Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik jika mahukan pegawai-pegawai kerajaan bersikap telus dan amanah serta tidak menyalahgunakan dana awam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib mesti menerangkan hal sebenar kepada rakyat berhubung wang ‘derma’ berjumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dari syarikat SRC International yang masuk ke akaun peribadinya.
“Jika tidak, ucapan Najib mengenai pegawai kerajaan tidak boleh mengambil hak rakyat hanyalah satu tindakan hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan.
Najib ketika bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam berkata, siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.
Beliau berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.
“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.
“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.
“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib.
Mengulas lanjut, Kit Siat yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah secara sinis menyatakan beliau akan ‘terkejut’ jika 99 peratus pegawai Jabatan Perdana Menteri yang mendengar ucapan Najib pagi tadi tidak terfikir tentang status Malaysia sebagai kleptokrasi global, skandal 1MDB dan gelaran ‘MO1’.
Ia berikutan ketiga-tiga isu berkenaan mendapat liputan luas seluruh dunia sehingga Najib pernah dikatakan sebagai antara Menteri Kewangan terburuk Asia.
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin NGO seperti Cynthia Gabriel dari C4 dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut meminta Najib selaku ketua kerajaan menjadi contoh pentadbiran yang telus dan amanah kepada pegawai-pegawai lain. -MD
VIDEO BERKAITAN
ULASAN GB
Apa lagi yang boleh diulas mengenai kenyataan Najib itu kecuali ia satu hipokrasi darjah tertinggi!
Melarang penjawat awan jangan ambil wnag rakyat sedangkan satu dunia sudah mendedahkan tentang MO1 yang telah merembat wang rakyat melalui 1MDB.
Ia umpama ketam yang mengajar anak berjalan betul!
FEATURED ADS
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik jika mahukan pegawai-pegawai kerajaan bersikap telus dan amanah serta tidak menyalahgunakan dana awam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib mesti menerangkan hal sebenar kepada rakyat berhubung wang ‘derma’ berjumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dari syarikat SRC International yang masuk ke akaun peribadinya.
“Jika tidak, ucapan Najib mengenai pegawai kerajaan tidak boleh mengambil hak rakyat hanyalah satu tindakan hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan.
Najib ketika bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam berkata, siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.
Beliau berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.
“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.
“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.
“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib.
Mengulas lanjut, Kit Siat yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah secara sinis menyatakan beliau akan ‘terkejut’ jika 99 peratus pegawai Jabatan Perdana Menteri yang mendengar ucapan Najib pagi tadi tidak terfikir tentang status Malaysia sebagai kleptokrasi global, skandal 1MDB dan gelaran ‘MO1’.
Ia berikutan ketiga-tiga isu berkenaan mendapat liputan luas seluruh dunia sehingga Najib pernah dikatakan sebagai antara Menteri Kewangan terburuk Asia.
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin NGO seperti Cynthia Gabriel dari C4 dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut meminta Najib selaku ketua kerajaan menjadi contoh pentadbiran yang telus dan amanah kepada pegawai-pegawai lain. -MD
'Ikut apa PM cakap, bukan apa dibuat'
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyindir ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengambil hak rakyat.
"Saya percaya pesanan dan nasihat PM Najib agar pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat menunjukan beliau sekadar mahu menunjukan kepada rakyat yang pegawai-pegawai kerajaanlah yang menjadi punca segala masalah gejala rasuah dan ketirisan perbelanjaan wang negara.
"Pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat dan jangan amalkan rasuah walaupun PM boleh terima kalau rakyat sudi derma," sindir Mahfuz yang mengaitkan ucapan itu dengan skandal 1MDB.
Semalam, Najib dilaporkan berkata, beberapa siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat
Jelas Najib, kes-kes sedemikian yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.
“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.
“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.
“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib lagi.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, para pegawai kerajaan dan rakyat sedar yang hanya segelintir sahaja penjawat awam terlibat dalam pengambilan rasuah.
"Tetapi mereka juga mempersoalkan kenapa kes berprofil tinggi yang membabitkan kepentingan individu kuasa politik tiada sebarang tindakan.
"Sebaliknya Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM yang fokusnya kes berprofil tinggi dikecilkan dan pegawai-pegawai SPRM pula dipersalahkan sehingga menjadi mangsa pemerintah.
"Bagaikan 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul', sedangkan yang memberi nasihat, dia sendiri tidak mengamalkan nasihatnya," kata beliau lagi.
Pada masa yang sama, Mahfuz mempersoalkan mengapa Najib selaku presiden Umno tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli Umno yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat.
"Semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno yang lalu, kenapa Najib tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli Umno seperti perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat," tambah Mahfuz. -mk
ULASAN GB
Apa lagi yang boleh diulas mengenai kenyataan Najib itu kecuali ia satu hipokrasi darjah tertinggi!
Melarang penjawat awan jangan ambil wnag rakyat sedangkan satu dunia sudah mendedahkan tentang MO1 yang telah merembat wang rakyat melalui 1MDB.
Ia umpama ketam yang mengajar anak berjalan betul!
22 ulasan:
Betullah apa yg Najib katakan. Sememangnya semua orang bukan hanya pegawai kerajaan shj, sememangnya tidak boleh mengambil hak rakyat cuma dia tak habiskan ucapan dia yg sepatutnya begini "pegawai kerajaan tidak boleh mengambil hak rakyat tetapi hanya saya dan keluarga saya shj yg telah dimutlakkan utk mengambil kesemua hak rakyat". Kesemua hak rakyat diMsia ni adalah hak Najib dan keluarganya.
YA BETUL
MALAYSIA POPULAR DGN 2.6B
IRAN PULA POPULAR US 2.8B dan duit ini di labur di Malaysia pusat wang haram. Dunia.
Malaysia dan Iran bergabung mewujudkan mesin money laundering.
P.s PAS GEMBIRA SANGAT PENGHALANG HUDUD DI BORNEO TELAH TIADA... SPT BIASA ALLAH MAKBUL DOA HADI..KATA MACAI...
ringgit 4.47 Najib dah bangga kata ringgit stabil... TUNGGU .. RM4.70 SELEPAS TRUMP ANGKAT SUMPAH.. NEGARA KOMUNIS CHINA YG REMBAT TANAH APOT SG BESI PUN HILANG 300BILLION REZAB NEGARANYA
BYE BYE ASEAN AND ASIA... IS FALLING DOWN
Salam:
Jasa-jasa Najib pada Malaysia.
Mengharumkan Negara di persada dunia,dgn Gelaran negara"KLEOPOTRACY"di Sokong Penuh oleh Lebai-lebai 90Juta.
Kepada Rakyat:Dgn "MENGHADIAHKAN GST"..Belum pernah dibuat oleh PM2 Terdahulu.
Bapa Buat Felda Anak "BANCRUPTkan Felda"
Pembunuhan Trajis Altantuya,Sedangkan "PERBICARAAN BERAT SEBELAH"Pecah rekord World guinees Record"Ada pembunuh,TAPI "TAK ADA MOTIF"Pembunuh dan yg suruh bunuh "BEBAS".nAJIB HANYA "bersumpah di mesjid "DIA TAK KENAL ALTANTUYA".bila kena batang hidung DSAI,SODOMI DUA,TIADA SAKSI,Perbicaraan carca-merba,DSAI merengkok 5 tahun penjara.Mana lebai-lebai yg nak buat hudud,PERBICARAAN yg tak "ADIL" ini berlaku di depan mata?????.
Pembunuhan, Moralis,Taukeh Ambank dan pengarah Imegeresen,semua ada kena-mengena dgn Najib/rosmah,apa kata tok-tok lebai kita?????
Buat pertama kali dlm sejarah Malaysia,DUIT kita melebihi 4 dOLLAR USD,DITUKARAN ASING.
dI media perdana,Electronik dan akbar2,Najib digambarkan seolah-olah WALI,TIADA KEROSAKKAN YG DILAKUKAN,Di support oleh lebai-lebai.
Harga barang dan Minyak melambong2 naik,sehingga tak terkawal.
Warga-warga asing,begitu bebas,di Malaysia,dan sekarang ini mereka-mereka telah merampas,sedikit demi sedikit,perniagaan penduduk tempatan.Pada asalnya warga2 asing bagi lelaki hanyalah buruh binaan,bagi perempuan amah sahaja.Kenapa jadi begini??,disebabka"RASUH..RASUAH DAN RASUAH"
Agensi-agensi glc kerajaan,seprti MARA,UDA,TEKUN,tabung haji,FELDA,dan banyak lagi..HANYALAH BERTUJUAN UNTUK--untuk menteri2 umno dan kelumpuk2nya untuk merompak duit rakyat.ITU SAHAJA.
sEKARANG INI,nAJIB,tunjuk alim dan berlakun,dan mengarahkan sprm,menagkap ikan-ikan bilis,dan ianya dipaparkan di dada media perdana,KONONnya,najib nak "MEMBASMIKAN "rasuah"...Mana mungkin malaysia jadi baik,"SEDANGKAN DIRINYA,BELOM DISIASAT..JELAS SEKARANG,PR14..SEDANG..dan akan diadakan,bila najib dapat "KEPASTIAN RAKYAT TERMAKAN GULA-GULA YG DITABURKAN"
dIHARAP,KESEMUA PEMIMPIN2 ph DAN ppbm,Mulai sekarang "BERSATULAH" buangkanlah benda2 REMEH,MULAKAN "BEKERJA"..MENYELAMATKAN MALAYSIA YG TERCINTA INI.
SEKIAN
Lain di tunggu , Lain pulak yang REBAH
Adenan Satem sudah meninggal dunia
Adenan ini jenis orang bersih tak ambil hak orang lain
Yang baik baik selalu pergi muda dan cepat
Yang lahanat dajjal tuh tak tau bila pulak nak pergi
Kasihan rakyat hidup papa kedana miskin memanjang
Najib ni dah sakit mental..cakap merapu..sedangkan dia kepala penyamun..
Munafik. Cakap tak serupa bikin. buang tebiat agaknya.
Penjawat awam yang bingai je yang tak sedar duit yang Najib ambil tu adalah termasuk duit dia orang sendiri. Kalau tak duit adik beradik dia orang jugak. Paling tidak, duit kawan-kawan yang mengeluh terpaksa tanggung belanja anak-anak yang sedang belajar.
Kalau ingat duit rakyat, penjawat awam tak terasa sebab yang berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat adalah Najib dan Menteri Kabinet nya. Terma rakyat tak terpakai kepada penjawat awam. Dalam piagam mereka yang ada ialah 'Pelanggan' atau 'Masyarakat'.
Entah apa yang datang masuk dalam jasad Najib adalah sesuatu yang baik kerana ianya memberi peringatan kepada Najib sendiri.
Penjawat Awam sepatutnya mencemuh Najib kerana yang ambil hak rakyat ialah dia sendiri tetapi dia menunding jari kepada penjawat awam supaya di benci oleh rakyat.
Rakyat tak mengundi Penjawat Awam !
Dia si najib maksum, mkn hak rakyat x ape..org lain jangan...binawe punya Perdana Menteri...
Berkalikali katanama "lebai" telah disalahgunakan.
Gambarannya ialah 'semua' lebai adalah penyokong sebuah parti politik, yg sudah barang tentu tidak benar...!
Mohon ia nya boleh menjuruskan kepada per buat an 'fitnah'.
Semoga di jauhi....
USA SAMPAI KIAMAT PUN TAK AKN BERANI NAK CKP NAJIB IS MO1 SELAGI MANA EKONOMI M,SIA TAK DICONQUER OLEH USA. REMEMBER SKG PRESIDEN USA IS DONALD TRIUMPH TERKENAL DENGAN HANCUR PESAING PERNIAGAAN DENGAN CARA MONOPOLY. SO WE ALL KENA BERSEDIA OF POSSIBLE USA AKN CUBA PASTIKAN SAMPAI NAJIB BERKUASA SAMPAI MALAYSIA DIJUAL. SO FIKIRKANLAH AS THIS PART OF FREEMASON IDEA AND ADA POSSIBILTY NAJIB IS FREEMASON WHICH I DON SAID NAJIB IS FREEMASON MEMBER BUT CRITERIA DIA ADALAH AHLI FREEMASON ADA. THINK AGAIN WHY USA TAK TERUS CKP MO1 IS NAJIB.?SO FIKIRKANLAH AGENDA TERSEMBUNYI USA WHICH KINI SEMUA AHLI PARLIMEN DIA ADALAH AHLI FREEMASON.
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Hipokrit bermaksud merujuk kpd seseorang yang BERPURA-PURA BAIK dlm pertuturan , tingkahlaku serta tindakan nya. Dalam konteks Islam, dia dikatakan seorang MUNAFIK dan JIKA dia melakukan satu sahaja dari tanda MUNAFIK dia telah seorang MUNAFIK. Tanda2 seorang MUNAFIK ialah:-
1. CAKAP BOHONG
2. TIDAK MENEPATI JANJI
3. TIDAK AMANAH
Contoh mudah macam ni la. Katakanlah sorang tu nama dia MO1
MO1 cakap 1MDB tidak bermasalah, HAKIKATNYA 10 buah negara dunia telah dan sedang mengambil tindakan kpd pegawai bank dan bank2 di negara mereka yg menjadi laluan pengaliran dana 1MDB dari Malaysia katanya. ada yg telah dijatuhkan hukuman penjara pun. Ada 2 bank yg dan ditutup pun . 1. CAKAP BOHONG.
Di awal pembongkaran 1MDB, MO1 berjanji menubuhkan taskforce @ j/k penyiasatan terdiri dpd ketua audit negara, PAC, SPRM, PDRM dan BANK NEGARA - apa jadi sekarang? semua berantakan - dan berjanji akan mengumumkan hasil siasatan serta mengambil tindakan kpd semua yg terlibat. Janji dicapati. 2. MUNGKIR JANJI
Aset negara, EDRA Energy , Pengkalan Tentera TUDM Sg. Besi, Tanah TRX dijual kpd syarikat asing. Tabung simpanan rakyat spt Tabung Haji, KWAP, KWSP semua dilibatkan untuk menyelamatkan 1MDB. Duit2 dlm tabung tu semua duit kita - duit rakyat.
3. TIDAK AMANAH
Maka Lengkaplah MO1 dgn ciri seorang MUNAFIK. Fikir-fikirkan lah.
Munafik yang diberhalai mufti
Takpe.. najib ok.. nanti lobai hadi tolong cuci dosa dia.. suci dan murni. Lepas najib tolong luluskan RUU355 nanti penyokong tegar hadi akan lupakan dosa najib. Kecik punya hal lah, 2.6B jer pun.
Kepala timun punya perdana menteri
lu org budak2 tak leh pegang duit banyak2 nanti beli yg bukan2 cepat habis ...tu pasal aku amik RM 2.6 bilion sebab aku tau apa nak beli
jika berkawan dgn klepetokrat maka terjangkit juga perangai klepet tu
jika berkawan dgn tokeh pilkuda maka terjangkit juga kesan pilkuda tu
maka 'don't take pilkuda and speech'.
Pegawai Kerajaan dilarang ambil duit org.betul la apa dia ckp tu.dia kata pegawai Kerajaan najib bukan pegawai kerajaan pun sbb die perdana menteri disunatkan mengambil duit rakyat utk kebaikan rakyat juga katanya....apa nk risau hadi tolong kasi surah ayat supaya najib halal amek duit rakyat.sedangkan balak kelantan pun halal dirompak inikan pula mdb apalah sangat kan. Dulu ada pemimpin pas kata najib ni pemimpin islam terulung...so apalah sgt dibandingkan 2.6b atau 42juta masuk akaun.selayaknya seluruh kekayaan Alam ini adalah milik najib sesuai sbg pemimpin islam terulung didunia.....hadi sbg penasihat jer kan kahkahkauuuuu
MAKLUMAT TERBARU KAMI TERIMA
jika dulu Saudi wahani gilababi hantar tentera dan senjata ke syria untuk rakyat lupakan Arab spring melalaui sunnah VS syiah
HARI NI NAJIBULLAH BUAT TAKTIL SAMA
HANTAR BANTAHAN KPD MYANMAR DAN MEWUJUDKAN SEMTIMAN ANTI BURMA
YANG SANGAT MEMBAHAYAKAN KERANA RAKHINE STATE BAKAL JADI SATU LAGI ISIS DI ASIA TENGGARA
KITA TAK MAHU NAJIB DAN PIS REKRUT RAKYAT MALAYSIA KE RAKHINE DGN SEMANGAT KEBENCIAN MELALAUI KEGANASAN DAN PEPERANGAN !!!
SPECIAL BRANCH TOLONG AMBIL TINDAKAN TERHADAP NAJIB JIKA BENAR BUKTI NAJIB NAK ALIH TUMPUAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI JIHAD DI RAKHINE ...
AHLI PIS AMANAH PKR JANGAN TERPEDAYA TAKTIK BARU NAJIBULLAH YG MAHU SATU LAGI LAHAD DATU MENJELANG PRU 14!!!!
Anak ketam betul-betul ikut cara emak ketam jalan. Bagi anak ketam kira lurus lah macamana yang di tunjukkan oleh emak ketam walaupun di lihat bengkak bengkok.
Ke kiri kalau ada SPRM.
Ke kanan kalau ada pembangkang.
Ke kanan lagi kalau ada PDRM.
Ke kiri kalau ada ejen pemberi maklumat. Macam tu lah.
Itu lah yang emak ketam ajar dan itulah yang anak ketam ikut tapi macamana emak ketam kata salah.
Oh.. rupanya bos dia orang ingatkan .. kali ini ke kiri tak ke kanan pun tak.. senyap dulu. Sebab kanan kiri ada SPRM. Lepas PRU, yabedabedu !
Dan bos tetap akan mengatakan jalan aku jalan nya lurus.
rupanya Malaysiabaru ni syiah atau pro syiah...
sebb syiah yg kempen memburukkan islam dgn label wahabi. walhal yg ditolak islam ialah khawarij.
fakta sesat Saudi hantar senjata ke Syria utk alih isu arab spring. Saudi bkn mcm syiah yg byk putar belit. umat islam Syria memang dizalimi syiah dgn teruk dn perlukan bantuan Negara islam. maka wajib Negara umat islam membantu. tkde kena mengena dgn nak alih isu. nyawa umat islam sedang dihabisi, bkn masanya nk main politik alih isu.
jika najib/hadi nk hantar pejuang bela umat islam mynmar, itu sgt bagus. tp bukan bermakna dia dpt lari dr isu 1MDB dll. najib masih perlu ditumbangkan kecuali dia memulangkan semula hasil rompakan dan pulihkan keadaan Negara. ini hampir mustahil
umat islam memang perlu bantu muslim rohingnya dgn apa cara sekalipun.. wang ringgit dan kekuatan ketenteraan. sebb pemerintah Buddha di sana pekakkan telinga terhadap pembunuhan yg zalim yg tidak diterima walau oleh PBB yg tidak boleh diharap itu.
seolah2 mereka itu sama seperti syiah yg tidak akan faham Bahasa diplomasi dan kemanusiaan.. mereka hanya faham Bahasa perang. maka terpaksa umat islam layan dgn Bahasa perang juga. ini bukan soal isis... ia tuntutan agama membela darah umat islam.
kenapa bilau umat islam dtg membantu dgn perang, maka ia dikatakan keganasan? sekian lama beribu2 umat islam dizalimi tidak pula dikatakan keganasan.
aku ingin bertanya Malaysiabaru... kamu islam atau bukan? atau agen syiah?
MALAYSIABARU TIDAK ADA BEZA DGN HIPOKRAT DARJAH TERTINGGI dalam artikel ini. cuma mungkin kamu bertaraf anak ketam.
Mamat 3.27
Dah kena dah terpengaruh
Senang Najib pengaruhi... Main isu islam agama... Terus machaiiii terikut buntut loriii sampai ke Myanmar..
Sebangkan nak dqpatkan pengaruh dan sokongan
ISLE ISLE ISLE ... Tahap bodoooh tiada sempadan..
BARU JER GUE PESAN SAMA LU JGN TERPENGARUH TAKTIK NAJIB .. OTAK TOLOL KO DAH KATA apa salahnya Najib hantar tentera ke Myanmar nak selamatkan rohingya..'
GB nampaknya tak berhasil kita nak cuci otak machai apatah lagi nak halang mereka ikut najibullah dan ayoh jadi pin..
So sad... Ayuh jgn give up GB kita terus berjuang..
malaysiabaru...
kita tk mahu dlm PH ada taik2 syiah dan khawarij.
kita juga tidak mahu adanya agen2 yg mencetuskan fitnah atau benda yg tk pasti. kenyataan anda najib nk hantar tentera ke mnymar pun tidak sahih. maka tidak boleh dijadikan perdebatan.
kita tidak mahu PH dituduh suka mencetus fitnah. serangan kita utk tumbangkan bn sebb ada asas yg sgt kukuh dan telah parah tidak dpt ditutup lagi.
jenayah najib sudah cukup utk dijatuhkan dan tiada akan boleh ditutup dgn bantuan terhadap rohingya.
yg suka menuduh Saudi sebagai wahabi adalah syiah. syiah sedang kempen besar2an utk fitnah Saudi dan menipu umat islam utk membenci Saudi, sedangkan jenayah besar syiah iran ditutup. tujuan akhirnya adalah utk syiah menyerang kaabah.
maka andalah sebenarnya yg mudah terpengaruh dgn propaganda syiah sedunia. dan andalah anak ketam yg mengikut bapak syiah berjalan senget.
gaya bahasa anda amat bahaya kpd PH. kurang beradab, fakta tidak ada asas. org mcm andalah yang mencemarkan imej PH tetapi berpura2 bersama PH utk menjatuhkan bn. inilah tektik syiah takiyyah yg ghuluw yg kunun menyokong tapi membawa rebah akhirnya.
bertaubatlah dan buang sifat buruk dlm perjuangan.
Catat Ulasan