6 Feb 2010

Rangka Manusia Zaman Mesolitik Ditemui Di Gua Bewah, Terengganu

Sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang menjalankan kerja-kerja ekskavasi di Gua Bewah, Tasik Kenyir sejak tiga bulan lepas, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik.

Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA), UKM, Prof Datuk Dr Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.

"Rangka pra sejarah itu ditemui pada kedalaman 65cm hingga 70cm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.

"Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan," katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan media melawat ke gua berkenaan di sini.

Nik Hasan Shuhaimi berkata penemuan rangka manusia pra sejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyit pada 1975.

Beliau yang mengetuai kerja-kerja ekskavasi bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu Mohd Yusof Abdullah dan 33 anggota cari gali lain berkata ia adalah penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia.

Selain rangka manusia turut dijumpai di gua berkenaan adalah serpihan tembikar tanah yang dipercayai dari zaman Neolitik, katanya.

"Di antara serpihan tembikar itu terdapat serpihan yang tertulis corak seakan-akan tulisan lukisan batu yang pernah ditemui oleh pengkaji-pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik yang lain di seluruh Malaysia," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha cari gali bagi mencari artifak-artifak bersejarah lain di negeri ini.

Ahmad berkata artifak yang ditemui di Gua Bewah tidak akan ditempatkan di muzium, sebaliknya dikekalkan dan diletakkan dalam bingkai kaca untuk tatapan pengunjung.

-- BERNAMA


35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik
Pembukaan Tanah Melayu , Sejarah Awal Manusia


Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.

Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.

Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ’saudara’ kepada orang-orang Melayu.




Ulasan GB

Sejarah adalah seorang guru.

Nizar Tidak Akan Mengaku Kalah

Setahun sudah berlalu selepas kerajaan pimpinannya tumbang, tetapi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan beliau sama sekali tidak akan mengaku kalah.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider di rumah sewanya di Sungai Rokam dekat sini, Nizar berkongsi perjuangan sebenar beliau dan sebab beliau tidak mudah menyerah kepada Barisan Nasional (BN).

“Mereka (BN) adalah perampas kuasa. Mereka mahu simpan (Perak) ini dengan mereka. Perak bukan milik mereka.

“Ia adalah milik rakyat tetapi ia menunjukkan bahawa mereka tidak kisah pasal perkara itu.


“Pakatan Rakyat (PR) dari awal-awal lagi konsisten mengenai apa yang kami mahukan. Kami mahu pembubaran mengikut undang-undang, ia merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis,” kata bekas menteri besar ini sempena temu bual setahun selepas kerajaan negeri pimpinannya beralih tangan.

PR masih menganggap kejadian tahun lalu itu sebagai satu rampasan kuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gantang ini menuduh penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menghormati Perlembagaan dan sistem demokrasi, malah tidak peduli tentang rakytat.

“Sebenarnya beliau telah merampas hak rakyat dan dia tidak menghormati undang-undang sama sekali,” kata Nizar yang dilantik sebagai anggota Dewan Rakyat selepas kerajaan negeri tumbang.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan dua bulan selepas kerajaan negeri Perak tumbang.

Wakil PAS ini, salah satu komponen PR, juga mengakui krisis politik di Perak sudah berlarutan terlalu lama tetapi menegaskan, pihaknya tidak akan mengaku kalah dengan mudah.

“Jika kami mahu melakukannya, kami sudah tentu telah melakukannya dari hari pertama. Tetapi disebabkan ini adalah kes di mana kuas
a dirampas dan kami tahu siapa pencurinya, jadi kami perlu mendapatkan semula,” katanya.

Nizar menegaskan beliau sama sekali tidak akan mengaku kalah.

Dengan berseloroh, Nizar berkata hanya orang yang tidak siuman akan duduk dan membiarkan seorang pencuri berarak menunjukkan barang-barang yang dicurinya.

“Bayangkan ada seorang datang ke rumah kamu dan mencuri kereta anda, dan anda tahu siapa pencuri itu. Adakah anda hanya mahu duduk dan mengatakan bahawa ‘tidak mengapa, saya akan benarkan dia memandu (kereta) selama setahun...’” katanya.

Nizar menjelaskan, jika kerajaan PR membiarkan BN untuk menguruskan pentadbiran, ia akan mencetuskan tanggapan palsu mengenai kestabilan.

“Ya, urusan lain berjalan seperti biasa, perniagaan berjalan tetapi pada asasnya krisis masih wujud,” katanya.

“Jadi yang mana satu baik? Berada di mana anda berada sekarang, mengenal pasti krisis atau tinggal bersama kestabilan yang direka semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun Nizar mengakui perjuangan yang dilakuinya meletihkan.

Ayah kepada lapan anak ini hanya tidur kurang daripada tiga jam setiap hari bagi memastikan tanggungjawabnya tertunai antara siri ceramah, khidmat sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, tugas parti dan kehidupan keluarganya.

“Ia bukan soal penat (semata-mata) tetapi ia (juga) mendatangkan pulangan. Saya menjangkakan bahawa jika tidak ada apa-apa berlaku ke atas diri saya, maka saya akan berkhidmat kepada rakyat Perak selagi saya terdaya kerana saya tidak boleh menerima hakikat bahawa negeri ini ‘diperkosa’ oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

“Sehingga dan kecuali ketidakjujuran dihapuskan, saya akan berada di sana.

“Saya tidak rela untuk melihat negara dan rakyat ini dipergunakan sebagai alat dan dipijak oleh perampas-perampas kuasa,”
katanya.

Sebagai seorang Muslim, Nizar berkata beliau tahu bahawa kewujudan seseorang di dunia ini adalah untuk tujuan-tujuan tertentu, untuk menegakkan kebenaran dan membanteras kejahatan.

Nizar berkata beliau tidak akan berkepit pada jawatan menteri besar buat selama-lamanya.

Sebaliknya kata Nizar, beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya kepada mana-mana wakil PR yang layak untuk meneruskan peranan itu dengan syarat ikatan ini memenangi pilihan raya akan datang.

“Mengapa tidak? Kami di PAS tidak pernah berkata jawatan menteri besar hanya harus milik kami.

“Jika ada pemimpin lain yang berkaliber dan berupaya, maka dia boleh mengambil jawatan itu,” katanya.

Tanpa terlalu yakin, Nizar berkata beliau masih percaya bahawa rakyat negeri itu masih menyokong PR.

“Hari ini, di kawasan-kawasan luar bandar di mana sokongan Melayu lemah, keadaan sudah berubah. Orang ramai mula keluar untuk bersalam dengan saya,” katanya.

“Sebelum ini mereka percaya dengan fitnah-fitnah disebarkan Umno-BN bahawa saya menderhaka kepada Sultan dan saya boneka DAP,” katanya. -MI

Kes Nizar Akan Jadi Kayuukur Kebebasan Kehakiman Era Zaki

Mahkamah Era Tun Zaki
Oleh Datuk Zaid Ibrahim

Selepas pemecatan hakim-hakim oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1988, Allahyarham Tun Suffian Hashim telah menyatakan bahawa badan kehakiman Malaysia akan hanya pulih dari segi kewibawaan dan kepercayaan rakyat dalam masa 50 tahun akan datang.

Daripada langkah dan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, saya melihat efisiensi Mahkamah sudah meningkat manakala kes-kes tertunggak banyak diselesaikan. Ini adalah satu perkembangan yang baik. Saya harap Majlis Peguam akan terus memberi kerjasama kepada badan kehakiman supaya Mahkamah kita lebih mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih cepat dan adil.

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi juga telah menunjukkan sikap ‘bebas” dan berani dalam beberapa kes sejak kebelakangan ini. Bebas dan berani ini dalam konteks kehakiman ialah berani membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang serta Perlembagaan tanpa mengira sama ada keputusan itu popular atau tidak, sama ada dipuji atau dicemuh orang ramai. Hakim-hakim tidak sepatutnya mengambil kira sama ada pembangkang atau kerajaan menyokong keputusannya; keputusan yang bijak dan adil adalah tanggungjawab mereka.

Antara contoh-contoh ketegasan Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berani dan bebas baru-baru ini adalah:

• Kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan “Allah” dengan syarat tidak disalahgunakan oleh majalah Herald milik Gereja Katolik Malaysia;
• Kes Mahkamah Tinggi di Bintulu yang mengiktiraf hak Orang Asal Sarawak berhubung tanah adat (NCR); dan
• Kes Mahkamah Tinggi di Kucing yang mengiktiraf konsep adat Melayu “serah” dalam tuntutan pampasan penat lelah dalam usaha membangunkan tanah.

Mahkamah Persekutuan juga membuat keputusan yang tepat dalam soal “indefeasibility of title” dalam Kanun Tanah Negara bila mereka menolak keputusan awal yang sungguh tidak masuk akal. Mahkamah sekarang nampaknya lebih berwibawa jika dibandingkan dalam tahun-tahun 1990an daulu.

Kini apa yang ditunggu oleh rakyat ialah sama ada Mahkamah kita akan berani dan bebas dalam membuat keputusan yang adil dan tepat dalam kes-kes “politik”. Kes-kes ini akan menentukan sama ada hakim-hakim akan benar-benar bebas atau masih terikat dengan cara lama waktu zaman Mahathir dahulu. Cara lama ialah di mana beberapa hakim “sub standard” digunakan untuk membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan atau orang-orang tertentu sahaja dengan mengenepikan prinsip undang-undang dan Perlembagaan tanpa rasa malu.

Sebab itulah keputusan kes Menteri Besar Pakatan Rakyat lawan Menteri Besar Barisan Nasional di Perak minggu depan akan menjadi penentu sama ada Mahkamah era Tun Zaki akan berbeza dengan era sebelum ini. Ia akan menentukan sama ada amalan demokrasi berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang (rule of law) akan wujud semula di Malaysia.

Kalau Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008 menang dalam kes ini, maka kita yakin pemulihan Mahkamah telah bermula dan roh arwah Tun Suffian tidak perlu menunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan pemulihan badan kehakiman di Malaysia. Sebaliknya, kalau seorang lagi yang telah merampas kuasa melalui politik melompat yang diisytiharkan menang, maka kita akan kembali kepada zaman perundangan gelap seperti suatu masa dahulu.

Benarkah Anwar Merupakan Idola Saiful Sejak Kecil?

Semalam di dalam keterangannya di mahkamah terbuka, Saiful menyatakan "Dia (Anwar) pemimpin berkharisma juga idola saya sejak saya kecil".

Ditanya mengapa dia berhenti bekerja untuk Anwar, saiful mengulangi bahawa dia kekurangan disiplin dan tidak layak untuk jawatan berkenaan.

Namun dari satu pendedahan seorang rakannya dari Uniten bertajuk "Siapa Saiful Bukhari Azlan?" Saiful telah menghulurkan pelawaan kepada rakan-rakannya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional!

Sila ikuti tulisan di bawah ini:


Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari Azlan suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah – pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah.

Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
-cikwiduri


Kes Altantuya : Nasir Safar Adalah "Lelaki Misteri" Pada hari Altantuya Dibom

Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?

Pegawai Khas Perdana Menteri Najib Tun Razak, Nasir Safar diminta meletakkan jawatan kerana menggelar pendatang awal India ke Malaya sebagai pengemis dan pendatang Cina sebagai pelacur. Tetapi tu bukan ‘cerita panasnya’. ‘Cerita panas’ pada hari ini adalah Nasir Safar adalah orang yang dinyatakan dalam perkara 30, Akuan Bersumpah Bala:

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Anda boleh membaca teks penuh Akuan Bersumpah Bala di bawah ini.



Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?

Pelik… mengapakah Pegawai Khas Perdana Menteri berada di tempat kejadian? Adakah kerana dia ingin memastikan bahawa Altantuya ditangkap dan dihapuskan dengan segera?

Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya.

Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?

Sebelum ini, kami memaparkan buku log polis pengawal yang menunjukkan bahawa dua pegawai tentera yang tidak disebutkan namanya pergi ke rumah Najib sekitar tengah malam pada malam Altantuya meninggal dunia, dan mereka tidak keluar hingga fajar keesokan harinya.

Okeylah, mungkinlah kot dia orang melepak di sofa Rosmah sambil berborak dari tengah malam hingga fajar. Mmm… atau adakah mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah dan pergi ke suatu tempat, di mana tiada catatan dibuat dalam buku log berkenaan? Kalau betul mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah, maka ke manakah mereka pergi dan apakah yang mereka lakukan selama lima hingga enam jam?

Ya, plotnya makin rumit. Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap.

Adakah Najib nak cabar kami dalam hal ni? Kalau nak, silakan. Dengan demikian, peguam Bala dapat melakukan segala yang perlu supaya saksi berkenaan dapat memberikan keterangan kepada SPRM di London, iaitu seperti yang ditawarkan sebelum ni. Masalahnya adalah SPRM tak nak bertemu dengannya di London. Mereka nak bertemu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

SPRM ingat kita ni bangang sangatkah? Kalau nak jumpa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, lagi bagus kita jumpa di Bukit Aman saja. Alang-alang, apa kata kita jumpa di Kamunting. Senang kerja semua orang. Gitu?

Oh ya, jangan lupa tentang adik Najib yang berjumpa dengan Bala untuk mengugutnya dan memaksanya menarik balik Akuan Bersumpahnya yang begitu menjahanamkan (karier politik Najib) tu.
- chegubard

Ulamak Juga Nak Sarankan Kepada Najib...

Saranan Ulama Kepada Najib
Oleh Ust Zolkharnain Abidin Al-Hafiz
Exco Dewan Ulamak PAS Pusat


Sebagai PM, Najib berhak menyaran. Mari kita baca saranan Najib kepada ulama. Baca saranan tersebut di bawah sekali.

1. Ulama perlu tuntas dalam mendalami pengetian terminologi politik antarabangsa dan nasional.
2. Ulama wajar menjadi warga dunia dan hampir dengan sumber terkini.
3. Ulama perlu menguasai kaedah berkomunikasi secara bestari dan mutakhir.
4. Ulama harus proaktif dalam mengukuhkan budaya murni dalam semua lapangan hidup.
5. Ulama perlu konsisten mempersiapkan diri dengan perkembangan semasa dan tekun mengaji.
6. Ulama perlu memahami betul-betul sesuatu perkara yang baru timbul.

Demikian sebahagian sedutan saranan Najib kepada para ulama. Tentunya kepada para mufti, timbalan mufti dan pegawai-pegawai tinggi agama secara khusus.

Adakah para ulama sebelum ini tidak mengetahui perkara yang disaran Najib itu? Saya yakin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu.

Kepada yang sudah tahu, saranan itu biasa sahaja. Namun, buat yang belum tahu tentulah saranan itu istimewa benar buat mereka.

Saya percaya juga para ulama, samada yang sudah tahu atau belum tahu tidak punya masalah untuk menyambut baik saranan itu. Apatah lagi apabila saranan itu datang dari ketua sebuah negara 1 Ummah, slogan baru selepas 1 Malaysia dan macam-macam 1 lagi.

Namun, sangat diharapkan supaya para ulama juga perlu tampil ke hadapan Najib dan mengemukakan saranan juga kepadanya supaya Najib tidak terasa dia sahaja yang berhak menyaran. Di samping menyaran Najib juga perlu menerima saranan orang lain.

Ulama pula perlu sarankan kepada Najib perkara-perkara berikut:

1. Bicarakan Anwar di mahkamah syariah dengan kes Qazaf.

2. Kembalikan hak rakyat Kelantan iaitu royalti.

3. Patuhilah fatwa mufti dalam kes meletak kalungan bunga di Tugu Negara, misalnya.

4. Layanilah kerajaan negeri yang tidak diperintah oleh BN dengan adil.

5. Jangan perkudakan institusi awam seperti SPR dan SPRM.

6. Terimalah Islam semuanya, jangan terima separuh-separuh.

7. Bersihkan dirinya daripada 'label-label' yang boleh menjejaskan imejnya sebagai ketua negara.


Najib jangan hanya pandai menyaran tetapi tidak pandai menerima saranan. Demikian dengan para mufti pula, jangan hanya akur untuk menerima saranan tetapi mesti juga berani menyaran. Sekali-sekala perlu juga berani menggeleng dan jangan hanya mengangguk sahaja.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Ulama perlu tuntas dalam transformasi kefahaman: PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini meminta ulama supaya tuntas dalam melaksanakan transformasi dan memahami secara mendalam pengertian terminologi yang berkaitan dengan politik antarabangsa, serantau dan peringkat nasional.

"Ia termasuklah berkaitan globalisasi, neo-kolonialisme atau imperialisme dan skala pengaruh gerakan tersebut terhadap akidah, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi umat.

"Tanpa kefahaman yang mendalam menyebabkan segala usaha kita menghadapi cabaran ini akan gagal atau kurang berkesan," katanya ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan bersama ulama dan umara, di sini.

Justeru, Perdana Menteri berkata, warga ulama wajar menjadi warga dunia yang saling berkait, paling hampir dengan sumber terkini, dan menguasai kaedah berkomunikasi secara bestari dan mutakhir.

Memberi contoh institusi zakat, Najib berkata ia boleh ditransformasikan formulanya dalam memperkasa sistem kutipan secara lebih aktif, efisien dan holistik di setiap negeri.

"Jika hasil kutipan lebih meningkat tinggi, ianya akan membantu meningkatkan kuantiti bantuan terhadap pelajar miskin, warga tua yang tiada pendapatan tetap dan orang kurang upaya yang tidak berkemampuan," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ulama juga wajar duduk semeja bagi menangani krisis ekonomi global, memberi pandangan, dan merumuskan dasar ekonomi yang lebih adil, Islamik serta melindungi nilai moral dan kemanusiaan.

"Selain itu, ulama harus bersikap proaktif bagi mengukuhkan budaya murni dan harmoni dalam lapangan politik, teknologi, dan informasi demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan di luar negara," katanya.

Bagi pihak masyarakat pula, Najib mahu supaya mereka sentiasa berdamping dengan ulama, mempelajari, dan menimba ilmu dari ulama.

"Jika timbul sesuatu isu dan tuduhan berkaitan isu agama, hendaklah terus bertemu atau menghadiri majlis penerangan dan penjelasan bagi mengetahui perkara sebenar dan bukan pergi mencari dari sumber yang tidak diketahui asas dan kebenarannya.

"Untuk itu, ulama mestilah konsisten mempersiapkan diri dengan mengikuti perkembangan semasa, tekun mengaji, dan memahami betul-betul sesuatu perkara yang baru timbul.

"Ia bagi menangani sesuatu perkara itu dengan baik dan dapat mengeluarkan fatwa atau pandangan yang selaras dengan zaman dan bertepatan dengan Syariah Islam tanpa menimbulkan kontroversi dalam masyarakat," katanya.

Sebagai ejen pelaksana, Najib berkata, umara pula harus sentiasa bersikap tegas dan amanah dalam menjalankan dasar yang dipersetujui, adil dan bertimbang rasa terhadap seluruh rakyat yang dipimpinnya.

"Umara harus mampu menterjemahkan prinsip Islam dalam pentadbiran negara sama ada di peringkat individu atau masyarakat," katanya.

Perdana Menteri turut mengadakan dialog tertutup bersama ulama dan umara selepas melancarkan Gagasan 1Malaysia dan Logo 1Ummah peringkat agensi agama seluruh Malaysia. - Bernama


Ulasan GB

Tak tahulah GB samada agakan GB ini betul atau tidak. Kalau salah minta maaf banyak-banyak. Kalau betul, kena ler ikut dan buat mulai sekarang.

BAHAWA PEMIMPIN UMNO DARI KALANGAN MENTERI-MENTERI, DAN DARI KALNGAN PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI PERKHIDMATAN AWAM, TAK RAMAI YANG MEMBACA AL-QURAN WALAUPUN SEKADAR DARI PIMPINAN AR-RAHMAN TERBITAN JABATAN PERDANA MENTERI SENDIRI DN KITAB HAADITH WALAUPUN SEKADAR MUSTIKA HADITH JUGA TERBITAN JABATAN PERDANA MENTERI SENDIRI

GB membuat agakan tersebut berdasarkan tindakan dan ucapan mereka yang kita sendiri dapat saksi dan rasakan bahawa ia terpisah jauh dari kebenaran dan keadilan.

Maka apa jua perlaksanaan dasar kerajaan terlepas dari nilai-nilai agama termasuklah konsep wasatiyah yang dianjurkan oleh Najib semalam.


MESTI BACA : Keterangan Sailful Akan Diuji Isnin Ini

Saiful Bukhari Azlan hari ini selesai memberi keterangan utama untuk pihak pendakwaraya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi Saiful cuba memberi gambaran beliau adalah mangsa dan bukannya Anwar.

Saiful berkata beliau bertekad meletak jawatan sebagai pembantu Anwar kerana tidak mahu diliwat lagi.

Namun Saiful kemudian mengaku beliau menerima pertolongan daripada Anwar dan terus bekerja dengan Ketua Pembangkang itu tanpa di paksa.

Saiful juga mengaku tidak berterus terang dengan Anwar mengenai pertuduhannya itu sebagai punca dia mahu berhenti kerja.

Sebaliknya beliau tetap menerima tawaran Anwar untuk mendapatkan penaja bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajarannya.

Perbicaraan hari ini bersambung secara terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saiful menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang karismatik dan menjadi idolanya ketika beliau membesar.

Beliau juga menceritakan bagaimana beliau diambil kerja oleh Anwar dan di berikan ruang pejabatnya sendiri.

Namun Saiful berkata beliau menghantar surat letak jawatan kepada Anwar pada Mac 2008 kerana kononnya tidak mahu menjadi mangsa liwat.

Saiful mengaku beliau hanya memberitahu Anwar beliau tidak berkelayakkan dari segi akademik dan tidak berdisplin.

Menurut Saiful Anwar menawarkan untuk mendapatkan bantuan bagi membantunya melanjutkan pelajaran.

Saiful berkata beliau menerima tawaran itu dan terus bekerja dengan Anwar kerana kononnya beliau takut untuk menolaknya.

Saiful terus memberikan keterangan dengan butir-butir mengaibkan hari ini. Contohnya beliau mendakwa tidak dapat membuang air besar selama dua hari setelah di liwat.

Sekali lagi, wartawan tempatan dan antarabangsa diperagakan bahan bukti oleh pendakwaraya, antaranya seluar dalam, baju dan KY Jelly.

Kesahihan keterangan Saiful itu akan diuji oleh panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perbicaraan bersambung Isnin ini.

Antara lain ialah tentunya ialah kenapa Saiful menunggu 48 jam untuk ke hospital selepas di dakwa di liwat.

Peguam juga dijanga bertanya kenapa Saiful rela terus bekerja dengan Anwar walaupun mendakwa beliau tidak rela menjadi mangsa liwat dan mahu berhenti kerja.

Peguam Jonson Chong berkata keterangan Saiful sejak tiga hari lalu menimbulkan banyak persoalan namun bertujuan semata-mata untuk mengaibkan Anwar.

“Biasanya pendakwaraya sendiri dia akan melindungi mangsa yang melibatkan seks, tetapi dalam kes ini dia biarkan keterangan diberi di hadapan semua media dan sebagainya. Sebaliknya peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu membuat permohonan melindungi beliau dari semua fitnah yang dikeluarkan dalam mahkamah dan kita tidak boleh sekat.

“Diantara bahan-bahan yang dikeluarkan sebagai keterangan adalah bahan yang digunakan untuk pemeriksaan saksi pertama iaitu Saiful Bukhari dan juga pakaian yang dia pakai sama ada pada masa dia buat laporan polis ataupun semasa kejadian.

“Apa yang saya nampak seolah-olah pendakwa raya menggunakan beberapa bahan yang bukan sensitif atau kontroversi tetapi agak menimbulkan emosi yang tidak selesa seperti seluar dalam dan K-Y Jelly (cecair pelincir) dan sebagainya. Semua ini orang akan teringat benda lain,”katanya.

“Persoalan-persoalan ketepatan, kebetulan dan kebenaran tidak menjadi pegangan. Skrip hanya diubah untuk yakinkan rakyat bahawa Anwar memang buat perkara itu. Tapi niat yang utama adalah untuk mencalar balarkan maruah Anwar dan kelurga,” kata Naib Presiden Pas Mahfuz Omar.

Dalam pada itu, Perbicaraan hari ini sekali lagi beralih ke di Kondominium Desa Damansara.

Lawatan rombongan mahkamah kali ini adalah untuk meninjau lokasi kamera litar tertutup yang merakamkan orang yang keluar masuk kondominium mewah itu.

Tepat jam 12 tengahari, tujuh buah kereta dan dua buah van Polis tiba membawa rombongan barisan pendakwaraya yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal AbidinDatuk, Hakim, Datuk mohamad Zabidin Mohd Diah dan pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Sejurus kemudian, Anwar dan barisan peguamnya tiba ke lokasi disusuli ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh bagi meneliti lokasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwaraya.

Kawasan pondok pengawal dan laluan masuk ke kodominium berkenaan diawasi puluhan anggota polis termasuk Unit Cawangan Khas.

Lawatan yang dipohon pihak pembelaan itu mengambil masa kira-kira 30 minit.

Kira-kira pukul 12.45 tengahari, Hakim Zadibin meninggalkan lokasi disusuli oleh anggota rombongan lain.

Utusan Malaysia terus membuat laporan yang dilihat memfitnah Anwar walaupun akhbar itu di tegur oleh hakim perbicaraan semalam.

Namun Hakim Mohamad Zaibin Mohd Diah masih enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan.

Akhbar itu hari ini menyiarkan pula gambar-gambar dengan berita yang tidak berpaut kepada fakta kes.

Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis terhadap Utusan kerana dikatakan menyiarkan laporan ini yang dilihat bersifat fitnah bersabit keterangan Saiful.

Hari ini pula Utusan menyiarkan gambar-gambar katil dan tilam di kondominium dengan fakta yang tidak berpaut kepada keterangan mana-mana pihak.

Gambar-gambar ini diambil oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan disebarkan kepada semua media asing walaupun secara umumnya wartawan dan jurugambar lain tidak dibenarkan masuk ke kondominium berkenaan.

“Tetapi keterangan gambar dari mana Utusan sendiri boleh dapat, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Saiful semasa itu, tiada wartawan di dalam bilik itu, tetapi dia sanggup menulis keterangan gambar apa yang dikatakan Saiful Bukhari kepada hakim dan sebagainya.

“Jadi ini jelas konspirasi yang melibatkan Umno iaitu tuan punya Utusan Malaysia dan mungkin Perdana Menteri.

Mengapa ini boleh dibuat oleh Bernama dan bersengkokol dengan Utusan Malaysia di nama saya nampak ramai media lain tidak guna kerana mereka tiada di situ sendiri. Tetapi yang khususnya Utusan Malaysia terbitkan di muka depan dengan banyak keterangan gambar yang tidak betul,”katanya.

Peguam Anwar Sankara Nair berkata selain Utusan, Sinar Harian turut melakukan kesalahan serius dengan memberi fakta salah bersabit gambar-gambar di muka depannya.

“Kami sebagai peguam telah membantah dan memohon kepada mahkamah satu amaran keras diberikan kepada Utusan dengan Sinar Harian yang telah menyiarkan gambar bersama berita tersebut.

“Walaubagaimanapun mahkamah telah menolak dan kami tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.”


Beliau berkata mahkamah perlu mengeluarkan satu amaran keras kepada media tersebut memandangkan ianya disalah laporkan.

“Ini masanya yang sudah berlaku di sini, ini adalah menghina mahkamah dan juga sesuatu kesalahan di bawah akta media cetak dan publikasi,” katanya. -Yusmawati Mhd Yusof/Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz (Detik 9 TVS)



5 Feb 2010

Minta Maaf, Aduka Tetap Digari, Datuk Safar Bila Lagi

Tindakan Bekas Pembantu Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dianggap amat sensitif kerana menyinggung perasaan kaum Cina dan India di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee berkata, sebagai orang kepercayaan kepada perdana menteri Malaysia, beliau seharusnya mendokong kefahaman gagasan 1Malaysia dan bukan meningkatkan ketegangan sedia ada.

