6 Dis 2012

Politik Samseng Petanda Jelas UMNO/BN Sedang Menuju Kemusnahan (KO)!


Politik ganas, salah siapa?

PETALING JAYA: Insiden ‘berdarah’ di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu.

Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban.

Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu.

Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik.

Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik.

Pembunuhan speaker dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik.

Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998.

Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa.

Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka.

Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu.


Mengapa perkara ini berlaku?

Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik.

‘Kebangkitan Arab’

“Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu.

Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus.

Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya.

“Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya.

“Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya,”
kata beliau lagi.

Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah.

Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.

Insiden berdarah Gombak: Najib suburkan budaya samseng – Azmin

KUALA LUMPUR 6 Dis: Serangan Pemuda Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat Gombak bukti budaya samseng di negara ini disuburkan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Tindakan samseng Umno menikam rakyat dan membaling batu, pasu bunga dan pelbagai objek keras membuktikan Najib menyuburkan budaya samseng sedangkan mereka datang hanya untuk mendengar ceramah,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Dalam serangan samseng Umno di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak malam semalam, sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.

“Mereka ini bersifat kebinatangan apabila melontar kayu, batu-bata dan pasu bunga kepada penduduk yang tidak berdosa dan ia pertama kali berlaku di kampung ini.

“Mereka menjerit, memaki, bertindak ganas dan biadab termasuk membawa objek tajam dan menikam petugas.

Kalau mereka hendak naikkan bendera, kita tak ada masalah, tetapi jangan biadab dan ganggu rakyat,” kata Azmin pada sidang media sejurus selepas program itu.

Provokasi dimulakan Pemuda Umno yang berlagak mat rempit dengan berkonvoi pada 8.30 malam menuju ke lokasi ceramah Pakatan.

Mereka yang membuat provokasi ke hulu ke hilir tanpa helmet sambil mengibar bendera BN menyebabkan jalan menuju ke tapak ceramah sesak.

Pemandu kenderaan terpaksa membunyikan hon bagi meminta laluan, namun suasana bertambah kecoh.

Sebaik Azmin mengambil tempat ceramah, samseng Umno menjerit-jerit menganggu program, namun rakyat tidak menghiraukannya.

Pujian juga harus diberikan kepada petugas keselamatan Pakatan yang sabar melayan karenah samseng itu.

Anwar tiba kira-kira 11 malam dan rakyat berpusu-pusu memenuhi setiap ruang tapak ceramah untuk mendengar ucapan bakal Perdana Menteri itu.

Umno yang tertekan dengan situasi tersebut bertindak biadab memasang pembesar suara dan menghalakannya ke tapak ceramah.

Anwar memulakan ceramah dengan ayat suci al-Quran dan berbicara mengenai Hijrah Rasulullah SAW, namun disambut makian dan kata-kata lucah oleh samseng Umno.

Jeritan samseng Umno yang tidak sampai 100 orang itu akhirnya tenggelam oleh laungan reformasi hampir 4,000 penyokong Pakatan.

Sementara itu, beberapa peniaga Melayu Muslim terpaksa menutup kedai kerana khemah mereka bocor dan beberapa peralatan rosak akibat serangan samseng Umno ketika cuba merempuh dan memasuki tapak ceramah.



Ulasan GB

Tiada ada penjelasan lain terhadap politik ganas atau samseng yang dilakukan UMNO terhadap Pakatan Rakyat selain dari kerana irihati dan cemburu terhadap sambutan rakyat yang semakin melimpahruah terhadap PR.

Memang provokasi samseng itu UMNO yang mulakan. Masakan tidak apabila rentetan peristiwa membukti dengan sahih bahawa ahli UMNO yang menyimbah cat bas jelajah merdeka PKR, UMNO terlibat membaling batu dan objek keras ke arah majlis-majlis PR, malah dimana PR mengadakan program, UMNO akan sama menganjurkan program yang berdekatan untuk menimbulkan kekacauan.

Tiada ada petunjuk yang lebih jelas tentang kehancuran dan kemusnahan UMNO selain dari gelagat dan perlakuan samseng yang mereka lakukan terhadap penyokong Pakatan Rakyat.

Sekalipun nampaknya rakyat begitu kecewa dengan sikap polis yang double-standard, membiarkan politik ganas a.k.a. samseng UMNO bermaharajala, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berlaku - bahawa UMNO akan tetap menerima hukumannya lantaran politik ganas atau samseng yang mereka bawa.

BUKTINYA: Dalam keadaan polis bersikap double standard, seorang pegawai tertingginya menyertai PAS iaitu Datuk Fauzi Shaari, mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM!

Terkini bekas KPN sendiri, Tan Sri Musa Hassan muncul dengan pembongkaran salahguna kuasa menteri KDN yang campurtangan dalam urusan PDRM.

Setiap kejahatan dan kebatilan tidak akan menang sekalipun seluruh polis dan seluruh agensi kerajaan pusat memberikan perlindungan kepadanya.

Usah ragu dan usah bimbang, hukum kebenaran dan keadilan - sunnatullah - tetap berjalan.


Kes Pembunuhan Altantuya: Pengakuan Deepak Bukti Akuan Sumpah Kedua PI Bala Tak Sah


Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.

Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib.Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.

SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.

Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.

Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

PI Bala gembira kebenaran akhirnya terserlah

Lelaki yang mendakwa telah dipaksa untuk mengubah akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, berkata beliau gembira bahawa kebenaran akhirnya terserlah juga.

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang terlibat untuk mendapatkannya mengubah akuan berkanun (SD) itu, telah melakukan "perkara yang betul".

Dalam responnya melalui emel kepada Malaysiakini, Balasubramaniam menggesa Deepak supaya mendedahkan segala-galanya yang diketahui mengenai perkara itu.

Katanya, beliau mahu Deepak mengesahkan siapa sebenarnya individu yang terlibat dari awal hingga akhir.


Balasubramaniam kini hidup dalam buangan bersama keluarganya di India selama tiga tahun sejak beliau melarikan diri negara selepas menandatangani SD kedua.

Deepak, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini awal minggu ini, berkata pembabitannya dalam konspirasi itu adalah ekoran permintaan dari seorang "rakan wanita" yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang akan terjejas oleh SD pertama Balasubramaniam.

Sementara itu, Balasubramania berkata beliau mahu tahu siapa peguam yang didakwa merangka SD kedua, yang menurutnya, telah disediakan tanpa "pengetahuan atau input" daripadanya.

"Persoalannya ialah siapa yang melakukannya? Tiada siapa yang interviu saya sebelum menyediakan SD kedua. Ia disediakan tanpa pengetahuan atau input saya. Saya ingin mengetahui siapa peguam ini".
-mk


[BERGAMBAR] Kes Polis Rogol Amah: Lagi Demo Anti-Malaysia Di Jakarta


Lagi demo anti Malaysia di Jakarta

JAKARTA: Laskar Merah Putih membuat demonstrasi sekali lagi di depan pejabat kedutaan besar Malaysia. di Jalan HR Rasuna Said, Jakarta Selatan hari ini.

Bagaimanapun, ratusan polis yang berjaga berjaya mengawal keadaan.

Mereka mahu bertemu dengan pihak kedutaan besar Malaysia.

“Niat kami berbicara baik, jangan sampai kami terus teriak menghina ka,” kata anggota Laskar Merah Putih menggunakan pembesar suara .

Tapi keinginan mereka ditolak.

“Mereka nggak (tidak) mahu bertemu pendemo,” ujar ketua polis sektor Setiabudi, AKBP Lalu Muhammad Iwan Mahardan.

Namun pendemo tetap menginginkan perwakilannya masuk ke pejabat kedutaan besar. Pendemo mengancam akan mengerahkan puluhan ribu anggota Laskar Merah Putih untuk mengepung kedutaan.

“Dalam dua bulan ke depan kalau kedutaan besar Malaysia tidak mahu menerima kita, 50 ribu orang akan kita turunkan, apapun risikonya. Panglima-panglima di wilayah rapatkan barisan, kita akan datang ke sini,”
teriak pendemo.

Mereka menuntut proses undang-undang terhadap tiga polis Diraja Malaysia atas kes pemerkosaan TKW.

“Kami menuntut mahkamah Malaysia juga memulangkan kembali wang jaminan 3 polis dan hukum setimpal-timpalnya,” ujar pendemo.







Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah ulas. Laporan BERNAMA yang telah menyiarkan berita dusta dan tidak tepat berkait dengan demonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara menyemarakkan lagi kemarahan orang Indonesia.

BERNAMA sebelum ini melaporakan "yang hadir menunjuk perasaan itu kira-kira 20 orang sedang media massa Indonesia mnelaporkan angkanya ialah 1,000 orang."

Nah, sekarang mereka berhimpun lagi.. 20 orang jugakah BERNAMA?

Dan mereka berjanji untuk turunkan 50,000 orang!

Pada pendapat GB orang yang sepatutnya dihantar untuk bertemu pendemo-pendemo berkenaan ialah Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim! Berkemungkinan hanya beliau yang boleh mententeramkan pendemo-pendemo itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Untuk Berubah, UMNO Perlu Dijadikan Pembangkang!

UMNO tidak mampu berubah melainkan dipilih menjadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini kerana ia memberi mereka kelebihan untuk melaksanakan proses “transformasi” dengan telus dan jujur.

Justeru, proses “mengubah UMNO kepada pembangkang” juga akan mewujudkan asas yang lebih kukuh dan kuat untuk proses demokrasi berparlimen yang lebih matang dan kompetitif.

Menyimpulkan realiti sebenar pada Perhimpunan Agung UMNO ke 66 baru-baru ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, UMNO tidak mampu berubah dan ianya sudah dibuktikan dalam ucapan pemimpin mereka pada dalam perhimpunan terbabit.

Dalam kenyataannya, beliau memberi contoh bagaimana Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil membangkitkan mengenai tragedi “13 Mei”, ia termasuk ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri perihal “huru-hara” yang akan berlaku jika UMNO tewas.

Semua kenyataan itu jelasnya bercanggah sama sekali dengan apa yang dikatakan Najib apabila ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno itu menyebut bahawa pilihan raya kali ini akan mencorakkan rupa wajah Malaysia samaada sebagai sebuah negara yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.

“Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia adakah UMNO-BN mempunyai kewibawaan dan legitimasi untuk merayu kepada rakyat supaya menyokong untuk “berkongsi nilai dan matlamat” biarpun tiada “perkongsian nilai dan matlamat di dalam BN?” soal beliau.

Apapun jelas Kit Siang, fitnah jahat, sandiwara, janji dan mainan politik kotor ini adalah bukti mutlak bahawa Perdana Menteri Najib Razak tidak mampu melaksanakan janji “transformasi” beliau.

“Tidak ada apa yang akan berubah apabila sama ada Najib atau mana-mana perwakilan UMNO gagal mengetengahkan masalah nombor satu negara iaitu rasuah, kronisme dan salah guna kuasa yang makin membarah.

“Sebab itu jika UMNO benar-benar mahu berubah dan melakukan transformasi, mereka perlu menjadi pembangkang!” tegas Kit Siang.

Antara wibawa UMNO-BN dan wibawa PR

Dalam perkara berkaitan, Kit Siang menjelaskan bahawa penguasaan berterusan UMNO-BN terhadap Malaysia tidak akan mampu merealisasikan hasrat untuk menjadi “negara demokrasi terbaik dunia” sepertimana menjadi slogan 1Malaysia yang dijaja Najib sendiri.

Contohnya, UMNO-BN secara terbuka menanam kebencian dan konflik dengan mesej yang saling bercanggah dengan memomokkan orang Melayu bahawa jika mengundi DAP itu bermakna mengundi untuk penindasan orang Melayu, manakala MCA pula memberi amaran kepada orang Cina bahawa mengundi DAP bermakna mengundi penindasan orang Cina.

Bagaimanapun, jelas Kit Siang, lain pula dengan apa yang diamalkan parti Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

“PR tidak menyembunyikan perbezaan ideologi dan komited dengan Kerangka Dasar Bersama PR untuk menegakkan kedaulatan ciri dan dasar perlembagaan Malaysia, menyemarakkan kesatuan kebangsaan, memulihkan demokrasi dan keadilan dan memastikan tadbir urus yang baik, “Kami juga terikat dengan prinsip bahawa perlu ada kesepakatan di kalangan tiga parti komponen PR sebelum sebarang perubahan dan dasar dipersetujui.

” ujarnya. -Roketkini

Reputasi Polis Tercalar Jika Lambat Ambil Tindakan Serangan Ceramah Gombak

Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar polis berlaku adil dan mengambil tindakan segera terhadap individu yang menyerang ceramah PR di Batu 8 ˝ Gombak semalam yang menyebabkan lima orang tercedera.

Pemimpin Pas dan PKR berkata kegagalan polis untuk bertindak dengan tegas dan segera terhadap individu yang disyaki akan mencemar reputasi polis.

Lebih buruk lagi, kegagalan untuk mengambil tindakan akan memberi gambaran bahawa polis bersekongkol dengan individu-individu tersebut.

Penyelaras DUN Gombak Setia, Salehuddin Nasir berkata, polis hanya bertindak setelah serangan secara bertubi-tubi dilakukan hingga mencederakan orang ramai, sedangkan polis sedia maklum mengenai ceramah itu beberapa hari sebelumnya.

Beliau mendakwa serangan tersebut diketuai oleh pemimpin Pemuda Umno Gombak dan melibatkan ahli Umno Gombak, Wanita Umno Gombak dan anggota NGO.

Menurutnya, ekoran insiden itu, dianggarkan lebih lima individu mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan tangan akibat terkena objek keras, malah khemah juga musnah teruk.

“Kita telah maklumkan pada pihak polis dan sehari sebelum ceramah itu berlangsung, ada anggota polis daerah Gombak yang datang melawat menunjukkan bahawa mereka tahu ada program pada malam itu.

“Saya sendiri telah serahkan surat melalui email kepada Ketua Polis Daerah memberitahu maklumat berhubung ceramah itu,” kata Salehuddin apabila dihubungi TVSelangor.

Keadaan di ceramah di Dataran Sharuddin di Batu 8 ˝ Gombak semalam menjadi kecoh apabila pergaduhan berlaku di antara sekumpulan ahli Umno dan penyokong PR.

Salehuddin mendakwa seorang penyokong PR ditikam dengan Kerambit manakala batu bata dilemparkan ke arah peserta ceramah tersebut yang di dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat.

Ceramah itu menampilkan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali, bekas Adun Ayer Molek, Melaka Datuk Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata sekiranya polis gagal mengambil tindakan ia boleh mengalakkan orang lain untuk mencetuskan serangan yang serupa.

“Tidak mustahil keberanian mereka ini berpunca daripada sikap pihak polis juga yang seolah-olah mereka ini kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

“Kejadian provokasi dan keganasan yang dicetuskan juga seolah-olah memberi signal ‘isyarat’ bahawa mereka ini akan melakukan tindakan lebih ganas di luar keterbatasan yang dibenarkan,” kata Shuhaimi lagi.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama.

Sebelum ini, sebuah ceramah Anwar di Lembah Pantai turut dibaling dengan batu sehingga seorang hadirin tercedera di kepala.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin PR berceramah ke seluruh negara juga telah diserang beberapa kali di Kota Baru dan Melaka dengan disimbah dengan cat dan dibaling batu. -selangorku

Insiden Gombak Bayangan 13 Mei Yang Disebut Shahrizat?

Insiden berdarah Gombak, Umno ulangi tragedi 13 Mei – Shamsul

KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan samseng Umno terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) cedera berdarah membuktikan peristiwa 13 Mei akan diulangi Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau merujuk ucapan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpuann Agung Umno (PAU) tempohari yang menyatakan peristiwa 13 Mei bakal berulang jika Pakatan memerintah.

“Baru saja Shahrizat mengingatkan kononnya jika Umno tidak lagi memerintah, suasana tegang akan bermula dan peristiwa 13 Mei akan berulang,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika dihubungi.

“Inilah bukti kebenaran kata-kata beliau bahawa peristiwa itu memang akan berulang kerana dicetuskan samseng Umno yang mengamalkan politik ganas,” tempelak Shamsul.

Dalam teks ucapan Shahrizat, antaranya menyatakan bahawa:

“... Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi di negara kita…” Shamsul turut mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru meminta maaf kepada rakyat dalam PAU.

“Najib baru saja minta maaf kepada rakyat dalam Perhimpunan Umno atas segala kesilapan. Hanya beberapa hari, perkara begini (serangan) terjadi. Apakah Najib tak ada kuasa untuk halang sayap pemudanya?” tegasnya.

“Apa pula pendirian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kononnya sering melontarkan idea bernas? Kenapa biar politik ganas menjalar? Mustahil beliau tak tahu isu ini,” katanya.

Tegas Shamsul, polis perlu ambil tindakan segera dan mengheret pihak bersalah yang menyebabkan kecederaan terhadap penyokong Pakatan ke mahkamah.

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak Shahrizat berdebat berhubung isu ‘Tragedi 13 Mei 1969 dan Perpaduan Nasional’.

Timbalan Ketua Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan debat ini menunjukkan kesediaan DMPP menjawab segala tuduhan dan kenyataan Shahrizat di PAU, 28 November lalu.

DMPP mahu Shahrizat sendiri berdebat dengan Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

“Kenyataan tersebut boleh mendatangkan rasa takut, cemas, rasa tidak selamat, tidak tenteram, berunsur ugutan, menghasut dan seterusnya upaya dan cenderung mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Bukti SMS Umno arah provokasi ceramah Gombak

KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak.

SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin kepada Keadilan Daily malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut:


1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak)
.

Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

“Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. -KD


5 Dis 2012

Keluarga Aminulrasyid Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Mahkamah Bebaskan Jenain

Keluarga kepada Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis dua tahun lalu tidak berpuas jati dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun pada ketika itu.

“Keputusan mahkamah tidak adil.

Saya pun tengah duduk baca berita tentang ini.

“Memang saya tengok keputusan yang diberikan ini, memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan pagi ini, Azura dan keluarganya tidak pergi sendiri untuk mendengar akan tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Apbila ditanya apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak keluarga Aminulrasyid, sambil menangis dengan teresak-esak, Azura menjawab, “Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya”.

Kes kematian Aminulrasyid, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan beliau memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandunya. -TMI

Keadilan untuk Aminulrashid: Peguam Negara didesak fail rayuan

KUALA LUMPUR 5 Dis: KEADILAN gesa Peguam Negara segera failkan rayuan berhubung kes kematian remaja lelaki 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak polis dua tahun lepas.

Naib Presidennya, N Surendran mahu rayuan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan Koperal Jenain Subi dari tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid.

“Keputusan tersebut amat mengecewakan keluarga mangsa dan peguam. Ia adalah keputusan yang tidak betul,” kata Surendran, wakil peguam kes itu.

“Kita menggesa Peguam Negara agar fail rayuan secepat mungkin untuk dapatkan keadilan bagi pihak Aminulrashid. Itu tugas Peguam Negara, kita tak boleh fail rayuan sebab ia adalah kes jenayah,” jelasnya ketika dihubungi.

Aminulrashid mati ditembak polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April 2010. Sebanyak 21 das tembakan mengenai tubuh remaja itu.

“Kita juga tak puas hati dengan cara polis kendalikan kes tersebut. Dari awal, polis cuba tutup kes. Kemudian buat cerita tak betul tentang mangsa dan sekarang polis yang menembak mati itu pula dilepaskan,” kata Surendran .

Ibu Aminulrashid, Norsiah Ahmad sebelum ini menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mahu memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus dan adil.
-KD

Kes Amah Dirogol, Jakarta Beritahu Rakyatnya Tidak Pilih Malaysia Untuk Jadi Pembantu Rumah

Jakarta menasihatkan rakyatnya tidak harus bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia berikutan kes layanan teruk melibatkan warganya yang semakin meningkat.

“Pihak pemerintah Malaysia harus ambil tindakan tegas, atau lebih baik pembantu rumah dari Indonesia tidak bekerja di Malaysia.

“Mereka (Malaysia) mahu pembantu rumah dari Indonesia, tetapi mereka tidak boleh melindungi pembantu rumah dari negara kami,” kata Suryana Sastradiredja, jurucakap kedutaan Indonesia yang dilaporkan AFP.

Sabtu yang lalu, jabatan imigresen menyelamatkan 105 pekerja asing yang dikurung dalam agensi pembantu rumah di Bandar Baru Klang.

95 orang wanita, kebanyakannya warga Indonesia, telah didakwa dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah selama enam bulan tanpa gaji.

Mereka mendakwa agensi tersebut melayan mereka begitu teruk dan makanan dicatu untuk mereka.

Jakarta telah meletakkan larangan kepada pembantu rumah dari negaranya pada tahun 2009 ke Malaysia, tetapi larangan tersebut dibatalkan setahun kemudian.

Tetapi pembantu rumah dari Indonesia semakin berkurangan untuk ke Malaysia walaupun pembatalan larangan tersebut, dengan mengatakan kurang dari 100 orang bekerja dengan cara sah.

Sastradiredja juga berkata, Indonesia bimbang ribuan pekerja warganya yang bekerja di Malaysia secara haram kerana dijanjikan bayaran lumayan sedang bekerja dalam keadaan yang berbahaya.

Laporan baru menunjukkan kes terbaru melibatkan warga Indonesia bulan lalu, apabila seorang pekerja restoran mendakwa beliau dirogol oleh tiga orang polis, dan seorang lagi berusia 15 tahun dirogol oleh majikannya.

Bulan lalu, menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam memberitahu bahawa Putrajaya terus mempunyai hubungan yang baik dengan Jakarta walaupun insiden itu berlaku.

Beliau kemudian menyalahkan media dan badan bukan kerajaan Indonesia kerana mensensasikan insiden tersebut “dengan begitu emosi”.

Beliau menambah, langkah tegas akan diambil untuk menyampaikan mesej kepada pekerja asing bahawa mereka akan dilindungi melalui sistem perundangan negara.

