7 Sep 2016

"Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN

Institusi Mufti harus dilindungi daripada eksploitasi media, kata MDN

Sudah tiba masanya institusi mufti di negara ini, dilindungi daripada terdedah kepada eksploitasi media dalam isu membabitkan persoalan agama dan politik tanah air.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majib berkata, institusi mufti perlu mencari wacana khusus untuk mereka, agar peranan mufti itu sendiri tidak dieksploitasi.


"Saya mahu menyeru kepada mufti supaya menghormati diri mereka sendiri daripada menjerumus diri mereka kepada sesuatu situasi yang tidak dihormati oleh masyarakat.

"Saya nak minta dikalangan pendakwah, ilmuan dan khususnya mufti supaya tidak sangat mendedahkan diri kepada media massa.

"Mereka perlu mencari wacana khusus untuk mereka membincangkan isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu, sebelum disebarkan kepada pengetahuan masyarakat.

"Kita perlu meniru raja-raja Melayu yang tidak bercakap sendiri. Raja-raja akan bercakap melalui pembantunya.

"Mufti tidak akan masuk surat khabar. Mufti akan memberi fatwa melalui majlis fatwa kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Pendakwah Kebangsaan bertemakan "Peranan Pendakwah Dalam Perpaduan Ummah dan Pemangunan Negara' di Bangi hari ini.

Justeru katanya, bagi mencapai matlamat itu, MDN akan mengadakan wacana khusus dikalangan mufti untuk merungkai persoalan isu-isu semasa dalam masyarakat secara bersama dikalangan mufti di negara ini.

"MDN akan wujudkan wacana khusus untuk para ilmuan dan mufti berwacana untuk membincangkan akan hal ini, sebelum keluarkan kenyataan kepada masyarakat melalui media massa.

'Ini kerana keluasan ilmu itu akan mengharu-birukan masyarakat kerana tidak semua masyarakat boleh faham terhadap ilmu. Penyebaran ilmu itu perlulah bersepadanan dengan tahap kefahamaman masyarakat.

"Misalnya dalam sejarah perkembangan agama di Kelantan telah mengharamkan pengajaran kitab-kitab lama di negeri itu, ini kerana walaupun kitab lama itu bagus tetapi tidak dapat difahami majoriti masyarakat umum.

"Justeru semua agamawan, pendakwah dan mufti harus berhati-hati tidak semua yang kita tahu dan faham akan diberitahu kepada masyarakat semata-mata untuk tujuan mencari populariti, atau desakan pihak tertentu, sebaliknya kenyataan dibuat itu menimbulkan kekeliruan kepada sebahagian masyarakat pula," ujarnya.

Mahmood Zuhdi juga menegaskan, dikalangan pendakwah, agamawan dan mufti juga harus bersatu bagi menyelesaikan perpecahan antara mereka yang akhirnya membawa kekeliruan dalam masyarakat Islam.

"Antara mereka perlu menyelesaikan perbezaan pandangan, supaya tidak menjadi individu yang kontroversi dalam masyarakat kita pula.

"Dikalangan mereka perlu lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam apa jua saluran sama ada di media massa, media sosial, surau, masjid supaya ia boleh menjadi hanya 'satu suara' dalam sesuatu isu dibangkitkan bagi tujuan penyatuan ummah," ujarnya.

Sebanyak lima usul telah dikemukakan dalam seminar sehari ini untuk dibahaskan dikalangan 100 pendakwah yang hadir antaranya adalah menubuhan Tabung Amanah Dakwah.

Turut hadir dalam persidangan ini Yang Dipertua Yadim Dr Yusri Mohamad, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha, Pengerusi Persidangan Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Selain pembentang kertas kerja oleh Prof Datuk Datuk Mohamad Abu Bakar yang bertajuk: 'Grand Strategy, Gubahan Ummah dan Gagasan Perpaduan'. -MD


RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib

Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.

Naib Presidennya, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.

“Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?

“Ketika Marang bentang, tidak ada perincian apa pun lagi. Kita tak dapat tengok apa-apa maklumat pun. Kenyataan ‘wajib’ itu dibuat tanpa melihat keseluruhan isu-isu ‘legal’, prosedural yang lebih rumit daripada sekadar suruh sokong,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu menyokong pindaan itu memandangkan ia membawa kebaikan.

Bacaan kedua bagi RUU355 itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, sokongan bukan isu sebaliknya ia lebih menjurus ke arah isu teknikal dan pelaksanaan.

“Secara asasnya, kalau bercakap tentang undang-undang Islam, siapa yang tak sokong? Itu bukan isunya. Kalau sebut dari segi sokongan, perkara yang dah ada pun banyak kelemahan, bagaimana kita nak sokong perkara yang kita tak tahu.

“Saya sudah membaca kenyataan beliau tapi saya masih menganggap itu hanya satu pandangan sahaja. Jangan gunakan kedudukan beliau untuk mengeluarkan perkataan ‘wajib’ itu. Ini perkara legislatif...dah semacam satu tekanan pula,” katanya.

Katanya, tindakan Zulkifli yang memetik titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13, lebih mengelirukan.

“Sedangkan kenyataan Tuanku itu lebih menyebut memperkasakan mahkamah syariah tapi pemerkasaan itu bermula sejak awal lagi. Ada lagi akta yang belum dibawa di mana hakim mahkamah syariah tangga gajinya masih rendah. Itu boleh jadi maksud Tuanku.

“Kenapa tiba-tiba beliau ambil konteks yang begitu sempit dan kata Tuanku suruh sokong? Jika beliau menyebut ini atas kapasiti peribadi, saya tidak kisah. Tapi di sini, beliau menyebutnya sebagai mufti?” katanya.

Dalam titah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13, Mac lalu, Tuanku Abdul Halim mahu langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah disegerakan.
-SH


ULASAN GB

Tiba-tiba bertempiklah suara pimpinan PAS sana-sini menempelak kenyataan Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa yang mengingatkan agar mufti tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.

Dituduhnya Mujahid balaci DAP dan seumpamanya sepertimana ratib dan tempelakan PAS kepada AMANAH selama ini

Kini Majlis Dakwah Negara (MDN) sendiri membuat saranan yang serupa dengan Mujahid. Mufti tidak seharusnya membuat kenyataan melalui akhbar. Mufti akan memberi fatwa melalui majlis fatwa kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat, kata MDN.

Sementara itu Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui ahlilembahaga penasihatnya, Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman berkata, pindaan RUU 355 ini adalah merupakan satu isu politik tajaan Pas dan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan tidak sepatutnya terjerat sama dalam perkara ini.

"Beliau sepatutnya bersama-sama dengan mufti lain mengsyorkan agar isu undang-undang Syariah ini dirujuk kembali kepada Majlis Raja-raja kerana hal-ehwal Islam adalah dibawah bidang kuasa Majlis Raja-raja bukan dibawah bidang kuasa Parlimen,"

Abdul Aziz berkata, apabila Zulkifli menggunakan istilah 'wajib', maka kenyataan tersebut sudah menyamai sebagai satu fatwa berikutan kapasiti beliau sebagai mufti.

PAS terlupa selama ini merekalah yang sering menyerang institusi mufti. Hanya pada kali ini adapibila mufti WP menyokong RUU355 mereka melenting ke langit seolaholah mereka sudah berjaya.

PAS juga selama ini menganggap institusi mufti sebagai institusi yang tidak boleh dipercayai apabila mufti-mufti ini makan gaji dengan wang hasil dari pelbagai sumber yang tidak halal. Tonton video di bawah ini sebagai bukti:

VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS


34 ulasan:

Unknown berkata...

Aiiii.. prof Zuhdi. Gua masih ingat lu pong ada komen pasal politik dulu2. Sudah lupa ka?

He3...
Jgn jd ketam nak mengajar anak suruh berjalang lurus..sedangkan dia pong berjalang mengoring

Tanpa Nama berkata...

Kalo ikut UMNO dgn PAS pasca TGNA, Islam dan segala undang2 hanyalah digunakan untuk membodohkan orang ramai yg menentang atau tidak bersetuju dgn mereka.

Ayat paling tepat, untuk mengkepalabut*hkan orang ramai dan musuh politik semata2. Kitab2 Islam hanya dibuat pelapik punggung. Bila nak bodohkan orang, kitab2 ini dibaca dan dimantrakan. Bila x baca, lapik punggung sajalah.

Tanpa Nama berkata...

Hârap tok peti wilayah tak berat sebelah...nanti hilang rasa hormat ambo..

Tanpa Nama berkata...

Taliban tu cakap dlm ceramah ikut sedap mulut je. Dia lupa kot tabung tin milo tu mungkin ada masuk duit babi, duit judi dan duit pelacur sekali...

Cibai betol la

Tanpa Nama berkata...

Isu pengharaman vape .. ada yang dah haramkan.. tapi ada pulak yang akan kaji dulu.. kalau haram serentaklah haram.. sama lah jugak patung helang dan tugu peringatan.. dah pulak kata yang diharamkan ialah hanya di Perak tak ada kena mengena dengan tugu peringatan dan helang. Jika tugu peringatan atau tugu helang di buat di Perak tak boleh, tempat lain boleh ikut pandangan masing-masing. Auto-yo pening..peninglah.

Tanpa Nama berkata...

Raja-raja yang sepatutnya tegur mufti.

Kalau mufti diminta ikut Raja bercakap melalui pembantunya, dalam hal agama mufti hanya boleh bercakap setelah di titah oleh Raja.

Jangan pulak kemudian Mufti minta pembantu yang bercakap bagi pihak raja.

Hal mufti ini sepatutnya di bincang dalam persidangan majlis raja-raja.

Tanpa Nama berkata...

Apa apa usaha utk memperkasakan perundangan dan institusi Islam aku sokong. Political milage dr yg non muslim tidak seharusnya mengubah pendirian kita.

Tanpa Nama berkata...

Harus dibezakan pandangan mufti, fatwa mufti dan hukum termaktub yg disampaikan oleh mufti (hukum yg sedia ada dlm kitab kitab yg cuma disampaikan oleh mufti). Fatwa semmgnya kenalah melalui majlis atau jawatankuasa fatwa. Pendpt atau pndgn mufti pula adalah pndgn peribadi beliau.
Mungkin kerana ditakuti salah faham msykt pendapat mufti dianggap sbg fatwalah menyebabkan kebnykn mufti lebih bersikap berdiam diri, sehinggakan dituduh bermcm mcm oleh org org yg kurang memahami.

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan bagaimana para mufti bertegang urat mempertahankan hujah, ilmu masing-masing dan mana yang ada kepentingan kena ingat jugak 'budi' yang ditabur..

Selama ini, secara terbuka, apabila seseorang mufti membuat kenyataan yang dipersoalkan, akan di balas oleh seorang mufti. Begini begitu, katanya dan terdiam lah mufti tersebut.

Suka kah dia di tegur dan di perbetulkan ?

Berapa ramai mufti yang berani menegur kesilapan dalam permasalahan rakyat?

Setakat yang ada hari ini, hanya seorang.. Mufti Perlis.

Unknown berkata...

Bila mufti diam, kau kata mufti makan gaji buta, bila mufti cakap,kau kata mufti tidak patut cakap pula.
Kesimpulany geng kau ni mahu semua orang cakap yang menyokong geng kau. Hakikatnya siapa sebenarnya pemakan dedak..

Yanaam berkata...

Wow. Mahmud Zuhdi. Bekas pemimpin parti Berjasa yang berjasa kepada BN menjatuhkan Pas Kelantan pada tahun 1978.

Tanpa Nama berkata...

Otak pemimpin2 pas pun bukan boleh pakai..kalau kena batang hidung cepat2 diorang u-turn... jenis manusia munafik mcm ini lah.

Tanpa Nama berkata...

Lebai Munafik berserban..

Tanpa Nama berkata...

Bukan masalah sokong geng aku ke tidak tapi sebagai mufti cakap biar bertempat jangan main cakap asal keluar, mufti bukan mat rempit.
Bab makan dedak dah confirmed la itu geng kamu wahai Abu hurairah

Tanpa Nama berkata...

abu Hurairah, org miskin papa kedana yg jadi kaya raya masa zaman mauwiyah. tinggal dianjung masjid Rasul saw bersama ramai lg org yg sewaktu dgnnya sbb tak ada rumah dan kerja. entah rapat entah tidak dgn Rasul saw. menumpang dimasjid Rasul saw tak sampai 3 tahun.

tetiba bila Rasul saw wafat, jadi rujukan sahih2 sunni. hadis dia jauh lebih banyak dr Imam Ali as yg tinggal sebumbung dgn Rasul saw dari umur 5 tahun; Fatimah sa putri kesayangan Rasul saw.

pernah kena cambuk dgn umar sbb rasuah seekor kuda.

