oleh TGAH dan Nasa pada majlis itu? Tak mahu berfikir kah bahawa Yusof Qardawi yg menerima anugerah tersebut itu siapa pada TGAH dan Nasa (walaupun mungkin bagi GB ialah org biasa, sama cam org UMNO jugak)?
Kemudian dlm masa yg sama GB tidak mahu org mengata GB sebagai berniat jahat? So sapa yg mengelirukan ummah, GB atau pemimpin? GB menghukum TGAH dan Nasa sebagai pemimpin yg mengelirukan ummah hanya kerana laporan akhbar Sinar Harian (baca Hairan) tetapi tidak menghukum pemimpin yg mengelirukan ummah pada TGNA?
Tidakkah berburuk sangka itu sebahagian dari dosa?
apa ler komen wirautama mcm tu?
TGNA sebut Najib berani... berani tak semestinya benar. Memang beranilah Najib pergi ke selatan Thailand sebab masa itu letupan bom pun sambut Najib. Tetapi ia tidak memberikan gambaran Najib itu pemimpin Islam yang memegang kepada kebenaran dan keadilan seperti yang dikehendaki oleh Islam.
Dan kenyataan TGNA lansung tak mengelirukan.
Tetapi kenyataan TGHH sungguh mengelirukan, PAS tak memusuhi UMNO.
Jadi selama ini yang TGHH asyik berceramah menentang UMNO, malah pada satu waktu dahulu mengkafir dan mentaghutkan UMNO tu apa?
Yang tu JELAS mengelirukan.
Tentang gambar duduk di majlis Maal Hijrah tu, saya tengok GB tak der pun komen apa-apa, malah tak kata salah pun, cuma puak pengampu ni jer yang terasa pedih mata sebab dipapar "kebenaran" yang TGHH dan Nasha bersama di pentas VIP apabila gambar itu dijadikan hiasan di satu artikel bi blog GB ni.
oh Tuhan....
sebenarnya dua2 peristiwa itu tidak mengelirukan, yg mengelirukan adalah GB kerana nak jadi check and balance (konongnye) tapi selected, TGAH sahaja, UMNO tetap musuh, kenapa dlm mjlis itu tidak mahu melihat bagaimana seorg murid merai kan gurunya dgn hadir dlm majlis yg mana gurunya di raikan..
kenapa kita rasa terlebih baik sangka kepada alat2 musuh sedangkan sangat buruk sangka dengan pemimpin yg dipilih oleh jemaah, yg mana wakil2 jemaah yg mengundi bukan org yg bodoh2. Kita lupa tradisi kita, pemimpin juga guru kita, bagaimana ada berguru? adakah setiap yg ditimbulkan alat musuh dijadikan modal menghentam guru2 kita.
Bergitu juga dlm isu kenyataan TGAH mengenai penasihat2 TGNA, diolah seolah2 TGAH mempelekehkan TGNA, sedangkan yg dikata TGAH yg sebenarnya berlaku, TGNA kemudian membuat kenyataan yg sama mengenai itu, tapi tidak kedenaran suara2 meminta maaf atau menbetul balik apa yg difitnahkan. Sumber mereka sekali lagi alat2 musuh, Tapi bergitu lah sikap org yg bukan nak mencari kebenaran tapi hanya nama, malu nok mengaku salah.
macam kenal jer gaya bahasa wirautama ni :)
meraikan guru? tak perlulah sampai keluarkan kenyataan-kenyataan kata "kita tak memusuhi UMNO" walhal para blogger terlebih2 lagi blogger penyokong TGHH sekarang ini yang hentam UMNO. Kan nanti org kata depan lain belakang lain?
Buruk sangka kepada pemimpin yang dipilih oleh jemaah? itu semasa muktamar. Sehari sebelum muktamar 2 pemimpin ini menutup kes UG untuk dptkan sokongan perwakilan. Sejam selepas kemenangan, alih-alih kenyataan UG keluar semula.
Isu penasihat TGNA. Nik Aziz benar, penasihatnya pun benar. TGNA tak buat kesilapan di dalam perlantikan Ariffahmi, dan penasihatnya pun benar kerana tidak ada apa yang silap. Yang kata salah dan silap ialah UMNO dan ... (fill in the blank)
kenal? :) mungkin kot.. entah..
mmg kita menetang UMNO, tapi bukan diri UMNO, yg kita tentang ialah apa yg dibawa oleh pemimpin UMNO yg terpesong dari Islam, tiada dlm pelembagaan UMNO itu ugama suku politik suku, tapi Pemimpin UMNO yg membawa idealogi bergitu yg kita tentang, apa2 yg dibuat oleh kerajaan BN yg tidak bercanggah dgn Islam kita sokong.