Pada Ogos, pemerhati memberitahu The Malaysian Insider bahawa tawaran gaji yang lebih tinggi dan ekonomi Indonesia yang semakin meningkat menyebabkan Malaysia menjadi tidak menarik di kalangan pembantu rumah Indonesia.

Pembantu rumah Indonesia di Malaysia mendapat gaji minimum RM650, sementara gaji minimum yang dibenarkan di Singapura ialah S$450 (RM1,126) dan HK$3,740 (RM1,500) di Hong Kong.

Mereka juga mendapat cuti mandatori di Singapura dan Hong Kong dimana cuti mandatori untuk mereka di sini masih lagi diperdebatkan. -TMI

Ulasan GB

Kita nak dengar apa ulasan dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim mengenai berita di atas.

Jangan Berikan Kepercayaan Kepada UMNO Yang Kini 'Desperate'


Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini.

UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.

Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai’ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN.

‘Initiative’ yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.

Jika berbai’ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad.

Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh.

Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.

Kenapa sampai bersumpah?

Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan ‘conclusive’ UMNO dalam kesempitan.

“Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja” kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama.

Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, “satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu”. Kata perpatah ‘bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar’. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. “Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina”. Apa maknanya semua ini? Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir.

Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh di capai oleh BN.

UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini.

Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu.

UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara.

Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai ‘national unity’ ini.

Perjuangan ini merupakan perjuangan ‘ultimate’ rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap ‘desperado’ mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini.

Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza.

Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO.

Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang. -aspanalias

Kronisme Subur Bawah UMNO BN: Keluarga Pak Lah Bekal Meter Elektronik TNB

Keadilan semalam mendedahkan keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Biro Pelaburannya, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Menurutnya, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang dan harga purata setiap meter adalah RM250.

“Justeru, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion. Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion,” katanya pada sidang di ibu pejabat parti, di sini hari ini.

“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

“Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” jelas Wong Chen dipetik Malaysian Insider.

PKR : Tubuh Badan Bebas Siasat Caj Bil Elektrik Tinggi


SHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan wajar menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dakwaan kenaikan caj bil elektrik dikemukakan orang ramai, kata Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kenaikan caj ini berikutan langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan penukaran meter analog kepada meter elektronik.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, penubuhan badan bebas itu perlu kerana wujud rasa tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang mesti dipandang serius oleh kerajaan.

Menurutnya, bagi kawasan Kelana Jaya sahaja, PKR menerima 22 aduan daripada orang ramai yang mendakwa kenaikan caj bil elektrik antara 20 hingga 50 peratus.

“Program penggantian meter ini sebenarnya suatu komitmen kewangan yang cukup besar oleh TNB dan beban kewangan tambahan kepada pengguna boleh mencapai berbilion-bilion ringgit.

“Kajian kami menunjukkan buat masa ini ada 8.03 juta pengguna TNB di Malaysia. Kami menganggarkan harga purata meter elektronik baru adalah RM250 setiap unit. Justeru program penggantian ini berpotensi mencapai sehingga RM 2 bilion (8.03 juta unit x RM250),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata, penjelasan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa sebarang kenaikan penggunaan elektrik selepas penggantian meter adalah berikutan bacaan yang lebih baik dan tepat daripada meter elektronik bukan jawapan memuaskan mengenai potensi saiz beban kewangan yang bakal ditanggung semua pengguna TNB.

Tambahnya isu tersebut tidak boleh dipandang kecil kerana ia melibatkan satu jumlah kewangan besar yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai sebagai pengguna.

Katanya, bagi tahun kewangan 2012 hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion maka jika meter elektronik baru memberi peningkatan konservatif dua peratus di dalam semua bil elektrik, beban tambahan ke atas pengguna adalah sebanyak RM688 juta setiap tahun.

“Memandangkan meter elektronik baru ini mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, pengguna akan akhirnya membayar RM6.88 bilion lebih kepada TNB untuk tempoh tersebut.

“Justeru PKR berharap kerajaan lebih bertanggungjawab dan telus dalam perkara ini dan rakyat berhak mendapat maklumat lanjut mengenai program penggantian meter elektronik baru oleh TNB,” katanya.

Beliau menjelaskan berdasarkan kajian menunjukkan TNB mempunyai lima pembekal dengan salah satunya, Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd dimiliki sebahagian oleh keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi manakala harga purata meter elektronik satu dan tiga fasa ialah RM250 setiap satu.

“Adakah tender perbekalan dibuat secara tender terbuka atau runding terus? Butir-butir penuh dan telus seharusnya diberikan oleh TNB,” katanya lagi.
-selangorku

[GAMBAR & VIDEO] Insiden Gombak Sahkan UMNO Itu Desperate, UMNO Itu Samseng!


Gombak 5 Disember: Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.

Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.

“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas.

Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.

“Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka.Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya. -KD













Yang ini siapa? SB?

Bekas KPN, Musa Hassan Kini Diekori SB-SB...


Mungkin ironis bunyinya, bekas Ketua polis Musa Hassan mendakwa bahawa beliau kini diekori oleh pegawai cawangan khas.

Ia adalah susulan kepada sidang akhbar kontroversi minggu lepas, di mana beliau mendakwa bahawa unsur-unsur jenayah telah menyusup dalam unit polis dan mendedahkan bahawa ahli-ahli politik campur tangan dalam siasatan.

Selain dari beliau, Musa berkata bahawa R Sri Sanjeevan dari NGO Watch yang menganjurkan sidang akhbar saya juga turut diekori. Musa adalah penaung NGO Watch yang baru ditubuhkan.

"Bagi saya ia lucu lah. Mengapa anda mesti meletakkan saya di bawah pengawasan? Seolah-olah saya satu ancaman kepada keselamatan.

"Saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak mengekori saya lah. Saya tidak akan memusnahkan negara, itulah nombor satu. Nombor dua, saya fikir anda ada kerja yang lebih baik untuk dilakukan , seperti mengekori penjenayah , yang benar-benar menjejaskan keselamatan orang awam," bekas KPN memberitahu FMT.

"Jadi saya fikir adalah suatu kebodohan mereka [untuk mengikuti kami], membazirkan wang rakyat. Jika anda mahu apa-apa hanya hubungi saya, saya akan memberitahu anda segala-galanya, "katanya.

Mengenai bagaimana dia mengetahui bahawa dirinya diekori, Musa berkata: "Sudah tentu saya tahu siapa yang mengikuti saya tetapi saya tidak mahu untuk besemuka dengan mereka. Tidak mahu memalukan mereka. Sudah tentu mereka akan melarikan diri apabila mereka melihat saya."

Ditanya mengapa dia diekori, Musa mengangkat bahu lalu menjawab: "Saya tidak tahu, mungkin arahan dari orang atas. Mungkin KPN sendiri, saya tidak tahu. "

Musa berkata bahawa walaupun pada masa lalu beliau telah diekori oleh ahli sindiket dan tonto "banyak kali", ini adalah kali pertama beliau diekori oleh seorang anggota polis.

"Tidak pernah sekali pun diekori oleh polis, tetapi oleh sindiket dan tonto, anda tahu, yang ingin tahu pergerakan saya. Saya masih ingat ketika saya berada di unit dadah. Itulah sebabnya apabila saya keluar dari rumah, saya tidak akan mengikuti laluan yang sama kerana khuatir orang mungkin akan; sama ada ikut saya atau serangan hendap saya. Kita mesti sedar akan persekitaran saya, sebagai seorang pegawai polis yang terlatih, anda tahu, "katanya.

Walaupun Musa berkata beliau tidak berasa terancam, Sanjeevan mengakui bahawa dia sedikit bingung.

"Sejak mengadakan sidang akhbar, kita telah diekori. Wajah yang sama, kereta yang sama di sekitar sini. Bunyi keretakan pada telefon saya ...., "katanya.

Sanjeevan berkata bahawa tidak ada sebab bagi polis untuk menggunakan taktik "mengganggu" kerana MyWatch adalah semata-mata sebuah NGO yang mengambil berat tentang kebajikan negara.

"Saya rasa ia adalah satu pelanggaran hak asasi manusia, ini adalah penyalahgunaan kuasa dan diarahkan oleh pihak di tahap yang lebih tinggi. Persoalannya, kami tiada apa-apa yang hendak disembunyikan. Kami hanya bimbang kerana jenayah yang berlaku dan ia bukan politik, ia (jenayah) tidak peduli siapa kita.

"Jika anda mahu, hanya hubungi kami, rekodkan kenyataan kami. Tolong jangan gunakan SB (special branch) ke atas orang-orang yang cuba untuk membantu anda berubah, "katanya.

