Selepas 24 jam heboh DoJ-1MDB, pimpinan PAS tiada reaksi
Sudah lebih 24 jam dokumen terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menjadi perbualan hangat di kedua-dua belah garisan politik, tetapi tidak satu pun pimpinan kanan PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.
Setakat 12.00 tengah malam tadi, tinjauan di beberapa laman rasmi PAS termasuk lidah rasminya Harakah Daily, serta beberapa laman Facebook rasmi milik parti dan pemimpinnya, mendapati isu permohonan terkini DoJ pada Khamis untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) kerana dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB, tidak disentuh langsung.
Paling hampir ialah kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang disiarkan Harakah Daily. Walaupun cuma menyebut sepintas lalu tentang kemarahan pengundi terhadap “GST, 1MDB dan kenaikan harga barang boleh disejukkan dengan BR1M”, ia tidak merujuk secara langsung langkah terbaru DoJ yang dialu-alukan pembangkang dan dikritik pemimpin kerajaan.
‘Belum baca’
Sementara itu, percubaan FMT untuk mendapatkan komen daripada beberapa pemimpin PAS juga tidak berjaya. Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan ketika dihubungi berkata beliau sedang menghadiri program dan tidak membalas pertanyaan menerusi whatsapp.
Malah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengakui belum membaca dokumen tersebut, dan mahu menelitinya terlebih dahulu. Begitu juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
“Nanti saya semak berita, terima kasih,” kata Khairuddin menerusi Whatsapp.
Awal semalam, DOJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
PAS tidak sertai protes
Identiti MO1 tidak dinamakan secara rasmi, walaupun sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui ia merujuk perdana menteri.
Pelbagai dakwaan dalam dokumen itu mencetuskan reaksi pemimpin pembangkang dari PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan segera kerana isu itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Sejak itu, pembangkang menuntut siasatan dibuka semula, sementara beberapa protes diadakan menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, termasuk pada protes anjuran Bersih 2.0 November lalu yang tidak disertai PAS.
Ahli Parlimen PAS juga enggan turut serta dengan wakil rakyat pembangkang lain ketika mereka bertindak keluar Dewan Rakyat sambil memegang sepanduk “Siapa MO1?” -FMT
ULASAN GB
Rasanya GB tak perlu ulas panjang-panjang kerana dari mula PAS memang bersikap indah tak indah isu 1MDB,
Di parlimen mereka membisu dan enggan untuk bersama dengan parti-parti lain walaupun sekadar mahu mengangkat plakad bertanyakan SIAPA MO1?
Tiba-tiba meletup isu seorang bekas pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dari 1MDB yang sehingga sekarang watak itu belum pun menyaman orang yang mendedahkannya.
Perjuangan PAS semakin lesu dan layu, yang bising hanyalah macai-macainya di media sosial, sedangkan kehidupan para pemimpin PAS semakin hari semakin jauh dari roh Islam dan mendekati kehidupan para pemimpin UMNO, berlumba-lumba mempamerkan kekayaan dan kemewahanm tetapi masih bernafsu besar untuk bertanding 100 kerusi parlimen!
PAS hanya menunggu masa dan ketikanya untuk Hukum Kebenaran dan Keadilan mengambil tempatnya untuk mengarak mereka keluar dari arus politik negara.
FEATURED ADS

Wan Azizah mahu sidang parlimen tergempar diadakan segera
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan dakwaan Jabatan Keadilan Sosial (DoJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil berhubung penyelewengan dana 1MDB.
Beliau berkata skandal 1MDB yang telah mendapat perhatian masyarakat dunia ini menjadi lebih memeranjatkan apabila timbul dakwaan terbaru bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh “pegawai tertinggi negara” untuk membiayai kehidupan serba mewah.
"Memandangkan dakwaan terbaru ini melibatkan maruah negara, saya menggesa supaya sebuah sidang tergempar Parlimen diadakan sesegera mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru ini.
"Mengadakan sidang tergempar di luar waktu persidangan Parlimen bukanlah amalan yang luar daripada kebiasaan. Terutama sekali apabila isu yang dibincangkan itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
SIdang tergempar Parlimen pernah diadakan pada 23 Julai 2014, bagi membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 nyawa.
Sebuah Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen pula telah diadakan pada 26 Januari 2016.
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, Akta Parlimen, hanya Ketua Majlis (Perdana Menteri) boleh boleh meminta supaya sidang tergempar Parlimen diadakan dengan mengemukakan usul kepada Speaker.
