20 Okt 2016

Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti

Penganjur #Tangkap MO1 terkejut terima surat UM

Penganjur #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof hari ini diberikan surat tunjuk sebab daripada pengurusan Universiti Malaya (UM), selepas 2 bulan penganjuran himpunan itu berlalu.

Anis berkata beliau memang menjangkakan universiti akan memberikan surat tunjuk sebab atas tindakannya terlibat dalam himpunan itu.

Bagaimanapun, katanya masa yang panjang diambil UM ternyata mengejutkannya sehinggakan beliau tidak terfikir UM akan mengambil tindakan terhadapnya.


“Saya sudah jangka yang kalau saya ambil tindakan ini memang biasanya universiti akan memberi surat (tunjuk sebab). Tetapi selepas 2 bulan daripada tarikh perhimpunan itu, baru saya dapat surat.

“Saya ingatkan universiti tidak ambil peduli,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata surat itu diterima dari Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa beliau “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

“Saya terima surat itu pada 17 Oktober dan diberi tempoh 7 hari untuk membalasnya kepada naib canselor UM. Apa yang menghairankan ialah surat itu bertarikh 12 Oktober tetapi ia saya menerimanya semalam menerusi e-mel.

“Menurut rakan peguam saya, tempoh 7 hari itu dikira dari hari pertama kita terima surat itu dan bermakna Ahad ini hari terakhir surat perlu dibalas,” katanya.

Walaupun berdepan hukuman pergantungan semester, Anis yang kini pelajar tahun akhir jurusan Bahasa dan Linguistik tetap yakin beliau tidak melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Katanya, 2 sebab utama ialah himpunan itu dilakukan ketika cuti semester dan di luar kampus (luar kawasan universiti).

“Saya rasa tindakan UM ini boleh jejaskan pandangan masyarakat terhadap UM. Apa yang UM buat ini juga membuka peluang orang luar lihat pentadbiran UM sebenarnya.

“UM sepatutnya dilihat sebagai tempat kebebasan suara. Bila ambil tindakan seperti ini, UM perlu sedia kena tohmahan dan kritikan masyarakat,” katanya.

Anis yang berasal dari Sabak Bernam berkata lazimnya selepas menerima surat tunjuk sebab, beliau akan diberikan kaunseling oleh naib canselor sebelum dihadapkan ke mahkamah UM bagi mendengar keputusan selanjutnya.

Katanya, berdasarkan pengalaman seniornya iaitu Fahmi Zainol, pelajar yang melakukan aktiviti sedemikian akan dikenakan hukuman gantung 2 semester.

“Tetapi itu kerana dia (Fahmi) melakukan kesalahan di dalam kampus. Sejauh mana perbicaraan itu terpulang kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menilai berdasarkan AUKU.

Selain Anis, 3 lagi rakannya daripada jurusan Pendidikan Islam di UM turut menerima surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam himpunan itu.

“Secara peribadi saya memang mahu pengajian saya habis. Tetapi jika UM ambil tindakan terhadap saya, saya fikir pelajaran lebih penting. Saya akan usaha mendapatkan ijazah walaupun dikenakan tindakan,” katanya.

Anis menyertai perhimpunan #TangkapMO1 di depan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Anis dan kumpulannya menganjurkan perhimpunan yang disertai kira-kira 1,500 orang berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut individu dikenali sebagai Malaysian Official 1 (MO1) ditangkap.

MO1 merujuk kepada seseorang yang tidak didedahkan identitinya dalam laporan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang menyiasat dakwaan salah guna dan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam saman sivil DOJ itu, MO1 didakwa menerima wang bernilai AS$731 juta daripada 1MDB. -FMT

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Sungguh aneh dan menhairankan dengan alasan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa keterlibatan Anis Syafiqah dalam perhimpunan Tangkap MO1 “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

Sedangkan hak Anis Syafiqah atau mana-mana pelajar dijamin Perlembagaan

Ketara tindakan UM itu seperti menerima tekanan politik pihak tertentu, atau sememangnya ada kakitangan UM sudah menjadi kuda tunggangan politik untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Tindakan Anis Syafiqah disanjung tinggi oleh rakyat yang mahu integriti negara terjaga dan terbela. Nama UM melambung tinggi kerana tindakan Anis Syafiqah tersebut. Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif.

