6 Apr 2009

BUKIT GANTANG : Tak Salah Nga Kor Meng Nak Baca Quran - Nik Aziz

Tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat Al-Quran dari Surah Al-A'raf tidak mempunyai apa-apa kesalahan, demikian ditegaskan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Siapa pun nak gunakan ayat Quran patutnya dia guna lama dah. Itu kesan gelombang kebangkitan Islam," kata Nik Aziz.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kemungkinan Nga tersalah tafsir dan sebagainya kerana tidak menjadi keslahan orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran.

Banyak pihak menyifatkan laporan polis yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan terhadap Nga adalah gimik politik kerana mereka terpukul dengan ayat yang dibacakan oleh Nga tersebut yang mengenai diri mereka.

Laporan polis dibuat oleh Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan wakil-wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Rakyat Insan Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Rahimmuddin berkata, tindakan Nga menggunakan Al-Quran dalam ceramahnya ternyata menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini.

Seorang pemimpin PAS berpendapat bahawa sebenarnya orang-orang UMNO merasa terkejut orang bukan Islam boleh mengetahui ayat Al-Quran kerana orang UMNO sendiri sebenarnya yang telah lama meninggalkan ajaran Al-Quran.

"Sebenarnya bukan menimbulkan kemarahan umat Islam, tetapi kematrahan umat UMNO," tegasnya.

"Ayat Al-Quran adalah milik Allah dan sesiapa juga samada yang Islam atau bukan Islam boleh membacanya," tambahnya.

"Mereka ini (ahli UMNO) bertindak sebagai pembela ayat Quran kononya, walhal mereka lebih buta Al-Quran dari sesetengah kaum bukan-Islam," tegasnya lagi.



6 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

UMNO munafik. NGO yang buat laporan tu pun dua kali lima. UMNO takut sebab banyak ayat Quran kena batang hidung UMNO. Cucu-cicit Ibn Salul memang takut dengan Ayat-Ayat Allah seperti yang didedahkan oleh UMNO Kapar pada 11 Sepetmber, 1996.

Tanpa Nama berkata...

tu dia.. padan muka ko umno.
ambik kena sejibik2 batang hidung!!
keluar semua cerita lama beb.. tahun'96 lagi..
lagi mau sorok.

tu orang tua selalu cakap bangkai gajah mana boleh sorok.

TRALAYAN berkata...

Ibarat gajah depan mata tak nampak, tapi kuman kat bulan dihitung2 satu persatu..... Semua maklum bahawa ramai juga ulamak dalam umno tu yang dapat PhD dari seberang laut, samada England atau US.... siapa yang dok ngajar kat sana tu kalau bukan si orientalis.... yang dok pi cedok ilmu daripada dia orang tu tak apa ke???

fidel castro berkata...

sepatutnya mereka sedar diri dan hurmat kepada bukan melayu lebih fasih gunakan al-qur'an dari umno.memang patutlah umno masih bawah tempurung.

naked gun berkata...

menteri agama ameno blh tengok konsert gedik2 takpe, orang nak blajor Quran tak boleh pulak... kelakar sgt..
hu..hu..hu...terserlah kebuduhan yg terlampau..kesian..kesian.. patutla ameno takut HUDUD!!!

vistana berkata...

bangangnyer umno, tu jer yang aku nak sebut, NGO bangang PPIM, Pewaris dll semua cari makan punya NGO, hahahhahaha pengampu nak jd calon agaknyer nnt