Saya bukan Nujum Pak Belalang, saya bukan kaki temberang. Tetapi apa yang jelas ialah, pada penghujung April 2009 yang lalu, pemimpin-pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (bukan UMNO) telah di dalam beberapa sessi bertemu akar umbi memberitahu bahawa PAS akan dibawa menyertai BN pada bulan Jun 2009.
Khabarnya pada hari ini, 3 dari setiap 4 ahli parti itu mahu parti komponen tersebut segera tinggalkan BN. Parti tersebut lebih rela bersama musuh tradisinya sebagai pembangkang daripada melihat air liur mereka yang diludah ke langit sekian lama jatuh ke muka sendiri.
Bagaimana parti tersebut mendapat tahu bahawa PAS akan menyertai BN pada bulan Jun? Apakah parti itu telah diberi taklimat terlebih dahulu tentang perkara tersebut. Apakah parti-parti komponen BN yang lain juga tahu akan perkara ini?
Selepas UMNO gagal mengundang PAS menubuhkan kerajaan bersama di Selangor dan Perak pada 9 Mac 2008 dan beberapa hari kemudiannya, kedudukan Abdullah Ahmad Badawi menjadi begitu tidak stabil. Sebuah badan bernama TASK FORCE 2010 ditubuhkan dengan diketuai oleh Bekas Atache Tentera Malaysia ke Pakistan dan Pegawai Tinggi dalam Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia. Pegawai tersebut kini dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri. Beliau anak kelahiran Terengganu dan bernama Wan Abu Bakar.
Tujuannya ialah mempertahankan Abdullah Ahmad Badawi. Cara untuk mempertahankan Abdullah ialah dengan menggunakan agenda Melayu. Agenda Perpaduan Melayu ini telah menarik Nasharuddin Mat Isa untuk bersama dengan Dato’ Wan Abu Bakar. Hanya Nasharuddin yang dapat memberi penjelasan sejauh mana penglibatannya dan samada penglibatannya itu dibayar dengan wang ringgit.
Bagaimanapun TF2010 ini gagal untuk membuahkan hasil bila Majlis Tertinggi UMNO bangkit memberontak dan menggulingkan Pak Lah akibat tekanan perang saraf 16 September oleh Anwar Ibrahim.
Berkemungkinan besar, 16 September hanyalah satu ilusi dan serangan saraf. Apa yang Anwar Ibrahim mahukan ialah berlaku peralihan kuasa segera di dalam UMNO. Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin yang bersamanya tahu bahawa mereka perlukan satu peralihan kuasa di dalam UMNO untuk memberi ruang kepada yang Di Pertuan Agung melantik Perdana Menteri baru selepas Perdana Menteri yang dilantik sebelumnya meletakkan jawatan.
Diluar ruang lingkup pengetahuan media dan golongan massa, satu usaha membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan sebenar telah dibincangkan. Ustaz Hadi, Presiden PAS tidak berbohong bila dia berkata idea Kerajaan Perpaduan telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Tetapi ini tidak bermakna Haji Hadi bercakap benar. Ini kerana Kerajaan Perpaduan yang dirancang pada ketika itu bukanlah Kerajaan Perpaduan cap ayam yang menggabungkan Kerajaan yang ada pada ketika itu dengan pembangkang. Sebaliknya ia adalah sebuah kerajaan alternatif yang bakal menggantikan Kerajaan sedia ada.
Kerajaan Perpaduan yang cuba diusahakan pada ketika itu ialah di antara PKR, DAP dan PAS dengan beberapa parti politik kecil yang lain beserta beberapa pemimpin yang juga ahli Dewan Rakyat Melayu dari UMNO.
Apabila Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada YDP Agong, pembangkang akan mencadangkan pula kepada istana untuk mengambil kira penubuhan Kerajaan Alternatif yang dicadangkan oleh mereka.
Awal April itu, pembangkang sudah begitu hampir untuk menubuhkan sebuah Kerajaan baru. Sukar di buat spekulasi apa yang menggagalkan mereka. Namun kalau ditelitikan, beberapa minggu sebelum perletakkan jawatan Abdullah, Ustaz Hadi telah mengumumkan cadangan sebuah Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan itu adalah di antara BN dan pembangkang.
Apakah ini bermakna Haji Hadi tidak menyetujui Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sendiri lantaran beliau mengambil inisiatif sendiri dan mencadangkan yang sebaliknya?
Ramai yang melihat Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Haji Hadi adalah satu usaha terakhir oleh segelintir pemimpin didalam PAS untuk menyelamatkan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun, sudah tentu pada waktu itu, Wan Abu Bakar sendiri sudah tahu bahawa kedudukan Abdullah mustahil untuk diselematkan lagi.