Sungguh.. lihatlah dgn penuh tanggungjawab apa yg kita nok kata mengenai satu2 isu.. kenapa kita perlu beri wala bilamana pimpinan memutuskan utk berkersama dgn DAP sedangkan karpal sing dgn jelas berkata langkah mayat dia dulu klu nak melaksanakan hukum Islam, adakah pimpinan ketia itu berbincang dgn DAP dlm 'terang', sudah tentu tidak, tapi hanya keputusan diumumkan. kita terima kerana kita percaya mereka membuat keputusan dgn penuh tanggungjawab terhadap Islam dgn ilmu yg mereka ada, bergitu juga dgn Anuar Ibrahim, bila masa Anuar Ibrahim menarik balik kata2 beliau yg menghentam dan menyesatkat kan PAS semasa dlm kerajaan? Tapi bila diumunkan pimpinan kita terima, ada mereka berbincang dgn ahli untuk bergabung? tidak.. tapi kita terima.. itulah sikoh kita pada pemimpin.
Dlm isu kerajaan pepaduan.. pernahkah GB mendengar penjelasan drpd TGAH apa maksud beliau mengenai kerajaan pepaduan? Secara peribadi saya tidak menyokong mana2 gabungan pun, tapi apabila mendengar sendiri penjelasan TGAH dlm ceramah beliau di Teganu maka saya faham apa yg beliau maksudkan dan alhamduliLLAH saya menerimanya.. tapi yg jelas bukan bergabung dgn UMNO.
mengenai isu penasihat TGNA, tak pernah saya kata TGNA silap, penasihatnya juga tidak silap, cuma kurang cermat dlm memberi nasihat antara yg baik dan yg terbaik. yg terbaik itu yg sebenar dlm isu ini. TGAH tidak mengata mereka salah tapi mereka tidak memberi nasihat yg sebenar apa implikasi keatas kerajaan negeri, diri TGNA dan PAS dgn pelantikan itu. itu saja sebenarnya sekiranya kita mahu melihat dgn ikhlas tanpa ada rasa syak wasangka.
tuhan saja Maha Mengetahui.
Macam mana boleh tak kenal, sedangkan Allah itu lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Saya dah tulis entah kat mana bahawa orang yang mengenal Allah dia mengenal sekalian yang lain dari Allah (ghayrullah).
Soal wala tidak timbul kerana kefahaman wala itu sndiri yang perlu dipertingkatkan di kalangan ahli.
Soal Karpal Singh dan Anwar Ibrahim : Orang yang telah melakukan kesalahan dan kemudian akhirnya mengakui kesalahannya dan bersedia untuk bersama dengan kita semula (atau disebaliknya kita ingin bersama dengan mereka semula) sepertimana yang diputuskan oleh pimpinan kita akur dan terima. Bukan sahaja "kerana kita percaya mereka membuat keputusan dgn penuh tanggungjawab terhadap Islam dgn ilmu yg mereka ada" tetapi meletakkan "maslahah", iaitu kepentingan umum. Kaedah usul-fiqh "Ditanggung kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan am" terpakai dalam hal ini.
Soal Kerajaan Perpaduan. TGHH telah mengutarakan idea dan gagasan itu selepas isu muzakharah PAS-UMNO terbongkar. Idea UG mungkin baik, tetapi ia menyentuh "dasar PAS". Sesuatu yang menyentuh dasar, perlukan pengesahan "Majlis Syurah Ulamak". Mengikut penjelasan Ust Abd Halim Abd Rahman, gagasan itu tidak pernah dibawa ke Majlis Syura Ulamak, oleh itu, ianya dianggap tidak perlu dipanjangkan atau dibincangkan. Hasilnya UG ditutup walaupun Presiden yang mengutarakannya.
Jawatan "Presiden" adalah jawatan tertinggi di dalam parti jika kita melihat PAS di dalam konteks organisasi sekular. Jawatannya dipilih secara demokrasi. Di dalam sistem khalifah Islam yang ditunjukkan di dalam khalafau Ar-Rasydin, tidak digunakan konsep demokrasi itu. Ia ditetapkan oleh syura.
PAS sebagai sebuah jemaah Islam perlu akur bahawa PerlembagaaPAS telah meletakkan Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, sebagai badan tertinggi parti. Oleh itu Jawatankuasa Pusat PAS perlu akur dengan kedudukan mereka bahawa di dalam konteks PAS sebagai organisasi politik sekular yang duduk dibawah Pendaftar Pertubuhan, mereka adalah badan tertinggi, tetapi di dalam konteks PAS sebagai jemaah Islam, mereka perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan menerima Mursyidul Am PAS sebagai pemimpin tertinggi.
