15 Jul 2014

Saudara Kita Ini Memerlukan Bantuan Tuan-tuan Semua!


Assalamualaikum, RAYUAN SUMBANGAN Abdul Hannan b. Abdul Ghani yang mengidap sakit transverse myelitis@radang saraf tunjang.

Makluman terakhir yang GB terima beliau kini masih di Wad ICU Mawar, Hospital Besar Melaka.

Lebih 20 tahun beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Pasti Nurul Iman Jasin dan pengedar Harakah di kawasan Jasin.

Yang di Mesir sudah habis peperiksaan semester tapi hanya mampu berdoa dari jauh menahan sedih dan rindu untuk melihat ayahnya sebab tiada duit tambang untuk balik ke Malaysia.

Anaknya 3 orang di Universiti Al-Azhar Mesir, seorang akan ke sana pada September ini, seorang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, seorang lagi di Madrasah Al-Rahmah Melaka. Tolonglah sahabat saya ini yang sudah 4 bulan terlantar di Hospital Besar Melaka. ..


MAKLUMAT AKAUN

No.akaun Bank Islam 04033020277751
atas nama isterinya Norasmah Mohd Noor
SMS: 019 656 4626

Semuga Allah melimpahkan rahmatNya kepada semua para penyumbang.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Young Syefura (Rara): "Kenapa Aku Sertai DAP...."


Rara: Dari mana, nak ke mana (Bahagian I)

Populasi wanita muda di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti ‘komunis’ dan ‘cauvinis cina’.

Terbaru, DAP menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu kota.

Anak gadis berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu yang merupakan seorang aktivis PAS.

“Kami turun perhimpunan Bersih satu keluarga,” ujarnya berkisah tentang pengalaman pertama kali menyertai perhimpunan aman membantah penipuan pilihanraya itu.

Rara bernasib baik kerana datang awal dan pulang awal, lalu tidak terkena asap gas pemedih mata atau ditembak air gatal.

Beliau malah menjadi bualan anak-anak muda Malaysia setelah fotonya tersebar luas dan disebut-sebut sebagai salah satu ikon perhimpunan tersebut.

Kemasukan Rara ke dalam DAP disambut dengan reaksi bercampur-campur daripada berbagai pihak. Antara yang paling pantas memberi reaksi negatif pastinya pihak musuh yang dengan cepat melabel beliau, selain memuatnaik grafik kononnya Rara seorang pakar urut batin. Siap dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.

“Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya,” kata beliau memberi penjelasan.

“Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)” tambahnya, sambil berkata kemasukannya ke dalam DAP adalah dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.

Minat beliau terhadap DAP bertambah rancak pasca fenomena Dyanamania yang melanda seluruh negara, di samping dasar parti yang menolak politik perkauman dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang apa pun.

“Semua kawan-kawan terkejut bila saya masuk DAP, semua orang asyik tanya, kenapa DAP?” tambahnya sambil memberitahu bahawa keluarganya menerima keputusan beliau dan faham benar dengan kiprah politik Rara serta memberikan beliau sokongan terus-menerus.

Hentaman dan serangan terhadapnya dianggap hal biasa. Poster dan grafik di laman-laman sosial memfitnah kononnya Rara mendaftar sebagai ahli seumur hidup DAP dan kononnya berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu. Padahal Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 jelas mempertuntukkan bahawa DAP “Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.”

“Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja,” ujarnya yang sebelum ini sudah pun pernah difitnah dengan pelbagai tuduhan pasca perhimpunan Bersih 3.0. “Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja,”
ujarnya menguntum senyuman.

Tidak kalah hebat ialah tuduhan bertalu-talu daripada pihak musuh kononnya DAP mempergunakan gadis-gadis cantik jelita untuk menarik kemasukan orang Melayu. Rara melihat tuduhan itu sebagai sesuatu yang positif kerana baginya pihak musuh sudah ketandusan ide untuk mencari kesalahan. Tetapi, hakikatnya, memang benar sudah ramai yang berminat untuk menyertai DAP.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Setelah sekian lama DAP dimomok-momok sebagai parti cauvinis Cina, kehadiran wanita-wanita muda secara tiba-tiba meleburkan persepsi negatif tersebut, dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk mendekati parti yang dijaja-jaja musuhnya dengan pelbagai cerita karut.

Kekurangan wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka. Tambah-tambah pula yang bekerja dengan kerajaan.

“Mereka memang tidak berani menonjol, takut kalau apa-apa berlaku terhadap mereka,” jelasnya lagi, sambil berkata bahawa ketakutan kaum wanita yang meminggir daripada aktivisme mendorong beliau untuk lebih ke hadapan.

“Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan.”

“Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita,” tambah beliau.


Rara: Bukan hanya menawan, tetapi melawan (Bahagian II)


Jarang-jarang sekali kita melihat muka baru dalam arena politik Malaysia mendapat perhatian banyak pihak. Rara barangkali salah seorang yang terampil di kalangan muka baru dalam dunia aktivisme politik.

Namun bukan sekadar muka yang harus dilihat dan dinilai. Jika rupa sudah cukup, justeru sekalian model dan pelakon boleh memperbuat parti politik sendiri dan pastinya akan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Tidak perlu berpenat-lelah bermandi air gatal dan gas pemedih mata menuntut perubahan.

Rara, pastinya bukan sekadar seorang wanita yang berpenampilan menawan, malah beliau sebenarnya turut berkeupayaan melawan.

“Setiap kali turun demo, kita boleh tengok sendiri muka-muka yang sama juga yang hadir,” kata Rara, seorang yang melazimi aksi-aksi melawan di ibu kota membantah ini dan itu, sambil turut mengiyakan bahawa masih ramai rakan-rakan seangkatannya yang masih takut untuk ikut serta.

“Ramai yang masih takut dengan kerajaan, maka hanya tinggal muka lama yang berani,” ujarnya.

Bagi Rara, ketakutan dan kerunsingan wanita untuk turut terjun beraktivisme hanya boleh diselesaikan apabila ada wanita lain yang meredah lautan lelaki dan tampil ke depan sebagai contoh ikutan.

Ditanya apa lagi yang boleh dibuat dalam kiprah sosial-politik selain berdemonstrasi dan angkat sepanduk, Rara tenang-tenang sahaja menjawab bahawa bukan itu semata-mata perkara yang boleh dilakukan sebagai aktivis masyarakat.

“Saya cuba ikut aktiviti Dapur Jalanan setiap minggu. Di situ kita lihat ramai aktivis muda,”

“Aktiviti sebegitu menarik ramai mahasiswa. Setiap minggu akan bersilih ganti anak-anak mahasiswa membantu kami,” katanya berkisah tentang aktiviti memberi makan warga miskin kota di Jalan Panggong, Kuala Lumpur.


Aktiviti Dapur Jalanan dan ‘soup kitchen’ sekitar ibu kota yang menyediakan makan buat para gelandangan dan miskin kota menerima sorotan hebat seminggu dua ini selepas dilaporkan bahawa Kementerian Wilayah merancang mahu mengangkut para miskin kota dan memberi saman kepada mereka yang memberi sedekah kepada mereka.

Rara sudah aktif membantu warga miskin kota ini sebelum hal itu menjadi trendy dan diramaikan dengan anak muda membawa kamera dan berselfie.

Beliau juga turut melazimi aktiviti-aktiviti anak muda lain, termasuk Buku Jalanan, sebuah kolektif yang kini terbit di merata-rata tempat, menyediakan bacaan percuma kepada orang ramai demi menggalakkan budaya membaca dan berdiskusi, sambil busking dan kadang kala baca puisi.

