20 Mei 2017

[VIDEO] Che Det Jawab Pelbagai Soalan, Dulu Hadi Juga Peluk Kit Siang

China, ekonomi, Islam… dan tips jantung, Dr M jawab semua

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kecenderungan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang kepada pelaburan China adalah dengan niat untuk mendapatkan wang negara itu.

“Dia (Najib) nak duit China. Dia beri kontrak besar kepada China. Bila dia tidak ada duit nak bayar hutang, dia akan serahkan wilayah negara kepada China,” kata bekas perdana menteri itu dalam serangan terbarunya terhadap dasar ekonomi Najib yang memberikan tumpuan kepada pelaburan dan penglibatan syarikat China.



Menjawab soalan pengguna Facebook dalam sesi ‘live’ pagi tadi, Dr Mahathir berkata negara banyak berhutang dan atas kesedaran ini, kerajaan perlu mendapatkan dana asing dengan cara menyerahkan kontrak projek besar seperti keretapi dan pelabuhan.

Menurutnya, pembayaran balik hutang institusi tempatan masih boleh ditunda tetapi hal sama tidak terpakai melibatkan hutang luar.

“Hutang bank dan institusi antarabangsa perlu dibayar, jika tidak Malaysia jadi muflis,” kata Dr Mahathir.

Sesi soal jawab menampilkan pengerusi PPBM itu, “Hangpa tanya, #Chedet”, menarik lebih 4,000 penonton di Facebook.

Tips kekal sihat

Sepanjang sesi 30 minit itu, Dr Mahathir menjawab pelbagai soalan, daripada menyentuh pandangannya tentang Islam, hubungan antara kaum, sehinggalah kepada cara beliau mengekalkan kesihatannya pada usia hampir 92 tahun.

“Saya tidak hisap rokok, tidak minum arak. Bila makan, saya tidak makan terlalu banyak,” katanya.

Dr Mahathir yang merupakan doktor perubatan sebelum menceburi politik turut memberikan petua untuk mengekalkan kesihatan.

Ini termasuk mengelak daripada makan terlalu banyak.

“Dalam kehidupan, segala-galanya mestilah sederhana. Tidak kertelaluan.

“Saya makan sederhana walau macam mana sedap sekalipun,” katanya.

Menurutnya, semakin banyak seseorang itu makan, perutnya akan berkembang dan ia membebankan jantung yang sudah mula berdenyut sejak sebelum lahir lagi.

“Saya umur 91, selama itulah jantung saya pam, tak berhenti. Kalau berhenti, saya mati. Itu sebabnya kita perlu fikir beban yang ditanggung jantung kita. Kalau terlalu gemuk, jantung terpaksa lebih kuat, lama-lama ia ‘give up’,” katanya.

PAS dan Islam

Dr Mahathir yang mengetuai kerajaan selama 22 tahun dari 1981 ke 2003, turut ditanya mengapa beliau tidak melaksanakan pemerintahan Islam sepenuhnya.

“Polisi rasmi kita ialah menerapkan nilai-nilai Islam, sebab bukan semua penduduk negara ini Islam,” katanya, sambil berkata nilai Islam merupakan nilai universal.

Dr Mahathir berkata sebarang pendekatan mengenai Islam perlu mengambil kira masyarakat pelbagai agama.

“Kita perlu cari formula yang tidak mencetuskan huru hara dalam negara berbilang agama.” Seorang penyokong PAS turut bertanyakan Dr Mahathir mengapa PPBM membelakangi PAS dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau menjawab ia tidak benar kerana PPBM sudah berkali-kali berusaha untuk bekerjasama dengan PAS.

“Sehingga kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana mahu mendapat persetujuan PAS. Tetapi PAS lebih utamakan hubungan dengan Umno,” katanya.

Beliau turut menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan keengganannya bekerjasama dengan DAP dan PKR sedangkan sebelum ini ia menyebut tentang “tahaluf siyasi” atau kerjasama politik.

“Dulu saya tengok Hadi peluk (Lim) Kit Siang,” sindirnya.

Menurutnya, istilah tahaluf siyasi hanya bertujuan mengaburi mata penyokong PAS.

“Ia hanya bahasa Arab, kalau dalam Melayu, tak bunyi Islam sangat. Janganlah tipu orang dengan mengatakan ia suruhan agama.”

Ekonomi di bawah PH

Sementara itu, Dr Mahathir berkata PH akan memastikan pengangguran dikurangkan dengan cara memberi keyakinan kepada pelabur asing mendirikan perniagaan mereka di Malaysia.

“Dasar Najib ialah untuk menambah pendapatan. Tapi itu sahaja tidak menyelesaikan masalah, sebab apabila pendapatan bertambah, kos pun meningkat.

“Cara mengatasi pengangguran ialah mengadakan keadaan aman dan selamat, menarik pelabur tempatan dan asing supaya mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan baharu itu juga tidak akan mengulangi masalah seperti yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, pembangkang kenal siapa yang bersalah dalam skandal 1MDB.

“Kita akan kejar orang-orang ini sehingga ke lubang cacing.” -FMT


Lempang tak pernah berlaku di era saya, kata Dr M


Insiden serangan terhadap pengarah filem David Teo pada sesi dialog TN50 malam Rabu lalu telah memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap secara langsung kepada pengguna internet di Facebook hari ini, Mahathir berkata dalam era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, orang yang bercakap dan bertanya soalan akan mendapat susah.

"Pertama (isu) macam ini tak pernah berlaku dahulu pada saya, atau PM lain sebelum saya. Ini berlaku di zaman Najib kerana semua benci terhadap pemerintahan Najib, tetapi apabila mereka cakap, mereka akan menghadapi masalah. Surat khabar ini ditapis sehingga tidak ada news lagi, demikian juga dengan TV3 dan lain-lain lain.

"Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba, dan inilah kesan dan hasil percubaan untuk bercakap benda yang benar, tanya soalan pun tak boleh, kena pukul.

"Saya tak tahu Mat Over siapa dia, tetapi sepatutnya selepas dia lempang sekali itu, dipisahkan. Tapi saya nampak banyak orang (bersorak) pukul si David Teo, ini memalukan kita di seluruh dunia, perkara ini berlaku di depan PM.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kemudian mencabar Najib untuk mengadakan dialog lain.

"Kalau dia berani adakah lagi, buka kepada semua orang, kita nak tengok orang takut lempang atau tidak," katanya.
-mk




ULASAN GB

Banyk perkara yang dijawab oleh TDM.

GB tertarik jawaban Tun mengenai tentang PAS.

PPBM sudah berkali-kali berusaha untuk bekerjasama dengan PAS.

“Sehingga kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana mahu mendapat persetujuan PAS. Tetapi PAS lebih utamakan hubungan dengan Umno,”


Ia memang benar. Bukan sahaja PPBM, PKR pun bersikap demikian malah AMANAH dan DAP pun menunggu PAS ketika itu.

Tetapi PAS mengambil sikap dingin. PAS terus-terusan menyerang AMANAH dan DAP. Tetapi tidak pula menyerang UMNO.

Dan Tun adalah benar apabila berkata:

“Dulu saya tengok Hadi peluk (Lim) Kit Siang,”

Ini buktinya:



Kemudian di pagi ini di dalam satu tulisan oleh seorang Naib Presiden PAS, Idris Ahmad namanya menulis di dalam status fbnya:


Sungguh bangang pemimpin PAS tersebut. Apakah jika melawan UMNO bererti dedak tak cukup?

Seorang rakan GB pun terus menjawabnya:

Maksudnya, siapa yang tak lawan UMNO, dedak dah cukup la ya?



FEATURED ADS





10 ulasan:

Unknown berkata...

Sebenar dah lama tak bagi komen kat mana2 blog..sbbnya byk cerita parti pak lebai.. makin byk komen makin byk dan nampak kebodohan walaun2 pas..kita jawab.. byk pengkritik dan penganalisa politik dr penulis atau kakitangan akademik..mempertikaikan perubahan parti pak lebai..walaun2 akan jawab parti pas berubah demi islam.. jadi byk jawapan walaun2.. menampak kebodohan diri sendiri.. kita belasah je lah dr sudut mana.. walaun2 akan jawab.. demi islam.. agak dulu pas ni sama DAP kot.. lama2 aku jadi boring nak bg komen... semua persoalan balak.. 90 juta.. kereta mewah.. ada je jawapan spt org tak pernah buka internet.. lama2 aku yg boring menulis dan membaca..sbb kebykkan walaun2 yg menjawab tu kebykkan org yg sama.. sedangkan di sekeliling kita.. byk org mempertikaikan sikap pas..harap2 PRU 14 nanti aku tak boring kerja2 sukarela PH..

Malaysiabaru berkata...

Ahli pas kata

Mereka tetap sokong pas

Siapa lagi yg boleh tegakkan hukum Allah

Selama ni 60tahun umno uruskan undang syariah dan mahkamah syariah.

Ahli kata hanya pas yg nak buat undang hudud.. Nak harap sapa.lagi.. Katanya sambil hisap rokok dan minum coke..azan kedengaran tapi masih dok bersembang..

Tanpa Nama berkata...

https://youtu.be/GdUubuLauIU ceramah tun baru2 ni. Terbaik bersatu pd 23:47. Kipidap & dongibap

Tanpa Nama berkata...

