2 Sep 2016

Adik Noh Omar Dihukum Penjara 5 Tahun

Tembak mekanik: Adik menteri dihukum penjara lima tahun

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas adik Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Noh Omar atas kesalahan menembak seorang mekanik tahun lalu.

Mohd Jusnaidi Omar, yang juga dikenali sebagai Mat Malaya, diarahkan oleh Hakim Azreena Aziz menjalani hukuman itu bermula dari tarikh penahanannya pada Jun tahun lalu.

Azreena dipetik oleh The Malay Mail Online bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Mohd Jusnaidi, 45, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menembak mekanik Alkarim Atun, 36, dengan pistol di di Top Up Aircond Centre di Jalan Tuaran pada jam 5 petang pada 6 Mei, 2015.

Hukuman maksimum di bawah Seksyen 324 adalah penjara 10 tahun, denda atau sebatan seperti yang didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim.

Mohd Jusnaidi pada mulanya didakwa dengan cubaan membunuh tetapi kemudiannya dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Adalah dilaporkan bahawa beliau melarikan diri selepas menembak Alkarim.

Jusnaidi kekal menjadi pelarian selama hampir sebulan selepas menembak Alkarim apabila polis mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Beliau kemudiannya ditangkap di sebuah inap desa berhampiran Kundasang di kaki Gunung Kibabalu, Sabah pada Jun tahun lalu dengan isterinya yang berusia 25 tahun dan seorang anak lelaki.

Adik Noh itu dilaporkan terlibat dalam satu konfrontasi lisan dengan mekanik berkenaan dan mengeluarkan pistol sambil melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya mengenai betis kanan mekanik itu.

Jusnaidi pada tahun 2007 didakwa mengedar dadah tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. -Bernama

ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Walaupun hukuman 5 tahun penjara itu memang rendah berbanding dengan jenayah yang dilakukan namun kebenarannya tetap berdiri bahawa dia, Jusnaidi Omar (adik kepada Noh Omar yang sekarang sudah jadi menteri) adalah seorang penjenayah.

Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada yang lain-lain termasuklah MO1 dan para pelindung & pengampunya. Tak kira berapa tinggi pun kedudukan pangkat atau jawatan yang kamu ada atau berapa banyak pun harta yang kamu miliki dan berapa hebat pun ulama yang kamu upah untuk membela kamu, namun apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan, yang menjadi tema blog GB selama ini, ia tidak mungkin dapat ditolak lagi.

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap, sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" -Al-Isra:85




FEATURED ADS


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat Malaya ka tu...
Muka mmg specis samseng

Tanpa Nama berkata...

Samseng kampung dusun..ciss

Tanpa Nama berkata...

Adik Menteri tembak orang kena penjara 5 tahun..

Menantu TPM meninggal sebab sakit gigi, apa lah hukuman nya jika bersalah atas kecuaian ..

Tanpa Nama berkata...

Tetapi apa yang nampak ketara Netizen lebih sibuk membangangkan dan membahalulkan Tuan Jebon dari depan ke belakang, dari atas ke bawah dari kiri ke kanan. Dari apa lagi, pantang ada laluan. Semuanya membangangkan Tuan Jebon.

Tanpa Nama berkata...

5 tahun je...!? Hukum la 500 tahun...

Tanpa Nama berkata...

Apa hal si jawa Selangor sorang ini buat kat Sabah ? Nak hidup senang sepatutnya duduk lah di Selangor... adakah dia di kena kan buang daerah ?
Ini kalau tembak tak kena kaki mekanik itu, tak pendakwaan lah.
Abang kira ok tapi adik buat hal yang memalukan. Yang famili Razak, adik nya ok.. Abang nya pulak buat malukan famili. Dan negara.

Tanpa Nama berkata...

isteri menteri kanan terlibat bom orang bagaimana .... kes berlaku di negara Bukinapaso

Tanpa Nama berkata...

Masuk pun.. Tak serupa masuk.

Silap-silap lagi gemuk.

Tanpa Nama berkata...

Abang dia ok ape benda, 2x5 weh...samseng juga

Unknown berkata...

Hukum karma