Daripada kegiatan secara runcit-runcit ini, Rara menyimpan cita-cita politik besar untuk memimpin wanita keluar dari ketakutan yang membelenggu mereka daripada beraktivisme.

Oleh itu kami bertanya apakah itu sebabnya Rara masuk DAP? Beliau ketawa dan menutup mulutnya.

Mahu memimpin wanita

“Kalau saya tak ada cita-cita itu, saya tak akan buat apa-apa dan duduk diam sahaja,” tambahnya. Menurutnya lagi beliau memberanikan diri demi memberi inspirasi kepada ramai lagi wanita hebat yang masih segan-segan untuk ke hadapan.

Sebelum menyertai DAP, Rara secara jujurnya berkata parti tersebut kelihatan begitu ‘Cina’ sekali kerana barangkali terdapat terlalu ramai ahli berketurunan Cina. Namun itu tidak menjadikan DAP sebagai bukan parti politik pilihan banyak pihak, terutamanya teman-teman yang mempengaruhi kompas politik beliau.

“Bila saya tanya kawan-kawan, ramai sebenarnya yang memilih DAP sebagai parti yang lebih baik berbanding yang lainnya.”

“DAP lebih memberi ruang dan ia sebuah parti yang stabil, relax dan cool,” katanya sambil menambah bahawa yang ramai-ramai itu kebanyakannya memilih untuk tidak berparti; namun jika diberi pilihan, pastilah mereka memilih DAP.

Menariknya lagi, mereka ini kebanyakannya Melayu yang terdedah secara meluas kepada media sosial dan tidak lagi dirosakkan dengan media tradisional. Rara, sebagai seorang ‘selebriti’ kecil-kecilan di media sosial berharap untuk mengubah persepsi buruk ramai lagi warga internet terhadap DAP.


“Saya akan cuba tunjukkan bahawa selama ini mereka sebenarnya salah faham,” ujar beliau.

Rara turut disambut keluarga besar DAP di laman sosial Twitter sehari selepas mengisi borang parti.

“Ramai yang memberi sokongan dan kata-kata semangat. Tak sampai sehari saya masuk DAP, saya difitnah, jadi kata-kata semangat pemimpin DAP memberikan sokongan dan membuatkan saya rasa sangat dihargai dan diterima.”

Berkhidmat demi rakyat

“Sebenarnya semuanya berbalik kepada diri sendiri. Mesti tanya, sebab apa menyertai parti,” katanya ketika ditanya tentang masalah beberapa orang Melayu keluar masuk DAP apabila tidak dapat apa yang diinginkan.

“Jika dia benar-benar mahu berkhidmat untuk masyarakat, dia pastinya boleh bersabar.”

Menyebut tentang khidmat untuk masyarakat, anak gadis ini bersemangat sekali mahu mengatur program untuk masyarakat, terutamanya golongan yang memerlukan.

“Bersempena dengan bulan Ramadan, saya mahu buat program di rumah-rumah kebajikan. Sebabnya tak semua rumah kebajikan mendapat dana, malah masih banyak yang terpinggir.”

Menurutnya lagi masih ramai dari kalangan masyarakat yang tidak bernasib baik dan memerlukan penjagaan dan bantuan kewangan untuk meneruskan hidup.

Keperluan merangka dasar-dasar untuk memastikan golongan yang dipinggirkan pembangunan tidak boleh dipandang ringan, katanya. Sebagai graduan bidang kejururawatan, Rara punya titik luluh melihat kepayahan hidup dan keperitan yang ditanggung mereka yang tidak mendapat akses kepada khidmat kesihatan dan kebajikan.

“Saya sangat berminat dengan kerja kebajikan. Saya rasa ini satu tanggungjawab besar kepada masyarakat,” katanya mengakhiri perbualan.
-roektkini











IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Syabas, Giliran Umie Aida Pula Bertudung...

Alhamdulillah. Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini.

Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-

Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.

Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.

Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.


Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. -beautifilnara



ULASAN GB

Syabas dan semuga istiqamah.







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




14 Jul 2014

Cybertrooper UMNO, Padi Jantn Ditahan Polis


Blogger ugut bunuh MB Kedah ditahan

SHAH ALAM - Blogger yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah ditahan polis di sekitar Lembah Klang 5.45 petang semalam, demikian lapor Sinar Harian.

Blogger berusia 37 tahun itu sebelum ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn'.

Polis telah memburu suspek berkenaan sejak hari kelmarin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya semalam berkata, identiti sebenar suspek yang juga penduduk tempatan sudah dikenal pasti.

"Kita masih berusaha untuk mengesan suspek terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

'Padi Jantn' telah menulis satu petikan berbaur ugutan yang berbentuk ancaman bunuh terhadap dua individu itu di laman Facebook miliknya.

Petikan itu berbunyi, "jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampos dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho".

Mohd Nashir berkata, susulan insiden itu lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Pesanan Akhir Ab Rajah: "Jaga Anak Kita Baik-baik"!


Jaga anak kita baik-baik" pesan anggota polis yang terkorban di Pulau Mabul

SEMPORNA: "Jaga anak kita baik-baik," itu antara pesanan terakhir anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, yang terbunuh dalam serangan hendap di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul di sini malam tadi.

Reda pemergian suami tercinta, isterinya, Salamah Amad 26, berkata Ab Rajah, 32, menitipkan pesanan itu ketika menghubunginya pada 10 malam tadi sambil mengatakan akan pulang ke rumah esok.

"Malam tadi juga saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang mengatakan akan pulang ke rumah esok.



"Pada 1 pagi, saya terima maklumat, suami diculik sebelum mengetahui keadaan sebenar yang suami telah gugur ketika bertempur dengan penceroboh," katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu 2, Jalan Bubul di sini, hari ini.

Beliau berharap kumpulan penceroboh yang tidak bertanggungjawab itu akan mendapat hukuman yang setimpal daripada pihak berkuasa atas perbuatan jenayahnya itu.

"Saya kini hanya mampu mendoakan dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya dalam nada sendu.

Seorang lagi anggota Marin, Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan itu malam tadi.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat itu membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.

Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.

Allahyarham Ab Rajah, yang barasal dari Semporna bertugas sebagai jurumudi Kapal Rondaan Air 1, di Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh, Perak kira-kira setahun yang lalu sebelum berpindah ke Semporna.

Allahyarham dijangka dikebumikan sebelum solat Zohor esok dalam upacara penghormatan pasukan polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebun Bunga Jalan Batu 3, di sini.

Sementara itu tinjauan Bernama di sekitar pekan Semporna mendapati keadaan ketika ini tenang dengan rutin orang awam dan aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.

Seorang penduduk tempatan, Nancy Mitan, berkata keadaan dan aktiviti di pekan tersebut berjalan seperti sediakala meskipun mengetahui kejadian itu pagi ini.

"Kami mengetahui kejadian tembak itu yang berlaku di Pulau Mabul iaitu mengambil masa kira-kira 45 minit menaiki bot dari pekan Semporna," katanya. -Bernama









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Kisah Aliza Kim: Kebenaran Menyapa, Hidayah Menerpa...


Aliza Kim, seorang model antarabangsa berbangsa Thai-Amerika mengisytiharkan keislamannya di FB beliau pada 1 Januari lalu.

Seorang siswazah Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa, beliau mula bekerja di AS dan seterusnya di Thailand selama dua tahun dan menyertai pertandingan ratu cantik Thailand, menceburi iklan komersial dan drama TV yang membawanya ke Malaysia. Ikuti kisah perjalanan hidayah beliau yang menyentuh hati.