Abu Hurairah sendiri secara tegas mengungkapkan alasannya memeluk Islam dan beriman kepada Rasulullah Saw adalah untuk mengenyangkan perutnya yang kosong dan untuk lari dari kemiskinan bukan untuk keperluan lainnya

Abu Ja’far Iskafi menukil, “Muawiyah memprovokasi sebagian sahabat dan thabi’in sehingga mereka merekayasa hadis-hadis keji melawan Ali As. Sebagian sahabat ini adalah Abu Hurairah, Amru bin Ash, Mughairah bin Syu’bah dan dari kalangan Thabi’in Urwah bin Zubair.”

Para ahli hadis bersepakat bahwa Abu Hurairah, Ubaidillah, Mu’awiyah dan Anas menukil riwayat dari Ka’ab al-Ahbar Yahudi. Ka’ab al-Ahbar yang secara lahir menampakkan Islam untuk mengecoh kaum Muslimin akan tetapi batinnya adalah Yahudi. Dan di antara mereka keempat orang tersebut, Abu Hurairah adalah orang yang paling banyak menukil hadis dari Ka’ab al-Ahbar dan mempercayainya melebihi yang lain.[19] Tindakan licik Ka’ab atas Abu Hurairah dilakukan sehingga ia dapat memasukkan khurafat dan takhayul apa pun ke dalam agama Islam. Dari sela-sela ucapan yang disampaikan ihwal Ka’ab menjadi jelas bahwa Ka’ab memiliki cara khusus, Dzahabi dalam Thabaqât al-Huffâzh menulis ihwal Abu Hurairah: “Ka’ab berkata tentang Abu Hurairah, aku tidak melihat seorang pun yang tidak membaca Taurat lebih alim dari Abu Hurairah.” - Dzahabi, Thabaqât al-Huffâzh, sesuai nukilan dari Mahmud Abu Ruyyah, Adhwâ ‘ala al-Sunnah al-Muhammadiyah, hal. 207

Coba Anda perhatikan pendeta ini menipu Abu Hurairah, bagaimana Abu Hurairah dapat memahami apa yang terdapat dalam Taurat padahal ia tidak mengenal Taurat. Apabila ia mengenalnya maka ia tidak akan mampu membacanya karena Taurat ditulis dalam bahasa Ibrani dan Abu Hurairah bahkan tidak mengenal bahasa Arab (dengan baik) karena ia bukanlah seorang terpelajar. - Mahmud Abu Ruyyah, Adhwâ ‘ala al-Sunnah al-Muhammadiyah, hal. 207

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan masalah mufti diam kan diri tetapi ikut suka apabila menjatuhkan haram dan wajib ke atas sesuatu perkara untuk berpihak pada penguasa.

Bila isu seperti 1MDB dan Kerajaan berbelanja boros sehingga hutang mengunung, semua diam. Kes Liwat macam tak ambil tahu langsung. Macam tak berdosa di biarkan sahaja. Tiba pasal demo ..boleh kata haram. Pasal RUU yang belum di bahas .. wajib sokong..

Sekarang nak diam dan kena diam maka jadi lah mufti bisu pekak dan buta. Bila ada jenazah mualaf baru lah ada kerja..

Benda tak betul cakap tak betul. Jangan cakap sebab nak membodek mengiyakan kesalahan penguasa.

Unknown berkata...

Bro 10.04...lu ni sakit ka apa...sapa lagi nak tegur kita, x kan nak tggu lu...moron la lu...tapi lagi rasa banggang bila nak buat benda yg better for islam lu bising2 apa hal...serius moron la lu bro..

Tanpa Nama berkata...

saudara tuan tanah,

saya berpendapat yang mufti berhak dan patut menyuarakan pendapat mereka terus kepada media massa sebab sudah memang tanggungjawab dan tugas mereka menjaga urusan ummah.

Mereka tidak perlu takut dan gentar menyuarakan pendapat mereka, dalam apa juga bidang sekalipun.

mereka juga harus bertanggungjawab dengan kenyataan mereka. Makanya, kalau ada perkara yang mereka cakap berupa fitnah, hasutan, perkara yang tidak benar, perkara yang mengaibkan, mereka juga mesti di bawa ke mahkamah untuk di adili. Jangan gatal gatal nak berselindung di sebalik jabatan agama, sultan ke, apa ke.

Kerana untuk menjadi mufti, ilmu dan iman mesti dah cantik. kalau tiada keikhlasan, hanya Allah SWT yang mengetahui dan mereka juga akan di adili di mahkamah yang melihat segala galanya nanti

Unknown berkata...

Dulu dengan khabar telah diwujudkan Majlis Mufti2. Masih ada ke badan itu?

Tanpa Nama berkata...

tuan mufti apa fatwa belanja 64j utk baik pulih tugu negara. klu utk landkap rasanya ok.. tp baikpulih mengekalkn patung tugu mcmana.

dlm keadaan budak sekolah kena derma kertas a4 utk exam sekolah

sila bg fatwa

Tanpa Nama berkata...

Kita kena lihat beberapa kenyataan mufti yang berdolak dalih. Nak kira dari sejak mufti Perak melawan kerajaan haram tapi kerajaan Perak di digulingkan tak haram. Itu kisah lama.

Kita ambil contoh yang paling dekat.

Kafir Harbi. Bila di persoalkan, cakap pulak bukan suruh berperang tapi berlawan cara berpolitik @ tanpa senjata. Jadi itu bukan lah kafir Harbi. Bila terkial-kial minta sokongan ngo menjelaskan maksud dia.. bukan minta sokongan dari mufti yang lain.

Yang terbaru pasal tugu, haram. Tak sampai dua hari, yang mufti cakap tidak kena mengena dengan tugu pahlawan dan burung helang. Tapi ditukar untuk Perak sahaja iaitu kalau nak bina tugu hendak lah sifatnya tidak sempurna. Kira macam ini jika kau orang Kedah hanya orang Kedah sahaja yang kena patuh.

Mufti Wilayah kata wajib sokong, maknanya MP Wilayah sahaja yang kena sokong. MP lain tak wajib sebab mereka dari negeri lain dan mulutnya orang lain.

Islam itu ialah meletakkan sesuatu di tempatnya. Jangan kuali dapur di letakkan di ruang tamu. Jadi mufti letak lah pada ilmu agama nya betul-betul bukan pada ilmu politik. Bila letak pada agama, mufti bertanggungjawab pada Allah.

Bukan siapa nak tegur kita.. sebab kalau kita berhutang yang susah kita sendiri. Kalau kita kebas duit orang ada cara nak hukum kita ikut undang-undang. Tetapi siapa yang nak tegur pemimpin negara yang pernah tolak hudud. Yang masukkan duit ke akaun peribadi. Yang belanja berjuta untuk tugu sedangkan bekas tentera ramai yang hidup dalam keperitan. Yang telah disahkan MO1 oleh menterinya sendiri.. kerana MO1 ini lah duit rakyat yang di kebas telah di beku kan.


Tanpa Nama berkata...

Abu Hurairah yang kau sebut ini MP mana?

Atau kalau Mufti, Kerajaan Negeri mana ?

Tanpa Nama berkata...

Tok peti tegur dan buat fatwa patung helang tu haram kira OK la tu.Lagi pun patung tu tak menghasilkan DUIT.Tok peti buat buta pekak tempat BERJUDI di Genting Highland dan tempat2 MAKSIAT berlesen yang ada merata2 kira OK juga la tu,kerana tempat begitu bolih menghasilkan DUIT.Tok PETI jenih Gapo dia lagfu ni.ptuuui.