Walaupon hadi berserban...
Jgn dilupa arwah ibrahim libya
Jgn buat2 lupa mereka yg terkorban dlm memali trrmasuk polis
Semuanya gara2 hadi...
Amanat katanya...
Tiba2 elok shj berpeluk lim kit siang
Sekarang umno..
Punyala Allah swt nk tunjuk sapa hadi ni
Tu pon pengikut pas masih bodo
Selepas pru, kalo keadaan masih sama jgn mengeluh harga brg naik
Harga minyak naik
Harga makanan naik
Kerana
ItulAh harga kebodohan yg perlu dibayar

Tanpa Nama berkata...

.
.

Tun mengikuti sunnah dalam menjaga kesihatan dengan makan secara sederhana walaupun sedap.

Tetapi ada juga Lebai yang badan gempal tetapi kerana berjubah itu yang tak ketara sangat. Tahu-tahu masuk icu.

Bila badan berat jantung yang telah mula berdenyut sejak belum lahir lagi .. akan mengepam lebih kuat bila badan dan perut mengembang.

Itu yang agak nya bocor bila tersumbat.

Menjelang bulan puasa ambil lah kesempatan menjaga kesihatan kita.

Tanpa Nama berkata...

.

Macamana lah PAS pilih Naib Presiden. Macam itu punya jawapan mempertahankan dakwaan Mahahtir.

Memang taraf Macai. Walaun.

Hilang akal ke apabila Mahathir kata Dulu pun Hadi peluk LKS...

Ingat kalau makan apa pun dan sedap macamana pun biar lah sederhana. Tapi kalau makan dedak memang susah nak kontrol .. cakap pun taraf Macai walaun..

Tanpa Nama berkata...

.
.

Itu nak menegakkan Islam tapi tak di serapkan ke hati dan jiwa.

Jika Islam di serapkan dalam hati dan jiwa termasuk siatem, dengan sendiri nya Islam tertegak.

Wallahualam.

PokAmid berkata...

Hadi dah menjadi liabiliti kepada parti...tp walaun masih lagi memberi wala kepada dia.

Bukan sahaja kluk-klek Hadi yang merugikan parti, mulutnya yang kohong itu pun menjadi sebab partinya dah tidak diminati dan dipermain2kan orang.

Kesian Hadi...tapi lebih kesian ialah kepada parti yang makin hari makin melupus, kecuali dalam hati walaun!!!

Tanpa Nama berkata...

HA CKP PASAL PENGANGURAN, UNTIL NOW KERAJAAN FAIL TO RESOLVED IT. 4% KADAR PENGANGURAN KERAJAAN BERANGGAPAN MACAM TAK SERIUS, TAPI DI NEGARA SINGAPURA,0.1% NAIK KADAR PENGGANGUR, MENGELABAH KERAJAAN SINGAPURA MCM KENA KANSER TAHAP 4. MALAYSIA DAH TAHAP KRONIK BUAT ENDAH TAK ENDAH SHJ. WE ALL JGN TERTIPU DENGAN PELUANG KERAJAAN YG BYK DITAWARKAN AS KERAJAAN TAK NAK SPECIFY EITHER IT IS FOR BURUH KASAR ATAU PROFESIONAL, WHICH IS DARE TO SAID KEKOSONGAN SKG IALAH BURUH KASAR. SKG, KERAJAAN TAK ADA CONTROL DLM BILANGAN MAHASISWA YG KELUAR, WHERE KERAJAAN DI NEGARA LAIN THERE CONTROL IT ENSURE IANYA SETIMPAL DENGAN PELUANG PEKERJAAN YG ADA. SO DENGAN PROJEK MEGA PEMBINAAN DIBERIKAN KPD NEGARA CHINA, THEN PELUANG PEKERJAAN UTK BURUH KASAR NENINGKAT WELL UTK PROFESIONAL, U ALL FIKIRLAH SENDIRI. SO, WAT EVER PROJEK MEGA YG DIBUKA HANYA MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN UTK BURUH KASAR BINAAN, DAN UTK MENINGKAT PELUANG PEKERJAAN UTK PROFESIONAL THEIR SHOULD MORE PEOPLE INVEST DLM FINANCIAL SERVICE, HOSPITATILITY, ICT, BIOTECHNOLOGY BUKAN PROJEK PEMBINAAN, HANYA MEMERLUKAN SEDIKIT SHJ GOLONGAN PROFESIONAL TERLIBAT.

Tanpa Nama berkata...

Dah tiba Majlis Fatwa Negara mengharamkan umat Islam yg berperut boncit...ini akan mendatangkan musibah bukan pada diri sendiri malah keluarga dan juga negara (mati pra matang). Sumber tenaga manusia jadi kurang.

Kenapa pula tidak?...sama juga dgn rokok. Makan berlebihan adalah godaan syaitan yg sangat jahat tapi asyik judi,zina...arak sahaja godaan syaitan yg di-perkatakan.

Banyak hadis tentang berlebihan makan yg ada...tetapi jarang2 sekali ada syarahan tentang tajuk tu...nak tahu KENAPA?? Ustaz dan Ustazah 90% semua boncit2 belaka. Sendiri mau ingat ya?