Saya telah melihat halaman kosong ini (FB) sekurang-kurangnya 20 minit, memikirkan bagaimana saya harus mulakan cerita yang ingin saya beritahu anda. Saya telah memikirkan kandungannya untuk beberapa hari – sebenarnya untuk beberapa bulan – tetapi tidak menemui cara yang memuaskan untuk saya mulakan. Jadi, saya rasa saya hanya mulakan dengan memperkenalkan diri saya.

Nama saya Aliza. Saya tidak berbeza daripada anda, tetapi ramai yang berkata bahawa saya telah mengalami beberapa perkara yang luar biasa. Dalam hidup saya, saya telah belajar di beberapa sekolah-sekolah yang paling teruk dan juga sekolah-sekolah yang terbaik di dunia, mempunyai peluang untuk mengembara ke lebih daripada sedozen negara-negara, bekerja dalam pekerjaan yang berubah seperti yang anda boleh bayangkan – dari seorang pelayan kepada seorang anggota pengurusan kanan korporat, model yang ‘in-demand’ kepada seorang jurubahasa tentera.

Saya boleh katakan bahawa saya telah mempunyai suatu hidup yang ditaburi dengan cebisan-cebisan menarik dalam perjuangan, pengembaraan, kesusahan dan sedikit glamor. Malah pada tahun lalu, saya berada di muka depan sekurang-kurangnya dalam dua majalah dan menjadi tajuk utama dalam tiga atau empat majalah yang lain.

Tetapi tahun ini sangat berbeza.

Bagi tempoh 12 bulan lalu, saya sengaja menjauhkan diri daripada media dan daripada acara-acara industri model; memendam diri untuk mencari diri saya sendiri. Walaupun banyak kerja saya masih mendapat perhatian tinggi di TV, nama saya pudar daripada majalah, media dan senarai undangan. Tahun ini, saya dikelilingi oleh rakan-rakan dan bukannya kamera. Tahun ini, hati saya lebih damai daripada apa yang dirasai. Mengapa? Saya telah menemui asas, kebenaran, keikhlasan dan ketenangan dalam agama … agama yang bukan ketika saya dilahirkan.

(Saya berharap untuk berkongsi pengalaman hidup saya, minat saya dalam kesihatan dan kesejahteraan, pengembaraan makanan saya dan pandangan saya mengenai isu-isu dunia dan banyak lagi hanya kerana saya telah lama dengan anda selepas cerita ini dikeluarkan. Saya tahu bahawa jika anda seperti saya, anda adalah seseorang yang melihat seseorang melebihi bangsa, agama dan jantina mereka dan berminat untuk berkawan dengan semua orang dengan cara yang positif dan terhormat tanpa mengira perjalanan hidup mereka.)

Saya telah menemui agama yang berasaskan kedamaian, keikhlasan dan kehormatan. Nama agama ini diterjemahkan secara bahasa bermaksud “penyerahan” dan, apabila dimasukkan ke dalam konteks keagamaan, ia bermakna “untuk beribadah (menyerah diri) kepada satu-satunya Tuhan”. Ini adalah Tuhan yang sama Nabi Adam, Nuh, Musa, Ibrahim, Daud dan Isa sembah … Tuhan yang sama yang saya suburkan sembah dan cinta sebagai penganut Kristian yang kuat.

Tetapi, agama yang saya peluk itu adalah satu agama yang terlalu disalah fahami dan dan ditakuti secara meluas kerana budaya popular dan peristiwa-peristiwa semasa.

Saya mula belajar tentang Islam melalui usaha ikhlas untuk melihat diri saya dalam Kristian ketika saya memerlukan harapan.


Tetapi pencarian saya untuk harapan dalam Kristian membawa saya kepada penyelidikan akademik yang teliti tentang Islam sebagai agama dan satu cara hidup. Saya menemui Islam tidak melalui apa yang media gambarkan atau apa yang saya pernah mendengar tentang orang Islam, tetapi melalui sejarah, ilmuwan, menteri-menteri Kristian , pakar-pakar Bible, guru-guru agama (Islam), pemerhatian rakan-rakan Islam saya dan apa yang saya rasa dalam hati saya sendiri.

Secara jujurnya, tidak mudah bagi saya untuk membuka dan memberitahu anda cerita saya. Dan, kerana kebanyakan orang tahu saya sebagai penganut Kristian yang kuat, saya rasa ramai di kalangan anda yang membaca (tulisan) ini yang terkejut dengan apa yang saya kongsikan dengan anda. Tetapi saya berharap anda masih teruskan membaca pada kerana saya tidak menulis ini untuk keuntungan peribadi atau cuba untuk meyakinkan anda apa-apa. Harapan saya adalah untuk berkongsi sedikit tentang diri saya dengan anda dan memberi sedikit imbasan sebahagian daripada apa yang telah saya pelajari tentang Islam semata-mata demi memupuk toleransi agama, hormat dan persahabatan.

Permulaan Sederhana

Bagi anda yang tidak tahu dengan latar belakang saya, izinkan saya untuk memberitahu secara ringkas tentang diri saya. Saya dilahirkan di sebuah pekan kecil di Oklahoma, Amerika Syarikat yang dinamakan Enid dengan bilangan penduduk kurang 50,000 berbanding dengan bandar yang berpenduduk 1.5 juta yang saya tinggal sekarang (Kuala Lumpur). Selepas Enid, saya telah berpindah 12 kali setakat ini.

Dalam beberapa tahun, ada beberapa masa yang selesa dan masa kesusahan yang melampau. Saya hampir-hampir tiada tempat tinggal, mempunyai sangat sedikit makanan yang ditaja kerajaan, tetapi saya juga mempunyai peluang untuk bekerja dan belajar dengan lebih keras bagi mencipta masa depan untuk diri sendiri. Walaupun dengan kesusahan itu, saya telah cemerlang di sekolah, memenangi biasiswa akademik dan kini memegang dua Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Sosiologi dan juga Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

Saya juga telah berubah secara dramatik dalam tahun-tahun tersebut. Daripada seorang gadis pekan kecil yang senyap, yang tidak berkata sepatah pun di sekolah hingga berumur 12 tahun, kepada seorang wanita muda yang secara sedar berjanji kepada dirinya untuk menjadi seseorang yang akan berjaya dalam apa sahaja yang diletakkan di mindanya.

Saya mula bersuara, menjadi pemimpin pelajar, kemudian menjadi aktivis kampus, mendapat pengiktirafan untuk beberapa pencapaian saya dari tempat-tempat seperti Pentagon di Washington DC dan, selepas mendapat MBA, saya mendapat sendiri kerja di mana saya dengan segera menjadi Pengarah Pemasaran walaupun dengan usia saya yang muda.

Bagi orang yang melihat saya dari luar, segala-galanya kelihatan baik … terlalu mudah (dilihat). Tetapi, tiada siapa yang dapat melihat apa yang berlaku di dalam. Dari dalam, saya dalam keadaan kacau-bilau.

Suatu Pencarian Untuk Kedamaian

Dalam banyak cara, peristiwa-peristiwa dalam hidup saya adalah satu kekaburan. Dan ia adalah satu kekaburan dalam ingatan saya untuk sebab yang baik – untuk menjauhkan kesakitan , sedih dan kitaran buruk kemusnahan diri.

Saya tidak mahu pergi secara terperinci dalam bahagian ini kerana menghormati orang ramai yang boleh dipengaruhi oleh apa yang saya tulis, tetapi apa yang saya boleh katakan ialah saya jatuh ke dalam tempoh kemurungan klinikal kerana keadaan hidup saya semasa itu, pengalaman yang saya terpaksa bertahan tahun demi tahun; dan apabila saya fikir saya hampir pulih, saya telah membuat beberapa keputusan hidup yang buruk yang menggelincirkan hidup saya untuk beberapa tahun lagi.

Lebih daripada itu, saya adalah seorang yang sangat pendiam, yang sukar untuk bercakap secara terbuka kepada orang (walaupun kepada ibu bapa saya) dan, dengan itu, lebih suka menyimpan segala-galanya dalam diri. Tambahan lagi, saya tidak pernah benar-benar mempunyai tempat yang sesuai untuk membantu saya dan menyelesaikan isu-isu yang melanda saya. Saya sering berpura-pura gembira dan yakin untuk mengekalkan status quo supaya tiada siapa yang akan bertanya kepada saya apa-apa dan saya tidak perlu berfikir tentang apa yang menghantui saya. Semua ini sudah tentu satu formula untuk kehancuran emosi.

Tetapi ada satu perkara – satu-satunya perkara yang saya sentiasa boleh beralih kepada dasar, untuk menenangkan diri saya dan untuk memfokuskan semula supaya saya sekurang-kurangnya boleh berfungsi di tempat kerja dan dalam kehidupan. Agama. Saya sentiasa mempunyai Tuhan.

Awal tahun lalu bermula agak cerah untuk saya. Saya merasakan kebebasan yang baru ditemui kerana saya akhirnya membuat kemajuan dalam menyelesaikan beberapa isu-isu peribadi dan keluarga dan memandang ke depan untuk memulakan (kehidupan) pada banyak peringkat. Kerjaya saya dalam media telah berjalan dengan baik dalam kedua-dua tugasan tempatan dan antarabangsa, jadi saya merasakan seperti saya mahu mengalami perkara-perkara baru dan mencuba gaya hidup yang berbeza.

Saya tinggal dalam kehidupan yang agak peribadi, tenang dan merendah diri, melakukan pekerjaan saya dan menghabiskan masa di rumah, tetapi kerana beban yang ditarik balik, saya telah mencuba untuk lebih banyak keluar, bersosial, menemui beberapa rakan-rakan hipster, mula membuat penampilan dalam pelbagai program dan parti-parti di sekitar bandar, dan juga mencuba-cuba sedikit dalam fotografi seni di mana saya mendedahkan diri lebih daripada apa yang buat sebelum ini. Saya berasa bebas dan hidup tetapi bagaimanapun, masih merasa kosong.

Mungkin kerana kehidupan yang saya cuba untuk hidup begitu asing kepada saya dan amat tidak sesuai bagi saya, saya menyesal. Dan apabila kekosongan semakin meningkat, parti-parti jadi membosankan, saya terperangkap dengan imej seksi dan rakan-rakan hipster tidak membawakan (kehidupan) yang terbaik dalam diri saya, pendek kata.

Saya mula membenci apa yang terjadi pada diri saya dalam bulan-bulan yang singkat itu dan saya kembali merasa kehilangan, tiada harapan dan keliru tentang dunia. Saya mahu kembali kebiasaan, ketenangan, kebosanan tetapi bermanfaat, kehidupan peribadi saya. Jadi, saya memutuskan diri saya sepenuhnya dan kembali kepada satu perkara yang sentiasa bertapak dan memfokuskan saya semula.

Selepas menghentikan segala-galanya, saya segera kembali kepada Tuhan dengan harapan untuk menemui kedamaian sebenar saya dambakan. Dan perjalanan saya bermula…

Kebenaran Yang Menemuiku

Seperti yang dinyatakan, ini bukan kali pertama saya memohon bantuan Tuhan untuk menenangkan diri saya dan memberi tumpuan semula, tetapi entah bagaimana saya benar-benar mahu ia menjadi untuk kali terakhir. Masa yang lain, saya akan memberi tumpuan semula hanya cukup untuk terus hidup, tetapi kali ini, saya mahu Tuhan untuk menjadi dan kekal sebagai panduan dalam hidup saya.

Saya mahu agama menjadi pilihan gaya hidup saya, bukan hanya satu elemen dalam hidup saya. Saya telah cukup berpengalaman dalam kehidupan sekarang untuk mengetahui jenis orang yang saya mahu jadi dan memimpin jenis kehidupan yang paling selesa. Saya mahu hidup dalam keadaan yang baik, bersih, hidup yang damai dan mahukan keaslian.

Untuk mendapatkan keaslian, saya mahu mencari gereja yang benar dan mudah bagi Kristian yang awal kerana saya fikir, perlu ada cara yang betul untuk menyembah Tuhan. Saya fikir bahawa orang-orang yang bersama Nabi Isa atau pengikut-pengikutnya dan bagaimana mereka menyembah, harus menjadi cara yang betul. Saya dapati gereja moden terlalu menonjol – seperti konsert rock, dan kurang mendalam dan kejiwaan.

Saya juga mendapati beberapa teori Kristian baru bertembung dengan sistem kepercayaan saya di mana orang ramai tidak perlu mengubah teori agama untuk menyesuaikan keinginan mereka sendiri. Satu kumpulan Kristian yang baru tidak patut dibuat setiap kali sekumpulan orang tidak bersetuju dengan sesuatu unsur atau mahu tambahan kepada apa yang mendahului. Oleh itu, fakta bahawa terdapat lebih daripada 200 kumpulan dalam Kristian tidak menyenangkan saya. Saya mahu keaslian. Saya mahu kebenaran.

Saya mahu cara ibadah yang betul.

Apa yang saya telah lakukuan, telah jadi satu latihan akademik. Saya merasakan bahawa apa yang telah saya lakukan ialah penyelidikan sejarah Kristian dan mendapatkan Bible daripada Kristian yang awal dan manuskrip untuk mendapatkan petunjuk tentang gereja mana, kumpulan mana yang betul… yang saya harus ikuti.

Saya tahu bahawa penulis sering tanamkan laporan mereka dengan berat sebelah dan kepercayaan mereka, jadi saya memilih buku-buku tentang sejarah Kristian yang ditulis oleh ahli sejarah bukan agama dan pakar-pakar Bible. Saya tahu bahawa saya terpaksa menggali secara mendalam dan kembali kepada peringkat yang sangat permulaan tentang gereja kerana apa yang saya tahu mengenai Bible.

Sebagai seorang pelajar Sarjana Muda, saya belajar di sebuah kolej Jesuit di mana masih terdapat paderi berjubah coklat mengajar dan menjaga dasar kampus. Wajib bagi pelajar untuk mengambil kelas teologi Kristian sebagai sebahagian daripada kurikulum. Dalam salah satu kelas, Jesuit yang bersyarah mengajar sesuatu yang saya tidak pernah lupa. Kitab Bible itu telah disusun oleh pope.

Kemudian, saya mendapati bahawa bab-bab dalam Bible juga dipilih atau ditolak dan terdapat banyak versi yang bercanggah. Jika Bible ini disusun oleh seorang lelaki atau sekumpulan lelaki dan ada konflik dalam versi yang berbeza , maka apa terjadi kepada agama itu sendiri? Saya perlu tahu. Saya mahu tahu kerana saya mahu menjadi seorang Kristian yang baik yang mengikuti perintah-perintah Tuhan bukan apa yang telah dipilih oleh seorang lelaki atau sekumpulan lelaki pada masa lalu.

Pada ketika ini, saya ingin memberi hormat saya kepada rakan-rakan Kristian kesayangan saya dan ahli keluarga yang boleh membaca dan membiarkan anda tahu bahawa saya tahu betapa indahnya sebahagian ajaran Kristian. Saya amat berbangga dengan didikan Kristian yang saya terima. Saya berterima kasih untuk nilai-nilai dan ideologi agama Kristian telah diterapkan dalam saya. Dan, saya masih suka ajaran dan kehidupan Nabi Isa hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, lebih jauh saya melihat ke dalam sejarah, lebih banyak saya faham bahawa agama Kristian dan teori-teori dan kepercayaan yang kita pegang kini, telah dimasukkan oleh sekumpulan lelaki. Semakin banyak saya belajar tentang berapa banyak usaha supaya beberapa konsep seperti Trinity disahkan dan diterima, menunjukkan saya bahawa ia adalah hanya semata-mata – satu konsep (dan sebenarnya, ia telah terbukti sebagai satu ciptaan teori dan telah diambil dalam kebanyakan cetakan semula Bible moden).

