4 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Shahrizat Perlu Nilai Prestasinya Sendiri - Haniza

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor meyelar kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilihat terdesak bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada Umno-Barisan Nasional.

Ketuanya, Haniza Talha berkata tindakan Shahrizat itu dilihat sebagai cubaan menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Shahrizat seharusnya menilai prestasinya sendiri selaku Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebelum menunding jari kepada mana-mana pihak.

“Shahrizat kena cermin muka dulu seorang yang kalah pilihan raya kemudian diangkat jadi menteri maknanya Umno sendiri sudah tidak ada jawatan untuk menjaga kebajikan rakyat. Dan saya nampak Shahrizat pun memang gagal, gagal, gagal, gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Shahrizat bahawa pembangkang tidak berupaya memerintah kerana gagal dalam semua aspkek.

Shahrizat turut menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai indah khabar dari rupa.

Menurutnya, kegagalan perjuangan Shahrizat jelas terbukti dalam partinya apabila beliau gagal menambah bilangan menteri wanita dalam kabinet malah, Shahrizat juga gagal menangani isu penderaan kanak-kanak dan wanita.

Haniza menambah sebaliknya lebih 30 peratus wanita dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Dia dalam parti dia sendiri gagal mengangkat martabat wanita, boleh kira berapa orang wanita yang menjadi pemimpin tetapi kita wanita Pakatan Rakyat, sekejap sahaja kita tidak cakap banyak kita cakap dan laksanakan,” katanya.

Beliau berkata keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir jelas apabila dalam masa yang singkat, negeri di bawah pentadbiran Pakatan menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Pakatan rakyat telah buktikan kemampuan nya daripada laporan ketua audit negara. Walaupn dalam tempoh yang singkat satu tahun ketua audit negara telah memberi pujian kepada pentadbiran di bawah Pakatanj Rakyat bahawa pentadbirannya cekap,” katanya.

Menurutnya, pujian berkenaan jelas menepis segala tuduahan dan tomahan yang dilempar Barisan Nasional.

Haniza berkata bagaimanapun kemampuan Pakatan Rakyat ini sengaja cuba dinafikan Barisan Nasional dengan menggunakan media arus perdana yang dikuasainya untuk memberi gambaran negatif kepada Pakatan Rakyat. -TVS



Tiada ulasan: