14 Nov 2016

[VIDEO] Ilmu Kebal Jamal Makan Diri..

Darah Jamal 'tumpah' di Ampang

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.


Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan cincang mereka," katanya.

Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.

Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.

Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.

Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.

"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Pengarah Pilihan Raya PKR Ampang Nallan Dhanabalan pula mendakwa melihat kejadian itu dan sebenarnya seorang lelaki berpakaian biasa - didakwa anggota polis - menumbuk Jamal.

"Jamal menarik rantai leher seorang polis berpakaian biasa, dan ia terputus. Kemudian pegawai lain datang dan memukulnya," kata Nallan.


Kejadian itu katanya berlaku ketika kumpulan PKR bergerak meninggalkan Ampang Point dan polis berusaha memisahkan kedua-dua kumpulan berkenaan.

Sementara itu Jamal membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Dalam aduannya Jamal, 46, berkata Gerakan Baju Merah bertembung dengan kumpulan penyokong BERSIH diketuai Zuraidah yang mengedarkan risalah "menghasut orang ramai membenci kerajaan" serta "berhimpun secara haram" pada Sabtu ini.

Dalam pertembungan tersebut, kata Jamal dalam laporan polisnya, berlaku perang mulut dan tolak menolak.

"Tiba-tiba saya dipukul, ditumbuk oleh seseorang yang memakai baju BERSIH dari sebelah kanan tepat di muka dan hidung saya.

"Akibat pukulan itu saya mengalami kecederaan berdarah dan bengkak pada hidung," kata Jamal. -mk





ULASAN GB

Mula-mula belajar ilmu kebal. Lepas tu takbur dan riak. Menunjuk-nunjuk kononnya akulah yang hebat. Dipukul kayu, kayu pun patah.

Itulah istidraj namanya iaitu satu kelebihan atau keluarbiaasan yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang fasik.

Selepas itu menggunakan ilmu untuk mmenimbulkan huru-hara, mengacau perhimpunan aman pihak lain. Maka dengan segera, hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Mula-mula terjerit kata "polis pukul saya", lepas tu tiba-tiba ubah kenyataan "pegawai Zuraida pukul saya".

Mengapa tak kata kumpulan geng merah sendiri pukul kamu sepertimana kamu menuduh geng Bersih memukul anggota Bersih sendiri tempohari?

Semua orang dapat melihat dan mebaca berita-berita bahawa alangkah jijiknya perbuatan geng merah yang saban hari menganggu dan mengacau orang lain.. malah sehingga menghidupkan api perkauman yang melampau...

Ingatlah bahawa "Allah tidak suka orang yang melampaui batas..." (Al-Maidah : 87)

Hamba Allah yang sebenar dia tidak mencari ilmu kebal, tetapi sentiasa beramal untuk mendapatkan iman yang kebal.



FEATURED ADS



29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan kebal
Rupanya bebal..

air gunung berkata...

Kah kah kah kah kah.
Gelak jerlah tu GB.
Najis tulisan aku nanti kalo tulis n ulas psl neh.
Alamakk..
Kena gee basuh tgn neh..

Malaysiabaru berkata...

Zaman 80 an JAMAL JAMBAN dah masuk I.S.A

Tapi zashit Komedi bagan datoh takde telur lebih pondan dari hisapuddin..

Ingat zahid mangkor rupanya anak Bugis ni mcm nyah cow kit

P.s Mesir dah dapat 12b dyit IMF. Mongolia masih tunggu 10b

Malaysia bila.lagi.. MCA NAK JUAL.MALAYSIA KOD KOMYMIS CHINA DGN MENJUAL BOND DAN HUTANG KOD CHINA UTK DAPATKAN MODAL

mca lebih teruk dari pakatan dap yg tidak pernah jual negara

Smlm ringgit rm4.58,di London. Esok confirm 5.10... Kalau gabenor rambut celup putih tak main kona kona.

Dap dan amanah harapan kami... Selamtkan negara ke arah Malaysia baru... Jom bersih ..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha hahaha padan muka jamal.
Itu bukan kebal.. itu BEBAL!

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dia macam popeye the sailorman, kartun yang makan bayam. Dah makan bayam baru jadi kuat.