Semakin saya mendapat tahu tentang Paul atau Saul, penulis sepatutnya dalam Perjanjian Baru (Bible), lebih banyak saya rasa terpaksa untuk terus menyelidik dan mencari kebenaran. Selepas beberapa lama, saya membuat kesimpulan bahawa apa yang saya perlu lakukan ialah adalah melihat agama yang telah diamalkan oleh Nabi Isa, Daud, Ibrahim, Musa, Nuh dan sebagainya. Bukan agama yang telah diturunkan kepada saya.

Saya tahu tiada di kalangan lelaki ini adalah Kristian. Saya tahu bahawa Nabi Isa adalah seorang Yahudi yang bercakap Aramaik tetapi tidak semuanya Nabi-nabi yang besar (adalah Yahudi). Sesetengah para Nabi adalah orang Arab, sebahagiannya kaum yang lain. Jadi, agama apa yang semua lelaki-lelaki agung ini (para Nabi) amalkan? Kerana, itulah apa yang setepatnya yang saya mahu amalkan. Mereka yang terbaik dan dipilih oleh Tuhan, jadi apa sahaja yang mereka lakukan mesti betul.

Semasa menyelidik, menggali dan mencari secara jujur, seorang rakan Muslim saya bertanya jika saya pernah belajar apa-apa mengenai Islam. Memang diakui, saya tidak pernah. Saya ingin berfikir bahawa saya tahu sedikit sebanyak tentang agama Kristian dan sedikit tentang agama Yahudi tetapi agama Ibrahim ketiga, saya tidak tahu apa-apa. Jadi, saya rasa jika saya mencari kebenaran dan Islam berasal daripada tradisi yang sama, perlu juga ada petunjuk dalam Islam bagi saya untuk dedahkan. Jadi, saya mula membaca, dan membaca, dan membaca, dan saya tidak boleh berhenti.

Saya telah diserap sepenuhnya dengan ajaran Islam daripada mula lagi. Seperti yang disentuh sebelum ini, Islam secara mudah bermaksud “untuk menyerah (menyembah) kepada satu-satunya Tuhan”. Dan, seorang Muslim adalah seseorang yang menyembah kepada satu-satunya Tuhan.

Bila saya belajar, saya fikir, maksudnya tiap-tiap orang dari tiga agama Nabi Ibrahim ini adalah seorang Muslim dan kemudian mengamalkan Islam! Jadi, secara imbasan (tentang Islam), ya, tetapi tidak cukup kerana dalam Islam, di sana bukan sahaja penekanan kepada keesaan Tuhan, tetapi juga, kerana hanya ada satu Tuhan, di sana mestilah ada juga, secara logik, hanya satu cara yang betul untuk menyembah Tuhan.

Oh… ini mula kelihatan seperti apa yang saya cari selama ini.


Semasa saya terus membaca, saya dapati diri saya mudah memahami cerita-cerita para Nabi Islam kerana mereka Nabi-nabi yang sama yang saya belajar tentang mereka dalam Bible Kristian. Saya dapati diri saya tertarik dengan cara Islam menstrukturkan agama ke dalam gaya hidup dan bukan hanya satu daripada kehidupan, dan saya dapati diri saya bersedia menerima cara orang Islam menyembah Allah. Saya bermula dengan sebuah buku yang membandingkan manuskrip purba dalam bahasa Aramaik , Arab dan Yunani.

Kemudian saya berpindah ke buku-buku yang dikesan kebenaran tentang satu Tuhan melalui bukan sahaja Islam, Kristian dan Yahudi tetapi melalui banyak agama lain di seluruh dunia. Malah agama yang menyembah banyak Tuhan (politheistic) menerima bahawa ada satu Tuhan yang agung. Kemudian, (berpindah) kepada buku mengenai pandangan Islam terhadap Nabi Isa dan Kristian.

Kemudian, (berpindah) kepada buku mengenai kepercayaan Islam dan sebagainya dan seterusnya. Buku demi buku itu setiap satu (tajuk) kira-kira 10 hingga 12 buah telah saya baca, telah meletakkan satu aturan untuk saya; membina pencarian dan pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku tersebut dan membawa kepada buku seterusnya untuk dibaca.

( Saya merasakan seperti Tuhan telah membawa saya langkah demi langkah dan meletakkan setiap buku dalam turutan yang sempurna bagi saya untuk melihat kebenaran. Dan, walaupun ia adalah pilihan peribadi saya untuk mula mencari kebenaran, secara ikhlas saya rasa sekarang bahawa kebenaran telah menemui saya.)

Dua buku terakhir yang saya baca adalah tentang kesejagatan (sifat universal) Islam (bagaimana Islam boleh masuk ke dalam mana-mana budaya dan bangsa dan menjadi panduan kepada apa-apa situasi kehidupan) dan (buku) koleksi cerpen bagaimana orang lain mencari Islam.

Secara jujur, semasa saya membaca tentang kemasukan orang lain (ke dalamIslam) daripada paderi-paderi Kristian kepada suri rumah Jepun, kepada kanak-kanak kecil di sekolah Brazil dan bakal samseng di Amerika, tiada cerita yang menyentap diri saya lebih daripada cerita yang ditulis oleh seorang wanita dari Oklahoma yang berlatarbelakang Kristian yang mencari kebenaran. Apabila saya membaca cerita beliau, ia refleks kembali pada saya dan saya menangis dengan deraian air mata. Saya tahu dan yakin bahawa saya telah menemui apa yang saya cari.

Dari Sekarang hingga Hari Akhirat

Baiklah, jadi saya menemui kebenaran yang saya mahukan. Sekarang apa (pula)?

Pada masa ini, walaupun saya tidak ragu-ragu bahawa Islam adalah cara untuk pergi , isu kembali (revert) (Umat Islam menggunakan perkataan “kembali” dan bukannya “menukar” kerana ia percaya bahawa apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka kembali ke jalan yang betul kepada satu penyerahan yang total kepada Allah selepas tempoh yang sesat) masih satu keputusan yang amat sukar dan serius bagi saya.

Saya mempunyai banyak kebimbangan bagaimana reaksi ibu bapa, bagaimana reaksi rakan-rakan saya, bagaimana reaksi rakan sosial saya dan sama ada saya akan kehilangan semua orang dan semua orang sayang kepada saya jika saya secara rasmi menerima Islam ke dalam hidup saya. Kemudian, ada isu kerja dan dari mana pendapatan saya akan datang jika saya perlu mengakhiri kerjaya saya dalam media supaya saya boleh berpakaian dengan betul dan memakai tudung. Banyak perkara telah melalui fikiran saya semasa minggu-minggu tersebut.

Tetapi apa yang saya boleh simpulkan adalah, jika Allah telah membimbing saya kepada Islam, maka saya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima (Islam), kerana saya tahu bahawa Dia adalah yang Maha Baik, Maha Mengasihani dan mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Tambahan pula, jika pilihan ini menjadikan saya anak perempuan yang lebih baik, kawan yang lebih baik dan orang yang lebih baik dan memberi saya lebih kedamaian, lebih harapan dan lebih kebahagiaan, saya percaya bahawa orang-orang yang menyayangi saya masih akan menerima saya tidak kira apa (yang terjadi) – walaupun ia mengambil sedikit masa. Saya juga percaya bahawa, kerana Tuhan adalah Pemberi Rezeki dan Pelindung yang terbaik, Dia akan mengirim pekerjaan untuk saya, yang bukan sahaja sesuai dengan saya tetapi juga boleh diterima dalam Islam.

Sebaik sahaja pemikiran ini telah mengukuh dalam fikiran saya, saya fikir untuk mendapatkan al-Quran terjemahan bahasa Inggeris Amerika untuk dibaca. Dan, ia adalah pada hari yang saya meminta satu salinan terjemahan al-Quran daripada salah satu guru Islam saya – apabila beliau bercakap kata-kata yang menusuk hati saya dan membuatkan saya digenangi dengan air mata –bahawa saya secara rasmi menerima Islam dengan membaca Syahadah atau Testimoni Keimananan secara Islam.

Apa yang beliau katakan kepada saya? Apa yang menyentuh hati seseorang tidak sama dengan yang lain tetapi saya akan berkongsi salah satu perkara yang beliau tegaskan kepada saya. Beliau berkata kepada saya, “Mengapa anda tidak menyerahkan sepenuhnya diri anda dan menjadi seorang Muslim? (Perlu diingat bahawa Islam bermaksud seseorang yang menyerahkan kepada satu-satunya Tuhan.)

Beliau tahu bahawa saya telah melakukan penyelidikan yang meluas, membaca secara intensif dan telah datang kepada kesimpulan bahawa Islam adalah kebenaran dan yang tepat untuk saya. Melalui perbualan pendek kami hari itu, beliau juga tahu bahawa saya merasakan seolah-olah saya telah Islam seluruh kehidupan saya tetapi tidak tahu.

Bagi saya, kesedaran ini menunjukkan bahawa saya telah Islam, jadi saya menjawab, “Saya sudah (Islam)”. Lalu beliau pantas menjawab, “Tidak, anda belum (Islam)”. Mendengar kata-kata itu mematahkan hati saya. Sesuatu telah terkoyak dalam diri saya dan saya mula menangis. Ketika itu, saya menyedari dengan sepenuh kefahaman bahawa tanpa mengisytiharkan dan memberikan komitmen diri saya kepada kehidupan yang diserahkan kepada satu-satunya Tuhan, saya bukanlah benar-benar berserah (Islam). Saya merasakan saya seperti tanpa disedari,telah menafikan Tuhan, menafikan kebenaran yang telah saya temui, menafikan kepercayaan saya, bila saya mahu begitu banyak (kajian) untuk menjadi baik dan tunduk kepada Tuhan dengan cara yang betul.

Kurang daripada sejam selepas kesedaran ini, saya menyerah dan menerima Islam sebagai cara hidup saya.

Selepas membaca Syahadah, apa yang saya rasa tidak boleh digambarkan dengan tepat. Saya merasakan satu sensasi yang menyelinap dalam diri menyebabkan perasaan seperti pembersihan yang menyeluruh. Saya rasa suci dan diberi cahaya, kedamaian dan kebahagiaan yang hakiki. Saya tidak pernah merasakan kegembiraan yang tulus seperti itu dalam hidup saya. Dan, perasaan ini berada hingga ke hari ini dan saya tahu ia akan bersama saya hingga ke hari terakhir saya di dunia ini.

Saya gembira dengan Allah, Perancang saya dan (gembira) dengan agama pilihan saya.

Kedamaian, Harapan dan Kehormatan Saya tidak tahu bagaimana cerita saya akan diterima tetapi saya harap kita akan terus menjadi sebahagian kehidupan antara satu sama lain. Saya berharap kita meneruskan berkongsi pandangan, berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain dengan cara yang positif. Saya juga berharap untuk berkawan dengan rakan-rakan baru dari mana sahaja, daripada setiap budaya dan agama. Saya melihat ke hadapan untuk beralih daripada masa saya yang lalu kerana apa yang penting ialah apa yang saya lakukan daripada sekarang ke masa hadapan.

Ya, anda akan melihat saya berpakaian berbeza dan saya juga boleh bercakap sedikit berbeza tetapi sebahagian besarnya, saya hanya akan menjadi versi diri saya yang dinaik taraf. Saya mahu menjadi orang yang lebih baik. (Jadi) seseorang yang lebih baik, lebih memberi, lebih bijaksana, lebih prihatin, lebih bertimbang rasa, lebih menghormati, lebih berlemah lembut, lebih tenang, lebih memahami dan seseorang yang lebih mementingkan untuk memperbaiki dirinya setiap hari.

Saya benar-benar berterima kasih kepada ibu bapa saya untuk kasih sayang, keprihatinan dan persefahaman yang mereka berikan kepada saya. Mempunyai sokongan dan kebenaran mereka untuk memilih apa yang saya percaya yang terbaik untuk diri saya, adalah satu restu sebenar yang akan selamanya saya syukuri.

Akhirnya, saya berdoa agar anda semua juga akan mencari kedamaian, harapan dan kehormatan dalam kehidupan anda sendiri.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




13 Jul 2014

Sabah Diceroboh Lagi, Seorang Polis Maut & Seorang DIculik


Kota Kinabalu: Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik selepas satu kejadian tembakan di Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah pada lewat malam Sabtu.

Kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.

Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakia Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul.u.

Para penyelam yang tinggal di resort di pulau itu dilaporkan mendengar bunyi tembakan.

Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah.

Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna.

Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu. -mstar


KRONOLOGI KEJADIAN

[5:26am, 13/07/2014] ‪+60 16-845 1187‬: KRONOLOGI KEJADIAN (.)

PADA 12 JUL 2014 JAM LKURANG 2300 ANGGOTA MARIN SEMPORNA TERIMA MAKLUMAT DARIPADA PGR 12 MENGATAKAN ADA KES PENCULIKAN DI RESORT BILABONG (.) SEMASA PANGGILAN DIBUAT PGR 12 SEDANG BERBALAS TEMBAKAN DENGAN BOT PENCULIK DAN PANGGILAN TERPUTUS (.) SETAKAT INI DISKRIPSI PENCULIK / MANGSA TERLIBAT BELUM DAPAT DISAHKAN (.) ANGGOTA UTK TELAH BERGERAK KE KAWASAN KEJADIAN DAN KEADAAN AIR SURUT DIPERCAYAI BOT PENJENAYAH TERSANGKUT (.) DISKRIPSI MAKLUMAT PENCULIK MASIH BELUM DIPEROLEHI DAN 2 ANGGOTA POLIS DILAPORKAN HILANG IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN DAN KONST 176543 ZAKIA B. ALEIP (.) DIPERCAYAI TELAH DICULIK/DITANGKAP SERTA 1 M16 HILANG (.) KUMPULAN PENCULIK SERAMAI L/K 8 ORG BERPAKAIN SELUAR CELORENG BAJU HITAM DAN SENJATA MESINGUN (.)
1 MAYAT ANGGOTA MERIN YG HILANG TELAH DITEMUI IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN (.) [5:38am, 13/07/2014] ‪+60 16-845 1187‬: Anggota esszone / RH 40

01). Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan ( d tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri - salamah bti amad ( 017-5491xxx )
-Tempat betugas sblm - ppm kg acheh
- Jwtn k63 skrg - jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul
- alamat - kg Bubul batu 2 smporna sabah.

02. Konst 176543 zakiah bin aleip
- 26 tahun
- bajau
- islam
- berkhwin ( 1 anak )
- isteri - sharifah erna bti berson ( 0132744006 )
- tempat betugas sblm - ppm w1 p.pinang
- Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul.
- alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah.

Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran
-WA





'Insiden Semporna ibarat kasut dibaling pada PM'

Kejadian tembak-menembak berdarah malam tadi menunjukkan betapa kumpulan militan tidak mengambil kisah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim Guan Eng.

“Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?

“Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.

“Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.

Lim berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi.

Kejadian tembak-menembak maut dilaporkan di Semporna semalam, tatkala Najib di Kota Kinabalu melawat negeri itu.

Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.

Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam.
-mk










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Bekas Guru Meninggal Waktu Sedang Sujud Di Jasin

Jasin : Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Mohamed Nor Abu, 72, yang juga pesara guru berada di saf hadapan sedang melakukan sujud yang terakhir sebelum rebah secara tiba-tiba.

Imam 1 Masjid Al -Ghaffar Muhamad Adib Hatim berkata, beliau menyedari kejadian sebaik selesai mengimamkan solat fardhu itu.

“Selesai sahaja mengimamkan solat, saya terlihat mangsa sudah rebah dan ketika itu jemaah lain mula mendapatkannya.

“Mulanya kami sangka mangsa pengsan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan hospital yang datang tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ghaffar, di sini.

Muhamad Adib berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan sebelum itu mereka berbuka bersama di masjid berkenaan.

“Ketika berbuka, arwah berbual seperti biasa dengan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan namun tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir kalinya.

“Ini adalah kejadian pertama berlaku di masjid ini dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada dan tauladan kepada orang lain. Tidak semua orang dapat merasai pemergian yang baik seperti dialami arwah ini di dalam bulan Ramadan,” katanya.

Allhayarham yang menetap di Taman Maju meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maju. – HM









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Model Separuh Bogel Berubah Selepas Kenal Islam


Dia pernah menjadi seorang model yang glamor dan pernah bergambar dengan memakai seluar dalam sahaja, namun kini Carley Watts, 24, mahu berubah dan menutup aurat.

Semuanya selepas dia mengenali Islam melalui pertemuannya dengan seorang lelaki dari Tunisia, Mohammed Salah, 25.

Model yang berasal dari Dearham di Norfolk itu bertemu Mohammed ketika dia bercuti di Tunisia.

Carley yang juga seorang ibu tunggal kini dalam perancangan untuk memeluk Islam.

Dia juga akan berpindah ke Tunisia bersama anak perempuannya, Alannah, yang berusia dua tahun dan akan mempelajari agama Islam di sana, pada bulan Oktober ini.

“Rakan-rakan saya menyangka saya menjadi gila. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita yang suka bersosial akan menutup kepala dan memeluk Islam.

“Pertemuan dengan Mohammed telah mengubah hidup saya. Saya tidak mahu lagi menjadi liar dan mendedahkan buah dada,’’ katanya.

Menurut Carley, sebagai seorang model, dia biasa berpakaian seksi dan pernah menanggalkan pakaian ketika mabuk.

Malah Carley juga pernah berjalan pulang ke rumah dalam keadaan bogel dari kelab malam akibat mabuk.

Kini, kata Carley, kehidupannya semakin berubah dan dia tidak perlu bimbang lagi berlaku keadaan yang memalukan itu.

Walaupun Mohammed mengetahui pekerjaan Carley sebelum ini, namun dia tidak akan memaklumkan keluarganya di Tunisia kerana ia pasti sukar diterima oleh mereka.

“Mohammed mengetahui mengenai pekerjaan saya dan dia boleh menerima saya. Namun katanya sebaik sahaja kami berkahwin, badan saya hanya untuk tatapannya seorang sahaja,’’ katanya.

-Suatu Perjalanan Maya







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




12 Jul 2014

Polis Buru Cybertrooper UMNO Bernama Padi Jantn Kerana Ugut MB Kedah


Facebook Mukhriz Mahathir Fan Club telah menyatakan bahawa empat laporan polis telah dibuat keatas keatas nama 'Padi jantn' atau Mohamad Taufik B. Ali di balai polis sekitar negeri Kedah.

Laporan polis dibuat atas ugutan tembak dan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

Pihak polis memandang serius perkara ini dan telah membuat serbuan dirumahnya pada pukul 10 malam tadi. Tetapi suspek tiada dirumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Bila melarikan diri, kes ini akan lebih teruk. Nasihat kami pada si Padi jantn, serah diri dan selesaikan kes ni, sebelum ianya menjadi besar dan berat,
menurut Facebook berkenaan.

Padi Jantn dikenali sebagai salah seorang cybertrooper UMNO.

Antara komen melampau dikesan dilakukan Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed Unan ialah 'jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi'.

Satu lagi komen Padi Jantn yang berunsur ugutan berbunyi 'dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO ni, kena cakap dengan peluru or anak panah ja'.

Akhbar UMNO, Utusan Online melaporkan, Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook, Padi Jantn yang mengugut untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, satu laporan polis telah dibuat atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

"Saya menyedari mengenai komen tersebut apabila selesai menunaikan solat Jumaat hari ini dan saya minta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang menyayangi Menteri Besar agar melaporkan kepada polis.

"Kita menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya.

Menurut Mohd. Rawi, beliau terkilan kerana banyak individu yang bersikap tidak matang dan melampau semasa menggunakan laman sosial sehingga sanggup membuat kenyataan menembak pemimpin negeri seperti Mukhriz.

"Pihak polis tidak wajar membiarkan individu seperti Padi Jantn ini tanpa dikenakan hukuman yang sewajarnya.

"Di dalam fikirannya telah wujud sesuatu yang bersifat jenayah dan tidak mustahil ancaman seperti ini akan terus dilakukan jika dia tidak ditahan," jelasnya.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Pemimpin UMNO Terlibat Promosikan Skim MLM Zhang Jian?


Jutawan' Cina Kini Di Taiwan

PETALING JAYA: Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina yang didakwa mengendalikan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) haram di sini telah meninggalkan negara ini dan dikenalpasti berada di Taiwan.

Pihak berkuasa mempercayai bahawa dia sebenarnya berselindung menggunakan nama palsu bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias ​​Ahmad berkata, siasatan ke atas Zhang mendedahkan beliau enggan memberikan nama sebenarnya.

"Siasatan menunjukkan dia telah meninggalkan negara ini untuk ke Taiwan namun kami percaya dia akan kembali tidak lama lagi.

"Apabila dia kembali, kami bersedia untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Alias ​​berkata pegawai penguatkuasa kementerian akan memperhebatkan serbuan di premis di mana skim pemasaran pelbagai peringkat beroperasi, dengan empat premis - di Puchong, Petaling Jaya, Skudai (Johor) dan Pulau Pinang - sudah disita dan barang-barangnya dirampas," katanya.

Kementerian itu mengisytiharkan skim pemasaran pelbagai peringkat yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.

Model perniagaan Zhang telah menimbulkan kening. Menurut iklan dalam talian syarikat, orang ramai boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.

Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan.

Adalah dipercayai syarikat itu berjaya mengumpul pelaburan kira-kira RM300 juta sejak ia mula perniagaannya di Malaysia dikatakan kadang-kadang lewat tahun lepas.'Jutawan' Cina Kini Di Taiwan. -mstar

ULASAN GB

Yang peliknya bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO boleh terlibat sama, siap bergambar dengan Zhang Jian dan gambar-gambar itu digunakan oleh Zhang Jian memperdaya sekalian rakyat di utara kononnya skim tersebut disokong oleh pemimpin-pemimpin berkenaan?

Siapa yang mengaturkan pertemuan dan sesi bergambar Zhang Jian dan menteri-menteri berkenaan?

Betapa mudah pemimpim-pemimpin UMNO diperdaya untuk memperdaya rakyat pula!