"Maka dengan ini saya menggesa Perdana Menteri memanggil sidang tergempar Parlimen sesegera yang mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru oleh DOJ.
"Lantas dapat membersihkan nama negara dari sebarang cemuhan dan tohmahan," ujar Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu. -MD
ULASAN GB
Rasanya GB tak perlu ulas panjang-panjang kerana dari mula PAS memang bersikap indah tak indah isu 1MDB,
Di parlimen mereka membisu dan enggan untuk bersama dengan parti-parti lain walaupun sekadar mahu mengangkat plakad bertanyakan SIAPA MO1?
Tiba-tiba meletup isu seorang bekas pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dari 1MDB yang sehingga sekarang watak itu belum pun menyaman orang yang mendedahkannya.
Perjuangan PAS semakin lesu dan layu, yang bising hanyalah macai-macainya di media sosial, sedangkan kehidupan para pemimpin PAS semakin hari semakin jauh dari roh Islam dan mendekati kehidupan para pemimpin UMNO, berlumba-lumba mempamerkan kekayaan dan kemewahanm tetapi masih bernafsu besar untuk bertanding 100 kerusi parlimen!
PAS hanya menunggu masa dan ketikanya untuk Hukum Kebenaran dan Keadilan mengambil tempatnya untuk mengarak mereka keluar dari arus politik negara.
Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini.
Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala.
Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:
Akaun Maybank: 104058248904 Nama: ZULKIPLY BIN HARUN Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda. p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi. |
20 ulasan:
GB tiada gelaran "ulama pas suci mulia" maka tiada hak nak condemn ulama Pas suci mulia.
Juga seperti Biasa, ulama pas suci mulia dah tahu isu DOJ ni punca kesalahkan adalah dap Cina kapir yang hina agama.
Nak komen apanya.... sepatah haram bahasa orang putih dia orang tak faham. Nak tunggu baca sambil rujuk Junior Oxford Dictionary... tu pun terketar2.
Pas hanya berminat memfitnah DAP
Memfitnah kaum kafir
Dengan tuduhan Pesta Onani
Inilah partt Islam sunnah wal jamaah memalukan Islam itu sendiri
Parti Islam semelaysia patut di larang guna Islam..
Dah jadi Abg Kekasih, kohong dan busuk macamana pun, terpaksalah diam.
Kalau bising nanti, bercerai berai...oooops, berpisah pulok, malu nak letak kat mana!!
.
.
Keadaan negara seolah-olah dalam "dharurat" dengan dakwaan DoJ mengenai duit dan barang kemas yang melibatkan 1MDB.
Tetapi pemimpin PAS boleh buat tak endah sikit pun tanpa risau akibat dahsyat dari salah-laku tersebut.
Alasan belum membaca lapuran tersebut tak masuk akal. Politik ini candu bagi orang yang aktif dalam politik dan parti. Sekurang-kurangnya mereka membaca Malaysiakini 10 atau 15 kali sehari.
Kita buat #QuranHour tapi pemimpin MO1 kita tibai duit rakyat dan pemimpin kita tidak rasa berdosa pun pada Allah.
Kalau nak bela Najib jangan lah sampai Jho Low pun dibiarkan begitu sahaja.
Apa jadi pada surat yang pernah di keluarkan oleh Istana satu ketika dulu ?
Jika Najib ada sebab-sebab tertentu yang hanya mereka sahaja ketahuinya, ia nya sudah sepatutnya tidak di terima lagi. Maruah negara semakin di pandang rendah, hutang negara semakin menggunung.
Jika tujuan Najib di terima oleh mereka maka kerana tujuan tersebut lah mereka minta Najib berundur. Ini lah risiko yang Najib perlu terima jika benar semua nya yang berkaitan 1MDB adalah satu strategik negara. Apa pun tujuan Najib sangat di ragui kerana tidak adakah orang lain yang setaraf Rosmah yang boleh juga cincin berlian tersebut ?
Masalah nya yang barisan depan dipertanggungjawabkan jaga negara pun ikut apa yang Najib buat !
Ostad-ostad mana lah reti 1mdb, DoJ ni. Yang mereka tau.... haram, haram,haram sana, haram sini!
Tapi bila ostad-ostad ni dapat dedak rm90j, entah dari mana sumber, tak haram pulok!!
