Konvensyen Amanah Pertama telah dirasmikan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu di SACC Shah Alam pagi tadi dan akan berlansung hingga petang esok.
Mengikut laporan yang dikeluarkan, seramai 1,200 perwakilan dan 2000 pemerhati turut hadir dalam konvensyen julung kali diadakan ini.
Beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan terdiri daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hadir buat kali pertama dalam konvensyen yang diadakan ini.
Turut hadir barisan kepimpinan utama Amanah antaranya Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Kerja Mohd Anuar Tahir dan Pesihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang.
Antara tetamu lain yang turut hadir Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, aktivis Hishamuddin Rais, Sasterawan Negara A Samad Said, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Zaid Ibrahim , YB Rafizi Ramli dan beberapa lagi.
Mohamad Sabu, di dalam ucapan perasmiannya melahirkan kebimbangannya terhadap gejala melampau yang mengkafirkan orang lain yang telah merebak ke negara ini.
"Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita.
"Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.
"Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, sama ada atas nama kaum, mahupun agama," ujarnya.
Selain itu beliau turut merasa pelik terhadap sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keliru dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berhubung pendekatannya dalam menuntut keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.
Menurutnya, Najib sepatutnya menggunakan kuasanya yang lebih wajar berbanding sekadar himpunan.
"PM juga bertindak ajak demo sedangkan dia pimpinan kerajaan.
"Dia boleh panggil duta Myanmar atau mengusir diplomat kerajaan Myanmar atau paling tinggi, panggil sidang OIC.
"Turun tunjuk perasaan itu kerja aku. Dia tak tahu kadang-kadang dia PM ke atau tidak," bidasnya diikuti tepukan dan ketawa perwakilan yang memenuhi dewan SACC di Shah Alam hari ini.
Beliau yang menyampaikan pidatonya dalam Konvensyen Nasional Amanah juga menyifatkan hal berkaitan diplomatik bukan melalui jalan raya.
"Berucap (Himpunan Solidariti Rohingya) sikit-sikit takbir, sekarang semua takbir dah. Inilah kita lihat, nak kata tak cerdik, cerdik.
"Kalau tak cerdik, bagaimana boleh sembunyikan wang. Hal diplomatik ajak turun ke jalan raya. 'Kawannya' pun serupa juga," sindirnya merujuk kepada Pas.
Tun Dr. Mahathir di dalam sidang medianya memuji AMANAH yang sekalipun baru berumur setahun tetapi telah mempunyai bilangan ahli yang ramai. Beliau juga memuji ketegasan parti AMANAH melalui ucapan presidennya, Mohamad Sabu yang tegas dengan pendiriannya di konteks negara kita khususnya dan negara Islam amnya.
Konvensyen Amanah kali pertama ini turut memilih Sdra Onn Jaafar, Pengarah Komunikasi AMANAH Johor sebagai Pengerusi Tetap dan Hj Yuhaizad Abdullah, Setiauasah Amanah Melaka sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
GAMBAR-GAMBAR DAN VIDEO
FEATURED ADS

21 ulasan:
Terbaikkk..
Macam ni barulah colour...oren,putih.
Semoga...AMANAH terus maju...menjadi parti Islam ke 2 yang lurus dan tegas.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Tahniah!!
ALHAMDULILLAH.
Tidak ada yang pakai jacket bertulis..'kami bersama presiden..'.
HIDUP AMANAH!!!! - Ancient Mariner
Alhamdulillah semuga islam rahmatan lil aalami terus subur di negara kita. Tahniah Parti Islam Amanah...
wa tabik spring la sama lu org2 Amanah ... ALLAH sentiasa bersama orang2 yg amanah bukan macam pm yg dah keliru ... dia da keliru dia buat rakyat2 yg sokong dia pun keliru ... jangan cakap dia tengok perangai dia dgn aku2 sekali keliru...ceh!!
Tahniah. Fokus pada Amanah. Lupakan parti sejarah.
betul kata Tun, hanya ada 2 parti iaitu Pembangkang yakni Parti Pakatan Harapan dan parti pemerintah BN.
Mana2 calon atau parti kerdil tak cukup kuota memerintah bertanding selain dari 2 pakatan gergasi utama hanya sebagai calon........
1. Gundik Simpanan.
2. Pemakan Dedak.
3. Hantu berwajah manusia.
Orang pesan aku pakai serban jgn percaya sangat sbb leh isi duit dalam to topasal berat nk tentang kebatilan ..dan pesanan to juga akan ku undi kejalan benar untuk kebenaran dan kesedaran pada keturunan nanti tahniah amanah
tahniah..tahniah..tahniah..
teruskan usaha tuan/puan.bekerja..dan terus bekerja..
Lega rasanya....
Hidup amanah...
Takbiiiir....
Rasa galat jugak dengan konvensyen sebab sepatut nya ada lah pedang panjang untuk potong kek paluan tinggi ..
Baru lah penyokong bersemangat dan nampak perubahan.
Walaupun tak berserban dan bertanjak, keikhlasan dalam perjuangan lebih baik dari yang kawan dengan UMNO.
Mesjid sendiri. Mesjid baru.
Mesjid yang memberi rahmatan ill alamin.
Semoga mesjid yang di bina oleh bekas-bekas ahli PAS juga bukan orang lain dapat memperbetulkan berbagai 'kekeliruan' ...
Syukur..Tun Dr.Mahathir di akhir penghujung usia membuka mata dan bersama2 rakyat mendobrak kezaliman dan penindasan kerajaan UMNO MCA MIC- BN
Teruskan perjuangan AMANAH demi agama, negara dan bangsa Malaysia.....
Syukur banyakx2 ke hadrat Allah kerana
kebuntuan perjuangan lama dpt direalisasikan bersama AMANAH....
Syabas Amamah tp kat selangor nmpk spt Amanah dipinggirkan Azmin.malah Azmin seolah takut pula dgn Pas..Elok Azmin diambil tindakan.pecat ke atau tindakan displin.kalau tidak nt Amanah kene main jela kat selangor.. Atau Amanah kena tegas..jika PKr masih nak pas.maka dap dan Amanah keluar dr ph..buat pakatan baharu ppbm amanah dap
Alhamdulillah..tenang hatiku melihat peserta dan pemimpin Parti Amanah Negara di Konvensyen kali ini. In sha Allah..menjadi parti yang mendokong rahmatal lil aalamiin. Syabas dan tahniah.
Tahniah AMANAH, Isham TT pun datang. Torbaek AMANAH, selamat maju jaya.
Alhamdulillah... terserempak dgn ramai baju oren semasa ke pkns smlm.. susah nak dpt pemandangan mcm tu.. sama2 kita contohi akhlak Rasulullah
Catat Ulasan