18 Okt 2016

[VIDEO] Azmin Puji AMANAH, Selar Pihak Yang Bersekongkol Dengan "Perompak Negara"

Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali secara terbuka memuji Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai sebuah parti yang akan memainkan peranan penting dalam politik negara.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Ceramah Mega AMANAH sempena Sambutan Setahun AMANAH Selangor malam tadi di Perkarangan Dewan Alamanda, Shah Alam.

Azmin berkata sekalipun usia AMANAH baharu setahun namun mereka cukup matang dalam politik dan lantaran itu beliau yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara


Beliau juga menyatakan senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara dan rakyat tak sepatutnya mendokong Umno BN lagi.

Malah beliau berkata bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima, yang ramai percaya beliau merujuk kepada PAS.

"Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara," ujarnya.

"Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang," tambahnya lagi.

PAS yang memenangi 15 kerusi daripada 20 kerusi DUN Selangor di dalam pilihanraya lepas sebagai komponen Pakatan Rakyat ketika itu, tanpa rasa malu, tanpa maruah dan tanpa rasa bersalah masih lagi menganggotai kerajaan negeri Selangor sekalipun parti itu telah memutuskan hubungannya dengan DAP.

Dua daripada ADUN PAS telah mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) menyaksikan PAS kini mempunyai 13 kerusi DUN di Selangor.

Ucapan Azmin itu juga telah mendapat reaksi pantas dari Dewan Pemuda PAS Selangor yang mengugut Azmin untuk menyatakan pendirian samada bersama PAS atau AMANAH.


Namun beberapa jam kemudian setelah menyedari kenyataan itu telah menyebabkan backfire kepada PAS sendiri dengan menerima sernagan bertubi-tubi dari netizen, mereka telah menafikan membuat kenyataan tersebut dengan mendakwa akaun facebooknya telah diceroboh, satu alasan yang kerap digunakan oleh mereka yang telah terperangkap dengan kenyataan asal untuk memulihkan pandangan netizen.

Turut berucap di Ceramah Mega AMANAH malam tadi ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, ADUN Salor, YB Husam Musa dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan Selangor.







FEATURED ADS


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malah sesiapa yang mengiyakan dan sering mendampingi orang yang sering bersongkol dan bergambar dengan Najib juga tidak dapat di terima oleh rakyat.

Malah sesiapa yang berkawan dengan orang yang mengiyakan dan sering mendampingi orang yang sering bersongkol dan bergambar dengan Najib juga tidak dapat di terima oleh rakyat.

Ingat .. begitu juga yang lain-lain yang konon nak menjaga hati kawan yang berkawan dengan orang yang mengiyakan dan sering mendampingi orang yang sering bersongkol dan bergambar dengan Najib juga tidak dapat di terima oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah azmin...masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang harimau mengaum...nama pun politik kan...namun apa pun terima kasih sebab sudi jua utk puji amanah...tp ingat...tokoh amanah spt abg mat dan husam jauh lebih berkredible drp kamu wahai azmin...so bertindaklah dgn lebih waras sikit...

Lelakidicermin berkata...

Aku pergi majlis kawin satu masa tu.. tgh makan2. Aku perasan salah seorg yg hadir adun AMANAH.sempel je adun tu.. borak dgn org kg.. tak tahu mana adun.. mana satu org kg. Bersahaje adun amanah tu..Aku ckp dgn org umah aku.. itu wakil rakyat.. org umah aku ckp.. takkan lah itu wakil rakyat..aku pun diam.. masa dlm perjlnan balik.. terpampang gambar adun tu kat simpang jalan.aku tunjuk kat org umah.. sama rupa org kat kenduri tu.. org umah aku ckp.. yalah serupa..tahniah adun AMANAH.. yg pasti sikap anda sentiasa di terima di kawasan anda..dan pasti di pilih di pru 14.. adun yg aku cerita tu wajah nya ada sewaktu azmin bg ceramah.. sentiasa ada je dlm video itu..

Tanpa Nama berkata...

Malah sesiapa yang berkawan dengan orang yang mengiyakan dan sering mendampingi orang yang sering bersongkol dan bergambar dengan Najib juga tidak dapat di terima oleh rakyat.

Ingat .. begitu juga yang lain-lain yang konon nak menjaga hati kawan yang berkawan dengan orang yang mengiyakan dan sering mendampingi orang yang sering bersongkol dan bergambar dengan Najib juga tidak dapat di terima oleh rakyat.

Unknown berkata...

Salam;


SYABAS,Amanah Selangor,tak banyak cakap,tapi banyak buat kerja.Insyallah di peringkat grass-root setahun dua lagi,akan neutralise menjadi biasa,tanpa pas,pembangkang bergerak dgn lebih gigih lagi.

Kekuatan pas,cuma pada sekolah2 tahfiz,tadika pasti dan lepasan mesir sahaja diperingkat masyarakat umum mereka masih lagi jauh.

Jika Amanah dapat mengujudkan tadika rakyat dan sekolah2 tahfiz untuk semua,percayalah PAS akan tersengungkur secara neutralnya.

TAHNIAH UNTUK SEMUA YG TERLIBAT,memajukan PH.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Tidak kah ada 'udang di sebalik batu' bila Hadi membentang hudud ? Apabila dalam masa yang sama bersekongkol dengan bapak perompak negara..

PKR pun dah mula menjauhkan diri, tinggal lah PAS dengan Ikatan atau PIGS. Kita tunggu dan tenguk bagaimana PAS 'melutut' di Selangor.

Jika PAS Selangor tidak menyertai BERSIH 5 bererti PAS Selangor juga bersekongkol dengan Hadi yang bersekongkol dengan Najib.

MB Selangor cakap .. rakyat akan tolak !!
Bila rakyat tolak.. Azmin kena lah ikut rakyat, jangan tunggu pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

demi perjuangan... bersikap teluslah.. jujur...adil... amanah...
rakyat sedang memerhati setiap tindak tanduk anda...

Tanpa Nama berkata...




Jalan yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
CAHAYA Menerangi...Jalan Yg'SATU
Di Jalan Yg'SATU...Minda Ter BUKA
Di Jalan Yg'SATU...Muafakat Di TEMU


Jalan Yg'SATU...Inspirasi Ber SEMI
Inspirasi Ber SEMI...Anugerah ILAHI
Inspirasi Menjulang...Ke Ufuk yg TINGGI
Inspirasi MIRACLE...Unlimited INFINITY
Di Situ Lah Khazanah...Solusi Yg PASTI


Inspirasi MIRACLE...Unlimited INFINITY
Ter PASAK Lah AMANAH...Integrity TRANSPARENCY
Meng GUNUNG Lah CINTA...Ke Agungan NYA ILAHI
CINTA dan Cita2...Hanyalah Kaseh Utk Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Oh! CINTA Kaseh Mem-BERI
CINTA Kaseh Mem-BERI...Ber Bunga Meruntun2 Di HATI
Kan Melimpah2 Lah REZEKI...TAK Terhitung TAK Ber HENTI2
DAN Ber "kubur" Lah Sang FITNAH...Yg U-Turn PONTENG Men CURI



Inspirasi MIRACLE...Unlimited INFINITY
Kolobrasi FITRAH....Universal AZALI
Greatest MIND Thinks Alike...Fitrah Yg SUCI
Meluncur TERBANG...Ke Makam Ter PUJI


TAK Wujud Dendam KESUMAT...Rakus Ego-IBLIS Sombong DIRI
TAK Wujud lg PentingDIRI..."Rasa" Pandai-BESAR Yg Membelengu INSANI
LENYAP Lah Kebodohan Budak2 HINGUSAN...Yg Kemaruk GLAMOR-Terkinja KINJI


Humble Humble Humble n Very7FREINDLY....Itulah Indahnya FITRAH Syurgawi