Aku kata lain sebab Pas berada dalam keadaan paling kuat. Dua negeri dikuasai oleh Pas.. Nasib tak baik Perak dirampas oleh UBN… kalau tidak … ada tiga Menteri Besar dari Pas.
Dan muktamar kali ini juga diwakili oleh begitu banyak golongan. Ulama, professional, puak muqabalah, puak erdogan… tak tau pasai apa tiba-tiba begitu banyak mazhab dalam Pas.
Apakah puak professional tak boleh jadi ulama? Apakah ulama tidak professional? Apa yang membezakan ulama dan professional? Apakah mereka yang belajar di Timur tengah itu dikatakan ulama, dan layak memimpin Pas… manakala yang belajar di universiti tempatan itu hanya layak digelar professional dan tak layak memimpin Pas.
Fuh!! aku ingatkan … Pas for all.. rupanya macam Animal Farm juga. “All animals are equal but pigs are more equal than others.”
Bagi aku… gelaran-gelaran dan puak-puak yang digembar-gemburkan dalam Pas ini hanyalah usaha untuk menjahanamkan Pas.
Dan bagi aku… dalam Pas cuma ada dua golongan… pro-Umno dan pro-Pakatan.
Pro-Umno lebih selesa bekerjasama dengan Umno.. sebab depa merasakan lebih baik bekerjasama dengan Umno atas dasar Melayu/Islam. Bagi depa.. DAP lebih bahaya dari Umno. PKR juga lebih teruk dari Umno.
Manakala pro-pakatan lebih professional politik mereka. Mereka berpegang kepada janji.
Politik Pas turun naik macam wau. Bila ditiup angin… dia naik. bila tak ada angin.. dia jatuh. Dan angin ini bergantung kepada Umno. Bila Umno jatuh… Pas naik. Bila Umno naik.. Pas jatuh.
Tahun 90… Umno jatuh disebabkan perbalahan Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Pas naik sampai dapat menawan Kelantan. Tahun 99, Pas dapat menambah satu lagi negeri… Terengganu… bila Anwar bergaduh dengan Mahathir.
Tahun 2004, Umno naik… dan Pas jatuh sampai hilang Terengganu. Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan.
Tahun 2008, Pas naik balik bila Mahathir bergaduh dengan Pak Lah. Pas dapat menawan Kedah dan menambah kerusi dengan banyak dinegeri-negeri lain.
Tetapi setiap kali Pas naik… yang bagi jatuh bukan sahaja Umno… tapi orang dalam Pas sendiri.
Tahun 99, Pas naik bila Anwar bergaduh dengan Mahathir. Tapi bila menang… Pas ingat orang sokong perjuangan dia. Dan ramai pemimpin Pas jadi besar kepala.. terutama diTerengganu. Barisan Alternatif hanya tunggangan untuk mencari kemenangan… bila menang, BA diketepikan. Hj. Hadi… dengan bantuan penasihat-penasihat dari Terengganu… tidak memerlukan BA. Hasilnya… BA lingkup.
Tahun 2004… tak payah cakap. Dengan kekuatan Pak Lah dengan imej Mr. Clean… dan BA yang cacamarba… semua lingkup.
Selepas 2004, Anwar dibebaskan. Dari situ BA dipulihkan kembali. DAP yang meninggalkan BA juga kembali bersama walaupun tidak kembali kedalam BA. Tetapi Anwar berjaya menyatupadukan Pas, PKR dan DAP.
Tahun 2008… BA dan DAP berjaya memenangi 5 negeri dan terlahirlah Pakatan Rakyat. Pas mendapat dua negeri dan tiga Menteri Besar.
Tapi ada pemimpin Pas yang lupa diri. Bila menang… mereka kembali keperangai asal… melupakan kawan yang menaikkan mereka. Mereka lebih suka kepada musuh yang ditentang semasa pilihanraya… daripada rakan yang membantu mereka mencapai kejayaan. Mereka sanggup menikam kawan dan berpeluk dengan musuh. Dan ironisnya… mereka-mereka inilah yang dikategorikan sebagai golongan ulama.
