Peguam persoal Najib tidak kutuk jenayah depan mata oleh Mat Over
Peguam dan Ahli Parlimen PKR N Surendran hari ini mempersoalkan kegagalan Datuk Seri Najib Razak mengutuk kelakuan jenayah yang disaksikan olehnya ketika sesi Dialog Transformasi Nasional (TN50) di kediaman rasminya di Putrajaya malam tadi.
“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran.
Beliau merujuk program Najib bersama “penggiat seni” yang dipengerusikan pelakon Datuk Rosyam Nor, yang menyaksikan pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan Rosyam yang tidak memberikan peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang mengajukan soalan.
Bagaimanapun, selepas dibenarkan meneruskan soalan kepada Najib, pelakon Sulaiman Yassin yang dikenali dengan panggilan “Mat Over” tiba-tiba meluru dan menampar Teo, menyebabkan pergelutan sehingga memaksa pasukan keselamatan meleraikan keadaan.
Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib. Surendran berkata polis perlu menyiasat kejadian itu dan undang-undang perlu dihormati.
“Apabila sesuatu jenayah berlaku, PM atau sesiapa pun tidak berhak menyelesaikan perkara itu (di luar kerangka undang-undang),” kata Surendran.
Menurutnya, Mat Over boleh didakwa di bawah Seksyen 351 dan 321 Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan serangan dan sengaja menyebabkan kecederaan.
Surendran turut menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyiasat insiden itu.
“Identiti penyerang dapat disahkan dengan jelas menerusi rakaman video insiden itu.
“Walau apa pun, kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan.” -FMT
ULASAN GB
Insiden jenayah berlaku di depan mata seorang Perdana Menteri. Dan seperti yang dinyatakan oleh peguam di atas tiada tindakan diambil ke atas orang yang melakukan jenayah itu.
Apakah kerana Mat Over itu seorang ahli UMNO lantaran itu tidak ada tindakan dikenakan ke atasnya?
Keadaan mungkin berbeza jika yang menyerang itu bukan UMNO dan yang kena serang itu ialah ahli UMNO!
Kepada Ketua Polis Negara, bertindak dan berlaku adillah di dalam profesion kamu!
FEATURED ADS

'Insiden penampar bukti budaya bodek menjadi-jadi'
Insiden kekasaran di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi memalukan seluruh negara, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mujahid Yusof Rawa.
“Budaya bodek sudah semakin menjadi-jadi dan hanya membuktikan kesetiaan golongan artis kepada PM,” kata Mujahid.
“Inilah budaya TN50 (Transformasi Nasional 2050) yang akan merosakkan masa depan politik Malaysia?
Dalam insiden malam tadi, pengarah filem David Teo dikasari di depan Najib semasa sesi dialog TN50 berkaitan industri seni di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.
Ia bermula apabila Teo mempertikaikan pengendalian pengacara majlis Rosyam Nor yang didakwa tidak memberi peluang sama rata kepada hadirin untuk memberi pandangan.
Tidak puas hati dengan tindakan itu yang didakwa “tidak beradab”, rakan artisnya Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over melulu ke pentas dan cuba menamparnya.
Berlaku pergelutan seketika sebelum dileraikan. Najib bagaimanapun tenang ketika kejadian.
Melalui WhatsApp dalam reaksi segeranya susulan insiden itu, Mujahid berkata golongan artis tidak harus dicemari dengan budaya bodek atau diracuni dengan amalan perkauman.
Beliau juga kesal penyebaran rakaman video kejadian yang kini viral tetapi cuba dikaitkan dengan unsur-unsur perkauman hanya kerana mangsanya Cina dan penyerangnya Melayu.
“Mesej daripada insiden penampar ini jelas, budaya bodek boleh rosakkan imej PM,” kata Mujahid.-mk
ULASAN GB
Insiden jenayah berlaku di depan mata seorang Perdana Menteri. Dan seperti yang dinyatakan oleh peguam di atas tiada tindakan diambil ke atas orang yang melakukan jenayah itu.
Apakah kerana Mat Over itu seorang ahli UMNO lantaran itu tidak ada tindakan dikenakan ke atasnya?
Keadaan mungkin berbeza jika yang menyerang itu bukan UMNO dan yang kena serang itu ialah ahli UMNO!
Kepada Ketua Polis Negara, bertindak dan berlaku adillah di dalam profesion kamu!
13 ulasan:
.
.
Apabila Rosyam Nor hanya menghadap ke satu arah bermakna soalan yang akan di jawab oleh Najib adalah soalan yang telah di sediakan.
Dalam hal ini Rosyam Nor yang ter'over' kerana cuba memastikan program tersebut berjalan mengikut kemahuan dia membodek Najib.
David menyuarakan persoalan mengapa pentas yang berbentuk bulat yang tujuan nya untuk berkomunikasi dengan lebih bermanfaat tidak di gunakan. Rosyam mempertahankan ego dia sedangkan dialog berkonsepkan sebegitu ada lah cara bersantai.
