21 Dis 2016

Hadi Dikecam Keras Oleh KUIS, Berkemungkinan Dipecat Dari Jawatannya?

Kesatuan ulama pula kecam Abdul Hadi

Selepas disindir bekas mufti Perlis, kali ini pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pula dilihat menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.

Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.


"KUIS mengutuk ziarah ini yang dilakukan pada waktu ini (ketika puak Syiah dan Sunni berperang), dan ia dianggap ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.

"Kunjungan berkenaan tidak dianggap mewakil KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.

"Ketika ini KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi untuk menarik diri daripada kunjungan yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak kena pada masanya dan tidak juga pada tempatnya!" kata kenyataan berbahasa Arab berkenaan.

Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak kelmarin.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Abdurrahman, kata Samsuri, adalah tokoh Sunni dan dilantik Yusuf.

Artikel dipadamkan

Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi," katanya.

Sebelum itu Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa "kemaluan dan kesipuan" membaca catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung kehadiran Abdul Hadi di ibu negara Iran berkenaan.

Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.

Rejim Bashar baru saja kembali menguasai Aleppo selepas wilayah itu dikuasai kumpulan pemberontak sejak perang saudara meletus.

Ketika kerajaan Syria dianggap mewakili puak Syiah, pemberontak pula terdiri daripada kalangan pengikut Sunni menjadikan konflik berkenaan ditafsir sebagai perang antara mazhab.

Satu lagi negara yang menyokong Bashar ialah Russia.

Isu berkenaan menjadi lebih menarik perhatian apabila sebuah laman sesawang dikaitkan dengan Abdul Hadi, ulamasedunia.org, memuat naik artikel berjudul "Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam dua hari lalu.

Bagaimanapun semakan hari ini mendapati kandungan artikel itu dipadamkan.


Untuk makluman, Abdul Hadi adalah naib ketua KUIS.

Dalam kenyataan KUIS lagi, turut mengutuk keras Abdul Hadi ialah Ali sendiri, iaitu tokoh yang dipetik namanya oleh Samsuri dalam kenyataannya kelmarin.

"Dalam usaha menyatukan umat Islam, KUIS juga mengambil pendirian jelas menentang kerakusan projek perpecahan Iran, dan tidak melupakan musibah yang dilalui oleh umat kita (Sunni), serta pertumpahan darah di Aleppo, juga jutaan rakyat Syria yang terbunuh, tercedera, ditawan, dan kehilangan rumah di seluruh Syria," kata kenyataan itu lagi.


Alhamdulillah, al-Qaradawi tak mengecewakan umat

Apabila ada pihak yang mendakwa kononnya Kesatuan Ulama Islam Sedunia iaitu al-Syeikh al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar wakil bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran saya amat dukacita. Saya kehairanan, terkejut dan sedih bagaimana ini mungkin berlaku?!

Ini kerana bagi saya mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Syeikh al-'allamah Dr Yusof al-Qaradawi dan sesiapa sahaja insan muslim sunni apatahlagi ulama di waktu ini ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab.

Iman, ehsan, ukhuwwah Islamiyyah dan kewarasan insan menolak hal ini.

Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi sekalipun saya tidak taklid beliau dalam semua perkara. Saya berharap pengalaman beliau, kecemburuan beliau terhadap nasib umat dan keluasan ilmu beliau dan para ulama yang insaf tidak akan terlibat hal seperti itu.

Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini dan dalam suasana yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini.

Alhamdulillah, dukacita saya berakhir apabila Dr Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu.

Ertinya tokoh umat Islam itu tidak terlibat dalam hal ini. Semoga al-Syeikh al-'Allamah al-Qaradawi dan para ulama yang ikhlas terpelihara dari fitnah seperti ini.

Hal tokoh lain saya belum mahu ulas sebab bukan rujukan saya. Saya hanya menumpukan kepada pendirian Dr al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang berwibawa yang saya membaca bahan mereka.

Berikut terjemahan kenyataan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu;

Kecaman Kunjungan Abdul Hadi Awang ke Iran

Kunjungan Naib Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).

Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.

Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya.

Selain peranan yang dimainkan dan ketamakan Iran untuk menguasai wilayah-wilayah kita (Ahli sunnah) termasuk di 'Iraq dan Yaman.

Al-Ittihad juga mengecam kunjungan yang dilakukan pada waktu ini, ia dianggap sebagai satu kunjungan yang tidak sah dari salah seorang yang pimpinan dalam kesatuan, dan kunjungan itu tidak mewakili sesiapa pun melainkan individu itu sendiri.

Ittihad juga menantikan penilaian semula dari al-Syeikh (Haji Hadi) Awang di atas kunjungannya tersebut yang tidak dipersetujui dari segi pemilihan waktu mahupun tempat.

Al-Ittihad dalam masa berkerja untuk mewujudkan kesatuan ummah Islam, namun di sudut yang lain al-Ittihad mengambil pendirian yang jelas menentang setiap ketamakan kepuakan yang diperjuangkan oleh Iran.

Al-Ittihad tidak akan melupakan peristiwa-peristiwa yang melanda umat Islam, pertumpahan darah yang mengalir di Halab (Aleppo), jutaan rakyat Syria yang terbunuh, yang tercedera, yang ditawan dan menjadi pelarian di merata tempat.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah mufti Perlis. Artikel ini pertama kali dimuatnaik di Facebook miliknya.


ULASAN GB

Nasruddin Tantawi pun mendakwa haji Hadi mewakili Kesatuan Ulama Sedunia sepertimana yang dipaparkan oleh harakahdaily.


Lalu seorang sahabat saya mengulas di dalam status fbnya.

Hentikanlah penipuan anda kepada penyokong dan pendokong parti anda setelah sekian lamanya anda berbohong serta menyembunyikan perkara yang benar dari pengetahuan ahli parti anda. Allah swt tunjukkan sedikit demi sedikit pembohongan yang anda lakukan atas nama agama.

"Anda" di sini merujuk kepada pimpinan-pimpinan tertinggi parti Islam tersebut.


Ia kemudiannya disambut oleh seorang rakan lain:

Berbohong tak bagus. Kalau nak pergi juga, janganlah jual nama organisasi ulama.

Pemergian Hadi ke Teheran itu TIDAK DIRESTUI oleh Kesatuan Ulama Sedunia malah dikecam keras oleh kesatuan Ulama Sedunia (Al-Ittihad).

Kunjungan Naib Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).

Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.

Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya.

Melihat kepada kecaman keras oleh Al-Ittihad itu, mungkinkah Hadi akan dikenakan tindakan pemecatan dari jawatannya selaku Naib Ketua kesatuan tersebut?

Dan GB rasa ada hikmahnya jika Hadi dipecat supaya ia meruntuhkan egonya selama ini disamping mendiamkan sekalian para pentaksubnya.


FEATURED ADS



50 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Elok kiranya dgn segala HORMAT nya Hadi Awang letak jawatan persis NAJIB kalo masih bermaruah dan harga diri.

Tanpa Nama berkata...

Dahlah bersekongkol dengan penyamun ni bersekongkol pula dengan perogol dan pembunuh.

Tanpa Nama berkata...

masa time semangat46 gabung pas, lebih kurang masa tulah dah keluar amanat hadi. sembelihan orang umno haram, bini/suami jika umno nikah tak sah, habis bekecai berai keluarga. sekarang ni umno dah halalan thoyyiban

Lebai Roger berkata...

Ayatololla Hadi.....molla tantawi......lingkop Pas!

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni kununnye nk jadi hero Malaya.tapi sayang Penipuan yang dilakukan makan diri sendiri.elok lah Hadi dan Macai macai dia Letak Jawatan.buat MALU parti jer.kat Malaya boleh ler kau Klentong.ALLAH SWT BAGI CASH KAT HADI YANG SUKA MENIPU.

Tanpa Nama berkata...

sori bebanyak lori. tok guru hanya baca harakah. itu pun kat iklan ubat kuat. yang lain tok guru tak baca. tok guru tak tahu ha ehwal dunia. tok guru tahu memancing ajer. yang lain ceramah kat orang yang tak tahu berfikir. dapat jemputan pi luar negara, tok guru terima ajer. tu bukti tok guru ular mak dunia jangan buli tok guru, nanti tok guru keluar fatwa kafir baru kamu semua tahu.

Unknown berkata...

Selain bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syaria, belum ini Di Malaysia beliau telah membawa Parti yang konon berteraskan "ISLAM" juga telah bersekongkol dengan sebuah kerajaan Zalim dengan membelakanggi perintah ALLAH agar tidak melakukan perbuatan yang terkutuk itu. Kemungkaran yang di laku kan oleh Najib keatas rakyaat marhean begitu banyak. Mana mungkin se seorang yang "KONON" nya bertaraf "ULAMAK" tidak memahami teguran ALLAH. Dan ALLAH telah menjanji kan di mana mereka yang berpendirian demikian akan di tempat kan setelah nyawa berpisah dari badan nanti.


Saya setuju dengan cadangan Prof Dr. Abdel Fattah al-Awaisiy Agar Abd Hadi Awang@Wang yang berkaedaan flip-flop dalam banyak hal di pecat dari pertubuhan tersebut.


Tanpa Nama berkata...

Inilah ego Hj Hadi. Semasa dalam Pakatan dulu suka buat keputusan sendiri tanpa hiraukan pihak lain. Disebabkan ego terasa dirinya besar, maka dalan Kesatuan Ulamak pun dia buat perangai yang sama.

Tanpa Nama berkata...

Penyokong tegar PAS perlu melihat peristiwa ini sebagai iktibar bahawa lama kelamaan Hj Hadi semakin hilang keberkatanya. Dari seorang ulamak yang dihormati lawan dan kawan, Hj Hadi kini menjadi beban bagi organisasi yang dipimpinnya dan seringkali melemahkan imej Islam di kalangan mojoriti penduduk. Sebagai ulamak, Hj Hadi perlu menyedari perubahan ini. Apabila masyarakat hilang rasa hormat terhadap dirinya, segala tindak tanduknya dipertikai dan yang paling ketara dakwah yang dibawanya bertentangan dengan amalannya. Sewajarnya ada "sesuatu" yang dilakukan Hj Hadi sehingga Allah menarik balik segala anugerah yang dikurniakannya. Hj Hadi sedar dan kembalilah ke pangkal jalan kerana ada ketikanya Allah menghukum umatnya semasa mereka di dunia lagi dan ulamak adalah golongan yang paling ketara mengalaminya.

Tanpa Nama berkata...

kalu kena pecat nanti..ada la kedengaran yg semua ni angkara fitnah yahudi laknatullah yg dketuai gerakannya di malayasia oleh DAP...

KESAPUAN berkata...

SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN MERAH
BERCAKAP SELALU BOHONG
RUPANYA BERGURU DENGAN SYIAH (takiyyah)

Tanpa Nama berkata...

Ini lah akibat di bolehkan bercampur aduk atas alasan bertolak ansur.

Dalam kebaikan ada kejahatan.
Dalam kejahatan ada kebaikan.

Hakikat baik tetap baik dan yang jahat tetap jahat, di ketepikan.

Dalam UMNO, ada Islam yang baik dan ada Islam yang jahat. Ada Polis baik dan ada Polis jahat. Sebab itu Hj Hadi dan PAS boleh terima dan bertolak ansur.

Syiah pun bukan semua nya jahat. Sunni bukan semua nya baik. Tapi tindakan Syiah melampau sungguh.

Jadi tak kira kumpulan mana dan siapa pun, kalau jahat hendaklah di bantah di tolak.

Yang baik masih duduk dalam PAS sebab dia tak jahat. Dalam UMNO pun yang baik duduk juga dalam UMNO sedang kan sedar UMNO buat kemungkaran.

Air dengan minyak tak bercampur tapi ada yang nak minum ?

Berpendirian lah yang benar tetap benar dan jangan di sekali kan dengan kemungkaran.

Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Ini lah akibat di bolehkan bercampur aduk atas alasan bertolak ansur.

Dalam kebaikan ada kejahatan.
Dalam kejahatan ada kebaikan.

Hakikat baik tetap baik dan yang jahat tetap jahat, di ketepikan.

Dalam UMNO, ada Islam yang baik dan ada Islam yang jahat. Ada Polis baik dan ada Polis jahat. Sebab itu Hj Hadi dan PAS boleh terima dan bertolak ansur.

Syiah pun bukan semua nya jahat. Sunni bukan semua nya baik. Tapi tindakan Syiah melampau sungguh.

Jadi tak kira kumpulan mana dan siapa pun, kalau jahat hendaklah di bantah di tolak.

Yang baik masih duduk dalam PAS sebab dia tak jahat. Dalam UMNO pun yang baik duduk juga dalam UMNO sedang kan sedar UMNO buat kemungkaran.

Air dengan minyak tak bercampur tapi ada yang nak minum ?

Berpendirian lah yang benar tetap benar dan jangan di sekali kan dengan kemungkaran.

Wallahualam


2nd attempt

Tanpa Nama berkata...

Ayatullah hadi assyiahi....
Takabbuuurrr

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah kena kecam tapi tak letak jawatan, mana lah maruah Presiden PAS ..

Bagi penjelasan ikut sejarah konflik di tanah arab, ahli PAS terima lah sebab dah wala. Tapi orang Arab dan Ulamak yang berlatar belakang solid arab nya lebih tahu dari yang berdarah marang.

Dan yang kecam tu bukan nya jawa ke, minang ke, bajau ke..

otaiblues.blogspot berkata...

ulama....ape itu ulama...ulama pewaris nabi kan..mencegah kemungkaran..
di malaysia ni...mcam mcm kemungkaran terjadi..timbalan ketua ulama boleh diam je.
sebuk pula ke negara lain.jual nama kesatuan ulama dunia..
tak pasal2 ketua ulama tak merestui dan bukan atas kehendak kesatuan.
kena pecat pun elok juga..jadi ulama politik matang je la...
membiarkan saja ahli mengkafir kan sesama islam hanya kerana keluar dari pas..ape tim ketua ulama buat...biarkan je

Tanpa Nama berkata...

Bila membohong dah jadi amalan hidup..

Lelakidicermin berkata...

Kekwn..jom kita layar blog2 pro parti pas..nak tgk walaun2 pusingkan ceta tuan presiden berkunjung ke iran..

IbnAbdHalim berkata...

Saya setuju 100% perenggan akhir artikel ini.

Tanpa Nama berkata...

hadi dh popular sekarang... biar satu dunia tau perangai dia.. dan jasa2 dia dlm merosakkan imej Islam kat Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Dulu walaun tuduh Abang Mat syiah, sekarang padan muka walaun. Kena kat muka Hadi yang bersekongkol dengan syiah walaun menikus mondok. Terseliuh lidah nak menjawab, mana pergi Dr. Azhar Yaakob yang mendoakan kecelakaan ke atas Abang Mat dan rakan2 ketika Muktamar Pas di Batu Pahat tahun 2015 dulu. Sekarang doa kamu mencelakakan Hadi dan parti kamu sendiri, rasakan. Kepada walaun janganlah walak membabi buta.

Unknown berkata...

salam:


Inilah masaalahnya PAS,Allah beri CASH di dunia lagi.Nak tunjuk akulah HANDAL,BIJAK dan nak jadi KETUA.Politik Matang,konon last-last jadi politik carca-marba.

1.Nak jadi KETUA,Tapi tak buat HOMEWORK,Main HANTAM keromo.
2.Semasa dlm PR,Nak jadi KETUA,tetapi PONTENG memanjang,bila issue timbul orang lain dipersalahkan.
3.Parti pas ada dewan ulama yg ditiru sebiji dari parti pemerintah di Iran.Mereka-mereka didlm dewan ini diberi KEBEBASAN PENUH/MUTLAK tanpa SOAL, untuk membuat keputusan HATTA,MEMINDA-MINDA DAN MENGUBAH-SUAI AL-QURAN.
4.Dalam KUIS,ada ulamak yg tertinggi sekalipun Hadi/PAS Sanggup langgar/MENIPU.Inikan pula diMalaysia,mempunyai ahli2 totok pak-turut.
5.Ada pula pentaksub-pentaksub PAS,sanggup kata walaupun Hadi buat silap,tapi Hadi dapat pahala.

wallah'ualam.

KESAPUAN berkata...

SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN DURI
SUDAH AMAL TAKIYYAH PEMBOHONG
MUTAAH NYA BILA LAGI

Tanpa Nama berkata...

HA merancang tetapi Allah jua sebaik2 perancangan.....mungkin ini adalah kifarah atas apa yg dia lakukan sebelum ini....membiarkan malah menambah luka lagi peerpecahan sesama islam di negara kita....sampai 1 peringkat....keriakan diri menguasi ilmu yg dia ada....

Tanpa Nama berkata...

Terkilan dengan sikap Ahli Parlimen Temerloh. Nampaknya iman beliau tidak setebal serbannya. Adakah ajaran baru yang membenarkan pembohongan demi menjaga imej parti ? Ahli Parlimen Temerloh ternyata gagal menyerlahkan imej agamanya semata-mata kerana politik. Bermula dengan siku dan lutut, pertembungan di mahkamah dengan Lim Guan Eng, pendedahan YB Zairil Khir Johari dan pembohongan mengenai status pemergian Hj Hadi ke Iran. Semuanya petunjuk Allah. Saya bukanlah seorang ustaz, jauh sekali ulama. Tapi tidak menghalang saya untuk menasihati Ahli Parlimen Temerloh. Bertaubatlah kerana sebagai ahli PAS bukanlah jaminan untuk tidak disoal oleh Allah di akhirat nanti.



Tanpa Nama berkata...

Kena buat solat taubat tepi lombong

Tanpa Nama berkata...

Jangan. Jangan pecat Hj Hadi.

Nanti dia dengan PAScai akan tubuh Kesatuan baru. PIGS jugak nama di beri nya.

Persatuan Islam (Tuan) Guru Sedunia.

*

Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.

*

Sebagai Naib Presiden, dia ada Ketua iaitu Presiden. Makna nya dia tak wala pada Ketua sepertimana dia mendesak supaya orang lain wala pada dia sebagai ketua.

*

Tanpa Nama berkata...

Ini lah akibatnya pd dak hadi apabila telah di tabalkan sebagai juara perasan bagus 2016.....naib juara pulak dak nazri al dedaki

Gedohom berkata...

buat lawatan atas nama jawatan bolih tuntut semua belanja, kalau peribadi sendiri tanggung le, apa hang pa semua ingat ini org mau rugi kaaa.

Unknown berkata...

Org lain berkorban nyawa tumbangkan Duta Rusia masa berucap...yg kou gi turut serta dgn Negara syiah tu dah kenape....engkou ni dah bawa PAS tak mcm Tuan Guru sebelum ini...memang kou harus di pulau oleh ahli2 PAS..kau dah mcm Najibbbbb....dan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ayatullah hadi almaraangi
Mulla hassan tontowi altemerloohi
Takabbuuurrr.....

Din berkata...

Kan telah lama dikhabarkan bahawa Paspispus ni ditadbir oleh golongan penipu bersiri. Dunia dia dlm sarban dia..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang siapa pula nak backup presiden ni penolongnya pun dah senyap dah tak tau nak cakap dah bila timbalan cuba nak bela presiden lain pula onak yang timpul lepas kata netizen dok mengata dan fitnah presiden ,sekarang cakaplah dulu hanya setakat dalam negara saja yang dionakkan oelh presiden ini tapi sekarang KUIS pula yang sudah mula buka mata kelaku kelayak presiden ini apakah ahli PAS masih tutp mata dan memuja presiden lagi PAS tidak rosak tapi presiden itu yang merosakkan PAS sama jugalah dalam UMNO parti tidak rosak yang rosak orang yang memimpin parti ingatlah parti akan rosak jika masih menyimpan pemimpin seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa kalau mcm ni baik hadi ganti qardawi....hadi igt die tu presiden kuis mcm presiden pas kot.die blh buat sesuka hati dia.kahkahkah.

Antizalim berkata...

Hadi mempunyai perangai yang pelik. Degil keras hati ego perasaan bagus.

Dalam PAS hanya kata dia saja yang betul. Tidak sedia mendengar pandangan rakan pembangkang. Org lain mesti patuh dan wala total kepada dia. Tapi dia sendiri tidak mau wala kepada sesiapa.