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Pelajar 'Gadis Pailang' Diperintah Jalani Pemulihan Di Sekolah Tunas Bakti


Samarahan: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri.

Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik di YouTube.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nornisla Abd Latif, manakala ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak diwakili peguam.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




11 Jul 2014

HAMAS: Kami Akan Tetap Pertahan Bumi Kami Sekalipun Dengan Nyawa & Darah


Kami akan pertahan walaupun dengan nyawa - Haniyeh

GAZA: Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berganjak dari tanah air sendiri dan akan mempertahankannya sekalipun dengan nyawa dan darah.

"Kami bangga dengan jati diri yang tinggi rakyat Palestin, kami menghormati mereka yang telah syahid dan kami bangga dengan pertahanan kami yang telah berjaya mengelirukan musuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencerobohan Israel akan gagal dan rakyat Palestin akan menang tanpa mengira apa yang berlaku sekalipun.

"Untuk musuh, saya ingin berkata, hentikan jenayah perang anda terhadap rakyat kami.

"Kamu Israel telah memulakan ini dan pencerobohan ini perlu dihentikan, kami hanya mempertahankan diri dan tanah kami," kata Haniyeh.

Sejak serangan udara dimulakan Isrel Selasa lalu, seramai 86 rakyat Palestin gugur syahid manakala lebih 550 cedera.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, serangan agresif itu turut memusnahkan sepenuhnya hampir 200 buah kediaman manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.

Pada waktu ini Israel telah bersiap sedia membuat serangan darat dengan menempatkan 40,000 tentera mereka dengan kelengkapan jentera pemusnah berat di sempada Gaza ~HD


Khabar Dari Gaza - Perkara Aneh Berlaku

Aneh bin ajaib, meski tiap hari dibunuh tentera Israel, pejuang-pejuang Palestin tak pernah habis. Ibarat hilang satu tumbuh seribu, begitu seterusnya. Mereka juga tak pernah surut semangat juangnya, meski hampir hari dijatuhi bom dan rudal.

Kota Jenin menjadi saksinya. Kota yang terletak di Tepi Barat itu dibombadir Israel sebulan lalu. Ratusan rudal yang dilepaskan pesawat-pesawat tempur dan tank-tank Zionis, menghantam kota yang menjadi penampungan pengungsi rakyat Palestin itu. Hanya bersenjata AK 47 dan M 16, para pejuang Palestin memberikan perlawanan sengit.

Ratusan warga awam dan anak-anak menjadi korban — sesuatu yang sebenarnya dilarang PBB — akibat serangan brutal itu. Tetapi di pihak Israel bukan tidak ada yang mati. Tidak kurang dari 24 orang pasukan Israel tewas, dan 130 lainnya cedera. Itu yang diakui Israel. Tentu jumlah sebenarnya jauh lebih besar.

Israel tidak mahu menyebutkan jumlah korban pastinya, kerana akan menjatuhkan moral tempur pasukannya. Buktinya, Panglima Perang Zionis, Shaol Mofaz akhirnya terpaksa menghentikan perwira yang memimpin penyerangan Jenin, kerana dianggap gagal.

Rupanya, ada kejadian-kejadian aneh di Palestin, yang menyebabkan perlawanan mereka tidak pernah mengendur. Keanehan itu, diantaranya dituturkan Abu al Barraa, salah seorang pimpinan Hamas. “Wahai saudaraku yang aku cintai,” katanya, “demi Allah sesungguhnya kami telah menyaksikan pasukan Zionis Israel meninggalkan persenjataan mereka, lari terbirit-birit ketakutan. Banyak dari mereka yang terbunuh dari peluru para mujahidin yang keluar tanpa ditembakkan.”

Salah seorang tentara Israel yang lari itu, kepada pemberita mengaku ketakutan. Mereka menyaksikan postur pasukan yang buas luar biasa bukan dari bangsa manusia. Beberapa sumber Israel mengungkapkan, rasa takut itu menyelimuti setiap pasukan saat hendak memasuki Jenin.

Salah seorang pasukan cadangan Israel mengatakan, “Kami melaksanakan tugas ini kerana memang wajib, tidak ada yang senang berperang di sini. Kondisi di sana memang menyeramkan sekali.” Bahkan ia berharap, dunia internasional menekan pemerintahan Ariel Sharon. “Apakah tekanan terhadap pemerintahan (Sharon) telah dilakukan, agar menarik mundur pasukannya? Berapa hari lagi kita harus bertahan di sini?” kata tentara itu ketakutan. (almujtama’)

Apakah keanehan-keanehan itu pertanda Allah telah menurunkan bala tentaranya, seperti apa yang tercantum pada al-Qur’an Surat At Taubah 26: “Dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.”

Yang jelas ketika tentara Israel yang brutal itu dilanda ketakutan, keadaan sebaliknya justru dialami para mujahidin. Meski melawan musuh yang didukung Amerika Syarikat, semangat tempur para mujahidin tak pernah kendor. Tak lain, karena mereka berperang di atas lambaran tauhid, ala at tauhid `isynaa wa min ajli at tauhiid namuut (di atas rel tauhid kami hidup dan untuk tauhid kami mati).
-alieyfaizal










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Karya Raisyyah Rania Yeap : Biarlah Palestin Menang!


Hati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia...dunia akhir zaman

Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
"Boleh saja!", teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu

Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku

Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang!

- Sebuah karya oleh Raisyyah Rania Yeap -








IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




MCA Kata Dalam Minda Bung Hanyalah Tubuh Perempuan...


MCA tuntut Bung buang 'bra' hijau

Walaupun telah meminta maaf, MCA hari ini menuntut lebih komitmen daripada anggota parlimen Umno Bung Moktar Radin yang dihurung kontroversi akibatnya komennya berhubung kemenangan besar Jerman ke atas Brazil.

Ketua Pemudanya Senator Chong Sin Woo mendesak Bung mengeluarkan gambar bra berwarna hijau yang diganding bersama perkataan “ZIL” kepada seorang wartawan perempuan dalam tweetnya.

Chong berkata, bukan sahaja menghina Brazil selepas kalah teruk 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, tindakan Bung juga memperkecilkan wanita.

“Tweet ini meninggalkan tanggapan bahawa imej kekal tercetak dalam minda Bung hanyalah tubuh perempuan sejak 2006 lagi, beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'bocor' terhadap MP wanita yang memperkecilkan kitaran haid semua perempuan,” katanya.

Bung telah mentweet imej itu bersama-sama jawapan kepada soalan wartawan itu berhubung reaksi terhadap sanjungannya kepada Adolf Hitler setelah kemenangan Jerman.

Bung hari ini meminta maaf setelah ditegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. -mk


Kenyataan Bung salah, tak boleh diterima

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai kaitan kemenangan Jerman dengan Adolf Hitler ‘tidak boleh diterima dan salah’.

“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau untuk rakyat Malaysia yang memahami sejarah masa lalu Eropah dan menghormati perpaduan moden negara itu.

“Ketika ini sepatutnya menjadi masa untuk meraikan kemenangan Jerman dan kita mengucapkan yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” katanya menerusi akaun mikro Twitternya.

Terdahulu, Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler menerusi akaun Twitternya dengan berkata: “Well done...bravo...long live Hitler”.

Kenyataan itu tidak disenangi oleh ramai pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.


Sebelum Najib memuat naik status terbaru itu, Bung terlebih dahulu memohon maaf di atas kenyataannya itu.

“Apabila Jerman belasah Brazil, saya secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan rakyat Jerman.

“Saya mohon maaf dengan seikhlasnya. Long live Bung (panjang umur Bung),” tulisnya.
~SH










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI