Mursyidul Am PAS TuanGuru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat dan ketibaannya mendapat tepukan gemuruh daripada 1,500 perwakilan yang hadir.
"Saya orang yang menyokong kuat satu masa dulu dalam gabungan dengan umno dulu, sebagai orang Melayu Islam saya ada perasaan itu, tapi umno khianat," demikian antara ucapan Nik Aziz.
"Rampasan kuasa di Perak, cara Islam pun tak betul, cara demokrasi pun jauh sekali, maka betapa jijiknya UMNO," tambahnya.
"Saya jadi MB kelantan semua rakyat, Melayu, Cina, India adalah rakyat saya. Berapa kali saya pergi kuil dan tokong dan mereka datang cari saya.
Saya tengok dengan mata saya sendiri terasa serupa dengan berada dalam dunia baru sesuai dengan ilmu dan pengajian saya." katanya sebelum mengakhiri ucapannya.
Menyentuh tentang Karpal Singh, Nik Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.
Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz... apa salahnya... saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

1 ulasan:
umno bukan setakat pengkianat bangsa saja malah pengkianat islam. Punya pandai berlakon, tokoh ma al hijrah diberikan kepada Yusof Qardawi, kerana untuk menutup anugerah yg telah diberikan kepada Shahruh Khan. Hanya berikan gelaran tokoh kepada Yusof Qardawi, tapi... hukum yg ada dlm islam tak ikut, isteri2 pak2 menteri dlm umno tu banyaknya tak tutup aurat, pakai tudong nak nampak cantik ajer... KITA TELAH BERUSAHA DEMI KEBAIKAN, SERAHKAN SEGALANYA KPD KEKUASAAN ALLAH. DIA YG MENENTUKAN KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT, MEMANG SUSAH NAK CARI TOKOH SPT TGNA...
Catat Ulasan