Tanpa Nama berkata...

inilah yang dikatakan saranan idiots...siapa dia ni nak kata manusia lain tak paham ilmu? ilmu apa? ilmu menyesat? sebenarnya orang macam ni la yg tak berilmu tu pasal cakap macam budak tadika

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya ialah mufti mengeluarkan kenyataan secara 'selective'. Klu dgn pihak tertentu tak berani tegur. Klu mufti tegur segala yg tak betul tanpa pilih bulu tiada siapa yg akan bantah. Sama mcm kerajaan ambil tindakan terhadap musuh politik secara 'selective'. Contohnya jk kes melibatkan Rafizi, cepat betul dia bertindak sampai diserbu rumah dia malam2 buta

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya apabila mufti bersuara yang di tegur dan di nasihat mengikut pandangannya ialah untuk kebaikan sebelah pihak sahaja.

Mufti hanya menjaga urusan ummah dalam kawasan negeri masing-masing sahaja. Yang bersuara mengenai isu national, itu lah muka yang sama yang ada hubungan baik dengan pemimpin UMNO.

Kalau hukum yang jelas dan telah ditetapkan, memang mufti boleh mengunakan media massa.

Tetapi zaman ini banyak perkara yang baru dan hukum nya tak begitu jelas apalagi perlu juga ambil kira Malaysia adalah negara yang berbilang kaum.

Dengan cara politik sekarang, Raja-Raja tidak ada kuasa, Penjawat Awam yang berani menjalankan tugas di pecat bahkan TPM dan Menteri pun di singkirkan. Mufti yang tidak bersuara membiarkan kemelut berpanjangan adalah penakut tak kira apa alasan pun. Sebab dia seorang mufti.

Mufti yang berdiam diri adalah mufti yang tidak mempunyai hubungan mesra dengan MB nya. Kita faham tetapi sebagai mufti, dia perlu buat lebih dari itu.

Dah tahu bagaimana cara UMNO, adakah mufti-mufti ini di biarkan bersatu dan bekerjasama ? Tenguk lah nanti apa jadi dengan cadangan MDN.


Unknown berkata...

Betul, saya setuju Mufti perlu bersuara. Tapi, malangnya.. di negara kita ni....pak2 Mufti..bersuara isu2 tertentu sahaja. Isu2 yang besar...alahai...diam kunci mulut.

Nobody berkata...

Salam En. Tanpa Nama 7 September 2016 10:33 PG,

Jangan nak menyebarkan pengaruh syiah di sini!!!

Kau nak buat apa, nak kafirkan Abu Hurairah, Muawiyah, Anas dan lain-lain, kau tu siapa???

Muawiyah contohnya adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Sahabat-sahabat ni adalah yang dipanggil radhiAllahuanhum.

Kalau kau bengang dengan Abu Hurairah yang ada kat sini, kau nak kata dia bodoh ke apa lantak kaulah!!!

Kalau kau berani ulang balik tuduhan syiah kau aku sanggup berdepat dengan kau di sini bila-bila masa!!!

Terima kasih.




Malaysiabaru berkata...

Di malaysia zuhdi

Di Arab Saudi ... Ada ularrrmak paling ulung klon hadi dah kafirkan org iran sebagai bukan Muslim

'rakyat iran anak MAGI ' tak.layak buat haji..

Tu dia Saudi wahabi algilababi... Malayisa pun nak.ikut???

Nobody berkata...

Salam En. Malaysia Baru,

Beritahu saya apa definisi Wahabi?

Tahu tak berapa ramai pengikut ahli sunnah wal jamaah dibunuh di Iran dengan sebab dilabel sebagai Wahabi???

Siapa ulama terkenal di Nusantara yang diiktiraf kepakarannya yang semasa hidupnya digelar Wahabi???

Ulama besar Indonesia, Prof Dr. Haji Abdul Malek Karim Amrullah (HAMKA). Korang tak reti agama, tak boleh berhujah dengan Almarhum, ilmu tak sebijak almarhum, korang gelar dia wahabi!!!

Di Malaysia, siapa yang digelar bapa Wahabi? Dr. MAZA!!! Dr Maza diiktiraf oleh pakar-pakar agama sebagai mufti terbaik di Malaysia dari segi keilmuannya dan bahasa arabnya termasuk oleh Dato' Syeikh Mat Nor Al-Hafiz!!!

Iran ni sebenarnya menjual nama Islam sebagai Repulik Islam Iran!!! Kenapa Israel tak pernah mengganggu Iran???

