29 Sep 2016

[VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini...

PAS kini didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk mengkafirkan orang lain.

Di dalam satu video yang tersebar luas di media sosial, seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Padang Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berikut ialah sedutan ceramah ugama yang disampaikan:


"KAK WAN... KAK WAN KENA ANGKAT TANGAN! KALAU KAK WAN TAK ANGKAT TANGAN, BOLEH MENYEBABKAN “JATUH IMAN” KALAULAH DITAKDIRKAN... LEPAS TAK ANGKAT TANGAN ITU MATI, KAMI TANAM JERAT".

Begitulah sikap pimpinan PAS yang ada merujuk kepada ura-ura PAS untuk membentangkan Bil Persendirian untuk meminda RUU 355 yang didakwa untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Shahrudin menyatakan bahawa jika Presiden Keadilan itu mati sejurus selepas tidak angkat tangan (untuk menyokong RUU 355), beliau menyatakan beliau akan menanamkan jenazah itu di jerat (perkuburan orang Cina bukan Islam).

Ramai pihak menganggap ucapan pemimpin PAS itu sebagai amat keterlaluan dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Bagan Serai hari ini telah mengeluarkan kenyataan meminta agar Ustaz Shahrudin meminta maaf secara terbuka di atas kelancangan ucapannya itu.

Sebelum ini, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff menyatakan RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.

“RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

“Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya.

Sementara itu, semakan terhadap Hansard Parlimen tahun 1984, dimana pada tahun itu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminta Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan membertakan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah.

Cadangan pindaan itu dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984

Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat.

Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam.


Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya.

Jadi apakah rosak iman, kafir TG Nik Aziz lantaran menolak usul pindaan RUU 355 dahulu?

PAS perlu hentikan segera retorik RUU 355 untuk mendapat sokongan orang Islam terhadap partinya dengan mengkafir mereka yang menolak usul persendirian berkenaan kerana RUU 355 bukan soal aqidah. malah keseluruan RUU berkenaan adalah di bawah Perlembagaan Lord Reid, malah mengukuhkan RUU bererti mengukuhkan Perlembagaan Lord Reid yang ditentang oleh PAS sendiri.

Apa-apa pun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal terhukum kkerana sikapnya yang melampau batas itu.

Sementelah lagi ramai yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan UMNO samada akan membenarkan Haji Hadi untuk membentangkan Bill Persendiriannya pada persidangan parlimen bulan Oktober depan setelah ditangguhkan sebaik saja ia dibacakan buat kali pertama pada persidangan parlimen yang lalu. -Greenboc.









FEATURED ADS


35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau PM Najib tak angkat jangan untuk sokong RUU 355 dan ditakdirkan meninggal agak2nya nak kebumikan di mana ya... nak tanya Ustaz ni?

Lelakidicermin berkata...

Dlm blog pro pas itu hari.. ada seorg pelayar tanya kat walaun2 pas tu..( masa tu pas dan walaun2 sebok mengkafirkan org yg menentang hudud ). Adakah yusof qardawi pun kafir bila dia suruh perbetulkkan kehidupan umat islam seblm melakukan hudud..sedangkan yusof qardawi ketua ùlamak dunia. diam pulak walaun2 tu.. yg ustaz kat atas ni pun sama. Usul belum di perdebatkan.. paksa2 sokong pulak. Agaknya ustaz2 serban besar. Main ckp je tanpa mengkaji sejarah akta 355.seingat aku satu usul di perlimen parti pas yg jadi kenyataan sampai skg. Tak ingat nama MP pas tu.. bila dia suruh persatuan palang merah di tukar persatuan bulan sabit..sampai skg di terima.. yg lain usul entahlah..mp pas skg ni..suka panaskan telur dlm perlimen..

Tanpa Nama berkata...

Ustaz PIS kan dah online dgn Allah, kenala ikut. Hai.... melayu2, kiri Kanan kena tipu

air gunung berkata...

Kalau ahli or org masuk umngok memang x pelik tahap tingkat kebangangannya.
Aku jd heran n pelik sungguh dgn ahli PAS abad 21 neh.
Diaorg neh dtg dari mana agaknye yer..
Ish ish ish..
Tu laaa.dok kutuk org dgn mcm2 gelaran hingga tahap takfir.kan dah terbalik kafir tu kat korang.korangkan yg tolak RUU kat kedah 2013 zaman mukhriz.
Tang org lain sedap jer korang kapirkan.korang buat x per pulak.cisss...x angkat tgn pon dan2 kapir
Mentang2lah ada kad ahli bukti msok syurga.

Unknown berkata...

Mamat tu YDP Pdg Serai kulim kedah....bukan Bagan Serai Perak.....dia ni amatlah maksum, lebih dr hadi al marangi sucinya! Kalau kira parti politik hanya ameno dan Pas saja yg boleh masyuk sorga.

Tanpa Nama berkata...

kambing ni cakap tak Pakai otak.baso bodo

Tanpa Nama berkata...

Anjing belaan sapalah mamat nie???
Menyalak tak tau kepunca.
Pakai serban & bicara tentang islam, belum tentu org tu islam atau tidak. Syarat iman kena kasih sesama islam. Apapun moga kau mati dlm pengampunan dan rahmat allah.

Tanpa Nama berkata...

Religion fanatics + racist extremist

Siapa yang sokong mereka??

Pemuda parit kings berkata...

Kenapalah kamu dijadikan sebagai manusia oleh Allah.....

Tanpa Nama berkata...

Agak2nya RUU 355 boleh disalahgunakan untuk menyekat pengaruh politik tak? Rasanya mcm boleh sebab RUU 355 dibentang tanpa had. Saman dengan sebat mungkin tak menyekat ahli politik. Tapi hukuman penjara mungkin mampu... andaian negeri A meluluskan Enakmen hukuman minum arak adalah penjara 20 tahun... mengikut dasar hukuman rimba yang berlaku kini... dengan saksi monyet... penguatkuasa kartun dan penjatuh hukum macam Dato Nikah Kawin... agak2nya kalau dijatuhnya hukuman 15 tahun sebab kesalahan minum arak yang diada2kan... boleh lenyap kisah politikus itu.

Tanpa Nama berkata...

Mana Nik Bedoh...kenapa senyap....
Mana Tuang Hadi...kenapa tidur..

Tanpa Nama berkata...

Salah tuuu. Lebai tu dah mmg ahli syurga. Dia dipinjamkan sebentar ke muka bumi untuk kempen RUU355

Tanpa Nama berkata...

Cakap merapu macam ini akan di minta dihentikan oleh presiden UMNO kerana tidak menguntungkan parti. Tetapi dalam PAS mengapa di biarkan ?

Ada Dewan Ulamak tapi apa guna nya?

Tanpa Nama berkata...

Tak kira lah dia Bagan Serai ke, Padang Serai ke, Serai Wangi ke.. dia akan tetap tempuh Padang Mahsyar.. masa itu baru dia tahu siapa dia..

Tanpa Nama berkata...

Kalau ponteng ?
Kalau berkecuali?
Tanam kat mana ?

Tanpa Nama berkata...

Bukan pasal tak sokong RUU tapi pasal tak sokong Hj Hadi.

Minta Hj Hadi pegang jawatan Mursyidul dulu lah, tenguk ada berani tak ?

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak sokong. Kalau saya mati, tanamlah saya kat jerat.

Tapi Hj Hadi kena guna ayat 'tanam di jerat' semasa pembentangan di parlimen..

Tanpa Nama berkata...

Sekali dgr dh mcm alien dtg ke bumi,bahaya tu!!!

Tanpa Nama berkata...

Lebai PAS ini kena tukar profession. Dia patut jadi bomoh macam Pak Belakang yang popular dengan dialog.. 'Siapa tak nampak dia anak haram'.


Tanpa Nama berkata...

Rasanya kat US kot?

Tanpa Nama berkata...