Sanjeevan mengulangi seruan supaya KPN Ismail Omar bertemu dengan mereka secara peribadi supaya dapat bekerjasama dan berkongsi maklumat.-GeloraHatiMuda.- diterjemah dari berita FMT
Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Siasat Salahlaku Menteri KDN

SHAH ALAM, 4 DIS : Suruhanjaya Penyiasatan Bebas perlu diwujud segera untuk menyiasat dakwaan terhadap campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap pasukan polis.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, isu itu merupakan kejadian serius yang memerlukan tindakan segera.

Ia dibongkarkan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku.

Beliau berharap agar polis bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata.

“Pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis itu tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ia melibatkan persoalan integriti Pasukan Polis Malaysia,” kata Nasrudin dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, tindakan Hishamuddin itu bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya Ketua Polis Negara sahaja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahannya.

“Pemuda PAS juga mendesak agar Hishammuddin bercuti sehingga siasatan yang di buat selesai.

“Hishammuddin perlu bersikap ‘gentleman’ dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC),” katanya. -selangorku


4 Dis 2012

[PANAS] Kamera AES Diturunkan! Tahniah Kerajaan Selangor!


Menyedari amaran keras yang diberikan Kerajaan Selangor terhadap pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mendapat bantahan rakyat seluruh negara, hari ini kontraktor yang dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya menurunkan sebuah kamera yang dipasang di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sebentar tadi.

Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang memberi amaran tersebut mewakili menteri besar, Abdul Khalid Ibrahim masih belum dapat dihubungi bagi memberi komen susulan daripada tindakan tersebut.

Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Isnin lalu bagi kementerian pengangkutan menurunkan kamera kontroversi itu atau berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diarah bersiap sedia sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Malah sebuah pertubuhan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berhasrat untuk berbuat demikian dan hanya menunggu lampu hijau dari kerajaan negeri untuk menurunkannya tanpa menggunakan sesenpun wang pembayar cukai.

Kira-kira 50 orang pengguna jalan raya yang lalu di kawasan terbabit memperlahankan kenderaan masing-masing melihat operasi tersebut dijalankan tanpa kehadiran pihak polis seperti kebiasaannya.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan sejak AES beroprasi dari 23 September sehingga 26 November lalu.

Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 142,809 saman dikuti Perak sebanyak 81,00, Putrajaya 22,876 dan Kuala Lumpur sebanyak 10,213 saman.

Saman tertinggi adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 243,545 saman diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 13,354 saman.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara semalam sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Khairiah Mohamed.

Sehingga kini, AES telah dipasang di 14 lokasi di seluruh negara.

AES di kawasan 30km/j kekal

Selain jumlah itu, Khairiah juga turut mempersoalkan berhubung dengan kajian semula AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam dan nortis amaran di lokasi-lokasi kamera AES.

Dalam jawapannya, timbalan menteri itu berkata, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cadangan menguatkuasakan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam.

Katanya, pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah.

"Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja," jelasnya.

Berhubung notis amaran pula, timbalan menteri itu berkata, notis telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat pula, notis amaran dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter. -jalanpulang

93% SOKONG Kelantan Mendapat Royalti Gas & Minyak


1. Sebanyak 35,807 telah mengundi dalam Sistem Undian Online R, dan terdapat 5,710 Undi Rosak/ Berulang tidak dikira dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan pada 3 Disember 2012. – LUAR BIASA!!

2. Undian yang sah adalah 30,097 undian sahaja, 28,062 sokong dan 2,133 bantah.

3. Sebanyak 93% iaitu 28,062 undi pengguna Media Baru FACEBOOK DI Malaysia SOKONG Kerajaan Kelantan Mendapat Royalti Gas dan Minyak

4. Terdapat 2,133 undi yang membantah mewakili 7% daripada undian online tersebut.

5. Keputusan ini memberikan gambaran bahawa PENGUNDI MEDIA BARU yang majoritinya adalah ANAK MUDA lebih cenderung menyokong tuntutan royalti Kerajaan Kelantan berbanding dengan pihak yang menolak.

6. Strategi kempen NGO R dalam menggunakan media baru sebagai plafform kempen dan penerangan rasmi disamping sokongan media cetak adalah sangat berkesan bagi mendekati rakyat Kelantan.

7. Peningkatan pengguna internet negara ini dijangka meningkat daripada 47% kepada 73% menjelang akhir tahun ini hasil daripada kajian ERICSSON ConsumerLab adalah memberikan impak signifikan kepada kempen media baru yang lebih agresif.

Disediakan oleh: Biro Media Baru R

Pelajar 14 Tahun Mengaku Pernah Dirogol Lebih 20 Lelaki

Kulim - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.

Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.

Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.

Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.

“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.

Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.

“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.

“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.

"Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya. -SH