9 Feb 2017

[VIDEO] Dedak RM90 Juta Untuk PAS Melalui Affin Bank?

RM90 juta untuk Pas disalur melalui Affin Bank, dakwa Husam

Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima oleh Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.


Sehubungan dengan itu, katanya, pihaknya akan mendedahkan lagi perkara ini menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Jadi masa pilihan raya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan), kalau dia dengan Umno. Kalau dia tidak dengan Umno, Umno buat tubik," kata Husam dalam satu klip video ceramahnya di Kelantan.

Dalam klip video 1.24 minit itu, Husam turut mendakwa, kalau tidak ada apa-apa masalah Pas akan bekerjasama sepenuhnya dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

"Untuk maklumat ahli bawahan Pas, kalau tiada aral melintang Pas akan bersatu dengan Umno. Nama dengan pelbagai-bagai, taawun ke, taaa apa ke, tidak usah kira," kata beliau dalam video itu.

Sebelum ini, Sarawak Report, sebuah laman web yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia mendakwa Pas menerima RM90 juta duit dari Umno.

Ekoran itu, Pas mengugut akan menyaman laman yang berpusat di London itu.

Namun sehingga kini hanya notis awal dikemukakan oleh parti itu tetapi belum memfailkan sebarang saman lagi terhadap laman itu.

Pada 8 Ogos 2016 lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi Pas menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media pada hari itu.

"Apapun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas," katanya. -MD



ULASAN GB

Patutlah tak saman-saman lagi Sarawak Report... hmmm.





FEATURED ADS



25 ulasan:

Unknown berkata...

Jika Datuk Husam dah buat fitnah terhadap PAS, apa lagi PAS nak tunggu? Saman sajalah dia.
Jika PAS berdiam diri, tak buat apa-apa, bermakna memang benarlah PAS dah terima RM90 juta dpd UMNO.

Malaysiabaru berkata...

KENAPA HAJI HADI TAK NAK MEMGAKU?

SELURUH NEGARA BOLEH TERIMA PAS TERMAKAN DEDAK RM90JUTA NAJIBULL

RASUAH MONEY LAUNDERING DERMA ADALAH ASAM GARAM BERPOLITIK.. APA BEZA PAS DGN UMNO ATAU MCA MIC.. SEMUA PARTY POLITIK PERLU WANG UTK HIDUP

RAKYAT BOLEH TERIMA PAS REMBAT 90JUTA. HADI TAK PERLU TAKUT

RAKYAT TAK BOLEH TERIMA HADI HIJACK RUU355 DARI JAKIM !!! KESIAN JAWATANKUASA TEKNIKAL RUU355 BERSUSAH PAYAH DRAF EDIT DRAF EDIT SUDAHNYA NIK MEMYAMAR CILOK BAGI AYOH HADI PIN..

SIA SIA USAHA JAKIM !!! SAMPAI GADUH DGN DAP MCA MIC DAN SELURUH NEGARA GEMPAR KUNUN ADA HUDUD. RUPANYA barang HIJACK DARI JAKIM !!!, konspiracy jamil kill dan Nik memyamar !!!

Wallahuwallam

Unknown berkata...

Salam:

Tiada apa2 lagi nak saya huraikan,cuma saya nak buat perbandingan dgn DSAI,sebaik sahaja DSAI di Fitnah,yg beliau tak lakukan,sokong yahudi,sodomi 1,sodomi 2,Beliau consistant masuk mahkamah.

Tapi dlm kes ini senyap sepi.

I rest my case.

sekian.

matakanan berkata...

Benar kah pas dapat duit dari Najib BN ?????
jawapan nya pada PRU 14 nati .
Itu jawapan rasmi .
jawapan tidak rasmi semua dah dapat menjangkakan,,hanya ahli ahli bawah PAS sahaja masih membenarkan pemimpin pemimpin atas mereka , kerena ahli ahli hanya dengar berita sebelah pihak sahaja dan percaya bulat bulat apa yang pak ustaz ceramah di masjid masjid...
Dulu selepas solat maghrib ada kuliah agama hari hari maki hamun BN sekarang sudah tukar kepada parti Amanah dab Dap pula.
kekal lah bersama jemaah kalian wahai orang orang PAS walaupun para pemimpin kalian dapat dedak kalian akan dapat syurga, itu tauhid kalian ambil lah kerana syurga dibawah parti PAS....
Allah tahu dan maha mengetahui.
gelaran rahmat syura hanya hak Allah milik Allah terpulang pada ALLAH hendak bagi kepada parti mana mana.

Tanpa Nama berkata...


Lepas Sarawak Report dedah PAS terima RM90 juta, Dato Seri Hj Hadi senyap. TITM yang mula menafikan dan kata hendak saman. Sekarang Dato Seri Hj Hadi selalu nampak muka 'stress' dan bila bercakap suara tak lancar. Pernah sekali masuk IJN. Sama macam jibby muka 'stress'. Tidak tahu apa sebenarnya mereka memikirkan. Masalah umat kah...masalah agama kah......masalah negara kah ??? Atau masalah duit masuk dalam akaun ?

Berani tak PAS saman YB Husam ?

Lelakidicermin berkata...

Husam ckp pru nanti kita keluarkan cerita ni.. kalau pas pergi ke umno. Kalau pas pergi ke PH.. umno pulak yg keluarkan cerita ini.. dr ckp husam ni.. pimpinan pas masih nak berlagak.. sakit mental ke.. kekiri tak boleh.. ketengah tak boleh.. kekanan tak boleh.. memang jadi maharaja lawak lah parti pak lebai ni pru nanti. yg boleh..ramai org utarakan idea tu.. parti pas jadi ngo.. itu je jln selamat.

pak maun berkata...

Sokong

Tanpa Nama berkata...

No wonder and no hal pas akan bertanding 222 kerusi parlimen pru14 nnt.sebab bajet dah lebih dari cukup.kutipan tin milo dgn karung tinggal habuk pun xrisau.perhimpunan tahap mega,roadtour satu malaysia pon bole buat sebab dapat derma dari saudagar melayu buluh kasap 90j.
Titik

Unknown berkata...

Henti kata-kata kesat kepada Pas

05 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE

9 Comments
Nunji'17 berlangsung sehari di Shah Alam hari ini
Nunji'17 berlangsung sehari di Shah Alam hari ini


Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh ahli dan penyokongnya menghentikan sebarang bentuk penghinaan atau kata-kata kesat terhadap lawan politik mereka termasuk Pas.

Arahan itu dinyatakan setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir pada program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam hari ini.

"Maka saya mengarahkan hari ini kepada semua ahli dan penyokong Amanah agar menghentikan segala kata-kata kesat terhadap parti lawan kita termasuk Pas. Ini arahan rasmi daripada parti.

"Jika anda berada dalam grup Whatsapp yang menggunakan kata-kata menghina dan kesat, keluar segera dari grup itu," katanya.

Terdahulu beliau menjadi moderator bagi slot pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk "Negara Madani dan Referensi kepada Prinsip Islam dan Maqasid Syariah" yang disampaikan oleh Prof Dr Jasser Audah dari Kanada.

Tanpa Nama berkata...

jawapan walaunta untuk menegakkan benang yg basah.


1.Sepatutnya pehak yg menuduh mengemukakan bukti.
2.Duit 90juta itu untuk bantuan kerajaan pusat untuk kerajaan kelantan.

jawapan saya untunk jawapan itu.

1.Di malaysia ada 2 set undang2,a)undang2 bangsawan (parti pemerintah+kawan parti pemerintah).b)Undang2 untuk rakyat marhaen/dan parti yg berlawanan dgn parti pemerintah.

undang2 pertama a)"Ada pembunuhan,salah guna kuasa,rasuah yg terang2an di COVER,mengunakan instrument goverment yg ada.Manakala media perdana yg dicontrol dipaksa mempolish dari yg buruk nampak,sesuci murni.
manakala undang ka2,untuk rakyat/parti lawan ianya dikenakan secepat kilat,contoh yg terbaik DSAI sekarangni merengkok 5thn dlm penjara.Takada saksi,dikenakan di mahkamah sivil,yg tertuduh terpaksa terbeban untuk cari bukti.

Bagi parti2 yg tumpang semangkok/dgn parti pemerintah,kegiatan mereka di COVER,umpamnya balak,dan rasuah 90juta.

sebagai balsannya,parti yg DI cover ini terpaksa mengCOVER.kecurangan parti pemerintah,umpamanya dgn mengatakan mustahil najib ada acconut sendiri 2.6billion,najib kena ada saksi,sedangkan najib sendiri mengaku mempunyai simpananan itu.dan memporak-perendakkan PR.

untuk jawapan ke2..Takkanlah 90juta pemberian kerajaan persekutuan,kerajaan kelantan tak dapat beri jawapan detail,duit itu kemana??ka bantuan banjirkah??ka masyarakat miskinkah??atau membayar rumah/kereta bini kedua.

Apa yg saya dapati sekarang,pemimpin2 Tertinggi PAS,Didalam keadaan sungguh tertekan dah kena "RANSON" dgn Najib.nak join umno?nak join PH?, BERLAGAK DGN ppbm??last-last terkontang-kanteng dgn PIGsnya.

Tanpa Nama berkata...

ini bukan kata-kata kesat.

Ini dakwaan.

Kata-kata kesat tu macam menyamakan orang lain seperti anjing, babi !

Orang yang cakap itu lah yang kena ambil ikhtibar.

Tanpa Nama berkata...

.

Apakah jalan penyelesaian untuk rundingan yang telah di usahakan selama ini gagal?

Jika di selidik hanya orang tertentu dan yang rapat sahaja, selain kakitangan bank, yang tahu Bank mana ?

Husam mendedahkan sebaik rundingan dengan PPBM yang telah di umumkan di nafikan oleh pemimpin PAS.

Ini bukan sekadar angka lagi tetapi menamakan Bank Affin terlibat menguatkan lagi pemimpin PAS telah menerima wang tersebut.

Jika bukan pemimpin PAS yang memberi maklumat, mereka yang dianggap benar-benar berjuang demi Islam pun terpalit sama.

Husam bukan sekadar meneka .. maka pemimpin PAS jangan menembak sesuka hati !

RM 90 juta bukan duit UMNO atau mana-mana taukeh dan bukan sumbangan dari Pak Arab tetapi dari rakyat !

Parti yang mengaku perjuangan Islam nya tergamak menerima hasil duit dari kesengsaraan rakyat.



Unknown berkata...

Kalau betul lah hj hadi dpt duit tu tentu pil kuda kat thailand habis di belinya...

Tanpa Nama berkata...

Ulama songsang..yang haram dihalalkan..belajar agama tinggi melangit tapi tak takut tuhan..tipu umat islam terutama ahli PAS...kalau PAS kalah Hadi tak ada hal 90j ada dlm akaun,ahli yang wala ni terkebil kebil lah nampak nya..

Tanpa Nama berkata...

patut le Din Ayam kaya....
90 juta Oooooooo....
nk jadi menantu presiden la.......

Tanpa Nama berkata...

Bm dpt berapa ye? Kata2 kesat dgn dakwaan dgn bukti pun tak reti nak beza...kesian...

Tanpa Nama berkata...

Wow... Penyokong pd calon pil ke sedara ni?

Unknown berkata...

Bersumpahla hj hadi awang atas nama allah dan nabi muhammad saw yg anda tidak terlibat dlm wang 90 juta itu...jika tidak ahli pas yg bongok2 bole la keluar pas...tahap ulamak pasti x berani bersumpah atas nama allah n nabi coz hukum karma nya pasti sepantas kilat.. ahli pas bole fkr cadangan aku ni..suruh presiden kau org bersumpah dpn kaabah disaksikan kebesaran allah..berani kerba benar spt bilal bin rabah..

Tanpa Nama berkata...

Hadi bersubahat menyamun duit rakyat Malaysia..skrg dah confirm.

Tanpa Nama berkata...

Mana berani nak bersumpah kalau dah makan duit dedak tu...

Unknown berkata...

Ulang sokong.. Konsistensi menunjukkan yang mana pejuang.. Yang mana berjuang dan yang mana pengecut

Tanpa Nama berkata...

Dah heboh pasal Husam dedah ni dalam blog.., dalam web..., tular dalam handphone seantera alam. Tak ade cerita ke lagi PAS akan saman Husam??

Tanpa Nama berkata...



Inilah rope bapak FITNAH pilkuda itu

Inilah rope anjing penyalak babi/PIGS ddlm bukit t.hari

Inilah rope bukti, bhw kaki FITNAH itu memang gerenti dah jd penCURI!


Layakkah bapak FITNAH yg jd penCURI mnjd "IMAM" semayang!?

Bapak FITNAH itu bukan menCURI duit "individu" ttpi menCURI duit seluruh "RAKYAT" Malaysia tau..!!

Gara2 bapak FITNAH yg turut sama menCURI duit "RAKYAT" itulah GST dll kenaikan caj2 serta harga barangan tidak dpt dibendung lg..


Adakah lg walaunta2 yg bodoh dan TOLOL sggup mnjd "MAKMUM" kpd bapak FITNAH kaki samun sedondon menCURI itu sbg "IMAM" mrk..!?

Lupakah mrk yg mnjd walaunta2 itu bhw kerja DAJJAL itu membawa FITNAH!?

...menipu keliru uturn ponteng & khianat itu juga adalah FITNAH kpd umat!

...menyamun rasuah menCURI duit "RAKYAT" pula adalah sbesar2 FITNAH atau kebejatan serta kegelapan kpd umat!


Siapakah DAJJAL pembawa FITNAH itu didepan mata kita skrg!!?

Saksikan..serta renungkan lah dgn mendalam..

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita menunggu ulasan tn hj hadi, ini merupakan suatu tuduhan yg berat, jika ianya suatu fitnah, maka husam patut di saman... berani kerana benar, takut kerana salah... wallahualam...Allahuakbar.

Unknown berkata...

Islam dah boleh dijual, betul kata najib "cash is king"