Tetapi tindakan UM menghantar surat cinta kepada Anis Syafiqah itulah yang sebenarnya yang telah “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

Sepatutnya UM menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi akademik universiti yang umum telah tahu bahawa prestasi UM telah merudum sehinggalah terkeluar daripada senarai Times Higher Education (THE) Top 400 University Rankings sejak tahun 2010.

Jika UM terus memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan di mana UM akan terus dipandang hina oleh rakyat dan dunia.





FEATURED ADS


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahulah pengurusan UM ni unta tunggangan UMNO. Andai demo utk UMNO, buat onar cam Jamal Pak Tongkol pun, UM xder amik kesah pun.

Tanpa Nama berkata...

Dia belajar kat UM ke atau UITM..?

Maruah dan keunggulan UM akhirnya ternoda juga. Kualiti produk UM semakin sama dengan produk UITM. Penuntut UM tidak boleh berbangga seperti dulu.

Tanpa Nama berkata...

Mmg sama sb UiTM bkn zmn ITM dulu...ape ingt dh grade dr UM darah jd kuning emas ke??...yg terbaik tu bkn U, tp diri produk U trsebut krn dr sn U tu akan dinilai terbaik atau terburuk d kacamata kita

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan nama Prof bijak pandai..tapi bodo nak mampos.
Budak tu buat demo takda bawa bendera UM lah. Dia bukan wakil Uni. Dia buat demo atas kapasitinya sendiri dan atas kesedaran dirinya. Ada dia bawa logo Uni ka??
Kalau dia buat dlm Uni boleh la tahan..ini tak..di luar.
Itu hak dia sebagai rakyat Msia.

Tanpa Nama berkata...

UM pun dah mula tercemar dengan politik. Mungkin satu hari nanti..anak orang yg ada kepentingan politik saja antara yang boleh masuk UM..apa sudah jadi UM?.

Pemuda parit kings berkata...

Itu tandanya UM ada yang dah term akan dedak!tak kiralah bertapa pandai nya seseorang itu,jika terpaksa jadi Pak turut UMno dan kere2 jadian...umpama orang yang tak berilmu biasanya jadi Pak turut... kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

Adakah hak kuasa universiti merangkumi semua yang terjadi di luar kawasan universiti hatta sehingga ke dalam rumah pelajar atau lain-lain tempat......dan kuasa universiti juga meliputi setiap jam dan hari aktiviti pelajar tersebut termasuk waktu cuti??

Wah, besarnya kuasa universiti mempunyai kuasa ke atas pelajar tak kira masa dan tempat.

Bukankah seorang pelajar itu juga merupakan seorang individu yang berkuasa dan mempunyai hak ke atas tindak tanduk diri sendiri?


Inilah akibat bila pengaruh politik sudah menular masuk hingga ke universiti.

Rakyat yang tidak sependapat akan menjadi mangsa dan menerima akibatnya.

Jadi akan datang perlulah kita fikir dalam-dalam sebelum memangkah undi.

Tanpa Nama berkata...

Tanya Naib Chanselor UM, taknak bagi Surat Chinta jugak ker kat DR MOHD ZUHDI MARZUKI
(Pengarah Pusat Penyelidikan PAS)?? Bukan ker Pokcik Mohd Zuhdi ni salah sekor tenaga pengajar di UM? Hah! Pokcik Zuhdi ni lagi le... siap ade pentas lagi ceramah politik! Ker ada kuota pulak, kalau student takleh cakap bab politik. Kalau pensyarah, takpeee! Ker... sebab PAS pun, aura perjuangan dah mirip dan sehaluan dengan UMNO sekarang? Gitu kerr...

Tanpa Nama berkata...

sebelum ini hanya UM sahaja yang memberi kebebasan bersuara kepada pelajar-pelajar nya di bandingkan dengan ipt ipt yang lain.

ipt-ipt yang lain awal-awal telah memberi amaran kepada pelajar-pelajar nya supaya jangan terlibat dengan demo menentang atau menjatuhkan perdana menteri. Ini kerana HEP nya ramai yang jadi agen-agen UMNO.

sedangkan Anisa bukan nya menentang atau menjatuhkan perdana menteri tetapi demo supaya tangkap MO1 yang terlibat dengan kerugian 1MDB.

jika Anisa digantung, bermakna UM sebuah ipt yang ternama di negara selama ini yang menjadi kebanggan anak-anak muda untuk mendapat tempat di situ, menyokong tindak-tanduk MO1.

Tanpa Nama berkata...

Prof.dah termakan dedak UNNO sebab tu dia jadi badut UmNO
Bodoh nak mampus punya prof.

Tanpa Nama berkata...

Boleh di katakan semua universiti d msia adalah menjadi tunggangan politik dan sbersedia utk menjadi begitu, sbb kenaikan pangkat atau lantikan kpd jawatan TNC pun mengambil kira latarbelakang politik dan kecenderungan individu yg akan dilantik sebagai syarat UTAMA bukannya merit akademik dan profesionalism individu yg berkenaan... dan amalan ini sudah merebak ke semua jawatan utama dlm sektor kera-jaan... bahkan kita biasa dengar kesah dalam temuduga utk jawatan baru pun ada penemuduga yg tanya secara terang kecenderungan politik calun yg di temuduga. Amalan ini lah yg telah merosakkan nilai etika dan integriti sektor awam...sebab org politik tidak peduli dgn etika dan integriti dan hanya memikirkan utk kekal berkuasa walauapapun "bayarannya"... inilah jenis pemimpin yg kita ada dan hasilnya negara kita rosak dan punah...

Tanpa Nama berkata...

Tak ada ape kerosakan nama baik UM...nama baik melaysia yg dah rosak kerana di pimpin oleh kepala perompak..

Tanpa Nama berkata...

Ape yg ko paham erti maruah dan keunggulan...ko dan ahli umno yg tak bermaruah pertahankan perompak2 negara..

Tanpa Nama berkata...

Siswa/i atau pensyarah/kakitangan klu sokong umno/BN, politiklah banyak mana pun. No problem. Pas yg mesra umno pun ok. Jgn sokong pembangkang sudah. Bukan UM shj. Semua uni di Malaysia. Bukan skrg shj, sejak aku mula kerja di U.. sampai aku dah pencen

Tanpa Nama berkata...




Jalan yg LURUS...Menyuloh MAKNA
Menyuloh ERTI...Hakikat DEFINASI
Menyuloh MINDA...Luas Ter BUKA
Universe UNIVERSAL...Langit & Bumi
Universe UNIVERSAL...Semenjak AZALI
Universe UNIVERSAL...Itulah University


Universe UNIVERSAL...Itulah University
Menggali PUNCA Hakikat...Puncak "DEFINASI" yg Hakiki
Iqra' IQRA' & IQRA'...Kan Memancar2lah INTEGRITY Transparency
Iqra' IQRA' & IQRA'...Sgl Molekul2 ATOM & DNA Dpt Ditemui
Iqra' IQRA' & IQRA'...Formulasi MATHS & AUDIT DiAplikasi
Iqra' IQRA' & IQRA'...W.pun SATU "sen" Takleh DiCURI

Bak Se KILAS Pandang Ikan DiAir...Takleh jd TOLOL-Bisu Takleh jd Tuli
Bak Se KILAS Pandang yg Pakai Warna PINK...Kenape Sedondon Cantik SeJOLI
Bak Se KILAS Pandang yg Ber SORBAN...Adakah 90juta Dedak-Ddlm Bukit Ada BABI
Bak Se KILAS Pandang yg Ber Ber Belit Ber Pusing2...Onar KHIANAT yg Menipu DIRI
Bak Se KILAS Pandang Yg Kaki PONTENG...Kaki FITNAH Memaki,Mnjd Symbol Sang penCURI



Universe UNIVERSAL...Itulah University
Universe UNIVERSAl...7 Petala Langit 7 Petala Bumi
Iqra' IQRA' & IQRA'...Tasbih & TAHMID Makam yg Ter PUJI
Menuju Mencari Men JEJAKI...Oh! Wajah MU Yaa RABBI
Kembali Ke Dakapan...Oh! FITRAH Syurgawi

Ter Semat Ber Semadi...Oh! Jiwa Kaseh yg Hanya Kaseh Mem-BERI
CINTA Kaseh Mem-BERI...Jln Utk Mendakap CINTA Kaseh Hakiki yg SEJATI


Oh! CINTA Kaseh Mem-BERI...Mnjd CINTA Cita2 Yg SUCI Abadi







Tanpa Nama berkata...

Bukan salah um,bukan salah budak tu.yg salah nyer kerajaan menekan um supaya ambil tindakan kpd pelajar tu.kalau xambil mungkin pengurusan UM pulak kena kacau ngan kerajaan...itu kita kena fhm.moral nya jgn putus asa.kita kena tewaskan umno.