Makna tidak serious bukan lah bermaksud cakap-cakap kosong tetapi tidak perlu ucapan atau bercakap dengan berbunga-bunga dengan minta izin untuk menyuarakan pendapat.. dengan menyebut Yang Berbahagia Dato Sri... memohon maaf lah sekiranya ..
Sebab itu lah ahli UMNO tak bersuara dalam mesyuarat kerana mereka kekok sepertimana David Teo yang lebih suka berterus-terang (straight to the point)..
Perhatikan lah Mesyuarat UMNO makan masa berjam sedangkan masalah yang di bincangkan mengenai majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin.
Apa pun, di harap semua pemimpin PH menjadikan insiden ini sebagai pengajaran untuk memperbaiki hubungan dengan masyarakat.
Mungkin Mat Over ada impian nak jadi SENATOR, tu sebab
dia terover dalam tindakannya di depan Najib.
Dia menapar David Teo yang dianggapnya, konon kurang ajar
kat PM, mungkin dengan tujuan untuk jadi hero negara.
WOW, SAMPAI NAJIB KESILAPAN TAK BLH TEGUR BEB. THAT Y PAS SKG BOLEH BERSATU DENGAN UMNO BECAUSE PAS PUN SAMA TUAN PRESIDENT TAK BLH TEGUR KESILAPAN DIA.
Inilah budaya yg dibawa umno skrg. Ingat baju merah jamal? Asyik nak pukul org sj. Mrk sebenarnya tak mampu berhujah(krn bukan dipihak yg BENAR), jd guna kekerasan sajalah. Begitulah jg dgn bapak umno. Dia tak mampu berhujah, jd asyik elak drp berdebat. Org lain nak berdebat pun tak diizinkan. Masalahnya, mrk terlepas drp tindakan undang2 krn mrk penyokong umno. Jd makin ramailah penyangak2 akan ikut contoh mrk pd masa akan dtg
BERLAKON!!!
Nama pun Mat Over.
Dedak
Apa yang kurang ajarnya!
Agak2 lah nak jd senator pun. Dasar PELAWAK SAMPAH!
macam2 persepsikan?
semuanya menjangkakan persepsi mereka benar, termasuklah admin sendiri.
tiada tindakankah atas insiden tersebut? relax la bro, dah ada laporan polis dan kertas siasatan sudahpun dibuka. jangan la menyalak awal2 sangat, nanti tercekik tulang pulak. semua nak letak kesalahan atas najib. yang menyepak dan di sepak tak ada kena mengena dgn najibpun. benda berlaku secara spontan. david teo yang sukar belajar sentitiviti bila berkomunikasi serta mat over yang terover tak dapat menahan sabar sudah didamaikan (sebab bersalam depan pm, ikhlas atau tidak siapalah kita untuk menilai), kenapa nak letak kesalahan kepada najib? najib terus boleh buat penilaiankah atas kejadian tersebut? asal nampak saje terus respon, asal respon saja disangka terbaik. itulah pendekatan paling tak cermat. betullah apa yang najib buat walaupun korang tak suka najib, tidak respon spontan tetapi menyerahkan kepada yang berkelayakan untuk mengambil tindakan. so, tak payahlah susah2 mencari gali kesalahan orang yang tiada kaitan. carilah isu yang lebih relevan yang menguntungkan rakyat. cerita artis bergasak ni menguntungkan rakyat ke? minyak mahal, gst lagi, barang makin mahal gila babi, cukai pendapatan mencekik dan lain2 lebih baik dijadikan isu. lantaklah pasal artis2 ni....
Semua tu lakonan shj...dua2 pihak dpt manfaatnyer..fikirkan lah..
Mat Over tu Tok Guru Samseng Geng Baju Merah. Jenis Tok Guru yang suka pukul curi. Face to face telur kecut. Bak kata orang kalau sekali bah..sekali pantai akan berubah...samseng masuk... Hahahaha...
Tak sangka... seorg pelawak.. rupanya panas baran.. sepatutnya tidak boleh terjadi tu...
Elok jg hantar buat ujian air kencing mt over... manalah tau kan.... sbb bertindak diluar kewarasan
Anda telah terlepas pandang satu isu yg amat berat. Perkara ini semakin menjadi2. Jika suatu kesalahan dilakukan oleh org melayu(islam!) terutama umno, dgn senang sj mrk terlepas drp hukuman. Islam tak ajar kita begini. Apa persepsi non muslim bila lihat kejadian spt ini? Islam itu tidak adil! Dimana kepimpinan najib dlm hal ini? Itu yg dipersoalkan dan mmg wajar najib dipersalahkan. Satu ketidakadilan berlaku didepan mata beliau pun beliau tak mampu bertindak dgn adil. Lemah sgt ciri kepimpinan najib. Jadi isu ini sgt penting utk membuktikan betapa najib tak mampu menyelesaikan semua masalah yg anda senaraikan dan beliau perlu segera disingkirkan drp jawatan PM.
Spisis UMNO mana ada yg cerdik samseng ada lah. Akal letak kat kepala lutut. Suka buat sesuatu buat dulu baru fikir bukan fikir dulu baru buat.
Catat Ulasan