Itulah ustaz PAS yang membuat onar dan fitnah terhadap kerajaan Pulau Pinang dan kemudian minta maaf selepas diberi amaran tindakan undang-undang. Dia juga melabel dan gelar Mat Sabu sebagai Mat Sabun. Inilah jenis ulama PAS yang sangat beraklak tinggi dan baru boleh berpotensi bakal menjadi Mursyidul Am PAS.
http://www.amenoworld.net/2016/06/ustaz-pas-diberi-amaran-kerana-fitnah.html

Tanpa Nama berkata...

Belum pernah Kak Wan secara terang-terang kata dia tolak RUU. Yang dah kata tolak ialah pemimpin UMNO berjawatan menteri. Tetapi kenapa di tuju terus kepada Kak Wan dan bukan kepada individu tersebut?

Sebab tempat dia ada nama Padang.. iaitu Padang Rengas ?

Macam dalam PAS ada satu operandi, lepas yang sana senyap, yang situ pulak bersuara. Lepas yang situ senyap, yang sini pulak bersuara. Baru-baru ini sahaja YDP ini buat hal..

Seeloknya PAS kumpulkan penceramah-penceramah jenis ini atas satu pentas. Satu cakap pasal nombor ahli, satu cakap pasal jerat cina dan satu cakap pasal mimpi.

Cara PAS ini macam pukul curi..

Tanpa Nama berkata...



Adakah MERIT Amanah-&-Integrity kpd..

-sibapak U-Turn

-sibapak BELIT-Khianat

-sibapak PONTENG berpusing2

-sibapak FITNAH pilkuda mrapu2 itu

-sibapak PIGS yg menyalak BABI ddlm bukit t.hari
(PIGS=parti iktn ggsn sjhtr)@pigs

-sibapak PIGS yg 'CURI' dedak ttpi muflis-MARUAH & "bisu" je trhdp SR?


Adakah ciri2 sprt "bapak" spesis PIGS diatas itu mempunyai MERIT @ layak utk bercakap tentang Islam?

Hudud @ Ruu Islam jenis apa yg ingin dibawakan oleh si bapak PIGS ini??

Adakah hudud PIGS @ Ruu PIGS @pigs???

sama2 kita nantikan..



"Ulaika kal Ann'am Bal Hum ADOL.." -mrk itu bak BINATANG bahkan lebih SESAT lg..

"Rabbana ma holakta haza BATILAA.." -Oh! Tuhan kami tak KAU jdkan ini smua SIA2..




Tanpa Nama berkata...

Bagus juga ostat pas buat mcmni,nampak jelas kebangangan pas xyah susah2 rakyat nk menilai...Jgnla korang kutuk pas sbb pas xsalah dalam hal ni,pas sememangnya skrg parti yg dikuasai org3 pendek akal atau bahasa kasarnya dikuasai org2 yg bodoh.Cuma yg bersalah dlm hal ni ialah PKR kerana masih sudi menjadi orang2 yg akan dikhianati pas.PKR perlu berhenti sikap mcmni,cuba lihat sokongan rakyat makin kurang pd pkr krn sifat pkr masih mau pas.Adun pkr pun dah lari dan bbrp lagi Adun akan lari ke parti lain sbb pkr tiada prinsip.mumgkinkah ini tanda2 pkr akan dikuburkan rakyat.sma2 kita lihat nanti jika PKR masih xsedar diri...

Tanpa Nama berkata...



Geng pigs aci rembat sondol BALAK dan curi dedak duit rkyat nak buat Ruu pigs?
aci sondol buat FITNAH pilkuda pun masih ada hati nak ber Ruu2 lg dgn pigs?

yg dok salak babi kat dlm bukit tu elok tul lah tu buat Ruu pigs
nanti klu dah mati nnti leh tanam sekali mcm

Tanpa Nama berkata...

Ustad cap ayam..byk mkn dedak

Tanpa Nama berkata...



Aku petik,
Hujah drpd Zulhasmi Shariff ahli DAP ini..

"Semalam aku dah tulis beserta rekod Penyata Rasmi Dewan Rakyat sejak tahun 1965 apabila Akta 355 digubal kemudiannya dipinda pada tahun 1984 di mana Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak bersetuju dengan pindaan Akta 355 waktu itu."


Apa agaknya komen sibapak pigs & walaun2pigs dgn sikap TGNA yg meNOLAK Ruu itu?
kat jirat mana pulok nak bubuh weh oi!?

Wan Azizah kan ker kat jirat cina,huh!?

Sedap mulut aci SONDOL mcm pigs sgguh!


Tanpa Nama berkata...

Koho huduh perangai puok2 ning... tamboh pulok ada pengikut yg jenih walaun buta kayu... asal sebut ulamak jea sokong...biar ulamak jahat pung, biar ulamak mulut huduh pung...baser bengong...

Tanpa Nama berkata...


Dlm perbahasan RUU 355 parlimen nanti, tanya Hadi siapa tolak RUU ini tanam kat mana ?

TGNA yg tolak RUU ini pd 1984, apa hal ?

Soal Nik Abduh kenapa ayahnya tolak RUU ini pd 1984 ?

Belasah dia org cukup2.

Kemungkinan dua2 akan ponteng.

Hadi mungkin masuk hospital.





Unknown berkata...

Salam;


Pada ustaz pas,yg ilmunya agamanya tinggi berbanding dgn saya,cuba semak2lah sikit lampiran ayat2 ini.

Taqlim/takzirah

RUGI SERUGINYA
Surah al-kahfi
Ayat 103/..Katakanlah (wahai Muhammad) : Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yg rugi seruginya amal-amal perbuatannya? Ayat 104/..”(iaitu) orang-orang yg sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yg mereka lakukan”. Ayat 105/..Merekalah orang-orang yg kufur dan ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

untuk diamalkan oleh diri,keluarga dan sampaikan pada sahabat2/rakan2 perjuangan.

wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...



dah buat fitnah pilkuda merapu..salak babi ddlm bukit..pastu jd pigs makan dedak
belit..uturn..ponteng..khianat..berpusing2..geliga buaya..mimpi jumpa nabi..hihi

underware putih xxxxL...tontontv porno perview..rembat balak curi dedak

..last2 dtg lah pulak jirat cina..nanti ada pulak jirat pigs

..jirat pigs utk sipenyalak babi ddlm bukit tu..huhu

..jirat yg tuu, atas lg drp Calfornia, haha

Tanpa Nama berkata...

Rasanya yg panggil mat sabu mat sabun adalah ustaz abdullah khairi kalu tak silap...sejak tu saya x respek lg ustaz tu...

Tanpa Nama berkata...

Makan lah janggut kau tu atau buat tembakau, suka2 nak cakap, agama memang begitu ke, sama lah macam ketuanya sama2 beb-l.

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Mengetahui segala isihati tuan-puan dlm memberi komentar..samada ia baik atau sebaliknya. Semoga Allah mengampuni tuan-puan atas komen2 dan penghinaan tuan-puan.

Tanpa Nama berkata...

ATGNA pada tahun 1984 menentang pindaan tu sebab nyata pindaan tu tak selaras dgn hukum..cth naik denda dari RM1000 kpd RM3000. Tapi pada pindaan kali ni tdk dinyatakan hadnya dan ini akan membolehkan DUN Kelantan mengenakan hukuman yg selaras dgn hukum Islam spt sebatan 80x bagi kesalahan hudud yg berkaitan kerana ni dibenarkan jika pindaan RUU355 diluluskan oleh parlimen. Tapi jika DUN lain taknak buat setelah RUU356 diluluskan maka ADUN Iskam yg tdk menyokong kena jawab lah di hadapan Allah kerana ruang tlh diberikan kpd DUN utk mengenakan hukuman yg bertepatan dgn syariat spt zina minum arak dsbg..ia perlu majoriti mudah je bukannya 2/3.