Restoran Amjal ini berada di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, di luar kampus Universiti Malaya, berhampiran dengan Masjid Arrahman, bersebelahan dengan bangunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan bersetentangan dengan stadium hoki Malaysia.
Pada penilaian saya, restoren Amjal ini menyalahi pelbagai undang undang dan peraturan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Hak milik tanah saya tidak tahu statusnya, plan bangunan adakah diluluskan oleh DBKL atau pun tidak, dan satu yang paling ketara ialah restoran ini menyebabkan pengunjungnya parkir kenderaan secara sesuka hati dan menjejas kelancaran pengaliran trafik di kawasan tersebut.
Tetapi semua pelanggaran peraturan ini seolah dimaafkan oleh pihak berkuasa. Kenapa? Rahsianya ialah di restoran inilah tempat pertemuan aktivitis PAS dari seluruh pelusuk dunia. Di sinilah segala maklumat politik terkini, samada politik PAS atau politik UMNO atau politik Malaysia atau politik dunia dibincangkan. Apa yang dibincangkan di sini, biasanya berlaku atau akan menjadi realiti dua tiga bulan ke hadapan, atau, paling tidaknya, segala maklumat terkini, yang tidak dipunyai oleh sebarang media, boleh didapati di restoren ini. Sebab itulah balai Polis jalan Pantai Baru yang 200 meter sahaja jauhnya dari restoren ini pun tolerasi dengan kewujudannya.
Tadi saya tanya Pak Leman, penjual mee, rojak dan pasembor di restoren itu: apa cerita sekarang? Panas syeikh, jawabnya.
Kami sokong Tuan Guru Nik Aziz. - hamirdin
Kami tidak setuju kerajaan perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan