6 Okt 2009

355 km Rekod Perjalanan Rosmah Ketika Altantuya Dibunuh

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat perjalanan 355 kilometer dalam tempoh tiga hari antara 19 hingga 21 Oktober 2006. Persoalannya, ke mana beliau pergi?

Mengikut rekod dan kenyataan pemandunya yang hanya dikenali sebagai Fauzi, Rosmah meninggalkan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Putrajaya jam 6.48 pagi pada 19 Oktober, menaiki kereta WLQ 11 untuk ke rumahnya di Taman Duta.

Meter perjalanan ketika itu menunjukkan angka 86,197 dan Rosmah pada hari sama, menghadiri satu majlis di bangunan Tabung Haji dan hanya pulang ke kediaman rasmi jam 11.20 malam.

Keesokannya, Rosmah keluar rumah jam 6.32 pagi dengan menaiki kereta sama ke Taman Duta dan tidak pulang sehingga jam 1.01 pagi. Meter perjalanan menjadi 86,315.

Pada hari ketiga, Rosmah mengulangi rutin sama. Keluar rumah jam 6.40 pagi untuk ke Taman Duta dan pulang ke Putrajaya jam 9.34 malam. Meter perjalanan mencecah 86,550.

Mengikut buku log yang didedahkan Malaysia Today, kediaman TPM dikunjungi dua pegawai tentera pada 19 dan 20 Oktober, masing-masing pada jam 10.01 malam dan 6.05 pagi tapi sebab kehadiran tidak disebut.

Bermakna, kedua-dua pegawai itu berada di kediaman TPM ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh menggunakan C4 kerana laporan rasmi menyatakan wanita Mongolia itu mati antara jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi.

Pada 10.01 malam sehingga jam 6.05 pagi, kedua-dua pegawai itu mengunjungi kediaman TPM lagi selama lapan jam antara jam 10.01 malam hingga 6.05 pagi, mengikut buku log.

Persoalannya, benarkah mereka benar-benar berada di premis itu? Jika ya, ia bukan masa sesuai untuk mengunjungi sesiapapun, apatah lagi seorang TPM. -TVA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum,

Sudah terang lagi bersuluh. Barang kali mereka itu memakai cermin mata hitam yang diguna oleh pengimpal besi agaknya.

Janganlah salahkan orang lain, jika anda dan jabatan anda dikutuk di sana-sini lalu dipandang hina. Lebih malang dijadikan sumber lawak jenaka pula.

Janganlah cipta moto yang 'kaw-kaw' jika hidung bercucuk tali hingga boleh dibaruakan sebegitu rupa..

Perkirakanlah hal-ehwal untung nasib kita di akhirat nanti. Dua tempat sahaja kediaman manusia yang Allah sediakan di sana. Di SYURGA atau di NERAKA.

Malaikat pencatat amalan kita itu pula langsung tidak melepaskan walau sehabuk atau secalit pun kebaikan maupun kejahatan kita..

Anda boleh melimunkan segala kerja buat anda di dunia ini, namun segalanya akan Allah swt dedahkan sejelas-jelasnya di akhirat nanti...

Kirakan juga berapa ramai pula orang yang akan menuntut hak-hak mereka ke atas kita akibat penzaliman dan ketidak adilan urusan kita semasa sedang hidup ini.

Wassalam.