Orang-orang Syiah ni yang pergi merogol dan membunuh orang-orang Islam di Syria!!!

Tembelang Syiah makin lama makin pecah, kau pulak nak pergi balik kepada Syiah??? Kau dah gila ke???

kiedentech berkata...

mr nobody
wahabi itu adalah kerajaan arab saudi sekartang yang telah banyak meruntuhkan kesan peninggalan nabi seperti rumah kelahiran nabi yang dijadikan tandas awam, menghalang orang daripada menziarahi makam nabi dan perkuburan baqi dan banyak lagi tindakan untuk menjauhkan umat daripada nabi dan sumber perpecahan umat islam, tunduk dan patuh pada kerajaan amerika yang menjadi bapa zionis israel dengan membenarkan pembinaan pangkalan tentera disana

Nobody berkata...

Salam En. Kiendentech,

Dah check betul-betul ke atau main ikut pendapat orang?

Saya setuju kalau kata Arab Saudi tunduk dan patuh kepada Amerika Syarikat dan Israel, habis tu Malaysia tak tunduk kepada Amerika dan Israel?

Wahabi diistilahkan kepada konon-kononnya pengikut Imam Abdul Wahab. Sampai, bila kita tak setuju dengan Dr Abdul Rahman Sudaiys Imam Besar Masjidil Haram pun kita kata dia wahabi, walhal kita di Masjidil Haram sembahyang belakang dia!!!

Saya tak kata saya bersetuju dengan tindakan kerajaan Arab Saudi tetapi mengaitkan tindakan tersebut dengan orang yang dah mati adakah wajar?

Contohnya adakah Imam Abdul Wahab suruh kita berbunuhan sesama muslim??? Tak ada!!! Dia dituduh oleh para orientalis dan syiah!!!

Saya tak kata Imam Abdul Wahab tu bagus tetapi atas jasa beliau semua orang yang pergi haji sembahyang di belakang Imam yang sama tak macam dulu, orang sembahyang ikut imam mazhab!!!

Imam Abdul Wahab juga meruntuhkan binaan-binaan tertentu sebab orang ramai melakukan perbuatan syirik. Mungkin tindakan dia kurang tepat tetapi pada zamannya mungkin tindakan tu perlu!!! Islam tak pernah mengajar kita syirik kepada Allah!!!

Lepas tu, jangan kaitkan tindakan kerajaan Arab Saudi sekarang dengan Imam Abdul Wahab sama seperti jangan kaitkan tindakan kerajaan Malaysia sekarang seperti kes 1MDB dengan Imam Syafie!! Mereka telahpun pergi.

Habis tu 1MDB kebas duit kita nak kaitkan dengan Imam Syafie ke???

Munasabahlah sikit!!!

Tanpa Nama berkata...

Untunglah pimpinan PAs..terpilih untuk di jadikan lembu tungang umno...asyuuuk tu

kiedentech berkata...

Mr nobody,
Banyak kedengaran sekarang dikalangan ulama arab saudi sekarang dengan angkuh mengatakan bangsa arab telah muncul, hidup dan survive beribu tahun sebelum kelahiran MUHAMAD, seolah tidak menyedari bangsa arab adalah bangsa pagan dan tidak bertamadun sebelum kelahiran MUHAMAD dan berjaya membina tamadun manusia setelah kelahiran MUHAMAD. Jikalau kita hanya mengatakan tuhan itu Allah samalah kita dengan kaum arab jahiliyah, Kaum kristian, kaum yahudi, kaum hindu, kaum budha. kaum ayam, kaum itik, kaum lembu, kaum kerbau, kaum pokok. Perkara yang membezakan kita semua daripada mereka ialah kita percaya dan yakin MUHAMAD itu rasulullah, boleh ONLINE dengan Allah wakil dan pilihan Allah untuk dijadikan KPI dalam segala tindakan, perkataan mahupun diam. segala tindakan yang menjauhkan umat daripada MUHAMAD atas dasar menjauhkan daripada syirik adalah tindakan yang tidak bertamadun dan kembali kepada pagan kerana tidak ada orang menyembah MIUHAMAD melainkan ia adalah contoh dan teladan dalam gerak geri.