Dakwaan tolak RUU Pindaan Akta 355 boleh gugur iman, akhirnya ustaz Pas kembali membuat pusingan kebelakang (UTURN) dan segera memohon maaf. Itulah Pas ketika bercakap sering kali sembero berhujah tanpa berfikir. Selepas membuat hukum segera pula menarik balik hukum seolah pemimpin Pas bebas mengeluarkan hukum sesedap rasa.
Inilah yang di namakan cakap mengikut hawa nafsu tanpa merujuk nas, dalil dan siasatan yang terperinci. Untuk makluman, Ustaz yang sama juga pernah mengeluarkan kenyataan tiada Azan di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang akhirnya segera menarik balik fitnah tersebut setelah mendapati ianya hanyalah ucapan fitnah.
Inikah yang di namakan dengan ISTIQAMAH? Tidak pernah berpegang dengan apa yang di ucapkan. Cakap-cakap hanyalah untuk menakut-nakutkan ahli Pas agar dapat membendung ahli daripada keluar meninggalkan parti. Ahli-ahli di takutkan dengan menggunakan hukuman gugur akidah, murtad, munafik, kafir dan sebagainya supaya mengekalkan sokongan kepada parti.
Tidak hairanlah ahli Pas di lihat sentiasa terkesima dengan sebarang kenyataan pemimpin mereka. Hendak di tolak mendatangkan kebimbangan kalau-kalau gugur akidah. Sejarah Pas zaman berzaman membuktikan ahli tegar telah di doktrinkan mesti wala'(patuh) serta tsiqah (percaya) dengan kepimpinan. Setiap ahli di kehendaki baik sangka dengan pemimpin parti.
Oleh kerana itulah pemimpin Pas boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum. Kebolehan mereka memutar belitkan hukum terus menjadi tanda soal terutamanya ustaz-ustaz jadian yang hanya di celup setahun atau 2 tahun pengajian pondok. Ada juga yang berkelulusan guru sejarah tetapi mendapat title(gelaran) ustaz hanya kerana kebolehan mereka mengupas persoalan ugama.
Banyak lagi ustaz-ustaz jadian keluaran Pas telah di endorse(mendapat sokongan) daripada berlatar belakangkan pendidikan sekular kepada gelaran ustaz supaya dapat menjadikan parti sebagai jalan pintas untuk mendapat sokongan. Cuba perhatikan dan selidiki!
Banyak lagi persoalan yang boleh di pertikaikan. Inilah pentas-pentas mudah untuk mendapatkan envelope. Ada kalangan mereka yang menjadikan ini sebagai jalan mudah dengan menjual ugama dengan harga yang sedikit. Hukum ke hulu amal ke hilir.
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang fasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita, maka tabayyunlah (teliti/selidikilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
[Al-Hujurât 49:6].
Kepada rakan-rakan yang masih berada di dalam Pas selidiklah terlebih dahulu daripada terus menelan bulat-bulat sebarang hukum yang di lemparkan agar tidak mendatangkan fitnah kepada orang lain. ~Bekas Ahli Pas
VIDEO BERKAITAN
ULASAN GB
Akhirnya dia memohon maaf. Ini kali kedua. Kali pertama dulu beliau memohon maaf kerana memfitnah kerajaan Pulau Pinang. Dalam tazkirah Ramadan sewaktu kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar berlangsung, Shaharuddin mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah seperti yang berlaku di Pulau Pinang sekarang.
Sekarang ini nampaknya PAS menggunakan talian-talian hayat seperti fitnah, takfiri dan pendustaan untuk kelansungan PAS dan peliknya ia dilakukan oleh orang yang bergelar ustaz dan ulama.
Berikut ialah contoh-contohnya lagi:
Apabila yang bercakap dusta dan fitnah itu seorang yang bergelar ustaz dan ulama, maka apakah kredibiliti yang ada lagi kepada parti yang dia wakili itu?
Memaki hamun pula sudah tidak asing lagi kepada golongan ini.
Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Ia adalah petanda kehancuran jemaah dan partinya sendiri.