Menyentuh soal "penasihat TGNA, tak pernah saya kata TGNA silap, penasihatnya juga tidak silap, cuma kurang cermat dlm memberi nasihat antara yg baik dan yg terbaik.". Kalau dapat saya katakan ia "fitnah yang benar" tetapi tidak perlu disebarkan kepada orangramai kerana ia mengundang perpecahan. TGHH sendiri faham mengenai ucapannya. TGHH perlu adil untuk membuat perkara yang beliau sendiri telah tetapkan prinsipnya.
Allah Maha Mengetahui - dan Allah memberikan kurniaan apa-apa ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang Dia kehendakinya.
wassalam.
maaf saya tidak pernah mendengar samada Anuar Ibrahim ataupun Karpal Singh mengaku kesilapannya. Pernahkah dlm mana2 ceramah Anuar Ibrahim beliau mengakui kesilapan beliau terhadap PAS semasa dlm kerajaan dahulu dan pernah kah Karpal Sing memohon maaf kepada Umat Islam ttg kenyataan beliau itu? entahlah saya tak pernah jumpa.. namun bergitu saya percaya keputusan pimpinan adalah suatu yg terbaik bila telah diputuskan.
Entahlah.. apa yg saya dengar sendiri dari TGHA tidak sedikit pun Kerajaan Perpaduan itu menyetuh dasar PAS, dan tidak sedikit pun menyetuh pengabungan antara PAS dan UMNO. Dan saya tidak arif ttg muzakharah PAS-UMNO, sekiranya ada maka baguslah. Dan apabila Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan ianya tidak perlu dipanjangkan, tetapi mengapa diungkitkan lagi? Jawatankuasa disiplin sekarang telah dibentuk dan org yg berkaitan telah/akan dipanggil. Apalagi yg kita mahu? Atau kita pun tidak mempercayai jawatankuasa tersebut. Yg kemudiannya bagi saya tak perlu saya sentuh mengenai peranan presiden dan majlis syura.
mana yg lebih besar mengundang perpecahan antara tulisan saudara yg menghentam presiden anda sendiri didunia cyber dengan kenyataan TGAH yg ditanya wartawan kemudian beliau membela TGNA sebagai seorg yg jujur kemudian meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat beliau (yg aku percaya kebanyakanya adalah pegawai kerajaan termasuk dgn LA yg berkhidmat dgn kerajaan negeri).
Ginilah.. klu ikhlas nak cari kebenaran.. saya mintak print dan bawak semua artikal saudara dan rakan2 sewaktu dgn saudara kemudian bawa berjumpa dgn Mursyidul Am PAS tanya pendapat Tuan Guru setujukah dia dgn tindakan ini.. cuba lihat apa pendapat beliau.. adakah dia akan mengatakan ini lah yg mengukuhkan parti.. try ah tanya.. apa salahnya klu nak kebenaran. kemudian kita nilai sendiri siapa yg lebih adil dlm kenyataannya.
Memang sahih terkaan saya siapa awak ni. InsyaAllah.
Jenis keras kepala, tak mahu mengakui kebenaran.
1) maaf saya tidak pernah mendengar samada Anuar Ibrahim ataupun Karpal Singh mengaku kesilapannya.
Anwar mengakui kesilapannya malah menubuhkan Keadilan dan melawan UMNO yang pernah disertainya. Anwar kini menjadi Ketua Umum PKR serta menjadi penggerak utama Pakatan Rakyat.
Karpal Singh pernah mengakui setelah ditemui pemimpin-pemimpin DAP untuk tidak menggunakan media sebagai saluran berbeza pendapat. Hasilnya berlakulah pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR untuk "iron out all kinks" yang ada dalam isu yang dibangkitkan. Sehinggalah di Konvensyen yang lalu, dunia menyaksikan Karpal duduk diantara TGNA dan TGHH.
So apa masalah awak bangkitkan hal tersebut?
2) "tidak sedikit pun Kerajaan Perpaduan itu menyetuh dasar PAS"
Membentuk sebuah "Kerajaan" tak menyentuh dasar?
Itu ilmu politik darjah berapa?
3)"Dan apabila Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan ianya tidak perlu dipanjangkan, tetapi mengapa diungkitkan lagi?"
Tak siapa yang ungkit, tetapi peranan dan tindakan pendokong dan penyokong mereka mendedahkan missi Kerajaan Perpaduan masih ada.
4) "Jawatankuasa disiplin sekarang telah dibentuk dan org yg berkaitan telah/akan dipanggil. Apalagi yg kita mahu? Atau kita pun tidak mempercayai jawatankuasa tersebut."
Boleh baca entri terbaru saya di blog ini
5) "mana yg lebih besar mengundang perpecahan antara tulisan saudara yg menghentam presiden anda sendiri didunia cyber dengan kenyataan TGAH yg ditanya wartawan kemudian beliau membela TGNA sebagai seorg yg jujur kemudian meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat beliau"
Sdra memesongkan intipati perbincangan. Saya merujuk kepada jawapan TGHH yang disiarkan di dalam Sinar Harian mengenai PAS tidak memusuhi UMNO yang menjadi tajuk kepada seluruh artikel ini.