Jamal tak dapat makan dedak. Kalau makan dedak baru lah dia kebal.

Tanpa Nama berkata...

Dahsyat betul lakunan Jamal Jamban.

Itu bukan darah tapi sos tomato laa..

Mungkin Jamal tak kebal tapi yang sah-sahnya ialah Jamal memang bebal.

Ilmu bebal turun temurun.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul geng BERSIH yang tumbuk Jamal sampai berdarah, maknanya ilmu geng BERSIH lagi terror..

Realiti lain, pertunjukan lain.

Kawan pukul lain, musuh pukul lain.

Tanpa Nama berkata...

Buat malu melayu Sungai Besar je..

Bila kena pukul hidung boleh berdarah.. cina pun jadi tak takut. Lagi ramai yang akan datang ke BERSIH.

Hahaha.. tentu budak-budak silat pun dah tak confidence.. sebelum ini pesilat yang ikut jamal ingat betul-betul kebal. Baru dia orang sedar, Jamal dah tipu dia orang.

Kita jumpa Jamal di BERSIH dengan hidung bertambah plaster !



Tanpa Nama berkata...

Mcmmana polis xberani tangkap jamal...cuba kalau si org pkr atau amanah atau dap buat mcmtu..dengan pantas ketua kena tangkap masuk lokap dgn pelbagai akta dikenakan...sedangkan anwar pun xbersalah blh kena penjara 5 tahun..ni knlan pula terang2 samseng jamal..

Tanpa Nama berkata...

Polis pukul saya
Polis pukul saya
Polis pukul saya.....

Kah3
Lawak giler dol

Tanpa Nama berkata...

Jamal oh Jamal.

Jamal kata Polis yang tumbuk.
Jamal juga yang kata geng BERSIH yang tumbuk. Mana satu ? Peserta BERSIH tak ada kelibat pun di situ. Semua nya Polis.

Yang betul, Jamal kena tumbuk cara ghaib... kita tak main kebal, kebal macam ko...

kih.. kih.. kih..

abrarmujahideen berkata...

Mcm pundek jer

Unknown berkata...

Alahhhh....cuma cuma TESTING, nak uji, betul ke
JAMAL JAMBAN KEBAL...............????
Rupa-rupanya, BEBAL!!............HAHAHA

Tanpa Nama berkata...


Mula2 Dato Seri Jamal kata polis tumbuk saya..polis tumbuk saya..polis tumbuk saya.

Kemudian kata orang Zuraida tumbuk dia.

Dia tak nampak siapa yang tumbuk dia sebab orang itu ada siku dan lutut dalam jubah.

Saya kata ada orang upah tumbuk dia kerana nak ludah Tun Dr Mahathir.

Siapa upah saya tak nak beritahu.

Lepas kena tumbuk hilang seri. Nama je Dato Seri.

Mana pergi pesilat2 keliling dia ?

Tun Mahathir pun dah tiada polis escort.

Tanpa Nama berkata...

bila melayu bebal... tak lah malu sangat.. memang dah ramai keterunan cenggini
tp klau dah melayu islam bebal..... baik pindah dok tempat lain la...
udah2la tu... takyah laaa gtau satu dunia kebodohan tu
simpan2 sikit... takut malu anak cucu nti

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan zaman PRIMITIF

Unknown berkata...

Padan muka kau jamal.kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau pukul dgn kayu dia memang kebal. Tapi dengan tangan hilang kebalnya cuma yg tak boleh hilang BEBALNYA aje.

Tanpa Nama berkata...

Baru kena satu tumbukan manja dah
berdarah...nampak sangat muka-nya
jenis plastik. Dah tu macam nak menangis
terpekik-pekik macam budak 14 tahun bila
kena tumbuk...ini ke samseng? samseng taik kucing aje ni...

kenapa eh samseng Jamal semua perut boroi?...ada yang dah tua nak mampos.

Tanpa Nama berkata...

Budak2 dia suka2 je tendang belasah org awam hanya kerana menyokong bersih. Tindakan perlakuan dan mulut mereka dihalalkan.
Polis langsung mereka tak hormat kerana mereka ada ahli politik yang mereka payungi.
Ini bermakna agensi keselamatan gagal hanya kerana olah orang politik.