Beliau berkata, tindakan meminta maaf secara terbuka tidak cukup untuk mengubati kaum lain yang terguris dengan sindiran sebagai pendatang dan diugut ditarik kerakyatan jika membantah penetapan 12 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, Nasir bukan sahaja perlu meletakkan jawatan sebagai pembantu khas tetapi semua jawatan termasuk wajar digantung keahliannya oleh Umno.

“Sebenarnya, Nasir sudah menyimpan isu perkauman ini di dalam fikirannya sehingga ia dikeluarkan dalam ucapan dengan mengutuk kaum Cina dan India di negara ini. Masalah ini perlu menggunakan undang-undang bagi menyelesaikannya kerana melibatkan isu sensitif. Sebagai tunggak kepada UMNO, seharusnya Nasir diambil tindakan jika parti itu ingin mengekalkan perpaduan rakyat,” katanya.

Janice berkata demikian ketika mengulas kenyataan sebuah media tempatan bahawa Nasir sudah meminta maaf secara terbuka semalam.

Janice berkata, jika sikap pemimpin UMNO sebegini, sudah pasti gagasan 1Malaysia tidak akan berjaya.

“Gagasan 1Malaysia tidak akan berjaya kerana UMNO, MIC dan MCA harus dibubarkan jika ingin melaksanakannya bersungguh-sungguh. Kita semua tahu Barisan Nasional (BN) adalah parti perkauman dengan membataskan penglibatan perkauman di bawah parti komponennya,” katanya.

Janice berharap tindakan sewajarnya harus dipertimbangkan UMNO supaya keadaan tidak bertambuh keruh lantaran isu perkauman ini. - FANSURINA ABDULLAH

Ulasan GB

Menteri KDN, datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan bahawa walaupun Aduka Taruna sudah meminta maaf tetapi polis akan tetap ambil tindakan ke atasnya.

Kini bagaimana dengan kes Datuk Nasir Safar?

Sedangkan kes Datuk Nasir Safar lebih berat yang melibatkan ketegangan kaum.

‘Roadshow’ Untuk Anwar Seluruh Negara

Kuala Lumpur menyaksikan laungan reformasi kembali bergema apabila 100 aktivis veteran reformasi berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Wilayah, petang tadi.

Menghimpunkan aktivis-aktivis reformasi era 1998 dari wakil rakyat hingga ke aktivis jalanan, demonstrasi ini mengecam pertuduhan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mereka sifat sebagai ulangan konspirasi 10 tahun lalu.

Perhimpunan berlangsung tanpa gangguan dibawah pemantauan pihak berkuasa. Gerombolan Cawangan Khas turut dikesan, serta ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan turut dikerah ke lokasi.

Kain rentang tertulis “Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2” dan “Keadilan Untuk Anwar” dikibarkan bagi memperlihatkan sokongan teguh kepada pemimpin reformasi itu.

Ahli Parlimen Tian Chua berkata perhimpunan seperti ini akan berterusan sepanjang perbicaraan Anwar.

Mereka juga dijangka menjelajah seluruh Malaysia memberi perkembangan terkini perbicaraan kepada segenap lapisan masyarakat.

“Selagi bicara ini berkalu perhimpunan akan berterusan. Bukan saja di mahkamah tetapi kita akan adakan ‘roadshow’ seluruh negara dan kita akan bawa mesej ini secara terus kepada rakyat. Kita akan lancar pelbagai perhimpunan besar-besaran di kota-kota lain di seluruh negara dan setiap malam di ibu pejabat Keadilan kita akan adakan sesi informasi untuk memberi penerangan kepada penyokong-penyokong kita yang tidak sempat hadir dalam sesi mahkamah”, kata beliau. -HY (Detik TVS)



Kes Liwat Saiful Ditangguh Ke Isnin Depan

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan ke Isnin depan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat di mana kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pemeriksaaan ke Unit 11-5-1 di kondominium itu, yang turut disertai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd Saiful Bukhari, dilakukan mulai kira-kira 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari.

Ini merupakan pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu hari ini setelah berbuat demikian Khamis.

Terdahulu, semasa perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini Mohd Saiful Bukhari memberitahu bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, beliau berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Mohd Saiful berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai. -- BERNAMA


Bila Memorandum Pun Dibakar Sama...

Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan Melayu mengadakan protes di bangunan Komtar di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri, yang didakwa diskriminasi, merobohkan gerai-gerai haram kendalian orang Melayu di negeri itu.