Sebaik saja keputusan pilihanraya 2008 diumumkan… Hasan Ali berlari menemui Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan diSelangor. Masa aku mula-mula menulis perkara ini dulu… teruk aku kena maki hamun. Akhirnya kebenaran terserlah juga bila Pak Lah sendiri mengakuinya.
Tak habis disitu… ada pula usaha untuk bermuzakarah dengan Umno. Bila aku tulis tentang pertemuan di London diantara pemimpin Pas yang diketuai oleh Ustaz Nasharudin dengan pemimpin Umno… dengan bersaksikan wakil dari Ikhwanul Muslimin.. lagi sekali aku kena maki. Mahfuz dan Ustaz Nasha juga mengeluarkan amaran akan menyaman mereka yang menyebarkan cerita. Masa tu ada tiga orang yang bercakap tentang pertemuan ini… Penarik Beca.. Raja Petra dan Matsamankati. Tapi sampai hari ini tak ada sapa yang kena saman… sebab akhirnya rahsia tersebut pecah juga… dan apa yang kami cakapkan adalah benar.
Bukan setakat cerita itu benar.. malah segala kertas cadangan untuk kerjasama tersebut telah dipersetujui! Tetapi apabila rahsia tersebut terbongkar… segala perancangan tersebut tidak berjaya.
Kemudian… mungkin kita masih ingat 16 September. Mengapa gagal? Siapa yang menggagalkannya?
16 September gagal kerana Hj. Hadi enggan bersetuju.. kerana jumlah Ahli Parlimen Melayu/Islam dalam Pakatan Rakyat lebih rendah berbanding Bukan Melayu/Islam.
Hj. Hadi lebih rela Umno memegang kuasa daripada membiarkan Anwar menjadi Perdana Menteri… dengan jumlah Ahli Parlimen Melayu yang lebih sikit dari bukan Melayu. Walaupun Anwar sudah meyakinkan Hj. Hadi … bahawa lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan menyertai Pakatan Rakyat bila tiba masanya.. tapi Hj. Hadi enggan menerimanya.
Aku bukan nak menyalahkan semuanya kepada Hj. Hadi… kerana Hj. Hadi menerima nasihat dari penasihat-penasihatnya. Dan lebih malang… bila penasihat Hj. Hadi seperti Mustafa Ali dan Ustaz Nasha merupakan penyokong Umno… bukan penyokong Pakatan Rakyat.
Kalau dulu aku cerita benda ni… lagi teruk aku kena maki. Tapi bila orang Pas sendiri bukak cerita dan ia bukan menjadi rahsia lagi.. baru aku cerita. Bukan pasai aku cuba menyembunyikan kebenaran… tapi biarlah orang Pas sendiri yang sedar. Tak la teruk aku kena maki lagi.
Mengapa Ustaz Nasha beria-ia benar nak berpeluk dengan Umno dan meninggalkan rakan-rakan yang menjulang Pas sehingga ketahap sekarang? Mengapa semasa kempen… Umno tu teruk sangat dan bila menang… DAP dan PKR pulak yang teruk? Mengapa pengundi-pengundi ditipu?
Dan orang-orang yang mahu berpeluk dengan Umno ini… sekarang dikategorikan sebagai Ulama… manakala yang taat kepada janji-janji pilihanraya.. tidak layak dipanggil Ulama… tetapi sekadar Professional! Dan orang professional tidak layak memimpin Pas!
Apakah kerja Ulama itu memperkudakan rakan-rakan untuk naik… dan memperdayakan pengundi untuk menang pilihanraya? Dan bila menang… kuda-kuda tunggangan patut ditembak mati dan pengundi-pengundi yang menyokong dulu diketepikan?
Muktamar Pas kali ini akan menjadi ‘turning point’ sama ada Pas akan naik lagi dalam pilihanraya akan datang… atau jatuh sekali lagi.
Dan sekiranya ahli-ahli Pas memilih mereka yang mahu berpeluk dengan Umno.. Pakatan Rakyat akan jatuh lagi macam BA tahun 2004. Pas bukan sahaja akan dilihat gagal mengurus kemenangan… malah akan dilihat sebagai tidak tahu menunaikan janji. -matsamankati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan