27 Dis 2016

[VIDEO] Rafizi Dedahkan Beliau DImaki-hamun Oleh PAS

Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi

Tiga kali Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengulang perkataan 'yakin' sebagai jaminan terhadap nilai kebertanggungjawaban pada pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa jika diberi peluang menduduki jawatan Menteri Kewangan.

"Saya masih yakin kalau diberi peluang Datuk Husam boleh jadi Menteri Kewangan yang terbaik. Yang paling penting jangan curi duit.

"Datuk Husam yang begitu lama menjadi Ahli Parlimen, Exco dan orang kanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidak nampak kedudukan beliau sebagai orang yang disebut-sebut mewarisi kerajaan negeri Kelantan disalahguna untuk kemewahannya.


"Saya yakin kalau ada peluang Allah tentukan semuanya, beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik kerana saya yakin beliau tidak akan curi duit satu sen pun," tegasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu, 24 Disember lalu.

Menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kewujudan Amanah, Rafizi mengimbas kembali detik-detik penubuhan parti berteraskan prinsip Rahmatan Lil'Alamin itu.

Beliau bersetuju dengan usaha penubuhan parti baharu Islam tersebut selepas mendengar penjelasan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini merupakan Naib Presiden Amanah.

Sebelum itu, jelas Rafizi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau memujuk kumpulan pemimpin Pas yang digugurkan selepas muktamar di Kuala Selangor tahun lalu supaya menyertai PKR.

"Sahabat-sahabat kita baru sahaja dianiaya dan menjalani pembersihan etnik dalam Pas. Bila mereka masuk PKR mereka sudah tentu jadi kelas kedua. Tahap layanan kepada bekas pimpinan tidak sama dengan pimpinan PKR sedia ada,"
ujarnya mengulang kembali respon Mujahid pada pertengahan tahun lalu.

Berucap di Dewan Perniagaan Cina Negeri Kelantan itu juga, Rafizi mengakui dirinya adalah pemimpin PKR pertama yang menyatakan sokongan kepada Amanah malah sejak di peringkat Gerakan Harapan Baru lagi.

"Saya orang pertama yang memegang jawatan kanan dalam PKR yang mengumumkan sokongan kepada Gerakan Harapan Baru dan hadir dalam jelajah Gerakan Harapan Baru dan saya akan masih kekal sokong Amanah selagi Amanah kekal dengan tujuan asal penubuhannya," tegas pengasas NGO Invoke Malaysia itu.

Bahkan Ahli Parlimen Pandan berkenaan menyifatkan dirinya paling dibenci penyokong tegar Pas seperti yang dilihatnya pada kecaman yang diterima di media sosial.

"Saya mungkin orang yang paling dibenci oleh orang yang keras sokongan kepada Pas. Kalau ikut ranking pimpinan, saya paling dibenci. Kalau tengok di FB (Facebook) saya, kalau bukan cybertrooper Umno dari Jasa yang maki hamun, selalunya Pas yang maki hamun saya," ujarnya.

Rafizi turut menyatakan sikap beberapa pemimpin Pas ketika Langkah Kajang dahulu adalah punca kepada apa yang berlaku pada blok pembangkang pada masa ini.

"Saya telah terangkan dari dulu, bermula dari wajah sebenar beberapa pemimpin Pas. Bukan salah saya mencadangkan beberapa perkara kalau perkara itu ditangani dengan penuh hikmah bukannya dengan penuh kasar, sudah tentu blok pembangkang tidak dalam keadaan sekarang," ujarnya lagi. -MD


Rafizi mahu Hadi jawab tentang kerjasama Umno

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mempersoal sikap kepimpinan Pas yang mengambil pendekatan berbaik-baik dengan Umno ketika rakyat dibebani dengan pelbagai masalah ekonomi.

Berucap pada majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Perniagaan Cina negeri di Kota Bharu, beliau berkata, soal kerjasama seperti dianjurkan Islam sebenarnya tidak termasuk dalam hal yang merosakkan.

"Saya nak Datuk Seri Hadi (Presiden Pas) jawab kalau Najib terus buat hutang, menyusahkan rakyat, menyebabkan harga barang naik, orang tiada kerja, cukai dan lain-lain, adakah terus membantu Datuk Seri Najib ataupun menasihati atau bekerjasama dalam hal-hal yang nampaknya baik dibawa oleh Umno, tidakkah itu perlu dibandingkan dengan kerosakan dan bahaya jauh lebih besar yang terhasil daripada kerjasama tersebut?

"Betul, Allah ingatkan kita bantu-membantu dalam perkara yang baik, tetapi dalam ayat sama kita juga diingatkan jangan kita bantu-membantu perkara yang tidak baik," tegasnya kelmarin.

Sekali lagi menyebut nama Hadi yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu, Rafizi mengingatkan semua parti politik tentang pentingnya keutamaan diberi kepada usaha menjatuhkan kepimpinan Najib Razak sebelum beban rakyat semakin bertambah.

"Dalam soal kita ada Perdana Menteri seperti Datuk Seri Najib yang hilang duit tiap-tiap hari ini, saya tanya pada semua, baik sama ada pimpinan Amanah, PKR, DAP, Bersatu bahkan Pas, yang mana satu keutamaan paling besar untuk kita mencari keredaan Allah?

"Hentikan mudarat yang paling besar itu atau terus biar kekal dia lebih lama di Putrajaya, kerana Datuk Seri Hadi kalau (biar) 10 tahun lagi, hutang kita melampau, ekonomi kita teruk, orang islam jadi mangsa dan hamba kepada riba dan pinjaman.

"Kalau nak beli kereta kena buat pinjaman sampai 15 tahun, sampai bunga riba itu sama dengan riba pokok, tidakkah kita juga menangggung dosa?"
bidas Rafizi lagi.

Untuk rekod, Hadi sejak tahun lalu bersedia untuk sepentas dengan Najib yang juga Presiden Umno walaupun Ahli Parlimen Marang itu umum diketahui kerap ponteng dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat.

Sikap Hadi yang dianggap pihak media pro Umno sebagai simbol perpaduan antara dua parti itu dapat dilihat apabila hadir pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 dan Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya awal bulan ini.
-MD




ULASAN GB

Sungguh jelas apa yang disampaikan oleh Rafizi.

Pertama, Pakatan Harapan sudah ada calon Menteri Kewangan yang berwibawa. Namanya Husam Musa. Rafizi sudah pun memberikan keyakinan bahawa:

"Saya yakin kalau ada peluang Allah tentukan semuanya, beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik kerana saya yakin beliau tidak akan curi duit satu sen pun."

Kedua, Rafizi menyatakan bahawa "Saya mungkin orang yang paling dibenci oleh orang yang keras sokongan kepada Pas. Kalau ikut ranking pimpinan, saya paling dibenci. Kalau tengok di FB (Facebook) saya, kalau bukan cybertrooper Umno dari Jasa yang maki hamun, selalunya Pas yang maki hamun saya,"

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa demikianlah sikap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong tegar PAS. Memaki hamun merupakan wirid dan ratib mereka terhadap orang lain. Prof Dr. Muhammad Agus dan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pun sebelum ini menjadi mangsa maki-hamun PAS.


Malah pemimpin PAS sendiri yang bersuara lain saja sedikit akan terima padahnya seperti yang pernah berlaku ke atas ADUN Sri Cempaka, Iskandar Samad.


Demikian akhlak yang dipaparkan oleh "para pejuang RUU355"! Malah sebelum ini GB pernah mendedahkan bukan sekadar maki-hamun malah mereka bertindak ganas dengan insisden-insiden ugutan, ancaman dan sebagainya, sama akhlaknya dengan Jamal Tongkol.

Ketiga, soalan Rafizi kepada Presiden PAS, Haji Hadi iaitu:

"Saya nak Datuk Seri Hadi (Presiden Pas) jawab kalau Najib terus buat hutang, menyusahkan rakyat, menyebabkan harga barang naik, orang tiada kerja, cukai dan lain-lain, adakah terus membantu Datuk Seri Najib ataupun menasihati atau bekerjasama dalam hal-hal yang nampaknya baik dibawa oleh Umno, tidakkah itu perlu dibandingkan dengan kerosakan dan bahaya jauh lebih besar yang terhasil daripada kerjasama tersebut?

"Betul, Allah ingatkan kita bantu-membantu dalam perkara yang baik, tetapi dalam ayat sama kita juga diingatkan jangan kita bantu-membantu perkara yang tidak baik," tegasnya kelmarin.


Rafizi dipercayai merujuk kepada petikan dari surah Al-Maidah ayat 2:

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوانِ وَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ الْعِقابِ
Dan tolong- menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa,
dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

Masalah yang berlaku kini, PAS mendakwa hanya di dalam partinya ada ulamak, yang lain tidak, hanya partinya yang akan masuk syurga, yang lain tidak.. dan menganggapkan partinya itu sebagai "agama", parti lain semua sekular belaka, sedangkan PAS sendiri ditubuhkan di bawah sistem sekular.

Indoktrinasi "parti sebagai agama" ini menyebabkan ketaksuban melampau di kalangan para ahlinya sehingga mencetuskan sikap dan tindakan melampau gaya ISIS tetapi melenting ke langit apabila dikatakan demikian kepada mereka!




FEATURED ADS



13 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

SYABAS Rafizi.nO tURNING bACK.


kUATKAN JENTERA ph+ppbm.Tinggalkan Pas,buang masa sahaja.
Pada sebahagian professional yg masih tinggal dlm PAS,Terutama group2 Selangor,fikirlah masak2,jangan jadi macam G-18,DULU YG DIHUMBAN KELUAR SEMASA MUKTAMAR DI SELANGOR dulu.Selagi gruop2 FINATIK Hadi menguasai PAS,Tuan/Puan hanya buang masa sahaja.Tuan/puan sayangkan perjuangan al-quran dan Hadith.Cuba tuan-puan kaji balik,ajaran yg dibawa oleh Hadi dan group2nya ikut al-quran dan Hadith.aTAU AJARAN hADI SAHAJA.???

Selamat maju-jaya.

Tanpa Nama berkata...

Ayatullah hadi awangi merengi + mulla hasan tontowi temerlohi = ....
Takabbuurrr

diod berkata...

Komen aku penyokong tegar parti politik kat tempat aku tak kira warna apa pun serupa saja perangainya. Subuh tak pergi masjid !. Subuh raya pun tak nampak muka.

Tanpa Nama berkata...

Husam Menteri Kewangan ? ?

Bukan sahaja Husam tak ambil duit, duit dia pun dia gunakan untuk Islam dan parti.

Namun fikirkan lah siapa kah yang lebih layak selain Anwar Ibrahim yang sepatutnya menjadi PM ? Ketepikan dulu hal politik dan hal parti.

Jika mendapat sokongan dari DAP dan beberapa pemimpin PKR insyaallah selesai isu yang berbangkit. Kerana mereka yang bising ada lah yang buta hati.

Husam bukan untuk Kelantan.
Husam untuk Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

semasa amanat hadi, pas mengunakan pendekatan keras.

apabila almarhum tgna, pas mendekati semua bangsa dan majoriti rakyat mahukan pas menjadi parti melayu yang kuat berteraskan islam.

Bukan setahun dua.. lebih !

Bagaimana pula tiba-tiba hari ini pas boleh menjadi begitu biadap dan kasar memaki hamun orang lain dan menjadi cybertrooper yang tidak mahu membezakan yang benar dengan yang batil. Sedarkah sebelum ini perangai anda di senangi orang ?

jangan kerana seorang individu bernama Hadi yang mengunakan kedudukan nya dan ilmu nya menjadikan anda seorang kaki hamun dan suka mencaci orang.

paling mudah apa yang di katakan oleh Rafizi iaitu pinjaman yang di buat oleh Najib menyebabkan kita semua jadi hamba riba.

adakah pas redha dengan riba ?

Tanpa Nama berkata...

Akhiran hidup hadi penuh dgn penyelewengan..kezaliman dan kesombongan..Allah dah bg kamu isyarat keluar masuk hospital..tp sikit pun x jd iktibar..

Daud berkata...

Setiap wakil rakyat perlu membahagi bahagikan setiap sen duit yg mereka dapat hasil dari kerusi wakil rakyat kepada orang ramai yg memangkah mereka semasa pilihanraya. Kalau betul lah berjuang kerana Islam. Nak belanja utk diri sendiri, buat kerja parttime lain, cari duit.
Jangan asyik mintak derma, masa pilihanraya, orang kerja keras tampa bayaran, bila menang, hasil gaji elaun pencen makan sorang2. Cuba renung baik2 masa masih ada, kalau dah mati nanti tak boleh buat apa dah.
Jangan anggap gaji elaun pencen sebagai hak anda sbg wakilrakyat sebab anda tak jadi wakilrakyat dgn memohon pakai sijil SPM atau Ijazah anda.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi yakin Husam tak akan ambil satu sen pun.

Siapa yakin PAS Kelantan tak terlibat balak yang lesen nya di tarik balik ?

Presiden cakap lain, Dewan Ulamak cakap lain, Naib cakap lain, Pemuda cakap lain, penin.. penin..!

Betul kah PAS tidak ambil duit RM 90 juta seperti yang di dakwa oleh SR, apabila PAS masih belum saman SR ? Siapa berani kata yakin ?


Unknown berkata...

pilihan yang tepat kalau husam musa di lantik sebagai menteri keewangan dan ramai lagi pimpinan pakatan harapan yang mempunyai intergriti jika dibangdingkan dgn pimpinan pas tapi itulah hakikat keegoan tuan presideng yang mempunyai sikap sebagai tuan tanpa pedulikan nasib rakyat serta mengambil kira teguran dari ahli bawahan tambahan pula terlalu angkuh dgn sikap pentingkan diri menyebabkan bangga dgn kedudukan tambah lagi sebagai naib presiden ulama dunia tapi Allah Maha Kaya mengetahui segala yang berlaku namun jelas usah di pedulikan sikap pas itu dan tindakan utk memutuskan hubungan dgn pas adakah jalan terbaik...kita x perlukan sokongan dari pihak yg berdolak dalik dalam segala hal...

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah aku Perdana Menteri ada berbilion bilion derma saguhati

Akan aku derma dua tiga suku untuk PAS buat buah hati
Supaya jumpa saja kubu pembangkang berebutlah itu kerusi
Aku menang kamu senang lenang berhari hari
Kalah kamu aku tanggung sampai mati
Menang kamu duduk diam diam aku dah bagi

Akan aku bagi duit semua rakyat cukup umur mengundi
Supaya terbayang muka aku dikertas undi
Kaya raya dapat miskin kedinek pun diberi
Harganya adil tak berbelah bagi
Aku menang banyak lagi derma aku beri

Akan aku bagi kalau kamu ketua jabatan negara maupun negeri
Supaya buatlah kerja kamu berkhidmat kepada perdana menteri
Menang aku banyak lagi peruntukan akan aku cari
Atau aku lantik orang bawah, kau akan aku ganti

Akan aku bagi siapa siapa yang mahu menawar diri
Tak kira Asli maupun Hadi ataupun Azmin Ali
Tiga tak cukup empat penjuru lagi sejati
Asal aku menang bolehlah aku cari Cina jual banyak lagi

shamanov berkata...

hahaha.. damn

Tanpa Nama berkata...

Dlm pkr ni Rafizi paling berani.yg lain termasuk presiden pun seperti xberfungsi(maaf cakap tp itu realiti).Bukan saja berani malah bijak, jujur dan lantang bersuara dlm parlimen spt Anwar Ibrahim juga.Dlm pkr pun kalau xsilap aku dia seorg shj berani istihar harta,yg lain???.Selayaknya Rafizi sebagai PM masa depan..

Tanpa Nama berkata...

Orang seperti sdr Rafizi ini bijak berintergriti sepatutnya berada dalam parti Amanah.Dalam PKR ramai yang kurang jujur dan manunggu bila2 masa menikam kawan dari belakang.Tengok dalam bermuafakat PKR bersekonding sepentas dgn Pas.jadi sebenarnya siapa sepatut mereka bantu. Andai tiada dua adun keluar Pas dah lama bungkus PKR. Aku dah hilag respek dgn PKR skrg dah timbul suspek terutama Azmin,Afif dan cina parlimen batu tu.......