Mungkin kerana ulamak dalam KUIS adalah Ahli Sunnah dan menolak syiah yg sgt kejam. Kerana kecintaan pada syiah maka hadi tk wala kepada KUIS dan presidennya. Hadi bertindak sendiri membelakangkan presiden KUIS berjumpa syiah. Dah tu fitnah pulak kunun menjadi wakil KUIS. Dijualnya nama KUIS dan Qardawi. Hanya syiah yang menghalalkan pembohongan.

Golongan progresif dalam PAS dianggap pengkhianat dan boleh rosak akidah dan halal darahnya hanya kerana tidak setuju dengan presiden dan parti.

Adakah Qardawi dan KUIS melabel hadi munafik haraki? Pengkhianat? Rosak akidah? Halal darah?

Kerana itu KUIS mesti berhati2 dengan hadi. Mungkin dia ada agenda juga utk menjadi presiden selepas ini yang akan memberi muka pada syiah. Seolah2 sama seperti menunggu2 TGNA meninggal baru dia serlah perangai sebenarnya dalam PAS. Maka jika Qardawi takde nanti, jgn sesekali dinaikkan hadi menjadi presiden. KUIS akan menjadi seperti PAS akhirnya. KUIS akan diserapi syiah jika hadi jadi presiden.

...........................................

Sekarang disebar tulisan hadi siapa disebalik krisis Syria. Dibentang teori yang berbelit2 yg mana akhirnya dilihat seolah2 mujahiden itu yg jahat diperalat Amerika. Maka diwajarkan lah membunuh mereka. Maka tidak terasa apa barang sedikit pun dgn kezaliman syiah Bashar laknatullah merogol membunuh umat islam.

Kita umat islam tidak mahu tau apa alasan dan apa teori bodoh berbelit2. Kita sgt mendesak utk menyelamatkan umat islam yg dizalimi. Kita tk peduli tgn ghaib mana dibelakang pembunuhan itu. Hatta kalau tgn ghaib jahat itu dpd org sunni sekalipun kita mesti benci dan perangi. Nyawa dan maruah umat islam menjadi utama dan mendesak. Persetan dengan teori berbelit2 disebalik semua itu.

Bayangkan kita balik rumah melihat anak isteri dirogol beramai2, kemudian dicederakan dan disembelih, quran dirumah dipijak dan dibakar. Maka kita pun berfikir ini semua kerja amerika dan bukan salah perogol. Kita mesti berdiplomatik dengan perogol itu. Maka kita salam dulu dan dakap perogol itu dan jemput minum utk berbincang apa patut dibuat.

Ini perangai orang gila yang sudah hilang keawarasan dan lenyap iman yang tak layak lagi hidup di mukabumi ini!

Tanpa Nama berkata...

hehehe....hukum keadilan dan kebenaran....ada lagi walaunta tuang presideng nak back up....walupun terang-terang dah salah dan dikutuk oleh KUIS...kesian aku tengok geng2 walaunta tuang presideng nak menegakkan benang yang basah...

Tanpa Nama berkata...

saya melihat dari sudut lain.

Allah masih sayang pada Hj Hadi.

bagi saya apa yang dilakukan oleh Hj Hadi berbalik pada dia ke atau kifarah ke atau balasan ke, tidak sama sekali.

bagi saya Hj Hadi seperti mana Tun M adalah orang yang beruntung.

Mereka boleh menerima balasan hari pembalasan kelak. Tetapi mereka diberi kesempatan se belum mereka mati. Sepanjang kehidupan mereka sudah tentu ada amalan baik yang telah mereka lakukan. Dan kerana kebaikan itu lah mereka seolah olah 'dihukum'.

Kebaikan mereka itu lah yang menyelamatkan mereka sekarang ini.
Yang Tun M diberi kesedaran akan kesilapan besar nya dan Hj Hadi yang di sangkakan nya dia lah yang terbaik terpintar di balik kan dengan kelekaan nya.

Kembali lah ke pengkalan ia itu pada Kebaikan sesama saudara se Islam dan manusia.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Nak menunjukkan keadaan PAS ok, Selangor cakap pasal pru. Macam tak ada benda konoon ??

Nak bertanding apa? Maruah dah bersepah-sepah atas tanah. Kutip lah dulu kalau ya pun ..

Jangan jadi .. Tok Guru nya kencing berdiri, muridnya kencing berlari.

Adakah PAS menyetujui pembunuhan dan kezalimn Iran ke atas Syria ? Mana penting bertanding PRU atau melindungi jenayah yang di lakukan oleh Iran.

Tanpa Nama berkata...

Isu bergambar dengan Rabi yahudi, Dr Maza menjawab fitnah golongan yang cuba pertahankan ketua mereka
Politik Ulama

Saya pada awalnya, tidak mahu mengulas isu kehadiran 'orang politik' beramah mesra dengan ayatullah yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Saya anggap itu adalah langkah politik yang selalu berlaku di mana-mana. Malangnya, gambar bersama seorang rabi yahudi saya semasa di Oxford beberapa tahun digunakan untuk serangan peribadi oleh geng parti berkenaan.

Padahal saya sepatah pun tidak berkata apa-apa. Untuk pengetahuan, saya bukan orang politik. Gambar berkenaan saya ambil semasa menghadiri seminar anjuran Haron Yahya dari Turkey tentang Al-Quran and Science. Rabi itu juga hadir sebagai pembentang. Namanya Rabbi Abrahamson. Dia selalu bela rakyat Palestin dan sekarang dia sedang membela rakyat Syria. Ramai orang Arab ikuti fb beliau. Dia selalu bela nasib umat Islam. Di situ ada sedikit perbezaan dengan Khameini yang membunuh dan menyembelih umat Islam di Syria.

Namun saya katakan, sesiapa yang kritik orang politik ke Iran tak faham style politik sebenarnya.

Apakah yang hendak kita hairan dengan sesetengah ahli politik?! Jika semalam mereka memarahi orang bersalaman dengan Netanyahu kerana membunuh rakyat Palestin, hari ini mereka menghalalkan pemimpin mereka bersalaman mesra dengan pembunuh rakyat Syria.

Apa yang hendak kita pelik?! Tidakkah semalam mereka yang mengkafirkan parti dan pengikut parti tertentu sehingga tidak boleh berimam, tidak boleh makan sembelihan, tidak hadir kenduri, tidak boleh berkahwin dan segalanya. Ketika itu katanya : "kita menentang parti tersebut kerana parti itu dasar kafir dan jahiliah. Masuk ke dalam parti itu ertinya meredhai kekafiran".

Akibatnya, solat 2 imam, terputus hubungan silaturahim, berberantakan rumah tangga BAHKAN ada yang mati terkorban bertempur sesama muslim. Akibat seruan 'perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan jika kita mati menentang puak-puak ini mati kita adalah mati syahid, mati adalah mati Islam".

Hari ini, setelah segala kerosakan berlaku, lidah yang sama menyebut 'Islam tidak menyuruh kita menumbangkan kerajaan', perpaduan sesama Islam itu lebih penting, 'kita ingin bekerjasama', 'politik matang' dan segalanya.

Dahulu, 'perlembagaan kafir, perlembagaan jahiliah'. Sekarang kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Maka, taqiyah Syiah dan nifaq orang politik tidak banyak jauhnya. Hari ini mereka bersalaman mesra dengan pembunuh yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Besok mereka akan menangis di hadapan rakyat tentang nasib rakyat Syria. Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Said Nursi: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik".

Dr. Maza

Tanpa Nama berkata...

Antara berpeluk dengan penjenayah syiah apalah sangat nak di bandingkan dengan bergambar dengan seorang rabi yahudi...Maza pun bukan nya ada jawatan dalam persatuan ulamak. Bergerak mengikut parti pun tidak. Setakat mana lah pengaruh dia jika di bandingkan dengan se orang Presiden Parti dan se orang yang berjawatan Timbalan presiden ulamak se Dunia. Yang kalau kumpulkan pengikut sampai berpuluh ribu..

Sedikit demi sedikit baru lah tahu sifat orang syiah. Cukup melihat tingkah laku Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Sudah jelas terang lg bersuluh pas jadi kotor jijik hina tp hairan napa ph masih terhegeh hegeh mahukan pas....pelik juga perangai ph...yg kotor busuk pun masih nak demi kuasa selangor...pru x lama lg,ph sila bersungguh2 dlm perjuangan jika tidak,rakyat juga akan menghukum ph spt mana pas dan umno

Tanpa Nama berkata...

Diam terkudu
Dsh abis peluru
Ha hsha.......
Suka menipu.
Ambik lau...

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada satu pun sifat Rasulullah pada Haji adi..Siddiq,Amanah,Tabligh ,Fatonah..Semuanya berlawanan.

Pencolekhangek berkata...

Jangan marah ke dia. Dia dah nyanyuk dan gila. Marah kat yang menyokong dia. Mengapa bodoh dan bebal sampai dah tak tahu mana yang baik atau sebaliknya. Yang ada jawatan sokong sebab dah masyuukkk. Yang kucing kurang dapat cium tulang ikan pun cukuplah!!!

Tanpa Nama berkata...

Komen Dr Maza ni terbaik.. itulah yg sy rasa slps melihat permainan politik malaysia.. Islam dipergunakan, dimanipulasi mengikut kehendak presiden. Sudah nampak pengikut yg taksub sehingga menidakkan ketokohan syeikh yusof al qaradhawi sbb mengecam lawatan presiden pas..

Tanpa Nama berkata...

Cuba kalau matsabu yg pergi.24jam walaun pas mengutuk btl x...

Tanpa Nama berkata...

Cth mudah.Israel pun ada yg baik dan ada yg jahat.sbg tanda x menyokong Palestine .apa juga yg blh kita buat kita buatlah utk support Palestine. Mcm tu jg kes hadi ni , buka mata luas2. Jgn walak smpi jd walakbodoh..

Tanpa Nama berkata...

14. Di manakah kita berbanding ucapan tokoh terkenal Abu Qilabah:
“Apabila sampai kepadamu tentang saudaramu sesuatu yang kamu tidak suka maka carilah untuknya justifikasi sedayamu. Sekiranya kamu tidak menemui sebarang justifikasi maka sebutlah pada dirimu: barangkali saudaraku mempunyai justifikasi yang tidak ku ketahui”.

Di manakah kita berbanding apa yang diriwayatkan daripada Umar radiyallahu anhu: “janganlah kamu berikan sangkaan jahat terhadap satu kalimah yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu mendapati ada ruang untuk diberikan sangkaan yang elok

Boleh buat berita ulas kenyataan di atas ni. Kenyataan YB khairudin attakiri...


Nak tanya dia kepada perginya sangkaan baik ini ketika mereka memfitnah bekas bekas pemimpin PAS dlm AMANAH?

Kenapa bila kena pada mereka semua nas keluar ....suruh orang sangka baik...bukan mengapikan tetapi sekadar mengingat kan....jgn nas nas dan dalil terpakai utk puak mereka sahaja...

Kenapa untuk orang lain segala buruk belaka...

Tanpa Nama berkata...

https://youtu.be/euzBTJdnV1g dlm terengganu kita penjelasan maulana asyaari tentang pemergian TGHH ke tehran...katanya bab politik x payah la berbalah dengan Nas.

Kenapa bila khilaf langkah politik amanah dan Pas sehingga mengkafir kan sesetengah yang lain sehingga menghukum orang lain. Kenapa bila bab mereka mereka kata jgn bebalah bab guna nas.

Kenapa kekhilafan dengan startegi politik amanah sehingga di fitnah mereka balaci batu dan macam?

Perlu pencerahan supaya diperjelankan agar mereka golongan yg kata mereka baik dlaam pas sedar ...jgn sembarangan menghukum orang.

Persoalan yg kedua;

Di di bangkit permergian ke tehran, tetapi perkara pokok kenapa berbohong untuk menyatakan sebab pergi ke sana.

Saya bukan membenci tghh dan pas tetapi sekadar ingin melihat mereka menoleh kembali kebelakang kerana dgn sikap mereka memberi signal salah atas segala kebejatan yg berlaku di negara ini...
Tolong bagi no contact supaya boleh berhubung.

Unknown berkata...

Aallahhuaklam..