Chedet jawab Sultan Johor (Versi BM)
Saya TIDAK tahu jika benar YMM Sultan Johor mencabar saya berkenaan pembangunan Johor Bahru.
Mungkin ini hanya The Star yang mentafsirkan titah Sultan Johor sebagai cabaran terhadap saya.
Tetapi sekiranya YMM Sultan menafikan baginda mencabar saya, saya ambil kira laporan The Star sebagai benar.
Saya akui saya agak terbatas. Sementara orang boleh berkata apa saja tentang saya, dan saya sangat mengalu alukan kebebasan bersuara sedemikian, saya harap dengan maklum balas terhadap cabaran baginda saya tidak akan ditangkap dan dipenjara tanpa bicara.
Tetapi jika terdapat perbicaraan, silalah tangkap saya..
Sekarang ini, apa saya kata? Tidak lebih hanya mengulang semula laporan Bloomberg. Saya hargai mengapa Bloomberg tidak dicabar mahupun dinafi.
Apa yang Bloomberg kata mengenai laporan bertarikh 22 Nov tahun lepas?
Dilaporkan bahawa syarikat Cina dari China akan membina Forest City di JB yang boleh memuatkan 700,000. Dilapor lagi bahawa kapal terbang yang dipenuhi dengan Cina China diterbangkan untuk melihat model bersaiz manusia dan mereka akan membeli hartanah di Forest City.
Saya merasa ragu jika Melayu Johor dan Cina membeli atau akan membeli pangsapuri tersebut. Tidak mungkin kebanyakan orang Malaysia akan membeli semua hartanah ini.
Bloomberg di dalam laporan yang sama memaklumkan bahawa 60 pembagunan lain bersamaan Forest City, juga telah dijual kepala orang Tanah Besar Cina.
Melihat semula pada tahun 1819, apabila Sultan Ali, tidak memajakkan Singapura kepada British, Temenggong yang menandatangani pajakan tersebut. Lihatlah Singapura hari ini. Sebahagian dari Johor telah menjadi negara asing - pesat membangun tidak menjadi hal, tetapi ianya negara asing.
Terdapat lebih banyak dari jutaan orang asing duduk di JB Forest City dan 60 pembangunan lain. Tempat baru ini tidak menjadi negara asing tetapi akan mendadaknya peratusan orang asing. Jika mereka tinggal lebih lama, mereka bakal layak diberikan kewarganegaraan Malaysia.
Ya, saya mempromosi pelaburan langsung asing (FDI). Tetapi ia bukanlah mengenai pembelian tanah di Malaysia, membangunkan dan menjual tanah kepada orang asing yang akan tinggal di sini.
FDI adalah berkenaan dengan pelaburan dalam industri permbuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat Malaysia bekerja di dalam industri tersebut. Mereka ini akan peroleh kemahiran dan memulakan perniagaan pembuatan mereka sendiri.
Kontraktor Malaysia sudah cukup berupaya dalam membina segala jenis bangunan dan membagunkan tanah. Kita tidak memerlukan orang asing untuk melakukan semua ini. Lihatlah Malaysia hari ini.
90% atau lebih dari bangunan baru dan pembinaan adalah hasil syarikat rakyat Malaysia sendiri. Majoriti pembelinya adalah orang Malaysia, dan mereka adalah rakyat yang sememangnya hidup di situ.
Tetapi apabila orang asing membeli tanah, di situ tidak akan ada pengaliran masuk modal. Kebanyakan wang dipinjam. Dan mereka boleh membuat perniagaan dengan bank mereka sendiri.
Apa jua hasil syarikat asing dapati akan menjadi asing dan memberi kesan kepada pengaliran keluar modal.
Apabila pengenalan skim di mana anda boleh membeli hartanah di China dan percuma sebuah rumah pangsa atau rumah di Malaysia, tidak ada keuntungan didapati di Malaysia. Oleh itu, tidak ada hasil cukai dibayar kepada Kerajaan Malaysia.
Biarlah kesemua transaksi dibuat secara telus. Terbitkan semua dokumen tentang pelaburan, jumlah pekerja, negara asal mereka, pembeli, bank-bank yang menjadi sumber wang dan kesemua dana asing. Lakukan semua ini dengan jujur. Jangan sembunyi.
Jadi biarkan Transparency International memeriksa dokumen rasmi yang didedahkan. Biar rakyat lihat dokumen ini sebagai bukti ketulenan.
Dasar pandang ke timur bukanlah berkenaan dengan meminta Timur untuk membeli tanah di Malaysia, membangunkan dan menjual kepada rakyat negara tersebut. Ya, kita menggalakkan orang asing menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua. Tetapi jumlahnya amatlah sedikit. Dasar Pandang ke Timur bukanlah tentang imigrasi ratusan ribu secara besar-besaran. Ianya mengenai rakyat Malaysia belajar tentang bagaimana negara Timur ini membangunkan negara mereka.
Amat mudah untuk menuduh saya bersikap perkauman. Saya pernah digelar ultra-Melayu sebelum ini.
Label sebegini, yang memburuk-burukkan saya sebenarnya mendedahkan betapa lemahnya hujah yang kukuh disebalik apa yang saya lakukan atau katakan. Ini mencerminkan kekurangan asas hujah untuk menentang saya.
Negara ini berbilang bangsa. Rakyatnya berbeza etnik, bahasa, agama, budaya malah kesejahteraan ekonomi telah subur di negara ini dengan amannya.
Di kebanyakan negara, walau sedikit perbezaan tafsiran berkenaan agama mereka boleh menyebabkan keganasan dan peperangan. Terus terang, Malaysia adalah aman dan stabil.
Ianya stabil dan aman kerana kita menerima satu sama lain sebagaimana sedia ada. Semasa 22 tahun sebagai PM, tidak ada pertembungan bangsa yang signifikan. Perbezaan, ya, tetapi tidak ada keganasan. Dan negara ini membangun.
Jika saya ini bersikap perkauman, sudah pasti adanya kegawatan dan kemunduran negara semasa pentadbiran saya.
Anda boleh pertikaikan apa yang saya kata. Itu adalah hak demokrasi anda.
Saya cabar The Star terbitkan apa yang saya kata ini sepenuhnya. Ini menjadi ukuran buat ketakutan Kerajaan terhadap kebenaran bahawa media arus perdana telah dikawal rapi.
Saya akan terima artikel ini bakal dilenyapkan kerana kita hidup di dalam negara kleptokrasi dimana kebenaran dipenyapkan, hanya mampu dibisik tidak mampu disuarakan.
Saya adalah rakyat Malaysia yang lahir di Kedah. Malaysia adalah rumah saya dan kesetiaan saya. Jika saya dituduh derhaka melalui apa yang diperkatakan oleh saya, maka biarlah.
DR MAHATHIR MOHAMAD
VIDEO BERKAITAN
ULASAN GB
Semua kagum dengan kehebatan Mahathir. Dengan usia yang sudah menjangkau lebih 90 tahun, beliau masih mampu berdiri lebih dari satu jam untuk menyampaikan ucapan semasa melancarkan parti PPBM.
Bagi orang yang seusianya mungkin sudah nyanyuk, tetapi ucapan yang disampaikan tidak menampakkan keadaan itu berlaku. Yang nyata pemikirannya tajam, perkataannya jelas, artikulasinya sama seperti dahulu.
Sememangnya kita bukanlah bersetuju dengan semua tindakan Mahathir sewaktu beliau menjadi PM dahulu. Tetapi umurnya panjang itu membolehkan beliau untuk membetulkan kepincangan yang sedang berlaku di dalam negara. Beliau dengan berani mendedahkan kepincangan-kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN yang berkuasa kini.
FEATURED ADS

20 ulasan:
hanya umno yg mmbuta tuli menyokong shj yg masih tidak nmpak apa yg benar
Ini lah perbezaan besar pemikiran dan tindakan Tun Dr. Mahathir jika dibandingkan dengan Najib. Cuma silapnya Tun ialah memecat DSAI
Forest City ni projek siapa sebenarnya? Siapa pemilik dan pemegang saham syarikat ini? Kenapa pihak kerajaan negeri tidak ada mengeluarkan kenyataan sehingga memaksa Sultan mencemar duli untuk memberi penerangan?
Akibat fitnah sgl2nya musnah
Fitnah Memali fitnah Al-Maunah
Fitnah LIWAT-1 kehakiman pun diratah
Fitnah ribuan2 pendatang dpt IC diSabah
Fitnah pun berterusan lg fitnah oh fitnah!
Fitnah dgn projek2 PKFZ & IPP yg mentekedarah
Fitnah menipu, mengeliru, merompak songlap rasuah
Fitnah dianggap "smart-licik-brilliant" walhal setolol2 bangkai-Ummah!
Fitnah mnjd "wahyu" dicetak disiar diwar-war diTV radio & akhbar2 sampah
Fitnah mnjdkan majoriti melayu kg & pok/mokcik2 Felda terus "layu" & lemah
Fitnah oh fitnah! drp LIWAT-1 dtg pula PilKuda & LIWAT-2 yg sgt2 parah
Fitnah oh fitnah! kini ustad2 & lebai2 Mesirr pun juga main fitnah
Fitnah oh fitnah! adakah Madey kni dah bnar2 insaf & pasrah!?
Smoga kita sume bnar2 TRANSPERENCY-pasrah kpd ALLAH
Jk penjara dpt mnjdkan kita bnar2 pasrah..
..Oh! relakan lah..dan relakan lah..
Demi LENYAP lah sgl fitnah!
Alhamdu lil LLAH..
Ramai yg malas nak komen... Bimbang dipakaikan gelang besi....
Kumbang... Forest city tu bukan atas tanah... Ia atas laut...
Ditambak jadilah sebuah lagoon bercampur pulau..
Dimiliki... Oleh siapa lagi.. Dulu tak.lulus EIA.. Tapi entah skrg lulus.. Siapa mampu beli rumah atas air??? Lu kerja 100tahun pun lu tak mampu
Tempat memang cantik nampak Singapore jelas.. Nyaman sejuk tapi bising sikit ada kapal besar lalu..
Kerajaan negeri tak de kuasa nak halang projek swasta jika ikut undang undang..
Bukan perkara biasa org luar rembat barang Malaysia..
IPP sepatut milik TNB di rembat china komunis.. Trx sg besi airport.. Rel laju ketetapi dari kl -Beijing
Byk lagi komunis dah rembat
Sia sia berjuang lawan komunis dulu dulu.. Akhirnya komunis jugak tolong Malaysia..
Semua fitnah fitnah fitnah sampai lu menanah kena fitnah������������
Komen je pasal Tun Mahathir.
Kalau tenguk buruk semua orang ada keburukan tapi tak lah seburuk Najib dan tak lupa juga Si Hadi.
Kalau orang lain dah diam. Atau mungkin di dedahkan kesalahan-kesalahan yang Tun buat.
Semuanya yang di dedahkan oleh pemimpin UMNO seperti Saleh dan lain-lain di balas oleh Tun dengan selamba.
Tapi satu tak baik nya, apa jadi PPBM kalau Tun dah tak ada ?
Payung Melayu dah koyak rabak. Hujan basah panas terbakar berpeloh. Ada aku kisah Melayu? Emak nenek aku mat saleh. Teka teki: Siapa itu aku? Yang pasti bukan Kapcairawi.������
Lama-lama sedikit demi sedikit datang balik rasa hormat dan kasih pada Mahathir.
Semua jual beli dan pajak gadai sedang giat di lakukan oleh Najib. Ini sangat membimbangkan seolah-olah keputusan yang dibuat ada lah secara adhoc.
Tak mustahil Najib dah terima sekurang-kurangnya 30% deposit dan mungkin bentuk rekaan luar dalam serta landskap semuanya termasuk promosi dan pemasaran di buat oleh Kerajaan China. Kerajaan Najib goyang kaki.
Hubungan Malaysia dengan China ialah hubungan antara Tuan Tanah dengan Pemaju. Tuan Tanah selain dapat duit, dapat 2 atau 3 unit kediaman.
Itu projek taman perumahan, bayangkan berapa UMNO dapat untuk CITY.
Masa Tun dulu kalau ada pun warga asing mereka berkerja di Malaysia. Tapi kalau sampai 700,000 orang, kerja apa ? Kalau dah dekat Singapura, percayalah mereka tak melabur di Malaysia melainkan mereka yang kontrol dan mainkan peranan yang besar.
Ini baru betul, bertemu buku dengan ruas.
Nazri, Anuar Musa dan Saleh Keruak berhenti lah menyalak.
Australia dah lama menghentikan pemilikan rumah dan tanah2 mereka kepada org cina kerana mereka tahu ianya akan menyukarkan kehidupan mereka dikemudian hari... tapi demi duit dan kemewahan pemimpin2 Malaysia seolah2 berlumba menjual tanah kepada mereka... apalah nasib anak2 melayu dikemudian hari nanti...kesian!!!!!
Semasa kes nizar derhaka dulu.. berbas2 rakyat johor bg sokongan pd sultan.. last2 nizar menang saman tiga ratus ribu. Yg kes sultan johor dgn tun M. Tun M menyambung ulasan bloomberg.. aku tak pertikai titah sultan johor.. tp sepatutnya maklumat dua2 kes setiausaha sultan telah sedia maklum seblm sultan.. sbb kesannya pada sultan johor..
Cakap pasal kapcai..
Denan dapat idea pasal larangan kapcai masuk KL masa budak-budak Jamal ramai-ramai bawak kapcai kacau konvoi BERSIH.
Sepatutnya haramkan kapcai buat demo protes bukan larangan masuk KL .
agak2 umno boleh pakai lagi ke kempen anti cina takut cina memerintah takut cina rampas negara takut jadi Singapore?
sesiapa umno yg bercakap perkauman adalah menentang dasar najib dan derhaka pada sultan johor.
jamal jamban pun tkkan serang low yatt dn jln petaling lagi.
Semoga Allah merahmati usaha2 Tun M..Allahuakbar
Sayangi lah malaysia yg tercinta
Demi bangsa malaysia yg merdeka
Ye betul...700 000 ikut anggaran bloomberg
Sebenarnya jika kita ke JB anda akan likat pekerja china akan jalan kaki hujan lebat beli nasi lintas jalan ke gerai gerai
Di area saujana china pasang cermin bangunan.. Mandur kena hantar kerbau pendek(babi),seminggu sekali utk hidangan
Di area trx cuba lihat pekerja china kluar beli bak kuteh thlghari.. Di sg besi nanti bandar bawah tanah china... Mcm zaman komunis mereka suka kerja bawah tanah
Di Melaka buat pelabuhan di lebihraya pantai timur di atas katil rosmah tidak mustahil ada bala komunis berkeliaran...
Apa lagi melayu mahu... Komunis dah tolong Malaysia lagi mau benci cina ka..???
Yang paling senang selesaikan masalah tentang umat melayu ini dengan menyalahkan org cina dan india. Tepuk dada, ketuk kepala sendiri tanya diri sendiri kita apa kita dh buat dengan bangsa melayu kita sekarang? Umat melayu lain rasuah, songlap, duit rakyat hilang, munafik, menipu, kita umat melayu buat ape?.. tegur pun tidak, kita julang dia jadi pemimpin, gila ke ape?..salahkan cina dan india adalah pikiran lapuk dan tidak bernas..Sedangkan org melayu sendiri tak mahu berusaha, sifat iri hati,busuk hati, nk kerja senang, tak mahu mengambil pengajaran bagi setiap kesilapan..mcmn nk maju?..jahanam..
Kunan otak dah berselut. Dulu kata nk buka hard rock cafe di putarjaya. Kata nya nk hidangkan beer tarik. Bilo ramai bantah terus tk jadi. Tau takut. Telor pon hilang. Kikiki
Catat Ulasan