Oleh yang demikian, cadangan Kerajaan Perpaduan oleh Hadi sebenarnya adalah bukti penentangan Hadi terhadap kerajaan alternatif yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sendiri.
Isu agenda Melayu hanyalah satu perang saraf anjuran TF2010 dan usaha di antara Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa. Apakah Melayu lebih lemah hari ini berbanding dengan 1988 dan 1999? Apabila UMNO diharamkan, Barisan Nasional telah pada satu ketika dipengerusikan oleh Presiden MCA. Ahli-ahli Dewan Rakyat dari UMNO telah menjadi anggota bebas buat seketika. Pada saat dan ketika itu, kewujudan dan penerimaan semula UMNO (BARU) kedalam BN berada di tangan bukan Melayu.
Pada tahun 1999, pengundi-pengundi Melayu telah secara beramai-ramai mengenepikan UMNO. UMNO dan BN terselamat dan masih berjaya mempertahankan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dengan bersandarkan sokongan padu bukan Melayu. UMNO kehilangan Terengganu iaitu negeri yang paling tinggi penduduk Melayu. Pemimpin-pemimpin besar UMNO ramai yang menang tipis termasuklah Najib Razak sendiri. Sekali lagi penguasaan politik Melayu berada dalam genggaman Bukan Melayu.
Tetapi dalam tahun 2008, majoriti orang Melayu mengundi UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 nya dan prestasi buruknya di Semenanjung Malaysia ialah kerana pengundi Bukan Melayu telah menolak BN.
UMNO sebenarnya semakin kukuh kerana peratusan perwakilannya semakin meningkat berbanding dengan rakan kongsi dalam BN.
Kehadiran ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam di Dewan Rakyat juga masih majoriti. Di dalam BN, UMNO semakin besar pengaruhnya kerana parti-parti komponen yang lainnya semakin lemah. Jadi mengapa mahu di laung-laungkan agenda Melayu?
Bukankah usaha sebenar yang patut UMNO lakukan ialah mengembalikan kepercayaan Bukan Melayu kepadanya. Agenda Melayu itu sebenarnya adalah satu perang saraf dan UMNO telah menang di dalam perang saraf tersebut.
PAS adalah biawak hidup yang sudah tentu UMNO tidak mahu memikulnya ke dalam BN. Pemimpin UMNO sedar kemasukan PAS ke dalam BN hanya akan mempercepatkan kehancuran BN dengan menimbulkan kemarahan parti-parti komponennya.
Kemasukkan PAS ke dalam BN juga akan menyebabkan pengundi Bukan Melayu merasa mereka dikhianati oleh PAS, lantaran mereka sudah tentu semakin benci kepada BN.
Agenda Melayu sebenarnya adalah satu racun, sama seperti sejenis racun lipas. Apabila racun itu dimakan lipas, lipas tersebut akan kembali ke sarangnya dan mati. Seluruh tubuh lipas itu menjadi racun. Lipas-lipas lain yang memakan lipas beracun itu akan mati dan seterusnya ini akan memusnahkan koloni lipas tersebut.
PAS sudah termakan racun tersebut. Apakah kelak ini akan menular ke seluruh koloni pembangkang?
Haji Hadi sendiri merangkak di dalam kesamaran yang penuh dengan kontradiksi bila bercakap tentang Kerajaan Perpaduan yang ditajanya. Keadaan semasa semakin bertimpa-timpa kekeliruan yang mencelarukan. PAS mahu terus bersama Pakatan Rakyat tetapi PAS mahu terus berunding dengan UMNO. Bukankah ini sebenarnya adalah agenda UMNO.
Sudah tentu UMNO mahu PAS terus berunding dengannya supaya UMNO boleh dilihat ikhlas mempertahankan penguasaan Melayu dalam arena politik dan menerusi rundingan ini, kredibiliti PAS di kalangan pengundi-pengundinya akan semakin luntur.
Pada waktu yang sama UMNO sudah tentu mahu PAS terus bersama Pakatan Rakyat kerana kemasukan PAS ke dalam BN hanya akan mempercepatkan kehancuran BN dan bukan membantu membaik pulih BN untuk berdepan dengan pilihanraya akan datang. Dengan PAS terus berada di dalam Pakatan juga, UMNO boleh terus menggunakan ketidak tentuan dalam PAS untuk menghancurkan Pakatan.