Walau apapun saya, bersedia menjawab. Jujurkan jawapan TGHH apabila beliau memuji TGNA sebagai seorg yg jujur dalamasa yang sama meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat Ni Aziz yang kemudiannya saya menyatakan bahawa yang kenyataan dua baris itulah yang diperbesarkan oleh media tempatan?
Jika TGHH jujur, sudah tentu beliau membuat kenyataan yang menyokong kenyataan Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa TGNA boleh dijadirkan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Tetapi apa kenyataan TGHH? Terserahkalah kepada pimpinan PR yang lain!
6. "saya mintak print dan bawak semua artikal saudara dan rakan2 sewaktu dgn saudara kemudian bawa berjumpa dgn Mursyidul Am PAS tanya pendapat Tuan Guru setujukah dia dgn tindakan ini.. cuba lihat apa pendapat beliau.."
Saya adalah blogger, TGNA adalah blogger. Malah beliau pun tidak pernah menyekat anaknya Nik Abduh dan Nik Amalina menulis sebagai blogger sekalipun tulisan kedua-dua anaknya itu menjejaskan reputasi beliau dan parti.
Saya yakin saya benar. Dan TGNA sebagai blogger pasti termaklum kebebasan ahli-ahli untuk menulis sepertimana diberikan kebebasan kepada anakandanya itu.
Tetapi hairan, semua pemimpin tertinggi parti-parti politik di dalam negara ini ada blog. Saya mencari dan ingin sekali membaca blog TGHH dan Ust Nasha tetapi tidak ada. Mungkin lebih afdhal sdra membantu mereka berdua.
tak apalah jika anda telah mendengar sendiri Anuar meminta maaf pada PAS dan ahli PAS kerana tindakan beliau masa dlm kerajaan dulu, bergitu juga sekiranya anda mendengar sendiri karpal memohon maaf kebiadapan beliau mencabar org islam membunuhnya sekiranya hendak melaksana undang2 Islam. Mungkin terdapat dlm blog Anuar dan Karpal.
saya bangkitkan ini supaya kita merenung kembali peranan pemimpin dan ahli. Prmimpin bebas berbincang dgn siapa saja yg mereka rasakan perlu demi kebaikan Islam dan rakyat. Adakah GB fikir semua ahli PAS dan pengundi PAS bersetuju dgn pakatan itu? Kenapa org yg tidak menerima itu tidak membuka blog macam saudara kemudian menghentam pemimpin macam saudara dan rakan2 saudara (spt TB dll)? sebabnya mereka yakin pimpinan membuat keputusan dgn dalil2 yg tidak pernah terfikir oleh ahli2 dan para pengundi PAS.
saya mengata kerajaan perpaduan tidak menyetuh dasar PAS kerana saya mendengar sendiri drpd mulut TGAH. Kemudian saudara GB mendengar darimana sumber mengenai kerajaan perpaduan?
dakwaan saudara mengenai misi kerajaan perpaduan masih ada saya tidak mahu komen, saya tak tahu hal itu. tapi sekiranya apa yg saudara maksudkan kerajaan perpaduan itu seperti mana yg saya dengar dari mulut TGAH sendiri, bagus lah sekiranya ia diteruskan.
dlm artikal diatas saudara jelas mengatakan soal niat bukan urusan manusia menghukum, kemudian saudara mempersoalkan kejujuran TGAH pula dlm memuji TGNA. :-) dlm masa yg sama pula meminta TGAH berlaku adil (TGHH perlu adil untuk membuat perkara yang beliau sendiri telah tetapkan prinsipnya. ). saudara pula bagaimana?
Kemudian saudara membandingkan pula perkataan org yg menyaman undang2 Islam yg di gubal PAS untuk kelantan dgn perkataan pemimpin saudara sendiri kemudian mempelekeh pula perkataan TGAH.
tak apa lah sekiranya saudara yakin blog yg menjejaskan reputasi TGNA dan parti tidak dihalang oleh Tuan Guru sendiri. Tapi bagi saya itu tindakan yg kurang bijak.
wallahualam
Itu menunjukkan sdra ini tidak boleh berpakat, tidak boleh berkawan, tidak boleh bersama di dalam pakatan rakyat.
masih prasangka kepada Anwar dan Karpal sekalipun kedua-dua itu telah mahu bersama PAS di dalam PR dan pemimpin PAS telah bpleh menerima mereka.
"Adakah GB fikir semua ahli PAS dan pengundi PAS bersetuju dgn pakatan itu? "
setuju tak setuju kerna setuju sebab kalau tidak buat apa TGHH ada bersama di dalam setiap pertemuan PR.
Saya juga mendengar penjelasan TGHH tentang Kerajaan Perpaduan. Tetapi saya tidak boleh menerimanya selagi ianya tidak diputuskan oleh Majlis Syura.
"soal niat bukan urusan manusia menghukum, kemudian saudara mempersoalkan kejujuran TGAH pula dlm memuji TGNA"
Memang pun bukan manusia yang menghukum tetapi sifat zahiriah boleh menjelaskan apa yang ada pada niatnya. Memuji Nik Aziz dalam masa yang sama hentam dia kononnya tak dapat nasihat yang betul dari penasihatnya dari sudut perundangan dan politilk, sama dengan dakwaan umno dan musuh.
Yang kurang bijak ialah mereka yang masih tak dapat menerima kebenaran bahawa perpecahan PAS ini dimulakan oleh mereka yang mempelopori gagasan Kerajaan Perpaduan.
wassalahu'alam
GB macam tak mahu memahami je apa yg saya cuba terangkan, sebenarnya saya nok kabor apabila ada pakatan hendak dibuat kita tidak setuju kerana bagi kita org yg nok dipakat itu dulunya musuh kita, tetapi apabila pemimpin telah membuat keputusan kami semua menerimanya sbb tu saya kata "sebabnya mereka yakin pimpinan membuat keputusan dgn dalil2 yg tidak pernah terfikir oleh ahli2 dan para pengundi PAS."
mereka tidak membuka blog seperti saudara menghentam pemimpin apatah lagi pada sesuatu yg tidak nyata hanya berpandukan rasa hati sendiri dan syak wasangka kerana sangsi dengan niat pemimpin.
kemudian itu saudara kata pernah mendengar sendiri penjelasan TGHH (atau TGAH, tempat tunjuk adalah org yg sama) tentang Kerajaan Perpaduan tetapi saudara tidak boleh menerimanya selagi ianya tidak diputuskan oleh Majlis Syura, dan sememangnya Majlis Syura tidak akan membuat keputusan kerana kata sudara ia tak pernah dibawa ke majlis syura pulak tu pimpinan telah menekankan isu tersebut telah tutup buku.
kemudian saudara berkata "Memang pun bukan manusia yang menghukum tetapi sifat zahiriah boleh menjelaskan apa yang ada pada niatnya. Memuji Nik Aziz dalam masa yang sama hentam dia kononnya tak dapat nasihat yang betul dari penasihatnya dari sudut perundangan dan politilk, sama dengan dakwaan umno dan musuh."
tak tahu pulak saya bahawa umno dan musuh menggunakan dakwaan tersebut kepada TGNA, dan saya tak nampak TGHH menghentam TGNA dlm kenyataannya. kemudian bagaimana pula dgn kenyataan dan pengesahan daripada TGNA mengenai perkara tersebut baru2 ini? tak kan nak kata TGNA juga menggunakan modal umno dan musuh untuk menghentam diri Tuan Guru sendiri.. entahlah, tapi yg saya nampak berlainan dgn saudara, yg saya nampak umno dan musuh menggunakan isu penyalah gunaan kuasa dan kronisem pada Tuan Guru, tetapi bagi saya dlm semua pemimpin lain senyap, TGHH memberi kenyataan memberi maksud TGNA tidak menyalahguna kuasa dan tidak kronisem cuma penasihat je tidak memberi nasihat yg betul walaupun sudah ditanya oleh TGNA.
Entahlah.. fikirlah sendiri, saya hanya memberi pandangan saya tentang ketidak wajaran tindakan dibuat dengan memaki hamun pemimpin sendiri, hingga hilang rasa hormat pada org alim, yg bukan daripada ahli maksiat, klu saya, saya tak berani.
Dimana2 blog yg kita komen bergini terus akan dituduh sebagai penyokong UG walaupun kita tak pernah nyatakan kita menyokong UG.
akhirnya aku hanya mampu senyum... :-)
"sebabnya mereka yakin pimpinan membuat keputusan dgn dalil2 yg tidak pernah terfikir oleh ahli2 dan para pengundi PAS."
Jawapan saya:
pemimpin juga boleh buat silap.
mereka tidak membuka blog seperti saudara menghentam pemimpin apatah lagi pada sesuatu yg tidak nyata hanya berpandukan rasa hati sendiri dan syak wasangka kerana sangsi dengan niat pemimpin.
Jawapan saya:
Sdra fikir saya membuka blog hanya untuk menghentam pemimpin?
Sdra fikir saya tidak membuat kajian selain dari hanya mengikut daya fikir sendiri?
"sememangnya Majlis Syura tidak akan membuat keputusan kerana kata sudara ia tak pernah dibawa ke majlis syura pulak tu pimpinan telah menekankan isu tersebut telah tutup buku."
Jawapan saya:
Sebutnya tutup buku, tetapi tindakan masih terus belaku. blog2 dari trengganu masih taksub kepada TGHH malah diantaranya membelasah mursyidul am.
Sdr juga masih curiga dan syak wasangka dengan Pakatan Rakyat dan saudara lebih menerima gagasan Kerajaan Perpaduan. Walhal PAS "telah pun" sepakati terima PR.
Saya pernah berkata, orang spt sdra memang sukar untuk berada di dalam mana-mana pakatan atau jemaah. Boleh menikam kawan dari belakang!
"cuma penasihat je tidak memberi nasihat yg betul walaupun sudah ditanya oleh TGNA."
Itulah yang menjadi isu. Iaitu rakan2 seangkatan sdra dari kumpulan UG mainkan. TGNA dikelilingi oleh penasihat yang kononnya mempengaruhi keputusan Nik Aziz. Sehinggakan insan yang rajin bekerja untuk parti dan ugama seperti Husam dijadikan sasaran liar kumpulan yang benci sehingga telah wujud blog anti-husam seblm muktamar lagi. Dan itulah juga point TGHH menghentam Nik Aziz secara halus.
Saya bertanggungjawab sepnuhnya ayat-ayat saya dan sedia berdepan dengan TGHH.
Demi kebenaran dan keadilan, saya tidaklah merasa gentar kepada manusia walau setinggi mana ilmu firasatnya kerana saya meyakini Allah itu Maha Berkuasa, dan Maha Pemberi Kurnia, Dia memberikan kurniaannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Ingatlah Nabi Mohd s.a.w. sendiri pernah ditegur Allah dalam kes Ummi Maktum.
Siapa TGHH berbanding Rasulullah?
Wallahu 'alam
Sebenarnya saya nok kabor apabila ada pakatan hendak dibuat kita tidak setuju kerana bagi kita org yg nok dipakat itu dulunya musuh kita, tetapi apabila pemimpin telah membuat keputusan kami semua menerimanya sbb tu saya kata "sebabnya mereka yakin pimpinan membuat keputusan dgn dalil2 yg tidak pernah terfikir oleh ahli2 dan para pengundi PAS." kata wirautama.
SB Dehlawi kata, kenyataan demo, wirautama mengesahkan lagi bhawa puak-puak macam demo ni lah sebenarnya musuh dalam jubah pas ataupun golongan yang dikatokan taat babi buto. demo kata, demo tok stuju dgn pakatan, tetapi demo terimo sajo apo hok pemimpin royak. kalu gitu, apo sandare demo menerima keputusan pemimpin? demo tok setuju tapi pada maso samo demo terimo. Pelik. Pah tu pulak, geng2 teganu ni, dok serang TGNA dengan bahasa carut. Kalu demo dan geng2 teganu terima seperti kata demo "sebabnya mereka yakin pimpinan membuat keputusan dgn dalil2 yg tidak pernah terfikir oleh ahli2 dan para pengundi PAS." sudah tetu demo dan geng teganu tak serang TGNA. Kawe teringat cerita abdullah saba zame Rasulullah, dia taat pada zahir tetapi hati tidak pada Rasulullah. puak2 inilah yang mengapi apikan jemaah rasulullah.
'kita tidak setuju kerana bagi kita org yg nok dipakat itu dulunya musuh kita', kata wirautama.
- sb dehlawi kata, memang musuh kita, termasuk juga umno yang kini menjadi idola pemimpin dan ahli pro UG. Tetapi, kejahatan umno mengatasi lain-lain. tak perlu lah nak ceritakan kejahatan umno sebab semua doh tahu, termasuk mung. bagaimanapun, keadilan dan dap berubah arah apa salahnya. Malah ramai di kalangan orang umno yang berubah arah setia kepada pas. di antara mereka sekarang jadi pemimpin pas. so apa nak di bangkitnya masalah bekas musuh? mereka bekas musuh, tetapi sekarang sanggup berjuang bersama Pas, bukankan itu menunjukkan bahawa Allah SWT sudah memberi laluan kepada kita memerintah negara suatu hari nanti? Insyaallah. Umno sehingga sekarang dan mungkin sebelum dia jatuh tetap bermusuh dengan pas. Adalah lebih baik bergabung dengan pakatan rakyat daripada bergabung dengan umno kalau sekadar mahu jawatan dalam kerajaan.
mereka tidak membuka blog seperti saudara menghentam pemimpin apatah lagi pada sesuatu yg tidak nyata hanya berpandukan rasa hati sendiri dan syak wasangka kerana sangsi dengan niat pemimpin. - sb dehlawi kato, wirautama berkali2 tuduh blogger GB hentam, maki pemimpin. kawe raso mung nih perlu belajar linguistik la. ataupun klu nok cepat buka kamus dewan, belek, cari apa perkataan bermaksud maki. lepas tu mung tengok dale tulise GB ado ko perkataan maki. setahu kawe, tak pernah ado kata-kata maki dalam tulisan GB. yang ada ialah teguran untuk memperbetulkan hala tuju pemimpin.
SB dehlawi kata, Apa2 pung gagasang presideng, mesti ke bawa ke peringkat majlis syura. yang hj hadi cuba mempengaruhi ahli tanpa dirujuk kepada majlis syura tu kenape?
BG kata "pemimpin juga boleh buat silap."
saya kata "
mmg lah, ada ke saya kata pemimpin tak buat silap, tapi silap mereka dlm hal ini insyALLAH tidak membawa dosa, dan salah kah kita yg tiada ilmu mengikut pemimpin yg ada ilmu membuat keputusan? kenapa kesitu pulok.. ish! ish!
gb kata pulok
Sdra fikir saya tidak membuat kajian selain dari hanya mengikut daya fikir sendiri?
yg tu saya tak kata tapi GB sendiri menjelaskannya seperti GB kata
1. Memuji Nik Aziz dalam masa yang sama hentam dia kononnya tak dapat nasihat yang betul dari penasihatnya dari sudut perundangan dan politilk, sama dengan dakwaan umno dan musuh.
2. Jujurkan jawapan TGHH apabila beliau memuji TGNA sebagai seorg yg jujur dalamasa yang sama meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat Ni Aziz yang kemudiannya saya menyatakan bahawa yang kenyataan dua baris itulah yang diperbesarkan oleh media tempatan?
GB pulok kata "Sebutnya tutup buku, tetapi tindakan masih terus belaku. blog2 dari trengganu masih taksub kepada TGHH malah diantaranya membelasah mursyidul am."
maka kata ku
yg kata tutup buku sapa dan blog2 dri trengganu masih taksub kpd TGHH dan blog2 yg berani membelasah mursyidul am tu sapa?
sekiranya ada sepatutnya GB sebagai ahli PAS yg mahukan kebaikan untuk PAS menghentam blog2 yg membelasah TGNA tapi GB nampaknya seperti menilai blog2 tersebut kemudian menyamakan nada kenyataan TGHH dgn nada blog2 yg saudara dakwa itu. Kerana ia mengambarkan PAS berpuak2 cam UMNO jugak, adakah org PAS ingin masyarakat melihat PAS bergitu?
tolong kabor ke saya mana url blog2 yg saudara dakwa itu tersebut dan dlm artikal mana mereka menghentam TGNA.
kemudian GB tuduh pula saya
"Sdr juga masih curiga dan syak wasangka dengan Pakatan Rakyat dan saudara lebih menerima gagasan Kerajaan Perpaduan. Walhal PAS "telah pun" sepakati terima PR."
maka aku kata
cuba baca betul2 apa yg saya maksudkan, saya cuba nok jelaskan betapa ahli PAS perlu menerima keputusan pimpinan walaupun tidak selari dgn pendapat mereka kerana pimpinan membuat keputusan dgn ijtihad mereka berpandukan ilmu2 yg mereka ada yg sudah tentu lebih daripada ahli2 cam saya ni (GB saya tak tahu, mungkin ilmu GB lebih dari pemimpin2 PAS yg membuat keputusan tersebut)
setelah salah memahami maksud saya kemudian GB menuduh lagi "Saya pernah berkata, orang spt sdra memang sukar untuk berada di dalam mana-mana pakatan atau jemaah. Boleh menikam kawan dari belakang!"
maka saya kata
saya ni yg tak pernah menulis satu artikal pun dlm blog komen pasal kenyataan TGNA, TGHH dan pimpinan PAS dituduh sukar berada dlm jemaah dan menikam kawan dari belakang? Kalu bergitu saudara GB yg menulis dlm blog, komen tentang kenyataan pemimpin parti sendiri sbb syak pada niat pemimpin yg membuat kenyataan itu bagaimana pula agaknya?
sambungan...
kemudian GB mengambil ayat terakhir saya dgn katanya "cuma penasihat je tidak memberi nasihat yg betul walaupun sudah ditanya oleh TGNA." lalu menuduh saya seangkatan dgn kumpulan UG,
padahalnya apa yg saya kata "tak tahu pulak saya bahawa umno dan musuh menggunakan dakwaan tersebut kepada TGNA, dan saya tak nampak TGHH menghentam TGNA dlm kenyataannya. kemudian bagaimana pula dgn kenyataan dan pengesahan daripada TGNA mengenai perkara tersebut baru2 ini? tak kan nak kata TGNA juga menggunakan modal umno dan musuh untuk menghentam diri Tuan Guru sendiri.. entahlah, tapi yg saya nampak berlainan dgn saudara, yg saya nampak umno dan musuh menggunakan isu penyalah gunaan kuasa dan kronisem pada Tuan Guru, tetapi bagi saya dlm semua pemimpin lain senyap, TGHH memberi kenyataan memberi maksud TGNA tidak menyalahguna kuasa dan tidak kronisem cuma penasihat je tidak memberi nasihat yg betul walaupun sudah ditanya oleh TGNA."
saya kata itu pun berdasarkan kenyataan TGNA, tuan guru kata dia pernah berkata ini menantu saya yg dilantik tetapi org yg ada tidak berkata apa2, kan itu kenyataan TGNA, tak kan lah GB tak tahu pulok..
kemudian GB pulak tuduh itulah juga point TGHH menghentam Nik Aziz secara halus.
tak tahu lah saya nak kata apa lagi, saya bawak point2 untuk difikir secara takwil yg baik ttg kenyataan yg tidak kita fahami bukan dengan mengunakan rasa syak kita ttg niat pemimpin. kemudian saya minta biarlah dlm saluran yg betul. GB saya percaya rapat dgn banyak pimpinan2 PAS, atau mingkin GB sendiri juga seorg pemimpin dlm PAS, maka gunalah saluran yg betul dlm organisasi PAS.
kemudian GB kata "Saya bertanggungjawab sepnuhnya ayat-ayat saya dan sedia berdepan dengan TGHH."
bagi saya tak kena uslub bergitu, sepatutnya berdepan dulu tanya tuan ampunya diri kemudian baru kita tulis setelah mendapat penjelasan, bukan kata dulu dgn kajian sendiri dan syak niat seseorg kemudian baru nok berdepan, terbalik perkerjaan.
kemudian GB kata "Demi kebenaran dan keadilan, saya tidaklah merasa gentar kepada manusia walau setinggi mana ilmu firasatnya kerana saya meyakini Allah itu Maha Berkuasa, dan Maha Pemberi Kurnia, Dia memberikan kurniaannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki."
bagi saya itu kenyataan org yg sombong, (tapi mungkin GB tiada niat bergitu) org yg dah GB rasa diberi kurnia oleh ALLAH tinggi ilmu firasat buat apa kita nak gentar, org itu pun bukanya ajak bertumbuk, patutnya kita hormat, tak tahulah maksud GB nok berhujah dan berdebat dgn org yg mempunyai firasat yg tinggi, maka sombong sungguh lah klu gitu.
kemudian GB kata "Ingatlah Nabi Mohd s.a.w. sendiri pernah ditegur Allah dalam kes Ummi Maktum.
Siapa TGHH berbanding Rasulullah?"
maka aku kata
Dalil itu kah yg GB guna?
Gi lah GB tanya ustaz2 yg dekat2 dgn GB, sebenarnya GB silap dlm mengambil kias, yg menegor dlm dalil itu ialah Malik dan yg ditegor pulok hambanya. Dlm kes kita yg menegor itu GB dan yg ditegor itu TGHH. GB bukan pemimpin dan TGHH bukan ahli. Jadi kias tersebut tidak betul (ke GB ni ustaz doh? ops!)
Dan kita tidak pernah pun banding TGHH dengan Rusulullah..
yg kita mintak komen lah dgn menggunakan saluran yg betul dan jangan lah hanya menggunakan rasa hati dan syak wasangka, tak kira lah sapa2 pun puak UG ke yg anti UG ke, kerana bagi saya ianya tidak mendatang kan kebaikan pada jamaah, ianya hanya memudahkan musuh. Mereka tak perlu melaga2kan kita lagi, kita sendiri melaga2kan mereka. Dulu klu ada kenyataan pemimpin yg diputar belik media blogger menjawab bagi pihak pemimpin, tapi leni bila media putar belik kenyataan pemimpin blogger pula menggunakan putar belik media kemudian menyanggah balik pemimpin. Nok tegor tu tegor lah.. nok molek lagi tegor dlm bentuk memberi pandangan bukan dlm bentuk nok hujjah, sebabnya mereka itu pemimpin GB sendiri.
puak UG kah saya bila itu yg saya minta?
begitulah, semakin dilayan semakin menjadi-jadi dan jauh kesasar dari intipati perbincangan.
Masih dengan sikap wala membabi butanya dgn alasan "yg kita mintak komen lah dgn menggunakan saluran yg betul dan jangan lah hanya menggunakan rasa hati dan syak wasangka".
Terpulanglah kalau kamu berpegang demikian. Saluran betul telah digunakan. Muktamar ke 55 sudah sepatut menyedarkan TGHH, begitu juga mesyuarat khas yang dipanggil untuk membincangkan teguran Mursyidul Am PAS terhadap kalangan mereka yang bermasalah di dalam PAS.
Yang membuka ruang untuk UMNO melaga-lagakan PAS UMNO ialah tindakan presiden PAS sendiri dan para penyokongnya.
Baca semula :
"Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.
"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.
"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya. "
long live GB!
Terang, tepat dan tajam.
Catat Ulasan