Patung Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dibakar dalam protes itu yang diadakan selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Jamek Simpang Enam sebelum sembahyang Jumaat dan kemudian berjalan kaki ke arah Komtar, yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan negeri untuk menyerahkan memorandum kepada Lim.

Polis gagal dalam menahan kumpulan berkenaan daripada menuju ke premis itu.

Protes itu diaturkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Turut mengambil bahagian ialah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas dan berucap pada majlis itu.

Selepas gagal menemui Lim di pejabatnya, kumpulan itu membakar patung Lim dan juga memorandum.

Kumpulan itu mendesak Lim meletakkan jawatan.

Kumpulan ini mahu mengadakan perhimpunan yang sama selepas ini jika keadaan tidak berubah.

Ulasan GB

Sia-sia berdemo bila memo yng tak dapat diserah tiba-tiba dibakar.
hangus semua.

Demo Bantah Fitnah Ke-2 atas Anwar

Pendakwaan liwat kali kedua ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibantah.

Sekumpulan penunjuk perasaan dari pelbagai kaum menunjuk perasaan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan berhampiran kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas solat Jumaat di sini, hari ini.

Para demonstrator membawa kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’. Mereka melaungkan Reformasi dan mengutuk pendakwaan yang hanya bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar.

Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua, menyatakan kes Anwar hanyalah ulangan dari kes 1998 yang hanya punya satu matlamat iaitu menzalimi seorang peribadi untuk membenarkan Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.

“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.

Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak regim BN untuk meneruskan kekuasaan. Oleh itu para penggerak Reformasi akan kembali bersatu untuk menggerakkan perhimpunan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.

Perhimpunan aman itu berakhir dalam masa lima belas minit tanpa gangguan polis. -erapakatan



Saiful Tak Buang Air Besar 2 Hari Kerana Nak Buktikan Air Mani Masih Di duburnya?

Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Mohd Saiful berkata, dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.

Beliau juga berkata, semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.

Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi.

Tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis memasuki kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat.

Perbicaraan ini ditangguhkan pada Isnin depan, 9 Febuari 2010.

Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan perbicaraan itu akan bersambung minggu hadapan setelah rombongan mahkamah selesai mengadakan lawatan ke Kondominium Desa Damansara tengahari tadi.

Ulasan GB

Katakanlah benar Saiful tidak buang air besar selama dua hari selepas apa yang dikatakan dia diliwat, apakah beliau memaklumkan kepada doktor di hospital-hospital yang memeriksanya?

Jika sudah diberitahu, apakah tidak ada ubat yang dibekalkan oleh doktor agar membantu memudahkannya untuk membuang air besar?

Apakah apabila diambil sahaja air mani dari duburnya, maka beliau pun mudah untuk buang air besar selepas itu?

Kalau tak bagitahu kepada doktor yang memeriksanya yang dia tak buang air besar, apakah dia ke hospital semata-mata nak semak duburnya setelah dia dikatakan diliwat?

Bisa kepala kita dibuatnya oleh si Saiful ni.

SAC II Datuk Mohd Hazam Maut Dalam Kemalangan

Ketua Penolong Pengarah Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, SAC II Datuk Mohd Hazam Abd Halim maut dalam kemalangan di KM 419.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala susur masuk Bukit Tagar, Hulu Selangor tengah malam semalam.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Perdana yang dipandu pemandunya, Lans Koperal Asminton Salimin dipercayai terbabas dan melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.

Mohd Hazam, 50, ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Ipoh, selepas menghadiri mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Perak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata Mohd Hazam yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandunya yang cedera parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Jenazah dikebumikan selepas solat Jumaat

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Nooryah Md Anvar yang dihubungi berkata jenazah Allahyarham dimandi dan dikapankan di Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tunku Jaafar, Seremban.

Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat di Makam Haji Said, Taman Tunku Jaafar.

Sebelum ini, Mohd Hazam pernah menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu.

- Bernama

Peguam Ingin Buat Laporan Polis Terhadap Sinar Harian

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan laporan polis akan dibuat terhadap gambar yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian.

Tajuk caption pada gambar di akhbar Sinar Harian "Ini katil yang didakwa diliwat" telah disifatkan keterlaluan.

Hakim walau bagaimanapun menyatakan bahan bukti (evidence) berkenaan diberikan di dalam mahkamah terbuka & media bebas melaporkannya.

Akhbar Sinar Harian pada hari ini telah mengeluarkan satu berita bertajuk "Hakim periksa tilam" di mana dalam tulisan itu disertakan sebuah gambar yang mempunyai tajuk "Ini katil yang didakwa diliwat".

"Tidak ada pernyataan itu dilakukan oleh mana-mana pihak, samada hakim, Saiful terhadap katil berkenaan, bagaimana Sinar Harian boleh menyatakan itulah katil yang digunakan?" kata seorang ahli AMK.