24 Sep 2016

[VIDEO & GAMBAR] Muhyiddin Seru Rakyat Tolak UMNO BN Pada Pilihanraya Akan Datang Ini

Presiden Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyeru rakyat untuk tolak UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang ini dan menyatakan dengan tegas beliau tidak akan sertai semula UMNO selepas ini.

Beliau membuat seruan dan kenyataan tegas itu di dalam ucapannya di majlis Sambutan Setahun AMANAH anjuran Pati Amanah Negara di Bakri Muar malam tadi.

Menurutnya UMNO sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Budaya UMNO sudah jauh berbeza akibat dari perbuatan Presidennya Dato Seri Mohd Najib Razak yang dianggapnya sebagai orang paling korup dan menyalahgunakan kuasanya sehingga sistem di dalam negara kita tidak dapat berfungsi (dysfunctional).


Jentera dan agensi kerajaan yang sepatutnya membela rakyat tetapi kini menjadi senjata kepada Najib untuk menahan dan menangkap para pengkritik dan penentangnya.

Beliau menegaskan bahawa parti-parti pembangkang perlu bersatu dan ketepikan perbezaan ideologi politik bagi menghadapi UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Muhyiddin juga mengucapkan tahniah kepada AMANAH yang menyambut setahun kelahirannya dan menyatakan PPBM akan terus bersama AMANAH dan parti-parti politik di dalam Pakatan Harapan di dalam memperjuangkan kebenaran dan menumbangkan UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Dewan Y Connexion Muar yang boleh memuatkan 1,000 orang penuh sesak sehingga ramai yang terpaksa berdiri di bahagian belakang dan di luar dewan untuk mengikuti pidato para pemimpin AMANAH dan PPBM.

Diantara yang berucap malam tadi termasuklah YB Aminolhuda Hassan, ADUN Parit Yaani selaku tuanrumah, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN), YB Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Presiden AMANAH, Tn Hj. Salahuddin Ayub.

Hari ini pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena karnival Setahun AMANAH seperti Senamrobik, pelancaran Keluargaku AMANAH, Pertandingan Memancing, Sukan Futsal, Derma Darah, Food Festival, Tarian Singa, Zapin, Pertandingan Kolum Kaum India, Catur Cina, Kaligrafi Arab, Auto & Motor Show, Kompang Berirama, Pesta Tanglung dan Gema AMANAH menutup tirai pada sebelah malamnya. -Greenboc



VIDEO



GAMBAR-GAMBAR






FEATURED ADS


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...terbaik!

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...LURUS dan Suci
LURUS Menyuloh...Makna dan ERTI
LURUS Menerangi...UFUK Dimensi
LURUS Mengalir...Ke HATI Sanubari
LURUS Menyaksikan...Hakikat AZALI
LURUS Menghayati...Oh! FITRAH Syurgawi
Oh! Alangkah INDAHnya...Sang Kaseh Mem-BERI



Sang Kaseh Mem-BERI...CINTA nya Mem-BERI
CINTA Mem-BERI nya...Bukanlah Di Paksa
CINTA Mem-BERI nya...TAK Minta Di PUJI
CINTA Mem-BERI nya...TAK Bernafsukan GLAMOR
Rahmatan Lil ALAMIN...PUTIK yg Bersemi
Rahmatan Lil ALAMIN...Untuk SEMUA
SEMUA nya Gumbira...SEMUA nya "Merasa"
SEMUA nya WAJIB...Memuji Yg"ESA"


CINTA Mem-BERI nya...TAK Mengenal RUPA
CINTA Mem-BERI nya...TAK Mengenal USIA
TAK Mengenal DARJAT...Miskin dan KAYA
CINTA Mem-BERI nya...TAK Mengira AGAMA
TAK Bersempadan PUAK...Kaum dan BANGSA
CINTA Mem-BERI nya...Bak Pem-BERIan Yg"ESA"
Yg Mem-BERI kan NAFAS...Kpd SEMUA
NAFAS Di-BERI...Ukt "SEMUA" Makhluk2"NYA"
Oh! Alangkah INDAH nya...Sifat"MU" Yg Maha7KAYA
Oh! Yg Maha7Kaseh Mem-BERI...Yg TAK TerPeri7Nikmat"NYA"



Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Akan MenCURI
Yg Kaseh Mem-BERI...Kan Terus Mem-BERI
Yg Kaseh Mem-BERI...Tak FITNAH Memaki
Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Khianat MengKHIANATI
Dendam KESUMAT Dengki...Dpt Di ATASI
Oh! LURUS nya CAHAYA...Solusi yg PASTI


Yg Kaseh Mem-BERI...Kan LURUS Ber Bakti
LURUS dan SUCI...MengABDI kan Diri


Yg Kaseh Mem-BERI...Kan BerTambah2 BerGANDA7 Di Limpahi

Itulah Maha7AGUNG Nya...Kaseh Mem-BERI "MU" Yaa RABBI





Tanpa Nama berkata...



Islam yg nabi SAW syiarkan adalah INTEGRITY universal utk mnegakkan sbnr2 kbnaran dan keadilan ummah merentasi BATAS2 perkauman agama bangsa darjat dan negara


Islam versi umno adalah TOPENG2 perompak penyamun pencuri utk membodohkan melayu


Islam gaya PAS yg kini dah jd pigs(parti ggsan iktn sjhtr)@PIGS adalah penCURI2 yg kelaparan 'dedak' yg sggup sdondon berjubah besorban sama2 ikut menCURI dedak hatta trgamak berilusi dusta dgn hadis & Quran demi menipu bahkan "MENGELIRU"kan org2 melayu dgn niat bejat hudud PIGS serta Ruu PIGS mrk..

Umno tiada maruah-Islam smasekali dan tlh berjanji DUSTA tiada keberanian utk menyaman WSJ

PAS yg kini bertukar mnjd PIGS yg kebulor dedak, pun ikut mnjd penDUSTA sehingga kini senyap sunyi utk menyaman Srawk repot wpun konon2nya dah pun GAH nak saman..

Adakah spesis2 yg bukan drp PIGS, maseh boleh percaya dgn hudud PIGS & Ruu PIGS yg dibawakan oleh spesis2 PIGS-penDUSTA itu yg dah pun terkenal dgn tabiat2 khianat uturn PONTENG hatta trgamak mmbuat FITNAH merapu2!

Biarkan lah sibapak-PIGS yg menyalak babi ddlm bukit itu terus berDUSTA dan biar kan lah dia terus berpusing2 mmbuat FITNAH hudud & Ruu yg merapu2, biarkan lah..

Tanpa Nama berkata...


“Saudara-saudara sekalian!”

“Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.”

“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”

“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.”


Sekarang apa dah jadi ? Takkan tersedak makan dedak najis ?

Bila nak saman SR ? Dah lebih dari sebulan.

Terhutang budi, tergadai parti.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

PAS tetap kata akan lawan UMNO dalam PRU. Tidak ada kenyataan mengenai salah-laku Najib dan tidak ada kenyataan yang memburukkan PAS kerana mengguna agama untuk politik PAS.

PAS cakap tetap lawan UMNO. UMNO diam. PAS kata Najib perlu jelaskan dakwaan Rosmah guna duit untuk membeli-belah. UMNO tak bercakap apa-apa pun.

Bila PAS kata tetap lawan UMNO, PH & PPBM perlu desak PAS berunding untuk lawan UMNO. Satu lawan satu, jika PAS tolak maka tujuan PAS lawan UMNO ialah semata-mata pecah kan undi untuk memberi kemenangan kepada UMNO.

Jangan terkejut jika di kerusi PAS bertanding lawan UMNO, ada yang PAS menang tanpa bertanding.

PAS baru-baru ini kata akan tetap lawan UMNO. Dengan itu PH & Bersatu perlu balas minta PAS berunding.

Kalau 10 kali PAS cakap, maka 10 kali kena ajak berunding.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Muhyiddin. Harap apa yang dikatakan oleh Muhyiddin tidak akan masuk UMNO semula adalah benar dan tidak di jilat balik. Sepatutnya selepas kata tidak akan balik pada UMNO, Muhyiddin 'puuuiih' kan.

Jangan jadi macam pemimpin tua UMNO yang kat dalam gua, masuk balik tapi sikit pun tak berguna pada rakyat dan negara. Tak jadi bersara pulak. Sanggup duduk bawah Najib sampai mati kot?

Tanpa Nama berkata...

“Kita tidak payah masuk UMNO, kita tidak payah masuk Barisan Nasional, kita tidak payah masuk MIC-Hindu, kita tidak payah masuk GERAKAN - Budha tetapi kita hanya menjadi SEKUTU dengan mengatakan Najib pemimpin yang hebat dan dengan hanya berkeris'

saudara-saudara, perjuangan kita adalah jahat bukan lagi jihad, ucapan kita adalah berbalik-balik , derma kita terima adalah dedak gred special dan kerana itulah kita berbaik dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berbaik atau bersekutu dengan puak ini, mati kita adalah mati terbuang , mati kita adalah mati bukan dengan satu lapuran Polis sahaja ”

Ini hanya rekaan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

BERJASA berganding dengan PIGS (PAS-Ikatan- Gagasan Sejahtera) dlm PRU14. Berjasa dah melutut depan PAS. PAS pulak melutut dgn UMNO.

http://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/4808-berjasa-sertai-gabungan-dengan-pas-menjelang-pru14

Tanpa Nama berkata...

“Kita tidak payah masuk UMNO, kita tidak payah masuk Barisan Nasional, kita tidak payah masuk MIC-Hindu, kita tidak payah masuk GERAKAN - Budha tetapi kita hanya menjadi SEKUTU dengan mengatakan Najib pemimpin yang hebat dan dengan hanya berkeris'

saudara-saudara, perjuangan kita adalah jahat bukan lagi jihad, ucapan kita adalah berbalik-balik , derma kita terima adalah dedak gred special dan kerana itulah kita berbaik dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berbaik atau bersekutu dengan puak ini, mati kita adalah mati terbuang , mati kita adalah mati bukan dengan satu lapuran Polis sahaja ”