‘Rakyat mahu rumah, gaji setimpal bukan dekoder’
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub membidas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang mengumumkan pemberian dekoder percuma bagi siaran TV digital kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Dalam satu kenyataan media, hari ini, Salahuddin mempersoalkan pihak yang akan menanggung kos dekoder bernilai RM199 setiap satu itu dan menempelak Najib yang dengan penuh bangga menyatakan Malaysia satu-satunya negara berbuat demikian.
“Najib perlu sedar, kenapa tiada negara lain buat tindakan sedemikian kerana hanya pemimpin yang tidak waras akan isu sebenar rakyat sahaja yang akan buat sedemikian.
“Saya nak tanya berapa kos yang telah dilibatkan dalam projek ini?”soalnya sambil berkata wang yang diperuntukkan itu sepatutnya disalurkan untuk menyelesaikan pokok permasalahan yang membelenggu rakyat.
Menurutnya, jika negara mampu menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang baik, rakyat boleh menyelesaikan keperluan lain mereka tanpa perlu kerajaan membelikan dekoder.
Bagi Salahuddin, tindakan Najib itu langkah terdesak untuk menjalankan "projek segera" menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Najib perlu sedar bahawa rakyat khususnya generasi muda mahu ialah peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal.
“Rakyat mahu GST dihapuskan, rakyat dambakan rumah mampu milik yang mencukupi, rakyat mahu harga barang keperluan dikawal, rakyat mahu biasiswa pendidikan tinggi tidak disekat dan sebagainya.
“Saya juga berharap kos dan tender yang terlibat dapat didedahkan kepada umum bagi mengelakkan kes-kes salah guna kuasa berulang,” katanya.
Najib pada majlis pelancaran perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview malam semalam mengumumkan 4.2 juta dekoder percuma untuk diagihkan.
Jumlah itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, yang mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.
MyFreeview adalah projek diterajui Kementerian komunikasi dan multimedia dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan televisyen dan siaran radio digital secara percuma. -mk
ULASAN GB
Kita pun rasa pelik, lain yang diminta dan diharapkan oleh rakyat lain pula yang diberikan oleh kerajaan.
Rakyat kini tertekan dengan kenaikan kos sara hidup akibat dari harga barang keperluan meningkat naik angkara GST, tetapi kerajaan seperti lansung tidak mengindahklan penderitaaan rakyat.
Kita tertanya-tanya apa sebenarnya tujuan kerajaan mengdarkan dekoder yang dikatakan percuma itu. Apakah untuk memberikan keuntungan berlipat ganda kepada kroni yang menjadi pembekal dekoder tersebut? Atau ia cara mudah untuk menerjah masuk ke rumah-rumah rakyat melalui media saluran perdana seperti TV1, T^V2 dan Media Prima untuk mengelakkan dan menghalang rakyat dari mendapatkan berita-berita dari media baru yang telah mendedahkan banyak hal-hal kepincangan UMNO BN menjelang pilihanya umum ke 14 nanti?
Buatlah bagaimana pun Najib, rakyat sudah nekad untuk pastikan UMNO BN tumbang di dalam PRU14 nanti.
FEATURED ADS

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini.
Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala.
Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:
Akaun Maybank: 104058248904 Nama: ZULKIPLY BIN HARUN Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda. p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi. |
2 ulasan:
Dah dua tahun berlalu, Thailand memberi percuma kepada setiap rumah satu DTT decoder, aku tak dapat tapi bini aku dapat sebab dia kerakyatan Thai dan lagi kerajaan Thai beri Brim versi kerajaan Thai kepada setiap warganegara emas (60 tahun keatas RM200 sebulan/tiap tiap bulan )dan tiap tiap tahun ada kenaikan. Jangan dok banggalah dengan Brim najis tu. Naik keretapi kelas tiga tak kira umur bagi rakyat diberi percuma. Thailand tak maju.
I PUN TAK TAHU NAK CKP APA. BYK PERKARA YG TAK MASUK AKAL DAN DILUAR SIFAT TABII DIBUAT SEMENJAK NAJIB JADI PM. WE ALL NEED PELUANG PEKERJAAN ESPECIALLY PROFESINAL DIBYKKAN, SELESAIKAN MASALAH RUMAH DAN KOS SARA HIDUP YG TINGGI.U NAJIB JGN U CAKAP U DAH SELESAIKAN MASALAH PEKERJAAN. SEBAB WHAT I NAMPAK PELUANG PEKERJAAN YG PALING BANYAK IALAH BURUH KASAR YG TAK PERLU SEBARANG KELULUSAN, DAN INILAH SATU PENGHINAAN KPD RAKYAT MALAYSIA YG BERPENDIDIKAN.
Catat Ulasan