Oleh yang demikian, bila anda mendengar ada di antara pemimpin-pemimpin PAS berkata, “kita akan terus berunding dengan UMNO dan akan terus bersama Pakatan”, fikirlah masak-masak dan ingatlah kalimah ‘Boneka UMNO’ yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz yang amat-amat kita sayangi itu. -kickdefella
14 ulasan:
Ni apa melalut reka cipta fitnah tak de hitam putih ni...... balik makan racun tikus laaa. - Aku rasa Kickdefella ini memang racun dalam jemaah.
Salam, kalau macam nila pimpinan PAS tangani isu UG maka ramaila ahli & penyokong keliru,tut2 ada yang lari.
Kepada pemimpin atasan elok2 la pakat.jangan ada team TGHA dan team TGNA dalam PAS. hancurla kita weh
mmg ngarut sungguh komentar kat atas... x paham aku... even yg aku slalu baca artikel politik lain pun mamai baca yg ni,,, artikel ni mcm syok sendiri dan nak memuaskan hati penulis je tanpa mengira kebenaran fakta... malu wei...
“kita akan terus berunding dengan UMNO dan akan terus bersama Pakatan”
ayat ini menjelaskan siapa muqabalah sebenar.
Kita tengok atas jalan raya, yang dok makeup kereta tarok exzos besar bagi sayap atas bawah, sport rim besar tu tarok enjin turbo..bagi laju, bunyi riuh sedunia biasanya jenis keta2 kancil, paling tidak wira lah. Tapi keta2 mewah, BMW ke MBenz ke Xde la pulak buat macam tu. Apa sebab?.... sebabnya memang keta2 tu dah hebat!. yang nak tunjuk hebat ni keta2 kecik dan murah tu laa...padahal tak setara mana pun. Begitulah gak dengan kehidupan kita ni. yang dok melalak melalut, hentam sana, hentam sini tu, jenis yang macam keta kecik tu laaa. Padahal tak setara mana pun!
Anonymous said...
tahukah tuan tuan semua??
majlis syura, majlis tertinggi PAS telah dikuasai oleh golongan pro UBN selepas muktamar.
sila rujuk keanggotaan majlis syura menurut perlembagaan pas
keputusan majlis syura bukan dimiliki oleh mursyidul am tetapi anggota majlis syura.
kalau majoriti nakkan kerajaan perpaduan, apa yang TGNA boleh buat.
Tunggu perkembangan selanjutnya....
Bawa banyak mengucap dan berzikir lebih baik daripada duk melalut tak tentu arah....Kalau betul nak berjuang jangan main tikam tak tentu hala.....
Berjuang kerana Allah dan peganglah iktikad tu sampai bila-bila....Jangan menari mengikut rentak yang dibawa yahudi dan nasarani..
keristamingsari lebih baik masuk umno dari pada jadi pemuja keris dalam pas.
Anonymous said...
keristamingsari lebih baik masuk umno dari pada jadi pemuja keris dalam pas.
Hai sedara!
Kalau nasihat macam keristamingsari tu pun xleh terima.... lebih baik p mampos jadi yahudi!
kickdefella bukan penulis upahan husam ke ni?
Akutunggu..
keristamingsari tu suruh berzikir lepas tu membuat selingan dgn ayat "Jangan menari mengikut rentak yang dibawa yahudi dan nasarani.."
itu menunjukkan dia yg dah tak betul dalam nasihatnya apabila meletakkan ayat seolah-olah menuduh org lain menari mengikut rentak yang dibawa yahudi dan nasarani.
maka yg patut "p mampos jadi yahudi!" berbali kepada Akutunggu.
salam. sebelum tulis artikel kepada penulis blog jangan buat tuduhan melulu ia akan menyebabkan manusia yang tidak mencari kebenaran daripada pihak yang membuat kenyataan yang selalu diputarbelitkan oleh media pro kerajaan akan mempengaruhi manusia yang hanya mendapat maklumat daripada blog atau media prima sahaja. Jangan jadi penyebar fitnah. Sekarang ni pun dah ramai tukang fitnah jgn kita dalam jemaah pun akan meneruskan fitnah. Jangan makan daging saudara sendiri.
penyokong UG (baca penyokong UMNO) dalam PAS memang sakit hati dgn artikel dalam blog GB, dia org lebih suka log pencacai macam MSO dan sebagainya. harap ambil perhatian.
yg stuju tu ckp jela xstuku. menyumpah org tu wat per. yahudi la, kapir la. ISLAM ke ni. xpasal2 tambah dosa atas kepala. matang la skit wei. jgn mcm budak2 jer. gelabah xtentu pasal lak. Lol
Catat Ulasan