Golongan yang melampau batas itu akan tetap menerima hukuman kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas sepertimana peringatanNya berkali-kali di dalam Al-Quran:
FEATURED ADS
Inilah yang di namakan cakap mengikut hawa nafsu tanpa merujuk nas, dalil dan siasatan yang terperinci. Untuk makluman, Ustaz yang sama juga pernah mengeluarkan kenyataan tiada Azan di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang akhirnya segera menarik balik fitnah tersebut setelah mendapati ianya hanyalah ucapan fitnah.
Inikah yang di namakan dengan ISTIQAMAH? Tidak pernah berpegang dengan apa yang di ucapkan. Cakap-cakap hanyalah untuk menakut-nakutkan ahli Pas agar dapat membendung ahli daripada keluar meninggalkan parti. Ahli-ahli di takutkan dengan menggunakan hukuman gugur akidah, murtad, munafik, kafir dan sebagainya supaya mengekalkan sokongan kepada parti.
Tidak hairanlah ahli Pas di lihat sentiasa terkesima dengan sebarang kenyataan pemimpin mereka. Hendak di tolak mendatangkan kebimbangan kalau-kalau gugur akidah. Sejarah Pas zaman berzaman membuktikan ahli tegar telah di doktrinkan mesti wala'(patuh) serta tsiqah (percaya) dengan kepimpinan. Setiap ahli di kehendaki baik sangka dengan pemimpin parti.
Oleh kerana itulah pemimpin Pas boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum. Kebolehan mereka memutar belitkan hukum terus menjadi tanda soal terutamanya ustaz-ustaz jadian yang hanya di celup setahun atau 2 tahun pengajian pondok. Ada juga yang berkelulusan guru sejarah tetapi mendapat title(gelaran) ustaz hanya kerana kebolehan mereka mengupas persoalan ugama.
Banyak lagi ustaz-ustaz jadian keluaran Pas telah di endorse(mendapat sokongan) daripada berlatar belakangkan pendidikan sekular kepada gelaran ustaz supaya dapat menjadikan parti sebagai jalan pintas untuk mendapat sokongan. Cuba perhatikan dan selidiki!
Banyak lagi persoalan yang boleh di pertikaikan. Inilah pentas-pentas mudah untuk mendapatkan envelope. Ada kalangan mereka yang menjadikan ini sebagai jalan mudah dengan menjual ugama dengan harga yang sedikit. Hukum ke hulu amal ke hilir.
[Al-Hujurât 49:6].
Kepada rakan-rakan yang masih berada di dalam Pas selidiklah terlebih dahulu daripada terus menelan bulat-bulat sebarang hukum yang di lemparkan agar tidak mendatangkan fitnah kepada orang lain. ~Bekas Ahli Pas
ULASAN GB
Akhirnya dia memohon maaf. Ini kali kedua. Kali pertama dulu beliau memohon maaf kerana memfitnah kerajaan Pulau Pinang. Dalam tazkirah Ramadan sewaktu kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar berlangsung, Shaharuddin mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah seperti yang berlaku di Pulau Pinang sekarang.
Sekarang ini nampaknya PAS menggunakan talian-talian hayat seperti fitnah, takfiri dan pendustaan untuk kelansungan PAS dan peliknya ia dilakukan oleh orang yang bergelar ustaz dan ulama.
Berikut ialah contoh-contohnya lagi:
Apabila yang bercakap dusta dan fitnah itu seorang yang bergelar ustaz dan ulama, maka apakah kredibiliti yang ada lagi kepada parti yang dia wakili itu?
Memaki hamun pula sudah tidak asing lagi kepada golongan ini.
Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Ia adalah petanda kehancuran jemaah dan partinya sendiri.
Golongan yang melampau batas itu akan tetap menerima hukuman kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas sepertimana peringatanNya berkali-kali di dalam Al-Quran:
Innallaha la yuhibbul musrifiin
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas
32 ulasan:
dah buat fitnah pilkuda merapu..salak babi ddlm bukit..pastu jd pigs makan dedak
belit..uturn..ponteng..khianat..berpusing2..geliga buaya..mimpi jumpa nabi..hihi
underware putih xxxxL...tontontv porno perview..rembat balak curi dedak..gah konon2 nak saman SR gara2 curi 90goni juta dedak pastu jd syaitan bisu..asyik fitnah2..
..last2 dtg lah pulak jirat cina..nanti ada pulak jirat pigs
..jirat pigs utk sipenyalak babi ddlm bukit tu..huhu
..jirat yg tuu, atas lg drp Calfornia, haha
Salam;
Entahlah setahu saya,'keterangan dan panduan allah' dlm al-quran,si yg menyampaikan tidak dibenarkan menerima upah.Hampir kesemua ayat yg menceritakan sejarah nabi2 terdahulu termasuk nabi s.a.w,tidak menerima upah.seperti contoh di bawah,/
..”dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yg aku sampaikan(dari tuhankku); balasannya hanya terserah kepada allah sekelian alam.
ini yg peliknya,mesjid2 hampir setiap malam,terutamanya di selangor,penceramah2 yg menyampaikan'keterangan dan panduan allah',setiap saorang menerima sampul,klu di selangor dan wilayah,rm150.00 sejam,itu tak termasuk minta derma tahfiz,dan jual barang2 kesihatan.Mesjid sekarang ini dah jadi part-time pada penceramah2 agama,dan ada ketikanya,ustaz dan ustazah dah jadi regular dgn bayaran yg tertentu.
saya takut nanti,agama dah menjadi bahan komersial,tak hairanlah,pakar-pakar motivasi dah bertukar menjadi pakar2 agama,bagaimana agama di commercialkan di TV,ditiru style academy fantasia pulak,siap ada prtandingan dgn hadiah yg lumayan.
Tak hairanlah,jika pas,menitik-beratkan ru355,undang buatan manusia,sebab ini berpunca cari pengaruh untuk dapatkan kuasa.bila dapat kuasa dapat jawatan,bila dapat jawatan,senang mencari kemewahan.SEDANGKAN,dalam al-quran terang2 dah ceritakan,agama islam bermula dgn 'iman',mencari iman/mendapatkan 'iman' untuk keredhaan allah,kerana iman bukan diwarisi.inilah cara nabi2 terdahulu,termasuk nabi mUHAMMAD S.A.W.iNI ADALAH 'perintah allah'.Kalau mencari kuasa,untuk dapatkan iman,tentulah Allah dah jadikan nabi Muhammad sebagai president/raja/istana tanah arab berbangsa quraish,kerana atok nabi,adalah majlis tertinggi quraish/arab.Ini tidak,nabi yg rahmatulalamin itu,bersusah payah,bermujahadah untuk dapatkan iman sehingga menjadi ahklak yg mulia.dan mentarbiahkan sahabat2nya 13thn dimekah/10thn dimadinah dgn Iman/ahklak yg ikhlas.SEMUANYA DATANG DARI ALLAH,Allah maha kuasa mahkluk tak berkuasa.Nabi bersyukur agama islam diberikan padanya,sebab itu beliau tidak mengkafirkan orang lain,atau not yet islam.Jika beliau sampaikan,peringatan,keterangan dan panduan allah pada manusia,jika manusia tak menerima,beliau tidak mencemoh atau merasakan dia dan sahabatnya sahaja masuk syurga.di doakannya agar satu hari nanti mereka terima agama islam.AKHLAK nabi,sebagai contoh,bagi orang kafir untuk memelok islam,bukanlah ceramah2 yg berdegar2.
SYURGA, adalah,terlalu mahal harganya,agama islam takada 'SHORT-CUT'hanya dgn menjadi ahli dah dikira masuk syurga.
Surah al-baqarah
Ayat 214/.. Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti apa yg telah berlaku kepada orang-orang yg terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit,serta digoncangkan (oleh ancaman musuh),sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yg beriman yg ada besertanya”Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH?”Ketahuilah pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH).
wallah'ualam
Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain. SATU TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR. KEMATIAN PASCHAI LEBIH PASTI HAMPIR LAGI.
Ini yg dikatakan mereka menjual agama kerana politik. Menakut2kan pengundi dgn agama. Tak malukah? Inilah poitik sempit Pas. Politik bawah tempurung
PAS memperjuangkan supaya Hukum Hudud dilaksanakan. Dengan sikap dan pernangai yang ditunjukkan oleh tok lebai dan ulama PAS ini, adakah umat ISLAM yakin bahawa pelaksana HUKUM HUDUD dapat menjalankan hukum itu dengan adil ? Memandangkan pelaksana juga adalah "manusia biasa" tiada jaminan pelaksana akan lali daripada "dedak" seperti yang kita saksikan yang berlaku pada badan penguakuasa termasuk MACC, PDRM dan AG sendiri. Jangan pula sampai timbulnya double standard dan ada pula orang yang lebih dikecualikan daripada HUKUM HUDUD.
Yg sebelah sana pula menakut2kan pengundi dgn bangsa,melayu,melayu...
Tidak salah penceramah atau ustaz di beri 'upah' untuk mendapatkan keberkatan. Lagi pun sara hidup sekarang sangat tinggi dan mereka ada tanggungan dan memerlukan belanja untuk datang ke tempat ceramah dan balik kerumah mengunakan kenderaan. Mereka perlu mentelaah dan mengkaji untuk mendapatkan ilmu tersebut dan tidak ada masa untuk buat kerja lain. Masyarakat memberi 'upah' supaya mereka dapat menumpu sepenuhnya dengan mencari bahan untuk ceramah.
Samada antara mereka ada yang tamak dan ingin mencari kesenangan dengan berceramah selepas subuh kemudian zohor ke tempat lain, masuk asar berlari ke tempat lain dan seterusnya hingga ke Isyak. Itu hal lain.
Nabi saw mengajar ilmu iman kerana "Islam bermula dengan iman." Tak ramai malah sukar untuk mendapatkan guru atau ustaz dan penceramah yang dapat menyampaikan ilmu seperti tarikat, hakikat apalagi makrifat.. Kalau belajar pun sekadar tahu dan tak banyak mana pun. Yang ini pun dah ramai yang meletak syarat sebagai 'upah'.
Dan lebih mengecewakan ialah ada individu yang mengajar mengaku sebagai rasul, imam mahadi dan tuhan. Lagi menyesatkan malah sampai ada yang gila esim. Dan kerana itu lah dikatakan ilmu yang tinggi ini hanya dapat pada orang tertentu sahaja. Betul ke? Atau tidak ada orang yang betul-betul boleh mengajar 'ilmu mengenal diri' ?
Lalu ilmu yang sebenarnya menjadi rahsia. Dan semakin sukar untuk mendapatkan nya.
Wallahualam.
Senang macam itu je dia minta maaf. Bukan dia mabuk masa dia cakap.
Yang dia minta maaf tu sebab sebut nama Wan Azizah atau sebab RUU atau sebab tanam di jerat ?
Lepas in apa lah pulak?
Klu hudud yg dlm Quran tu memang wajib la kita sokong sbb hukum Allah. Tapi Ruu 355 ni cuma hukum buatan manusia, buatan Pas saja pun. Tak kan la tak sokong hukum buatan manusia/pas boleh jatuh iman. Pas tu tuhan ker hapa?
Dah mula dah main kapirkan orang.
Dulu fitnah kat penang tak boleh azan. Tapi sampai skang aku dengar ada je azan kat penang...
Kita tiada kuasa kawal sumber asli negeri - Wan Junaidi | Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kita-tiada-kuasa-kawal-sumber-asli-negeri-wan-junaidi-118029
maknanya...
telahan dan pendedahan husam musa trhdap kerajaan pas kelantan TEPAT..
PAS dah jadi parti cap ayam...... parti bodoh sombong.... selagi golongan bodoh yang memimpin pas selagi itu pas tidak akan diterima rakyat...
Assalamualaikum,
Byk kita yg jahil hendak becakap pasal hukum kerana kita tidak faham atau malas nak belajar ilmu agama mungkin. Oleh itu sedar tak sedar kita menjatuhkan hukum pada insan2 yg cuba mendidik org2 muslim agar kembali pada hukum Allah walaupun dgn cara sedikit demi sedikit. Byk komentar amat jelik dan sangat kita sendiri risau utk keluarkan seperti mereka juara segalanya dan maksum berbanding yg ahli ilmu (mungkin bg mereka yg berilmu tu jahil belaka).
Apakah pindaan bg RUU355 tidak boleh menjadi jalan mudah cara membuka ruang pada HUDUD? Tahukah yg mempersoalkan apa itu HUDUD benar dgn HUDUD palsu? Layakkah kita tak berilmu berbicara? RUU355 pun tak habis baca tapi GST boleh saja hadap tanpa bising berbicara. Tepuk dada tanya iman kita bukan nafsu amarah semata2.
Glgn ilmuan jika tidak sediakan sedikit elaun bagaimana mereka nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yg lain dgn cepat dan lebih jimat masa? dgn unta, keldai atau lembu serta basikal sajakah? Sampai ke tempat nk beri kuliah dh mengantuk keletihan. Berbicara biar dgn iman, bukan dgn emosi semata2. Sbb ilmu tu lebih mahal berbanding biarkan manusia mcm kita dlm kejahilan sampai bila2. Nnt di akhirat mereka jua akan dipersoalkan kenapa ilmu disimpan utk diri sendiri, bukan utk dikongsi.
Sudahlah saudara2 sekelian. Islam yg dtg secara dagang asalnya bukan utk tegakkan kuasa, tapi kebenaran. Tanpa kebenaran manusia akan jahil & tiada pedoman. Boleh buat apa saja & beri kenyataan dpt kuasa dulu baru buat apa yg Islam tuntut, padahal itu lg pendusta dan khianat kerana tidak bercakap benar dari asalnya. Jika tidak masakan Nabi Muhammad SAW menolak kuasa & takhta yg ditawarkan oleh musyrikin Mekah semasa awal dakwah baginda? Tepuk dada tanya Iman kita.
Akhir kalam, marilah sama2 kita penuhi masjid & surau tiap waktu jemaah, jangan hanya pada waktu berdemo saja kita nk tunjuk solat di mana2. Hal tersebut (solat Jemaah tiap waktu) akan lebih menggerunkan para musyrikin yg masih lg tidak mahu terima seruan Allah serta amaran bg muslim yg sering membuat onar.
Maaf jika ada ayat yg menyinggung hati mana2 pihak. Ini jualah nasihat buat diri ini sendiri. Wallahu'alam..
Hahaha daripada tuang presideng sampai laa ke walaunta.. majoriti ahli pas mmg malas guna otak, banyak guna kepala lutut. Kesian aku bila tengok pakcik dan makcik yang sangka parti pas ialah satu2nya jalan untuk ke syurga. Tolong laa celik sikit, rajin2 laa ngaji quran dan hadis dari guru2 lain pulak selain dari ulama dlm pas. Ulama pas buat kuliah/ceramah lebih banyak caci nista daripada bacakan ayat quran dan hadis... memang sadis.
Nampak sangat komen 29 September 2016 9:48 PTG adalah dari org UMNO atau xUmnu. Sbbnya kenyataan tidak dpt dgr azan hanya dengar dari para penyokong & org ditarbiah Umnu penang saja masa PRU 13 dulu. Mmg kantoi sgt la org jenis ni. Ada pulak tuduh dari PAS sedangkan masa tu masih bawah gabungan PR & gabungan menang cemerlang. Ada akai ka?
Tujuan kepimpinan PAS berulangkali menegaskan tiada hubungan dengan DAP dan Amanah semata-mata adalah bertujuan untuk meminta pengagihan kerusi yang lebih apabila di saat akhir mereka bersetuju dengan formula satu lawan satu. Inilah tektik PAS bagi memerangkap para pemimpin Pakatan Harapan khususnya PKR dan Bersatu. Para pemimpin sedar akan peluang dan prestasi PAS dalam pilihanraya akan datang yang semakin hari semakin malap. Jesteru tektik ugut, jual mahal dan rebut. Namun mereka lupa tanpa perubahan drastik dalam barisan kepimpinan PAS terutamanya Hj Hadi nasib PAS seperti bulan gerhana yang diliputi awan mendung.
Ramainya yg pening pengulas kt sini. Lebih pening dari pengulas bolasepak. Kadang2 lebih sudu dari kuah pun ada. Apapun, mari kita sama2 belajar ilmu agama lebih baik dari duduk bersangka buruk terhadap org. Manalah tahu, allah buka pintu minda hati kita. Lebih senang dari ikut org saja.
Nak dengar jugak apa kata pak subky latif pasal isu ni.
Analysis tuan baik. Tapi sebenarnya ramai dah tahu pas Makan dedak umno supaya umno dapat menang lagi banyak kerusi melalui pertandingan 3 sudut.
Yg pening tu taraf walaun spt anon 12:59am yg tk boleh terima hakikat Pas hanyalah parti politik yg telah menyesatkan akidah org Melayu.
Pas memalukan Islam.
Mualaikumsalam.
Bagi yang jahil macam saya, sudah tentu dan pasti merujuk kepada pandangan ulamak juga seperti Yusuf Qaradawi. Apalagi dalam isu YDP Padang Serai yang menghukum seseorang sedangkan undang-undang yang sama juga tidak dipersetujui oleh TGNA. Kalau apa yang disandarkan adalah salah maka salah lah ulamak tersebut. Adakah mereka tidak mengikut hukum Allah?
Apakah tuan mengatakan YDP Padang Serai ini sedang mendidik kita? Beginikah rupa seorang Ilmuan? Islam menegakkan kebenaran dan mereka yang tidak angkat tangan akan ditanam di jerat.. adalah kebenaran?
Yang pasti Hudud tidak boleh menyelesaikan isu GST. Dan GST lah yang menyebabkan fikiran ramai menjadi celaru, tiba-tiba usul RUU tanpa pembentangan. Lagi teruk kejap bukan hudud kejap RUU. Kalau ianya membuka ruang mengapa sebelum ini terus untuk tegakkan hudud. Kalau begitu tentu ada ruang juga sebelum RUU dibentang.
Ramai golongan ilmuan yang kaya, kalau tidak tak kan berbini dua. Mereka memang patut di beri sedikit ganjaran. Tetapi apabila ianya mengharapkan ganjaran lebih dari berkongsi ilmu maka ini lah jadinya pada masyarakat Ilmu yang disampaikan tidak berkat. Jangan tuan nafikan ada antara ilmuwan ini memilih tempat mesjid untuk berceramah. Jika ganjaran diketahui tidak banyak, di hantar pemain simpanan menjelang lagi 2 hari untuk dia memberi ceramah.
Malah ada yang merungut apabila hanya menerima sumbangan yang tidak seperti diharapkan tetapi dikira cukup. Ini kerana ada kariah mengambil kira tempat mesjid mereka adalah persinggahan dalam perjalanan pulang. Jika dikira satu mesjid dapat 200 dan dalam perjalanan pulang sempat singgah 3 mesjid atau surau, kira berapa? Dengan apa yang disampaikan lebih kurang sama dan berulang-ulang di bayar dengan harga yang sama?
Apa guna berparti dan berpolitik jika bukan untuk dapatkan kuasa. Lihat lah di Selangor, begitu liat untuk lepaskan jawatan. Ada dua jawatan iaitu satu sebagai Presiden dan satu sebagai Mursyidul Am, mengapa Presiden juga yang jadi idaman?
Tuan, Nabi saw menolak kuasa kerana Baginda telah ada 'kuasa' dan Baginda menolak tahta kerana Baginda sudah memiliki 'tahta' (kemulian) .. Yang sebenarnya Baginda menolak berkerjasama dengan orang-orang yang fasik.
Bukan sahaja berjemaah di mesjid dan surau tetapi tunjukkan lah akhlak Islam sepanjang masa.
Mudah-mudahan kita diberkati Allah.
Kan Tuang Presideng dh kata "mereka lebih reka umno menang dpd diberi pada Amanah dan Dap"
Jadi apa yg nak diharapkan pada Pas lg. Perjuangan yg rakyat beri setelah dihasut sekian lama dgn issu "toghut" dan "assabiyah" menentang umno ghanya sia2. Kini pemimpin2 yg rakus menghasut itu kini menjilat ludah2 mereka dan mengajak pula pengundi mengiku mereka menjilat ludah2 hanyir.
Belajar dari siapa? Malaikat?
Disini lah isu nya apabila yang mengajar tidak menunjukkan contoh yang baik. Yang berstatus lagi tinggi boleh pulak buat pusingan U. Yang sepatutnya tidak memihak menunjukkan kecenderungan nya dan memilih isu-isu tertentu.
Dengan belajar sendiri sampai datang 'ilham'?.. sementara itu nak buat apa? Puasa sudah, solat sudah, yang buat semua itu pun sekarang dah jadi upside-down.
Solat, solat jugak. Pergi masjid, pergi jugak...tapi jangan ambil peduli hal-hal lain? Rasuah ke, salah-guna kuasa ke..
Itu lah gambaran keadaan kita di sini. Bila bersendirian sangat baik, hebat. Tapi bila secara berjemaah.. hancussss.
Baru-baru ini Subky minta pembangkang (PH) lupakan PAS kerana PAS tak mungkin bersama AMANAH dan DAP. PAS pun bersedia menerima apa pun keputusan pilihanraya.
Maknanya apa nak jadi pada rakyat dan negara lantak lah.
Subky betul jika keadaan ekonomi tidak bermasalah dan jika pentabiran negara tidak seteruk begini.
Sekarang kita perlu selamatkan negara. Adakah tindakkan PAS untuk menyelamatkan negara ?
Dia sepatutnya sudah bersara ..
Pas x bodoh..pkr yg bodoh kerana mempercayai pas sekaligus pkr dan ph sama2 nama jadi busuk..
Kpd Anon 12:15PTG
Si Anon 12:15Ptg,
yg tulis panjang2 tu, yg tulis pasal org2 agamawan ilmuan yg sgt2 layak pasal cerita bab hudud & Ruu sbb mrk 'khusus' dah pi ngaji kat Arab @Mesirr
Si Anon 12;15ptg nih..
Kamu nih buta ker trhdp FITNAH merapu pilkuda itu?
Kamu pun jenih tolol-JAHIL ker tak tau dah brp bnyk kali PONTENG uturn belit??
Kamu pun jenih BISU-pekak ker tak dengar bapak PIGS tu mnyalak BABI ddlm bukit???
Bila bapak PIGS dituduh curi dedak 90juta yg konon2 sgt arif HUDUD & Ruu tu, nape diam sunyi jd SYAITAN bisu????
Kamu tengok video kat atas tu, yg konon2 ngaji "khusus" bab agama aci SONDOL buat FITNAH...sdangkan BABI ddlm bukit tu pun tak tau LANGSUNG buat fitnah mcm sibapak PIGS dan walaun2 pigs dah buat slalu tu...ada faham ker????
Sapa yg nak CAYA dgn HUDUD pigs & Ruu pigs yg dibawakan oleh sibapak PIGS yg kaki belit PONTENG berpusing2 yg terkenal buat FITNAH merapu2 itu..
Begitukah ilmuan-ARIF-kasyaf yg layak mnjd sandaran dan ikutan?
Islam dikatakan agama yg mudah. tp yg peliknya, ramai yg masih tak faham dgn agama mudah ini.
kita disuruh taat kpd Allah, Rasul saw dan pemimpim dikalang kita. ketaatan kpd Allah dan Rasul adalah mutlak; tak boleh disanggah. ketaatan kpd pemimpin bergantung kpd ketaatan pemimpin itu kpd Allah dan Rasul saw. mudahkan?
kita pun sering dilaungkan dgn ayat al-Quran bhw segala yg Rasul saw ucapkan adalah wahyu yg diwahyukan.
tp knp umat skrg lebih taat kpd pemimpin yg zalim; yg melanggar Allah dan Rasul saw?
jawapannya ialah MALAS mengkaji agama. sanggup bertahun2 ngaji nak dpt ijazah yg mungkin jamin senang ddunia yg tak lebih 100 tahun secara purata; tp tak sanggup ngaji bab agama yg jamin senang selama2nya...
cth paling halus ialah ada tarikat, yg mursyidnya bersalam dgn murid perempuan tanpa lapik. ini jelas langgar al-quran dan hadis. tp peliknya ramai pula yg masih belajar dgn mursyid tu.
akhir kata ialah kalau pemimpin ulama langgar Allah dan Rasul saw, maka perlulah ditinggalkan. sbb dia sudah jadi org fasiq.
Pernah tengok filem tamil? Ha ha... PAS sekarang boleh diibarat sebagai watak komedi filem tamil yang dijadikan pengisi slot antara isu2 dan konflik hero/heroin dan penjahat.
Netizen tidak tahu apakah alasan sejak kebelakangan ini, pimpinan Pas sering sahaja melontarkan tuduhan berbentuk fitnah kepada sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.Berdasarkan tuduhan-tuduhan tersebut, seakan-akan Pas sahaja parti siasah yang ada di dalam dunia yang memperjuangkan Islam. Setelah diamati berkali-kali, ternyata bahawa mereka menyatakan bahawa Islam itu Pas, dan Pas itu Islam. Mereka tidak sedar, bahawa Pas hanyalah wadah untuk mendaulatkan Islam. Selagi "wadah" itu ciptaan manusia, maka Pas tidak terlepas dari kecacatan.
Terkini YDP Pas Padang Serai dengan bongkak dan takaburnya menyatakan sekiranya Dr Wan Azizah tidak menyokong RUU 355, maka apabila beliau meninggal dunia kelak layak dikuburkan di jirat Cina. Dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa sesiapa sahaja yang tidak menyokong RUU 355 digolongkan sebagai kafir oleh Pas. Rupa-rupanya ada segelintir pemimpin Pas yang tidak berilmu dengan sewenang-wenangnya menyatakan bahawa RUU 355 adalah hukum Hudud. Hukum Hudud hanya melibatkan hukuman rotan sahaja, tetapi RUU 355 melibatkan rotan, penjara dan denda.
Meminjam kenyataan DR Wan Mufti Pulau Pinang "seorang Muslim sememangnya wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT namun RUU 355 bukanlah hukum Allah SWT dan hanya satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih kepada tuntutan politik berbanding tuntutan syariah. Ternyata kini, pemimpin Pas sanggup menjual agama semata-mata kerana memenuhi runtunan nafsu untuk memenangi pilihan raya dengan membohongi pengundi Islam. Apakah keterlaluan apabila ada mulut-mulut celupar yang menyatakan bahawa Pas sudah menjadi Parti Ajaran Sesat?
Nak brek pun.. brek dah tak berfungsi... jalan jugak lah walaupun menurun bukit kiri kanan nya gaung..
Bila di ajak bersama untuk tumbangkan UMNO lagi cakap sombong kata walaupun berbagai kata kejian keatas PAS tetapi masih berharap pada PAS.
Yang cakap PAS kuat hanya pemimpin PAS. Ahli politik dan pemerhati politik serta badan-badan Kajian tak kata PAS kuat. Sedarlah kalau PAS betul-betul kuat, pembangkang tidak pedulikan PAS.
Sebab tak kuat pun bodoh seimbang.. Kalau kuat lagi lah super super bodoh sombong nya..
Alah pas kalau berani bukaklah serban kamu tu memalukan sahabat SAW sahaja Moga PAS terkubur dialam malaysia ini. Memalukan Agama Sahaja. Inilah bila Agama jadi tunggangan.
Jom pakat2 tgk Halaqah di TV9 petang ni. Episod terakhir sbb rujukan mereka hampir tepat arah berlakunya Kiamat. Petang ni 6.30, perbincangan mengenai dari mana kita berasal, di manakah masa kita berada ketika ini dan ke mana tmpt tujuan kita.
Dari kita yg mengaku umat Islam tapi susah nk bg makanan rohani, inilah masanya. Biar nnt hati kita tentukan arah mana tujuan perjuangan kita. Duniakah? Akhiratkah? Sbb dlm ni telah beberapa kali sebut Islam kembali berdagang mcm awal ajarannya di sebarkan. Mungkinkah masa kita ni dh diperdagangkan atau masa akan datang.
Moga kita hentikanlah nk label2 org sbb dia pun tak kenal kita, nnt susah di Mahsyar nk tunggu turn lama sangat nk hitung amal baik buruk kita. Marilah saudara2 kita tonton ya. Jgn pulak terlepas sbb EPL & Wordcup pun blh layan walaupun awal pg.
Dahulu ketika zaman almarhum Nik Aziz, saya berbangga dengan pas walaupun saya ahli umno. Saya sanjung Nik Aziz kerana ketokohan berpolitiknya. Tetapi sekarang apa yang saya lihat hanya badut yang mendominasi kepimpinan pas. RUU 355 bukanlah hudud, tetapi ramai dikalangan Ustaz pas berkata SEOLAH olah RUU 355 itu seperti hudud. Di tambah, ianya belum lagi dibahaskan di parlimen dan kita sebagai rakyat biasa bukan penentu kelulusan pindaan RUU tersebut. Wakil rakyat di parlimen yang mementukan sama ada lulus atau tidak selepas di bahas dan di buat undian.
Sehingga kini,saya masih rindu akan kebijaksanaan tuan guru Nik Aziz. Bukan 1 dalam seribu di dalam pas. Mungkin hingga pas berkubur, tiada pemimpin yang tahu berpolitik seperti Nik Aziz di dalam pas.
Maaf jika apa yang saya katakan menyinggung perasaan ahli ahli pas. Tetapi saya terdorong berkata demi kebenaran.
Catat Ulasan