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber AMANAH
Siratol MUSTAQIM...Terang dan INDAH
Siratol MUSTAQIM...Pantas dan MUDAH
Siratol MUSTAQIM...Penyelesai MASAALAH

Siratol MUSTAQIM...Bukan Pem FITNAH
Bukan dan Bukan...Pen CURI Pe RASUAH
Bukan Si PONTENG...U-Turn Ber HELAH
Bukan Si Gedebe...Nak Tunjuk GAGAH


Siratol MUSTAQIM....Lurus Ber CAHAYA
Siratol MUSTAQIM....Indah Ber SERI
Indah Ber SERI...Minda Ter BUKA
Indah Ber SERI...Mencari "ERTI"


Mencari "ERTI"...Mencari "MAKNA"
Mencari MAKNA...Hakikat yg HAKIKI
Mencari Kaseh...Kaseh Yg"ESA
Kaseh YG"ESA...Sifat"NYA" Mem-BERI


Yg Kaseh Mem-BERI...Berganda Di LIMPAHI
Yg Kaseh Mem-BERI...Di Dakapan ILAHI
Krn Kaseh Mem-BERI...FITRAH Syurgawi


FITRAH Universal...Unlimited INFINITY








Tanpa Nama berkata...

Jika Jamal telah menarik rantai leher Polis, pegawai tersebut perlu buat lapuran. Mengapa Polis menahan 3 orang tetapi tidak menahan Ketua mereka ?

Adakah ini satu 'wayang'? Jika seseorang telah menumbuk Jamal bagaimana Jamal yang dikelilingi Polis boleh terlepas ?


Jamal Ketua tapi tidak di tahan dan Jamal Ketua yang boleh terkena tumbukan ..


Dalam seronok dengan bebal Jamal hidung berdarah, apa-apa pun boleh terjadi semasa BERSIH.

Lebai Roger berkata...

Malu woow jadi pahlawan melayu ameno......aku percaya ini bukan org bersih punya ilmu, ini mesti kerja tok tok wali Pas......mana mungkin tumbuk belakang hidung yg pecah.kah kah kah! Satu komen dr para tok wali Pas pun tadak, takziah kpd Datuk Jamban.

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan jamal ni jantan
Rupanya pompuan
Itu yang darah haid keluar ikut hidung.

Tanpa Nama berkata...

Baru kena pukul dengan zuraidah jer dah nangis...buat malu jer pendekar sekincan ni...

Tanpa Nama berkata...

tu kayu papan nipis demo seni pertahan diri je

jika betul kebal meh hempuk dgn batang cangkul. icu la kau jamban.

sudahla jamban trik lama semua tu.

polis pun xsuka jambn ni menyusahkn mereka. buat kacau mcm org gila.

bersih adalah gerakan semua rakyat malaysia xkira kaum. bersih bkn rasis cina.

pergi demo marah kt cina jho low yg dh sah menipu ketua kau yg dungu dn tamak tu.

tula cina jahat yg menjahanamkn negara.

sudahla jamban jgn sebut lagi parang terbang dll ilmu yg terpelihara tu.

ilmu begitu bkn utk org gila mcm kau. ilmu suci utk tujuan suci dlm diri org yg suci.. bkn utk perut yg penuh dedak haram hasil rompakan termasuk duit umat islam yg buat haji.

paaaaang sekali utk jamal jamban busuk

Tanpa Nama berkata...

PAK ARAB AMIK BALIK DUIT DERMA DAN BG PENUMBUK

Tanpa Nama berkata...

seteruk teruk dan sehaprak jamal..berani jugak dia turun padang semuka dgn lawan dia...ada satu mamat tu dah la ketua pemuda..dok mengokok dan menyalak kot fb jaa...di ajak berdialoq kata...bukan cara ana...bagi dok dalam parlimen..dia kata kita berkecuali..kita sokong bertempat..lagi respek aka kat jambal ni...dia tak juai agama!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan pompuan. Tlg jgn malukan kaum pompuan. Dia BAPOK!