PAN Islamic Malaysia atau PAS bukan parti islam semalaysia..tu PIS..
.
.
Apa yang PAS buat (berdiam) adalah arahan Najib UMNO..
Semua nya ikut skrip UMNO.
Tuduhan DoJ tak seteruk kali ini.. yang dulu pun PAS bantai jawab, kena hentam..
Kali ini tuduhan DoJ lagi dahsyat dan lagi terperinci... PAS tak kan nak guna modal yang sama untuk bagi respond..
Atau apa yang di terima dari Najib ialah hanya untuk round yang lepas. Tapi ini round kedua.. episode baru.
Pas lebih utamakan 10 malam terakhir ramadhan.
Orang Pas dalam iqtiqaf di masjid.
Tak boleh komen pasal 1MDB.
alau komen nanti ibarat mencubit peha kiri, peha kanan terasa juga... tak gitu bang aji...?
Haji Hadi dan pemimpin2 PAS akan cakap, "Negara asing jangan campur urusan negara Malaysia".......
Kan pas dan umno ada persamaan. Dlm politik matang kita kena bertindak bijak jgn sampai kwan kita kecil hati. Kena jaga hati kwn. Kita nasihat kwn kita. Kita pastikan kwn kita menang n terus perintah. Doj ni semua kapir harbi saja2 aje nak butukkan msia. KITA YG BESERBAN TeBAL KENA petahankan pemimpin kite. Kena walak. Untung2 dpt juga tempiasnya ya. Mmg jahanam pas skrg. Hati dah tetutup dek habuan duniawi.
PAS TAK LAYAK DAPAT 100 KERUSI PARLIMEN. YANG PAS LAYAK IALAH 100 KERUSI BURUK YANG AKAN DIBUANG KE DALAM TONG SAMPAH. NVM ONCE RAKYAT DAH MENANG NANTI, WE WILL HADIAHKAN 100 KERUSI BURUK DARI PARLIMEN KEPADA PAS THEN TERTUNAILAH HAJAT PAS NAK DAPAT 100 KERUSI PARLIMEN. REMEMBER, HIDUP DI DUNIA BUKAN U BOLEH ABAIKAN TANGGUNGJAWAB DI DUNIA DAN HANYA INGAT AKHIRAT SHJ SEBAB HIDUP DI DUNIA ADA LINK DENGAN AKHIRAT, BRINGATLAH. TAKUT NANTI FOCUS KPD AKHIRAT SHJ, SATU - SATU MANUSIA AKAN TUNTUT PAHALA YOUR SEMASA DI AKHIRAT KELAK, KERANA MEGABAIKAN TNGGUNGJAWAB DI DUNIA NI YANG U TAK TAHU. WALLAHUALAM.
Nie baru kena balik batang hidung... Syaitan bisu... Tp la nie, syaitan bisu dah pupus dah.. yg tinggal syaitan dedak...
Dah kekenyangan
baru 24 jam dah sibuk merapu ini bukti PAS bekerjasama dengan umno.... bai, politik bangang macam ni toksah main lagi la, bukan semua bodoh macam kamu, Timbalan dah buat ulasan, tapi kalau korang tahu pun tentu korang tak siarkan.... sial la lu
Ustaz pas bodoh kekenyangan dedak. Lebih sayang wang ringgit dari maruah diri. Biasalah ustaz akhir zaman.
Parti jual agama
Timbalan sorang je?yg lain mana?pas xda pemimpin lain ke selain Timbalan? Aku mmg nampak timbalan tu sorg je consistant melawan mdb.tp dia sorg je..yg lain?penuh dedak dlm mulut ke bai...walaunkontolol pas ni cuba buka mata luas2 jgn mcm katak bwh tempurung bai....haihaibaibai...
Camner pas nk ulas????pas pun sama dpt dedak dr mdb nih.kalau ulas lebih2 nt najib bongkar cter pas jugak malu besar.so ikut jela bontot najib...atau cari alasan bodo..pas bz bulan puasa siang keje, ptg sibuk iftar sana sini, mlm pulak bz tarawih qiamulail..mana ada masa hal duniawi ni...hal seks boleh la komen.kahkahkahkah...
.
Tuan Ibrahim bukan buat kenyataan tetapi mem buat makluman. Macam memaklumkan anak bulan tidak kelihatan di semua tempat.
Buat kenyataan keras. Mendesak Najib dan SPRM serta KPN buat siasatan.
Catat Ulasan